Tuesday 31 July 2018

#Fakta dna (6)

Tahu tak dalam hidup aku ni nak dekat 30years..



Haha.. itu lah aku. Aku cam konfius.. aku tau pun bila kereta polis/ ambulans dah lepas atau tengok side mirror.

Gile teruk. Tapi aku confirm ramai wanita akan mengakuinya. Salah satunya adik aku ni..


Kan kan kan.. nantila aku bukak youtube belajar pasal ni. Hahahaha


Gambar sekadar hiasan

Mana nak kenal bunyi.. dalam kete ada masa anak tidur, die selfie. Sabar je la kan. Masa ni la mak2 ada anak kecik ada chances untuk selfie berangan bagai. 

Jangan lupa klik label fakta dna untuk tahu apa benda pasal aku. Ingay ad orang nak tau ke.. ha? Hah? Ha?

Sesi menggasak kakak zahra

Sementara anak-anak tidur siang ni. Mama pun dah minum petang. Buat popia sayur hari ni. Rajin kan.. tibehhh. Nak story pasal anak-anak aku hari tu main-main.. hehe. Ye la husband masuk operasi. So aku la kene layan lebih men ngan diorang. Blog ni awal-awal nak habaq tak de cite pasal apa. Cite pasal life aku je. Husband, anak.. anak.. anak.. hehe sebab aku 24jam housewife, 24jam masa aku dikelilingi dengan anak-anak dan suami. 

Nak tengok tak popia i buat? Mak aku cakap sedap.


Haaa gichuuuu.. cuma sambal dia terlebih minyak sikit.. tapi rasa dia wow gile.. aku suka aku masak aku puji diri sendiri. Promote la diri sendiri kan. Haha

Ok dah nak story pasal anak aku semenjak ada anak dua. Hidup ku busy sikit tapi makin happy. Penat tapi bahagia. Itu lah umpamanya. 

Tak banyak duit tapi tengok anak-anak gelak hari-hari. Sihat.. pum Alhamdulillah. Sentiasa rasa rezeki Allah cukup.


Ini dia my bujang Rayyan. Tengok muka innocent je demgam gigit jari die tu.. biasheee die tuuu..


Alah alah alah sweet nye.. sabar ye kakak.. adik belum dapat benda dia nak pegang tu.. 

Jap ye.... 


Hahaha amekkk.. dia dapat grab rambut kakak je abis.. terjerit-jerit zahra, rayyan tak mo lepas rambut die.. baru nak minum air tu. Botol air mama lak tu. Haha


Ni pulak hari lainnya.. memula behave.. walaupun kakak belum pandai sangat ajak adik main.. kadang dia buat muka adik gelak-gelak. 


Kakak kerja nak buli adik je.. main ni rampas, tu tak boleh ni tak boleh.. abis abis ayat dia "kakak punya" adeh adeh adeh

Hempap je dik kakak tu. Hahaha. 

Sembang suami isteri (1)

Sebenarnya kalau dah ada chemistry satu sama lain, tak perlu meluah isi hati pun, para wanita kadang tak perlukan kata kata manis. Cukup buktikan dengan perbuatan. ❤️

Alah alah alaaaa tetiba mode dokter love onz pulak hihi. 



Walaupun anak dah berderet, topik cinta kene selalu bangkitkan juga ya. Takut takut cinta lain berbangkit, memang aku gelek dia dengan steamroll. 😝

Sunday 29 July 2018

Bird feeding & Nasi Kak Wok

Since husband operasi, setiap kali dia balik adalah hari hari yang ditunggu. Sebab mama boleh berjalan dan boleh rehat sikit dari handle anak anak. Maklum lah anak dah dua kecik2.. tak sama macam anak 1. Kalau rasa anak 1 ko fah ribut semua benda nak prepare, anak dua preparation ko kene double, anak 3 triple, and so on.. hihi. 

Tapi dalam tak sedar kepenatan dan kekelamkabutan ko urus diorang hari-hari ni la punca ko rasa bahagia setiap masa. Alhamdulillag rasa bahagia sangat.. walaupun kadang semua dah siap nak keluar, tetiba sorang anak berak dulu, ada je barang tertinggal, eh anak dara belum ikat rambut, susu air panas kene prepare, baju pampers spare kene bawak.. adeh memacam. 

Mak da siap sedia bapak dia pulak tetiba nak berak huwaaa..

Ada suami yang supportive adalah benda paling penting bila dah jadi seorang ibu. 



Ok sambung. Hehe. Masa ni husband aku balik semalam petang. Malam tu pun terus pergi layan anak dara naik train kegemaran kat aeon. Naik sekali round RM5 alahai. Nasib anak aku jenis tak minta mainan. Dia memang suka sangat aktiviti outdoor. Jalan jalan ( ni perangai mama abah dia), main slide, naik train, g zoo, layan binatang, mandi swimming pool, pantai, atau yang berasaskan pasir/air. Tu la yang dia suka.

