Monday 27 August 2012

Tak habis-habis

Tak habis apa? Raya? Aa. Beraya teruss. Hari-hari beraya wooo. Raya pertama je duduk rumah lepas tu meh aku yang berjalan. haha.Tapi tak berapa nak berjalan sangat pun.

Raya kedua
Pergi rumah makcik aku dekat Layang-layang je. Lepas tu pergi rumah pakcik aku, tu je. Keluar lepas zohor sampai rumah maghrib. 2 rumah je pun setengah hari. Betul-betul beraya kalau orang tua punya beraya.

Haa. yang ni shake mak aku la ni yang tolong ambik, bapak aku biasa bergosipp malas aku nak ambik gambar dia.

Adik aku yang dah reti menggatal walaupun baru tingkatan 2 dan tak pandai kat sekolah. Geram aku budak laki memang susah nak tengok dia study.

Raya ketiga

Woot.. ini kucing rumah kawan aku, Zila. Kawan dari Form1 sampai masuk UTM. Kucing dia kacuk parsi kot tapi kucing ni pemalas.

Macam nak tidurkan baby.

Masa lepak rumah zila, sepupu dia Epul pun datang rumah Zila. Geng sekelas jugak masa sekolah menengah.

Raya ketiga malam
Pergi rumah Wani, lepastu rumah Yan. Dah rasa lapar, mari ke rumah Azmi sebab got makan-makan kat rumah dia. Dah kenyang brluppp, lepak rumah pojan pulak.


Raya kelima

Aku dengan family pulak, lepas 2hari aku beraya dengan kawan. Kitaorang beraya rumah jiran-jiran lama kat Taib Andak pulak.. Lepastu pergi Pontian rumah kawan aku masa kecik-kecik dulu. Mak dia pun baik dengan family aku, so pi jenguk rumah dia kat Pontian sebab masa raya pertama family dia dah datang rumah aku.

Serius kawan-kawan masa aku belum sekolah sampai aku sekolah rendah. Masa tengah belek-belek gambar masa budak kecik, kiteorang ada idea nak ambik gambar balik dengan kedudukan yang sama. Belum sempat ambik gambar, black out pulak! Memang tak ada rezeki nak ambik gambar sesama. maybe next time.

Ewah, style aku bergambar macam tengah cover cantik nak tunggu pinangan orang kenapa haa? Haha. Geli, serius tak leh tengok lama.

Tip: Kedepankan perut untuk menampung berat baby. hiksssss
Ini anak kak sedara aku, dia lahir 31.12.2011. Mak dia mintak lahirkan dia 1.1 pun tak leh. Kesian ko Akif, nanti umur baru 6tahun, dah kena sekolah darjah satu.

Sunday 26 August 2012

Ni lah masalah duduk dekat taman

Semalam lepas je kawan-kawan aku raya rumah aku, tak lama tu dengar kecoh orang menjerit-jerit kat depan rumah aku dengan bahasa yang tidak difahami,lepastu dengar gedebang gedebung bunyi. Apa lagi iolls yang kepoh curious lah dengan apa yang kiteorang dengar.

Masa tu ada family sedara aku datang rumah, tapi aku sorang je yang keluar tengok, aku tengok india dah ramai gila depan rumah cakap-cakap bising. Yang aku nampak ada anak jiran depan yang india la dah kena angkat leher dia lepastu kena lekap badan dia dekat kereta tengah-tengah jalan. Ramai-ramai macam tanya-tanya dia sorang. Ahh sudah jangan diorang nak bergaduh-gaduh bunuh membunuh depan rumah aku sudah. Pulak tu yang paling aku seram kereta aku depan diorang je. Ada jugak kang kereta aku cermin kena pecah ke apa kan.

Lepas tu family aku pulak keluar tengok, ada yang aku nampak sorang laki dah pegang tali yang panjang macam pemukul biasanya diorang guna. Dah seram jugak aku tengok. Lama jugak ah kecoh-kecoh, tak lama tu budak yang macam nak kena belasah tadi mintak mak dia bukak pintu rumah, "maaaa...maaa...(apa la dia cakap tamil, maybe suruh bukak pintu sebab dia dekat pagar kan)". Lepastu tiba-tiba mamat india ni terajang pagar la apa la ngamuk-ngamuk. Dah tu sedara aku ni pandai jugak la tengok-tengok, dah tu dia cakap india tu kena rasuk, dapat hantu masa dekat kuil. Lepas dia cakap gitu, mak aku panggil kawan dia, india la. Tanya kenapa rupanya betul kena rasuk. Dah panggil lah pawang dia. Mak dia tak nak bukak pintu sebab mak dia tengah sembahyang dia la halau hantu tu kot. Nasib baik bukan pasal gaduh.

