Friday 23 September 2016

Indah berumahtangga

Kau tajukkk menggetarkan jiwa takk. Haha. Memanglah elehhh baru kawen setahun lebih boleh la, siapa kita nak menduga masa depan. Kau nak ke rumahtangga makin lama makin hambar. Kalau boleh makin tua makin romantik. Gittew. Kahwin baru setahun jagung tak boleh nak kata semua perkahwinan indah. Pengalaman pun takde, takkan nak tunggu 20tahun baru boleh tulis entri pasal kahwin. Hihi. Dah la, aku nak cerita apa yang aku rasa je la. 😊

Dulu tak la dulu 2tahun lepas, bercinta sebulan je pastu terus tunang, masa bercinta balik dengan laki aku dalam hati aku, Jodoh aku agaknya kahwin dengan orang pendiam memang kene la dengan muka aku yang pung pang kalau bercakap. Dan aku membayangkan suasana bila kahwin nanti. Diam je.

Oh my God! Oh my God! Oh my God!!! 

Dan bila kahwin he is more than what i dreams. Thanks Allah. Dulu selalu berangan dapat laki kalau pandai buat lawak mesti ceria je hidup ni. Kat rumah ni memang tak putus la ketawa but he is caring, zahra kalau abah dia tak de. She is looks boring. Mana tak nya lunch biasa mesti balik, pukul 5lebih dah sampai umah. Kerja melayan si kecik ni je. Alhamdulillah tempat kerja dekat byk masa dengan kiteorg. 😍

Betullah orang cakap lepas kahwin duduk sendiri, susah senang berdua. Kadang-kadang aku yang naik psiko kalau kene nyakat. Sakit jiwa aku hahahaha. 

Alhamdulillah, dia jenis family man. Kalau boleh pergi memana nak angkut. That is why zahra and me love abah soo much. Sometime keluar jugak dengan kawan dia, tapi jarang laa. Kenap aku buat entri ni sebab tadi baca kat fb pasal lelaki dah kahwin suka lepak kat mamak sampai pagi. Pastu kalau tak join nak claim bini quenn control la, bini ini la itu la. Kang apa-apa jadi kawan ka tolong kat dia kan. Biar la dia nak duduk rumah memang tu tanggungjawab dia, jg anak bini kat rumah sebab siang dah kerja. Walaupun kiteorg siang pun mostly ada kat rumah. Hihi.

Dia buat part time wiring dgn pasang aircond. U know anggota baru kan tapi ikut masa free. Balik keje baru blh buat. Alhamdulillah ada yang memerlukan khidmat laki aku yang penting rajin tanya. Rezeki Allah tak putus. Yang penting laki aku buat kerja halal. Ada orang sindir-sindir viak pi la naa. Bukan diorang ada kat tempat kite pun.

75% depreciation of our income. Now Im a housewife and my komitmen is still. Hihi. Tapi Allah sentiasa cukupkan ini itu. Alhamdulillah, ada je. Maybe laki aku ikhlas ada je rezeki Zahra kan dik.

Husband aku tak pernah balik kerja tak senyum, love love love. Zahra dulu yang dia tegur. Brghhh. Mama? Mama lepas zahra. Mata ke atas sangat kan. Hehe

Aku rasa aku da merapu aku cuma nak cakap kalau dah duduk rumah sendiri ni baru ko nampak pasangan ko tu jenis macamana. Haha. Dah aku nak cakap laki aku lawak je. Hihi. 

Allah beri lebih apa yang kita mahu maybe sebab kita perlukan. Alhamdulillah kami bahagia. Tahun depan 2tahun dah kawen, Zahra setahun. Cepat nya rasa anak besar. Sayang jangan cepat sangat mama rindu adik baby, kalau adik besar nnt mama kene bersalin lagi. Hihi. Ok lah. Semoga murah rezeki suami aku. Amiin. 

Dia tengah keluar dengan kawan dia, kalau sekali sekala gini mak ok je. Kalah esok dia balik Kulai jd lambat aku ketil dia tgh tidur.


Yang penting aku jual susu kambing yang sangat berkhasiat. Baby, kanak-kanak, ibu mengandung, ibu menyusu, dewasa, dan orang tua sangat baik amalkan. 

Bukan jual asal jual, puas hati betul kalau dapat beri manfaat dan sebarkan kebaikan makanan sunnah plus akh sendiri testimoni sejak dari pregnant.

Peace ✌🏻️


Friday 16 September 2016

Benda yang tak kita fikir, bila tiba giliran kita;

Balik dari Muar sampai je Kulai, aku macam wow macam teringin makan Mcd sebab perut aku ni lapar pulak, padahal tengahari tadi balik cek Zahra kat Klinik Kesihatan, sesiap makan dah untuk lunch.