So esok nya abah janji nak bawak pegi jumpa birds. So pepagi kalau husband ada aku mmg rajin mandikan anak2 sesiap. Siapkan diorang. Kite pun paham laki baru balik penat, tapi kalau die dah aktif die tolong siapkan anak dara tu. 
 

Ok dah siap..kalau nak keluar aku tak marah husband janji aku ad masa nak mekap diri sendiri. Kalau tak mekap tu cantik lagi tapi lampir sikit lah hahahaha. Tak de lah gurau. Ok aku suka mekap. Tapi bukan lah reti sangat bebuat muka tak pucat bolehlah. 

Nak selfie pun anak2 interframe. Nanti bertambah anak muka mak pun separuh je. Hihi

Keluar pun dah dekat tengahari, so sampai jb, kite pekena nasi kak wok dulu. Kedai viral tu. Tp mmg sedap pun murah pun ye. 


Rayyan lak yang tak sabar tgk nasi. Sabar dij next month kite makan. Now minum susu mama bebanyak k. Trip nak makan ni lama k, datang weekend memang kene beratur la. Tapi servis cepat sebab diorang senduk2 je kan. 

Nak makan anak bujang lak merengek tak selesa, sebab panas.. aku bagi husband aku makan dulu aku dukung pergi luar kene angin abru diam. Pastu turn aku pulak makan. Aku suka bagi husband aku makan dulu.. dia memang jenis makan cepat. Aku memang lama. Hihi. Makan pun ikut turn. Kalau anak behave ok, kiteorg makan je sesaing. 

Lepas makan baru lah layan anak dara nak beli roti, bagi birds makan. 


Taraaa dah ada.. mari mari birds..


Projek bapa dan anak.


Zahra memang tak takut. Brave girl. 


Lepas tu pulak dia baru beli happy meal. Dapat pulak hadiah kamera. Kengkonon asyik amik gambar je la tu katanya...


Mama pun nak sefie walau pun selalu sangat datang sini ehhehe..


Lepas tu pergi pulak crown kat istana. Duduk duduk main lari lari. 


Tak habis-habis dengan bag didi n kamera. Nanti dia penat jalan minta lak abah dukung. Berangkut la dengan beg tu.



My baby.


My love. Suamiku cinta hatiku. 


My small family.


Harap dua2 ni akan jadi bestfriend mama ok. Sayang semua.

Petang tu terus balik umah mak mertua. Pastu pergi singgah rumah kak ipar kat scientex, dia buat kan mee bandung. Dah siap semua malam baru la balik. Esok nya husband dah naik kerja. 💕 Ya Allah kau rahmatilah kami. Kurniakanlah kami selalu dengan rasa syukur, bahagia, dan cukup. Amiin. 

Monday 23 July 2018

Feeding birds

Lama pulak ambil masa nak sambung cerita last week hehe. Sesaja je tengah rajin kan. Ok Ahad pulak pepagi pukul 10 pergi klinik kesihatan sebab Rayyan batuk selsema makin teruk. Tapi doc kata semua ok. Dan dia pun nampak ceria. So balik klinik ada budak tu jadi navigator kat abah dia jalan nak pi Aeon, "abah lalu sana" "abah lalu sini" "aeon, tut tutt" (bunyi train aeon)

 So bawak lah juga.

Haa sampai pun kan. Macam biasa seround train, RM 10. Everytime. Lepastu aktiviti dia lepas train pergi playground main slide ni semua.


Janji anak anak happy abah layan je. Penat camana pun abah akan layan. Cuma jangan buat perangai tak dengar cakap. Naik hanger.. baru cakap "amek hanger", dah kalut sebab memang kita bagi rasa kat kaki kalau kene hanger sakit. Sepatutnya pakai rotan. Tp tu la ke kedai lupa je nak beli. 


Lepas tu dia kata "wow dapat ais kwim" bahagia mama abah dengar belikan aiskrim RM1 pun dia "wow!"


Dah lepas dari aeon, nak pulang baju raya adij ipar hari tu jalan umah dia siap mandi bagai nak g beraya umah sedara. So pulang la kang laki aku dah balik pengerang, bila aku nak ngantor nye. 

Nak cari suka anak-anak, nak dekat kan anak-anak pada haiwan/alam kadang tak perlu yang mahal. Yang free pun ada. Yang penting aktiviti kita, kebersamaan kita. Abah ajak bagi makan burung-burung kat Stulang Laut. 


Bagi makan roti tawar. Tengok diorang sebat je. Hihi




Bukan main happy anak-anak dapat tengok burung banyak.