Sebab setahun yang lepas, rumah yang sama jugak la. Gaduh apa ntah pukul 2pagi melayu india bergaduh depan rumah. Yang tu sangat lah ngeri sebab diorang bawak kayu besi apa bagai. Botol-botol kaca habis bersepah. Budak-budak melayu kepung rumah india tu. Kesian tau family india tu, mak-mak la, especially yang perempuan. Rumah ramai anak lelaki macam tu lah, apa masalah diorang buat dekat luar sampai kerumah diorang serang. Belasah-belasah, gaduh yang tahun lepas ramai nak mampus. Dah diorang tak paham bahasa, baik india baik melayu konon jiwa taiko. Ada jiran call polis, terus polis datang. Padan muka. Tahu pulak berambus semua. Tak lama lepas polis belah, serang lagiiii. Last-last polis tunggu lama sampai reda.

Duduk dekat taman memang macam ni agaknya, memang tak masuk campur sangat. Cuma tengok tanpa tahu cerita sebenar.

Dah lah tu pasal india kena rasuk, pukul 3pagi aku baru terlelap sekejap lepas shutdown laptop. Memang ngantuk, aku dengar bising lagi menjerit-jerit lagi dengan bahasa yang tidak difahami lagi. Aku pun "ishhh..kacau betul lah mesti india tadi kena rasuk lagi lah ni!". Sekali lepas ngendap dari tingkap rupanya family cina depan rumah bergaduh pulak. Aksi tampar menampar dan membelasah berlaku. Adik aku terus cakap "eee..dina kepoh gila kau ni".."Syhhhh.. tengok je tak pe."

Bapak pempuan tu pukul anak dia yang pempuan sebab baru balik berdating dengan boyfriend dia. Budak laki tu pun kena tampar. Berjerit-jerit jugak adik beradik diorang. Erghhhh!!! Dah banyak kali boyfriend budak tu kena marah tapi jenis diam tapi derkkk je. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Itu belum campur bapak dia baling-baling barang lagi.

Dah tahu family pempuan tu tak suka kau balik lewat, balik lah cepat. Aku keluar dengan boyfriend pukul 11malam belum balik pun bapak aku dah call. Tapi dengan kawan-kawan lewat pun tak pe. Sebab family aku kenal kawan-kawan aku since kiteorang kecik lagi.

Ok sambung, bapak dia bebel lah bahasa cina sebab aku paham sikit-sikit la, "Kau paham tak kiteorang nak tido? kau paham tak?" Anak dia menjerit-jerit, "Bagi saya peluang, bagi saya peluang." haa kauuu.

Dah lama lepas reda tu, mak bapak pempuan tu pun nasihatkan ke bebel ke kat laki tu.. Aku malas tengok, aku pun membutaaaa.

Duduk dekat taman memang gini lah yee. Tembok-tembok pagar memisahkan, hanya menjadi pemerhati kepada masalah keluarga orang lain. Tapi tak tahu pulak kalau melayu dengan melayu sebab setakat ni belum ada amukan dari family melayu. Harap semua ok dan tak ada apa-apa yang tak diingini berlaku. Aameen.


Parking full?

Aku kalau pergi tempat-tempat yang parking terhad gile especially hospital sebab aku biasa buat macam ni kat hospital, lepastu dah cek takpun kadang tak cek dulu ada parking, kau boleh guna cara aku iaitu block je kereta dekat tempat parking idaman kau.

Tapi jangan lupa tinggalkan contact number, kalau tak tinggalkan nanti empunya kereta yang kau block tu menyirap sebab kena pergi kaunter nak kena buat pengumuman. Yang dapat jenis sabar tak pe, kalau yang jenis nak marah je sebab dah la kau block kereta dia lepastu seruh dia jalan pergi buat announcement pulak. Memang pecah cermin tak pun bercalar keta ko.

So nak selamat, tinggalkan number phone kau. Bukan dia nak buat apa pun, jangan risau sangat. Paling dapat call, "Kak, tolong alihkan kereta." Sepantas kilat aku sampai ke tempat kejadian. Ecehhh

Macam ni lah rupanya. Orang lain pusing-pusing cari parking, ada yang kena tunggu dekat keta sebab diorang block kereta orang lain, aku relak je sampai parking depan kereta orang terus kunci keta, blahhhhh.

Tak lama tu, dapat call
Haaa, kan aku dapat parking dia. haha. Senang kan. So tak payaj pening-pening cari parking kalau parking dah full.