Rasa nak makan Mcd, tapi macam nak makan mee kari putra jugak. Hari ni nak belanja laki aku hehe sebulan sekali belum tentu aku belanja laki aku skrg hihi sorry sayang; tak pe la makan mee kari dulu. Esok-esok je la Mcd. πŸ—πŸŸπŸ”

Decide makan mee kari la pun sedap. Ye la dah lapor. Padahal dalam keta da dapat makan ice Krim favorite aku, ice krim milo. Beli 2 aku makan 1stgh. Ko ghase kecik beso je laki tengok. Dia dpt stgh je. Syg abang.😘

So kiteorang pun pergi makan mee kari. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Zahra tengok je kite makan, sabar dik papaya adik kita cari di Tj Mart. Dia sekarang pandai eh tengok makanan. Tangan dia jalan dulu. Hehe.

Dah siap makan balik kampung dulu, abah dia nak bawak anak dara dia pusing naik moto pastu dah siap tu terang lagi, rindu pulak dekat si Alden ni. Singgah rumah Nadia, tapi syian dia tengah demam. Tak sedap badan merengek je tapi tak lama pun. Pastu tidur. Makin panjang, kalau baby lelaki lambat skit nampak bambam, tapi yang penting bertambah hensem kooo..

Hihi. 

Hmm tu la, kadang benda kita tak pernah terfikir pun nak buat pilihan, sampai satu masa kita sendiri berada kat tempat tu. Baru lah kita sedar.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang sentiasa mencukupkan malah melimpahkan rezekiNya.

Bila kita dilangit, masih ada orang yang lebih tinggi dari kita, bila kita dibawah, masih ada orang yang terperosok kakinya ke perut bumi.

Ok lah, lama-lama jadi motivasi kan. Peringatan untuk diri sendiri. 

Sesungguhnya Allah itu, ArRazak. Minta dan berdoalah. Dan terlalu banyak yang patut disyukuri. Alhamdulillah 😘😘

Salam sayang 😍hihi

Wednesday 14 September 2016

Raya Aidiladha di Kem

Semenjak belajar menjual susu kambing ni sibuk la sikit bukan apa. Tak reti nak bahagikan kerja. Haha. Ributs.

Padahal anak baru sorang, surirumah pulak tu. Nak cite hari raya haji kelmarin je, tak balik kampung pun. Tak masak pun rendang, masak stok apa ada je kat peti ais tu hehe.

Laki aku cakap sedap je aku masak. Kembang idung aku. Aku masak ayam masak merah dengan lodeh je. Lodeh pun ad kobis, carrot, tempe dengan suhun. Jadi la tu ngidam lauk raya.

Pagi raya abah dia pergi masjid kite pun melawa, aku pun pakai baju kurung bape jam je, zahra berak je 2 kali, tukar baju dah 3 pasang, last2 aku yang basah dengan baju melempai2. Tak sempat selfie ngn laki aku. Haha.

Baru nak feeling2 melawa kat umah.

Haa ini diaa budaknya. Ada baju baru lagi mak ngah die bagi. Baju ni kotor masa makan ganti baju baru satu lagi, mak ngah die bg gak, tak sempat amek gambar berry melimpah-limpah. Mandi terus.

Haa ini diee baru nak suh die amek gambar bersandar duduk die sibuk nak makan dress nampak spender ko dik.

Aku buat part time nyambil-nyambil jual susu kambing. Dari tak buat apa kat umah nak cari duit poket sikit untuk zahra hehe. Kot boleh beli pampers and minyak dia. Ok la.

Mummylicious Susu Kambing
Walaupun untung dan aku jual tak banyak sekurang-kurangnya aku usaha. Alhamdulillah kawan-kawan support beli. Tq soo much. 😘😘
RM2 ke RM3, RM 5 ke sangat bermakna kalau dari titik peluh kita sendiri. Kan kan kan?

Habib Susu Kambing
Semoga dimurahkan rezeki aku menjual dan dimurahkan rezeki orang yang membeli. Yang paling penting mereka dapat manfaat susu kambing yang kita jual ni! AmiinπŸ˜ƒπŸπŸπŸ

Before tu nak tunjuk my first ever dish for raya by my own self!
Ayam masak merah dan lodeh

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA!!


Sunday 4 September 2016

Nasi Ambeng BBU dan Makan Syiok Karnival

Semalam husband aku offday sehari je, balik amek aku dengan Zahra kat Kulai. Seminggu tak jumpa. Sampai Kulai husband belikan abah kue teow goreng dulu untuk sarapan. Minggu lepas abah nak kedai tutup, minggu ni balik dapat belikan abah fav dia kedai Pak Akob.