Lama lama dia main pasir. Basah lekit. Keta pun dah macam ape je kan.. pasrah je la ye bila jadi parents ni. Keta jarang la bersih tip top. 


Bapa anak dua ye. 


Sebelum bagi makan burung, balik aeon lapar giler. So makan kat kedai viral, pekena nasi kak wok. Memang terbaik rasa dia. Sedap dan recommended. 


Tak plan nak makan sini, so sebelum sampai kita beli teh aor derhaka. Ada lagi satu belum minum. So kami tak order air. Sini konsep dia teh ais berbuih buih buih tumpah. Nasi kak wok jalan kebun teh jb plg sedap. 

Kita kadang tak perlu guna duit banyak nak pergi bahagiakan keluarga. Banyak lagi aktiviti keluarga yang percuma. Yang pntg kita rasa bahagia, susah senang bersama. Alhamdulillah syukur. 

Tq husband selalu jaga hati perasaan isterimu. Moga kamu dipanjangkan umur, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki, setia dan sayang selalu, disamping saya, keluarga, dan anak anak. 

Tuesday 17 July 2018

Pastu ke mana tu?

Hari Sabtu nya pulak pepagi mama pukul 8 gigih start menyiapkan anak-anak sebab dari husband balik hari tu teringin makan roti canai telur goyang.. yang digoyang digoyang digoyangg yangggg.. 

Semalam kemarin dia tak sihat, so bagi rehat dulu tapi hari ni pagi pagi dah "abang bangun mama nak sarapan roti canai" diaaa "boleh.. jom" tapi mata tutup. Kang makin peluk tak jadi breakfast kat luar breakfast kat dalam bilik je.. haha ups. 😜


Pukul 9.30 pagi dah sampai untuk breakfast.




Haa tu dia.. tapi gambar nya nak abis dah.. 


Zahra yang berselera makan roti telur sebab kat sini lembut dia punya roti.. so anak aku senang makan. 


Balik breakfast singgah rumah kak ipar kak long and kak ngah.. tu tidur kat lantai pehal? Kekenyangan tidur lerr per lagiii.. hahaha.

Lunch kat rumah kak ngah.. dia masak asam pedas and tom yam. Kat rumah kak ipar pun dekat kol 230ptg baru balik.

Balik tu rehat-rehat.. aku tak ler.. yang flat laki aku.. madah nak tidur.. last2 tak tahan ke klinik juga. 

Hari ke dua husband cuti

So hari ni hari Jumaat, husband cakap kat Rapid Pengerang tu berhabuk kuat since dia sensitive pada habuk, sinus dan start sakik tekak dedor nak demam. Masalah aku kalau husband cuti ialah keluar umah sebab masa ni je dia free. Weekdays dah kerja kan. Lagi aku aku punya personaliti memang tak duduk umah macam stress. 2-3 hari ok, masuk 4 hari kalau tak kluar umah aku stress.. Bukan kalau tidur umah mak mertua je macam cepat keluar jalan, umah mak sendiri pun sama. So macam tak de istilah aku lebih kesini ke, kesana ke hehe sebab jenis berjalan pastu balik pepetang/malam/lambat 😬.. heee

Kalau husband cuti, kalau dia penat aku biarkan dulu.. yang  penting aku siapkan anak-anak dulu. 

So ni nak layan kan Zahra naik train, sebab dari abah dia nak ke masjid dia duk berucap "naik tut tut" semalam nya kan cancel sebab dia tertidur. Ok ler bawak gak la. 


Hmm entah kali ke bape puluh kite naik train aeon ni kan..tanya zahra jalam aeon pun dia faham.. "aeon aeon naik train naik tut tut" grrr


Dia paling happy dengan abah. Hari tu abah belum cuti. Naik la dengan mama je tapi muka dia nampak janggal hahaha.. ok la kan.. hari ni naik la duduk peluk abah tu kakak.. adik ni pun buat mama geram shomei..


Amek gambar amek gambar sedap order kat mama. Happy le selagi tak bawak naik dia akan ajak ke train jugak. Dah la satu pusingan RM5 sorang. Mahei la kan. Hihi


Aktiviti wajib dia ke aeon, naik train and main playground.. tapi kalau budak tengah ramai sangat aku tak bagi main. Hehe jahat kan. Tak la bukan apa. Memang la slide benda2 tu semua budak lain pegang. Tak berapa higene jugak. 😬


Lepas tu dah main slide mama buat surprise bagi dia beli mainan sendiri. Dia dah lama sangat tak beli mainan and dia bukan jenis minta mainan kalau tak dapat nangis ke apa ke. Alhamdulillah memahami. Mama abah bukan orang ada ada.. sekali sekala boleh la. 