Thanks. salam

Friday 24 August 2012

Homemade siakap tiga rasa

Raya kedua hari tu, selepas melantak rendang semua sampai habis. Malam tu tak de idea nak makan apa, then bf kakak aku datang and diorang beli ikan siakap. Disebabkan umah aku ni suka sangat siakap 3rasa especially bapak aku, jadi kitaorang pun masak siakap 3rasa.

Aku pun tak tahu sangat tapi macam senang je masaknya. Lagipun aku bukan tengok sangat, aku ambik gambar je.haha. Tapi lepas ni kalau aku kena buat sorang-sorang boleh kot. Cehhhhhhh

#Bahan-bahan: cili, tomato, nenas, bawang besar, bawang putih, sos cili, sos tiram, garam, dengan perasa. Gula tak tahu ada ke tak. Limau kena perah masa dah masak kot. haha. Aku tak tengok, aku agak-agak je la.

#Ikan yang dah dimalam disiang kena lumur dengan tepung jagung biar rangup agaknya kan? Lepas tu goreng. Disebabkan ikan terlalu besar atau kuali umah aku yang terlalu kecik, tak muat jadi ikan kena potong dua. Dah tak cantik rupa siakap tu.


Bahan-bahan yang tadi kena tumis lepastu letak air bagi berkuah, lepastu sira je dekat ikan. Dah siap. Aku rasa macam senang la nak buat. Macam la, macam. Sedap sedap... Kalau tak de ikan, ganti dengan telur pun sedap je sebab aku dah buat masa ikan dah habis, ada kuah lagi, aku pun makan dengan telur.

Dah tu je, tak de motif langsung aku update ni. haha. Saja buat hilang bosan sebelum pergi beraya lepas sembahyang Jumaat.

Wednesday 22 August 2012

Super gedik on 2 Syawal 1433H

Iolls want to update about second hari raya, actually want upload it into fb but I think that my picture was too gediks if no caption or explanation. keh keh. So i upload in my blog. khenn.

On 2 Syawal my family and i except my kakak and abang tak ikut coz kereta is not enough. Actually there are 3 cars but the kancil tak boleh pergi jauh temperature cepat naik and wira dah siap tukar enjin tapi belum inspection lagi.

So, we beraya to my makcik's home at Layang-layang. I often visit my makcik, so no wonder if time beraya i tak duduk diam dalam rumah dia. My parents biasalah berbual orang-orang tua khen, i feel bored then ask adik to capture pictures kat luar.


Soooooo gediks kan? sangat jarang aku nak ambik gambar macam tu, haha. Pandai jugak i buat muka buruk. Tak feel comel langsung hokeh.

Nyampah aku tengok aku. Apa lagi korang.
BYE

Tuesday 21 August 2012

1 Syawal 1433H

Before that, I want to tell you that every 1 Syawal is my birthday. My mom said i was born on Ahad Kliwon. Because of my family is java, so every day has a specific name like Isnin Paeng, Selasa Manis. Lagi apa ntah aku pun tak tahu, yang biasa kita dengar malam Jumaat Kliwon..haaa haaantu.. 

So, yesterday is Ahad Kliwon on 1 Syawal. Happy Birthday to me..Clap clap clap. Oh ya, I was born in the morning around 9am. When people sembahyang raya, lahirlah seorang bayi perempuan ke dunia ini yang menyebabkan mak aku tak sambut hari raya. Time orang bertakbir raya, time tu mak aku beranakkan aku.

My tudung jatuh kebawah sehingga memberi effect terasa seperti ustazah you
Sempatlah semalam pagi-pagi raya after sesi bermaaf-maafan, we took a bit of family picures. The pictures is not too clear because took with hp yang bermegapixel sangatlah rendah sebab kamera dah meninggal. Rasanya aku dah mention banyak kali. hehe sorry.

It's ok, nampak jugak yang penting ada kenang-kenangan.

adik, abang, mak, bapak, aku, sis IL
Still incomplete. Akak aku kena kerja pulak pagi tu sekejap, so dia balik petang sikit. Tu yang gambar dia tak ada. Sob sob.

Satu family tak ada yang beli baju raya kecuali kak ipar aku, tu pun sebab baju dia dah tak muat untuk perut yang semakin comel untuk menambah bilangan cucu mak aku. Kebetulan semua ada baju kelabu, so kita sepakat membawa berkat pakai baju kelabu. Tema jugak ape. haha




Walaupun raya pertama tak pergi mana-mana, motif lu nak ambik gambar pakai kasut pulak? Perasan gila minah ni. haha. Malu aku. Tak pe lah wa tepek jugak ah gambar perasan ni pakai baju murah First Lady. RM29.90. Yang ada sulam tu ada manik jugak banyak dengan bahagian leher pun banyak, so aku rasa sangatlah berbaloi membelinya 2 tahun lepas. Maklumlah tak de baju raya, so rewear apa yang ada<--tak pernah dengar pun rewear, haha, ahh pakai balik.