Abah sorang kat umah, mak kat umah kak long. Jap lagi lepas kami makan nak menjejaki mak pulak dengan hantar ole-ole sikit husband baru balik Kelantan minggu lepas.

Aku teringin nak makan nasi ambeng BBU hari tu tapi masa sampai dah tutup ke memang tutup tak tahu lah. Semalam husband bawak pergi makan sana.

Bukan mem bulat muka aku tak sempat nak pakai betul-betul. Laki aku tu kalau ajak selfie memain. 

Tengok biasa-biasa tapi rasa dia best. 

Balik sarapan included lunch la tu hehe singgah umah kakak ipar aku baru bersalin. Zahra dapat cousin baru yeay. 

Dalam pukul 3ptg macam tu balik Kulai lalu Hutan Bandar, Bandar Putra nampak la Karnival Makan Syiok. 

Pergi la jugak menyinggah padahal perut kenyang sebab otw balik tu beli kopok lekor dengan pisang goreng mengonyel dalam reta. Pastu teringin la tengok apa best kan tengok macam tak ramai. Masuk je meriahh rupanya ramai. 

Aku menggunakan kuasa hp aku la kalau anak dah dekat husband kan. Hehe.

Lets go.

Ramai betul budak-budak. Polis pun jaga tu yang elok. Biasa kalau nak buat karnival/perhimpunan aman apa-apa memang kene register kebenaran dengan pdrm. Aku memula tak tahu gak, tahu pun dulu masa nak buat bank punya karnival.

Masuk dalam banyaak rupanya booth.

Tengok banyak tu makanan macam-macam ada. Tapi da kenyang. Awat jumpa pisang goreng dulu tadi haha.

Ramai kan. Aku nak tengah buat video kene tegur ngan laki aku. Da senget benget video aku. Grr. Malu la tu aku rakam macam jakun ye ke. Eleh Kulai je pun. Kan kan kan. Husband aku nak cakap aku gitu la tu. Hp kan ditangan mama. πŸ™„

Zahra syok tengok budak-budak main air.  Sabar ye nanti besar baru boleh.

Best kan. Kira berjaya la ni dapat sambutan.

Pusing-pusing nampak dim sum halal kat situ beli jugak 2 ketul nak rasa. Beli air, pastu balik nak pergi umah mak long jumpa nenek.

Sengeh, abah adaaa kepit saja dua orang ni. Nak susu pandai cari mama ye.

Sayang sangat tau harta mama dua ni. 😍😍😍

Saturday 3 September 2016

Trip KL Day 2 - Walimatulurus AienAmar

Nak jugaakkk hapdate kerja kawen minah ni haha. Sehari ni kite penat berjalan, husband aku dah flat dah semalam duty 24jam, balik 7pg tadi terus  balik Kulai, pastu vrommm berjalan naik viva vavavoomm. 😊
Mereka dah tidur, siapa mereka? Kanan suami kiri sibushuk masham Zahra ni. Amboiii nak cakap apsal aku kat tengah la tuuuu. Haha. Tadi zahra kat tengah menyusu, so tukar-tukar la kiri kanan. Dah ler dia hidung sumbat soo kene balancekan jap kiri jap kanan pusing. Gittew panjang benor mukaddimah nye. πŸ˜’
Rituu rasa macam reunion pulak datang kerja kawen minah ni. Ye la masa aku kawen dia datang siap naik flight kelass ko minahhh. Pergi balik pastu siap jadi bridesmaid. Kalau aku tak g dia kawenn letup umah aku. Pop pop pop mercun ku berbunyii aaa auu. Nyanyi pulak kannn.

Balik Ikea dengan jayanya menyumbat bahan-bahan yang telah dibeli ke dalam vavavom, kami otw terus ke rumah Aien ni.

Taraaa!!! dah sampai. Ni lepas makan nasi baru ingat amek gambau kan. Yang kat depan kite tuuu popia cheese pisang and cheese cendawan. Kambing golek. Sodappp. 

Baruu le dah kenyang pi amek gambar dengan pengantin. 
Alhamdulillah bertemu jodoh Aien ni. Bercinta dari zaman kita Utm lagi. Salute la kat laki dia boleh satu kepala ngan Aien ni, die ni sengal sikit. Kehkehkeh. Suka2 dia kalau buat mende. Haha. Kalau berjalan ngan dia ni, sakit jiwa aku. Haha.

Aien Amar 

Haa kambings goleks.

Sikecik ni nak jugak berangan. Hihi

Brrppp dah jupo pun pengantin dah makan nasi minyak. Maghi balik esok anggota ni kijo.

Btw Aien, Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia hingga ke jannah diserikan lagi dengan anak yang ramai. Murah rezeki. Aamiin.

πŸ‘ΆπŸ»⏰am. KLCC.