Pusing satu kedai dia cuma pilih ni.. amek ni amek ni.. Since dari dulu dia tak beli apa2 sebab semua duit dia mama simpan. Hari ni dia beli mainan pakai duit raya dia dia. Dia nak castle princess yang besar RM100+ tapi macam mahal pulak. Walaupun guna duit dia tapi mama still tak nak memahal, bagi dia option yang lebih kecik. Dapat lah ni RM60.. lebih yang lain kita simpan ye sayang. 


Lepas tu nak lepak-lepak minum je sebab masih kenyang dah lunch kat umaj tadi.. baru air sampai, nak relax-relax berbual dengan laki aku.. Rayyan boleh berak pulak.. pastu dah siap berak dia bising satu kedai. Agak nya nak bagitau "saya dah siap berak mama!! Cepat cebok!! Geli2 ni" hahaha adui ribut jap. 

Bungkus pastu balik.. dalam keta tukar pampera baju semua nak pi open house rumah sepupu depa ni. 


Aikk dah balik open house baru nak makan aiskrim.. ni kat sebelah rumah. 


Bergambar dengan kak fatin.. yang tolong amek gambar adik shira. Sepupu diorang ni ada yang dah besar-besar. Senang mama abah nak makan.. diorang tolong jaga. Hehe. Tak kekok pulak tu dengan budak kecik. ❤️

Tu je la hari tu tak ke mana sangat. Selesei open house dan penutup syawal yang mulia ini. Hehe






Sunday 15 July 2018

Masa bersama keluarga

Suami balik jenguk anak-anak kejap. Tak sihat dedua batuk selsema. Now kakak dah ok kejap je, adik pulak belum recovered. Dah 2 kali klinik. Alhamdulillah doc kata semua ok and biasanya sistem imun dia akan lawan sakit tu. Semoga cepat sembuh ye sayang. 

Hari rabu tengah malam husband sampai rumah. Esok nya dalam pukul 11 pagi macam tu ke rumah mak mertua den. 


Taraaa jalan rumah mak dah siap. Dah boleh bawak kereta naik sampai atas. Lepas makan n zohor, ada budak fanatik naik train aeon. Duk berucap "naik tut tut, naik tut tut" tak sudah-sudah. So dah siap tu, bawak la kejap walaupun laki aku sebenarnya tak berapa sihat sangat dedor nak demam. 

Masuk kereta baru sampai kulai dah sleep pulak. Kang sampai aeon tak sampai hati nak kejut. Adik tidur dia pun tidur. Nanti tak cukup tidur mengaruk bad mood. 


So men jalan je.. sebab nak balik pun turunkan keta biasa dia bangun tak jadi tidur. Jalan pinya jalan, tanya la adik ipar ada mana. Kat rumah so pergi la jalan umah dia pulak, lepak lepak laki aku pun tidur lagi sebab tak sihat kan mengantuk saja. 


Dia dah ok sikit ajak la cuci mata depan Pantai Lido ni. Under construction semua. Nak buat bangunan. Tengah tambak masa ni. 


Malam tu nak pi beraya rumah makcik husband aku. Katanya lama tak jumpa. Tu yang nak ikut adik ipar kiteorg raya. Kak Kiah namanya. Husband selalu cerita dulu waktu sekolah suka datang umah Kak Kiah ni. Peramah orang nya. Husband dia abg Salleh pun baik. 

Siap pesan kat kiteorg, kalau suami korang pukul ke naik tangan.. ko bgtau abg. Meh abg jotos. Haha emo jap sebab sambil tengok berita Ziana Zain cerai sebab ada kes pukul2.. haha. 

Malam tu balik badan dah flat. Kiteorang dah sesiap mandi kat umah adik, aku siap pinjam baju raya lagi habis tak plan pun nak pi beraya. So balik rumah ni tinggal rehat. Hehe. 

Good night. 

Kiteorang selalu jalan dengan family adik bongsu ni. Laki aku jenis berdesup. Haha. 

Kenangan pergi Melaka last 2 weeks kot. 


Tahun ni sorang satu handle anak. Last year jalan Melaka & Muar, kiteorang masing2 tengah pregnant. 


Uwais hensem


Rayyan pun hensem


All of us


Pekena cendol jam besar. Mabless betul.


Lepas tu lunch Asam Pedas Ani Parit Jawa Melaka. Terbaik di Melaka.

Bersama suami dan anak-anak ku.


Diorang ni beza umur 4 bulan je tapi lain tahun. Sama dengan anak2 no dua kiteorang. Beza umur 3 bulan tapi tahun beza. 


Zahra Dania ootd.



Love sangat semorang ni kenapa nih.. sayang sangat tau!

All of them. Iman kaki jungkit ikut sapa tu bang?





Masa makan kat umah. Apa je aku masak kan hahaha. 
Ok dah habis throwback kikiki. 

Ok sambung Jumaat kite ke mana pulak dengan husband. Tapi next entri la. ☺️