Hah, lagi satu dah tua pon aku dapat duit raya kauuu. Nanti aku bagitahu jumlah duit raya kalau aku rajin walaupun aku tahu mesti sikit gila sebab aku dah boleh dikategorikan sebagai ibu-ibu muda jelita. Yucksss

Sunday 19 August 2012

Malam raya, what is your project?

Esok dah raya yeay!! walaupun raya zaman sekarang dengan zaman masa aku budak kecik-kecik sangatlah berbeza suasana. Serius dah berubah. Dulu duduk kampung wa banyak geng main bunga api setiap malam lepas buka. Memang bising sampai berpeluh-peluh main bunga api dengan mercun dengan kawan-kawan. Siap main bunga api jimat-jimat untuk simpanan esok-esok. 

Memang meriah gila zaman kanak-kanak cuma satu benda yang mak aku sangat melarang adalah beraya dari rumah ke rumah macam budak-budak selalu raya pusing kampung. So tiap kali raya aku memang tak beraya pusing kampung dengan kawan-kawan untuk dapatkan duit raya. Pernah sekali aku buat, aku balik kena marah dengan mak aku. Sebab mak aku kesian raya minum air kat rumah-rumah sampai kembung perut tapi dapat bape je kan. Tu umur keanak-anakan lah kan.

Tapi kini...

mak cik dah tua nak..Makcik dah tak main mercun mahupun bunga api. Tapi mak cik kena buat benda lain sebab umur dah mencapai akil baligh harus membantu ibu didapur dan dirumah. So malam raya ni saja aku update entri persediaan raya yang sangat sederhana.

Sekarang semua gambar cuma guna handphone sebab kamera digital sudah tinggal kenangan. Sentap hokeh tapi bagus jugak walaupun tak berapa clear, senang pulak nak upload di kala internet lembeb.kekeke

Antara projek raya malam ni, aku malas nak capture semua. Ni antara je la eh.

#Rendang daging mak aku memang favorite aku walaupun gambar tu mak aku baru rebus belum siap lagi. Rendang ayam aku tak pandang dah.

#Ketupat segera adabi yang wangiii. Bapak aku tak sempat buat ketupat daun. Biasa bapak aku buat.

#Bunga dengan daun pandan untuk bawak pergi kubur esok pagi-pagi sebelum sembahyang raya.

#Kuih tunggal tahun ni yang aku buat yang lain semua beli dengan order. Kerepek-kerepek mak aku buat. Esok raya malam ni baru terhegeh buat cornflakes madu. Paling senang ever heh, jangan berlagak.

Lastly, saya dina mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Friday 17 August 2012

Stoking dan kasut

Dulu masa zaman sekolah, aku memang terejal sikit masa sekolah menengah. Boleh percaya ke sikit? Setiap sekolah ada peraturan kan, then masa tu aku anggap peraturan diadakan untuk dilanggar. Aku malas nak cerita semua tapi salah satunya adalah berkenaan stokin dengan kasut. Kalau stokin mesti kena yang agak panjang dan tak boleh ada belang dan label brand tak boleh obvious sangat kan? Lepastu kasut kalau sekolah aku student biasa kena kasut kaler putih la macam biasa. Pengawas kasut kaler hitam.

Aku kalau pergi sekolah memang tak suka pakai stokin sekolah yang tak lawa tu, dah la panjang bukan jenis cotton tu. Euwwww. Memang tak suka.<--Memang perangai berlagak padahal. Aku mesti pakai stokin pendek-pendek and  favorite brand nike dengan converse. Ok dia punya cap kat stokin dah lah berkaler, lepas tu kadang stokin tu pun ada kaler-kaler jugak.

Masa tingkatan 1 tingkatan 2 boleh lepas sebab sekolah petang. Mula naik sekolah pagi cikgu disiplin sekolah aku memang garang dan terus amik tindakan waktu tu jugak. Kalau muka aku memang muka selalu lambat, kalau tak kena tangkap asyik datang lambat mesti dekat spot cek stokin aku kena bukak time tu dan terus kena campak dalam TONG SAMPAH! Wow! stokin aku!!!

Memang banyak kali stokin aku kena buang, dan tiap kali kena buang aku kena pakai kasut tanpa stokin. Esok-esok nya kadang aku rasa malas aku tak pakai stokin, sengaja aku tak pakai. Dan bila masuk Uni, aku masih teruskan jugak berbaju kurung berkasut,dan tak pakai stokin. Yang penting baju kurung kena cotton okeh. baru sesuai.

Setiap kali pakai kasut converse tak pakai stokin aku ingat cikgu aku tu
Macam ni, selesa jugak eh tak pakai stokin. haha. Selekeh. Tapi aku rasa stylo jugak ah pakai baju kurung dengan converse. Aku la rasa.

Pernah aku datang hari sekolah aku pakai kasut hitam, padahal kasut hitam untuk pengawas je. Sampai sekolah pulak lambat memang kena tangkap dengan cikgi disiplin masa tu, terus dia suruh aku bukak kasut dan suruh aku belah pergi masuk perhimpunan. Damn! Dari pagi aku kena kaki ayam satu sekolah tahu! Pergi beratur kat perhimpunan dah smart2 tapi kaki ayam. Maluuu. Kawan-kawan aku memang duk menanya je ah. Memang sehari tuh tak ada istilah pergi tandas. Eee jalan satu sekolah, sampai habis waktu sekolah baru aku kena jumpa cikgu tu balik. Nasib baik kasut dia tak buang. Mahal! kasut paling command converse. Tengah up lah masa tu. <--wek, muntah

Tapi hari ini, aku dah berusia 23 tahun, masa tu pernah sekali cikgu disiplin tu chat ngan aku kat fb. Masa tu aku dah masuk UTM. Freind fb sebab naik sekolah pagi aku dah wanted na ngadap muka dia selalu dulu lagi satu baik ngan cikgu tuh. Dia cakap yang dia bangga dengan aku sebab aku jadi orang jugak. Maksudnya dia tengok perangai aku kat sekolah dulu, dia tak sangka aku dapat masuk uni jugak. Adalah lagi dia nasihatkan aku. Terharu aku. Cikgu ingat kat anak murid tapi anak murid?. :) sob sob sob

Wednesday 15 August 2012

Panas hati dengan

Salam ramadhan peeps. What the hek mu nak peeps sangat padahal tak ada orang kesah pun ngan blog picisan yang tak ada knowlegde ni. Whatever la. Cite sini habis sini la eh. <--Shuib, Man Sewel Datang KL.

Berdasarkan gambar diatas, buat karangan cara-cara untuk menjahit langsir.... ok ini tak lawak. Serius tak lawak.

Nampak tak gambar aku tengah menjahit langsir. Memang gambar aku tak de sebab aku seksay yeah masa ni, so lain kali je gambar aku. Tapi yang penting langsir tu aku yang jahit. Ewah, baju raya tak de, langsir raya bertukar bagai. Tak adalah actually ada orang tempah langsir. FUUUYOO, (pinjam trademark wan kejap, hehe) ada orang tempah langsir raya kat dina, limited edition tau tapi tapi tapi tapi yang buat aku mengamuk masa menjahit adalah kondisi mesin nya dong. Bikin gue panas hati  tahu.

Yang benang asyik putus, nak kayuh dia jadi berat, benang habis nak beli start keta tak hidup dah aku kena jalan kaki dah lah jalan kaki 3 kedai aku pergi last kedai baru ada benang, kerusi aku asyik berjalan kebelakang je sebab mozek kan licin, koci ketat <--yang part koci ketat aku dah geram, aku bukak terus aku baling kuat-kuat. Dah lah aku baling arah tv, ada tv lcd mak aku ngan tv game adik aku, pulak bawah tu ada laptop. Aku baling besi tu kuat, katakanlah aku terbaling kat salah satu screen mahu mak aku mengamuk pulak. Nasib baik kena gerobok je. Mak aku tengok aku membebel ketawa jee, dah la ajak aku berbual je, dia kata bia aku tak boring, dia tak tahu kegeraman aku kat mesin tu. haha. Last-last aku sendiri gelak.

Aku rasa mesin jahit aku dah lama sangat, dari aku form 2 tu pun mak aku memang belikan aku biar aku pandai menjahit. Kalau untuk jahit sikit-sikit tak ada masalah tapi kalau untuk jahit untuk kuantiti yang banyak mau yang panjang, rasa boleh kecik betis aku mengayuh mesin jahit. Tahun depan kalau mak aku suruh buat langsir, awal-awal aku order pemijak karen.

Tiba-tiba tengah menjahit tu mak aku, "Dina, macam nak raya betul ek, tengah jahit langsir raya." Aku cakap, "Perasanlah mak ni." Mak aku sambung lagi, "Sepatutnya sekarang dekat dapur ada orang tengah cetak-cetak kuih raya." aku tengah layan kaki aku lenguh, aku diam aje. Dalam hati aku eee mak aku ni berangan je, kuih raya sebiji pun tak buat. HAHA. Masa ni aku keluarkan mesin pergi ruang tamu, biasa jahit dalam bilik. Mana tak macam rumah sendiri nak raya betul, aku kalau mejahit memang satu rumah bersepah. Masa ni dah nak siap langsirnya, yang kat mesin tu last piece aku jahit. Tu yang dah kemas tuuuu.

Aku suka jugak lah menjahit ni sebenarnya. Aku suka benda-benda kemahiran, eceh. Tapi kadang ada kes pelik yang nak buat dat baju kat bahagian peha la, kecikkan tshirt la. eh eh. Kalau adik aku lagi la, ikot trend sokolah<--hamek kau sokolah aku eja. Kalau kat sekolah tengah trend boot cut, mampus seluar sekolah tu dia nak suruh aku jahit boot cut. Susah jugak kot, kalau aku official belajar menjahit, memang celah gigi je aku buat. Kejap potong seluar la, seluar koyak la, alas meja tertetas la, alter baju la, kecikkan sapu tangan la. Time aku malas aku buat tak layan jeeeee bia tunggu aku ada mood baru aku jahit. Nasib baik tak de orang request buat spender.

Kat rumah ni yang reti menjahit aku, bapak aku, abang aku. Diorang tak nak sangat bapak aku yang jahit sebab hari tu bapak aku tengah jahit, aku tengok

Aku: Bapak, kenapa seluar warna cream, benang warna merah? Benang warna cerah habis ke?
Bapak: Tak lah. Macam ni baru betul, baru nampak benangnya, Tak senget-sengat.
Aku: (derrrr!!!?) Mehlah dina jahit kan. <--sambil gelak-gelak

Bapak aku rabun teruk, dia malas nak susah-susah, amek kau warna kontra die letak.

Kadang adik aku suruh aku jahitkan barang dia tapi aku malas,

Aku: Kau suruh bapak tolong jahitkan.
Adik: Tak nak lah, nanti benang warna warni.

Abang aku? dia lagi lah busy, tak de masa nak layan.  Last-last aku jugak tapiiii nasib lah ikut mood aku. haha

Dah lah melalut, aku nak cite aku jahit langsir penuh dugaan, rintangan, dan cabaran, ni dah sampai ke lain. Kalau buat karangan kertas penulisan, cikgu dah label aku, TERPESONG!!!!

Tuesday 14 August 2012

Hope it will better

Letih gile walaupun bukan buat apa sangat. Sebenarnya aku baru balik dari hospital hantar mak aku, hari ni ada appoinment untuk injection lutut dia. Pergi pepagi woo tunggu punyalah bercinta. Nasib baik beli surat khabar boleh jugak aku membaca. 

Ye la nak kata ada smart phone, hampeh. Buat malu je, ada satu budak tu sementara tunggu kawan dia, dia punya la main galaxy note dia. Best gle. Ni aku nak bagi keluar henpon pon malu, tapi aku cuma suka kamera henpon je. ye la sebab kamera aku rosak, kalau tak, tak guna pon kamera henpon.


Mak get well soon
Nasib baik bapak aku ikut sekali, boleh teman mak aku berbual. Mak aku sakit lutut yang saintifik nya osteoartritis dimana pelincir antara tulang rawan kat sendi dah kehabisan stok. Maka doktor nasihatkan untuk ambik injection asid hyaluronate sebagai cecair tiruan untuk digantikan kat lutut.

Ubatnya kena beli sendiri sebab hospital kerajaan tak sediakan kot. Doktor akan bagi contact number supplier-supplier yang jual ubat ni dan kita sendiri pilih nak berapa ml dengan harga yang berlainan. Tapi pada aku harga semua lebih kurang.


Ok, ni lah ubat je. Nampak cecair dalam injection tu? ha secoet tu, harga dia almost RM1000. Mahal kan, bagi family aku kira mahal la. Tapi kalau baik sangat lah berbaloi tapi baik bukan maksud tak sakit, nanti dalam jangka masa yang lama, nanti lama-lama cecair tu akan habis dan kena top up lagi. Janji lutut mak aku tak sakit sudah. Lutut sakit, susah kot. Nak pergi belanja, nak berjalan pun tak boleh jauh-jauh.

Harap lepas ni lutut mak aku ada perubahan lah. Aku yang tengok pun rasa letih, kesian, lagi lah mak aku, dia punya kaki, dia yang rasa. Sebab tu aku tak kisah sangat aku tak ada preparation untuk raya asalkan mak aku boleh berjalan tak sakit sudah. Tapi dari review yang aku baca, kebanyakan yang ambik suntikan ni 3-4 minggu baru tunjukkan kesan bukan hari ni enject hari ni terus baik. Gitula lebih kurang.

Hari ni inject, nanti 4 bulan lagi follow up lagi.

Monday 13 August 2012

Persediaan hari raya

Hari raya tinggal bape hari je kan. Hujung minggu ni raya lah kita yee. Tapi dah ready ke, kuih raya, baju raya, kasut raya, duit raya,  semua la yang berkenaan raya. Bila raya je mesti kaitkan dengan yang baru-baru je semua kan.

Tapi raya kali ni pada aku tak best hokeh. Peruntukan baju raya, kasut raya, semua raya lah untuk aku tak ada. Ada tapi tak cukup, dari aku beli yang aku tak suka baik aku tak payah beli. Baju lama dalam gobok pon ada. Nampaknya masuk ni dah 2 tahun aku tak ada baju raya. Sebenarnya aku ada minat satu baju kurung moden tu, lawa. Siap bagitahu kawan aku lagi. tapi bluerkk. Dah boleh cakap babai dekat baju tu.

Masa teman adik aku beli barang raya dia semalam, aku ada nampak skirt labuh kat satu kedai tu, rasa nak beli tapi tak jadi. Tadi siang aku konon cakap kat mak aku nak beli skirt, da mak aku kata tak payah. 

Takpelah, lagipun aku dah besar. I need to understand lah kan. Raya seminggu je. Bapak aku kata "pakai je apa yang ada, yang tak ada jangan pakai." Haha. Memanglah. Ahh, nanti kalau da kerja barulah nak beli labuci yang meleret-leret pon insyaAllah boleh.

Walaupun aku tak de baju ke kasut ke tudung ke yang baru, tapi tapi tapi aku beli benda baru jugak untuk raya sebab dah kehabisan stok

Tadaaa! Last-last aku dapat jugak lipstick silky yang aku suka. Semua ni inspired dari ezzaty sokka lah ni. Dulu dia bagi lipstick dia sebab dia beli baru masa tu. Bila dah habis, aku kena beli. Lepas tu BB cream, aku suka pakai pon sebab aku guna make up ezzaty la ni hari tuh. Kan aku ada bagitahu masa aku pergi dinner ni dengan dinner ni hari tu.

Tapi kalau compact powder aku suka miyami, tapi tak tahu lah lepas ni stok miyami aku dah yang last. Biasa mak aku order kat kawan kerja dia, sekaranqg mak aku tak kerja, maybe aku akan guna jenama lain.

And brooch raya tuh ezzaty bagi sebab aku punya dah kopak tapi aku tak hantar betulkan. Ada eh brooch hantar betulkan.

Tapi ezzaty ni pemalas, hari tu dia pakai inner aku masa pergi Perhentian. Lepas tu dia malas cari kat rumah dia. Dah tu nak pulang kat aku dia pergi beli inner baru untuk aku. Pemalas punya budak cari lah dulu pentol.

Dah tak memasal aku dapat inner baru. yeayyyy

Blusher silky tu pun kisahnya masa mula-mula. Sebelum blusher yang atas ni. Dia ada beli blusher baru dekat avon, so dia punya yang silky dia bagi kat aku. Bila aku pakai sampai licin, aku beli warna yang sama.
Samalah jugak dengan eyeliner tu, dia beli lepastu aku pakai ok. Aku pon beli.

Nampak. nampak. tu maknanya aku tak suka beli cuba cuba maksudnya mencuba beli. Si ezzaty ni suka beli cuba-cuba, so aku jadi tester dulu lah. Mau tak berbulu dia tengok aku balun barang dia je. haha. Sebab tu dia selalu suspek aku je ambik barang dia kalau dia cari tak jumpa. Padahal dia letak kat mana-mana ntah. Siot je an. Kat kedai memang ada tester, cuba kat kedai kadang kat cermin dia ok, bila beli, pakai tak ok.

Tu la benda-benda sikit yang sama. Tentang make up la.
Sepit rambut ijo tu pun dia bagi aku, kata dia hadiah birthday. Setahun bapa kali lah hadiah birthday aku. Haha. Ok la Selamat Hari Raya Aidilfitri mulia.

Puding roti

Before ni aku memang geram dengan handphone aku sebab tak boleh transfer gambar, tadi aku cuba lagi transfer. Mana tahu rezeki aku tiba-tiba handphone aku dengar arahan. Tapi tapi tapi.. tak jugak.

Sambil cuba mulut aku sambil memaki, lepas tu adik aku dengar. Dia pun tolong lah adjust kan supaya tak makin banyak perkataan yang kurang enak didengar keluar. haha. Mana taknya, dah sampai hilang sabar aku. Finally dapat pon transfer. YEAY!!

Masa minggu pertama puasa aku ada buat puding roti lepas aku tengok dekat satu blog tu tapi aku guna roti lain. Aku guna roti Gardenia yang perisa Raisin ke apa tu. Tak tahu mana silapnya, manisssss. Cehhh tak tahu mana silap eh. Poyo gilerr, mestilah terlebih gula kalau dah maniss sangat tu.

Lepas habis tu next week nya, aku buat lagi sebab adunan ada lebih masa aku buat yang first time tu tapi aku tukar roti. Guna roti biasa dan hasilnyaaaaa. Nyum nyum sedap, lebih sedap makan dengan vanila sos. Gambar tak de. yang sempat captured adalah roti je.


Nak buat sangatlah mudah. Google je.

Hari ni hari ke 25 eh puasa? Kuih raya aku tak buat langsung. Tak rasa nak raya pun.

Damn!

First, kamera digital aku rosak,nak hantar pergi betulkan pon mahal nak mampus boleh beli satu lagi kamera. Ohh keadaan aku sekarang ni, memang tak mampu nak betulkan, mahupun nak beli baru.

Kamera tu tinggal campak dalam tong sampah

Second, handphone sony aku yang dah berkurun aku guna, dah memang gile dari awal sebab beli yang tak ori. Susah nak transfer gambar. Tu dah biasa, dan aku boleh adapt dengan benda tu.
Lepas tu screen rosak luar dalam pulak (hp flip). Ini tak pelah sebab tak mengganggu langsung cuma kalau baca text tu ada yang tak nampak.
Yang kadang-kadang aku geram tibe-tibe boleh mati sendiri. Natey btol.

Paling baru bila ambik gambar guna handphone, kadang ada dalam album dalam kamera, kadang tak de. So keje aku sekarang kalau ambik gambar, kene cek. Recorded or not.

Tu tak pe la, paling baru, nak transfer guna usb langsung tak boleh. Bunyi je lebih, dalam pc tak boleh bukak langsung. Nak je aku humban jugak hp tu, tapi lepastu memang melopong aku tak tahu nak guna hp apa kamera apa.

Ingatkan nak masukkan memori hp dalam modem sebab kan boleh jadi pendrive jugak kan. Memori nya pulak tak saiz dengan space. Wathefak.

Thursday 9 August 2012

Tiada yang kedua jika tak menganggap yang pertama adalah pengalaman

Saturday 4 August 2012

Kenapa aku delete entri tu

Semenjak jadi penganggur tegar sekarang, memang kerja aku duduk depan tv sambil memonopoli remort tv. Online? Dah jarang, bukak fb pon dah malas sekarang. Baca blog memang aku rajin. Bukan blog aku la, blog orang lain. blog aku hape pon tak de.

Straight to the point lah. before ni aku ada buat entri kenapa aku pakai tudung lepas tu aku delete. Nak buat entri tu pun aku pikir banyak kali, nak post lagi la banyaaak kali, then masa nak delete pon pikir-pikir je. Ok, lepas aku baca balik entri tu, entri tu berbaur (berbaur tuu) aku macam mengutuk orang yang tegur aku, dan paling penting bila aku baca banyak-banyak kali aku rasa aku macam aku ni menunjuk, riak pon ada. Aku lah rasa. Tak cool ok.

Antara yang dalam entri tu, aku cakap macam mana aku mula-mula try pakai tudung. Even dari masa tu sampai sekarang pon tak permanent lagi. Maksud aku, kadang aku tak menjaga jugak. Tapi aku cuba maksimumkan pakai tudung. Dan bila fikir-fikir, kenapa aku buat entri macam tu padahal aku baru nak biasakan, aku rasa macam aku nak bagitahu kat orang, tak payah kot. Orang tengok tahulah dia.

I want to be a better person, InsyaAllah. sesiapa je pon lah!
Dan pada siapa-siapa yang aku dah sakitkan hati dia, aku minta maaf zahir batin.

Ok lah, mak aku dah panggil suruh isi rempeyek pulak,,maklumlah nak raya dah.