Sunday 4 November 2012

Sedetik lebih

Mana mungkin aku tak menitiskan air mata.


Kerana tak menjaga diriku, amalanku, tingkah laku ku, percakapanku dan, doa dan taubatku.

Ampuni aku Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Pengasih, dan Maha Penyayang.

Friday 26 October 2012

Sedikit korban dari saya

Semenjak kerja asyik nak tidur awal je. Apa yang diletihkan sangat heh? Kerja bukanlah buat apa sangat, maybe letih drive je. Sebab tu time online asyik tertidur, tak sempat shut down. Dah lalok. Nanti adik ke sapa ke tolong shut down kan. Kadang baru blogwalking, baru nak create new post, tiba-tiba sedar alarm dah bunyi suruh pergi kerja. Apakah.

Lama jugak nak nampak aku selalu update. Tapi ada yang lagi lama nak tunggu dia update,


Tak boleh paksa dia update sebab dia tengah angau dingurat jejaka  hensem di fb. Tapi ada benda yang lagi mengerikan,

6 months ago? Nanti dah cukup setahun aku bagitahu dia.

Hari raya aidiladha kali ni, harap aku lebih tabah dan memperbaiki diri, walaupun kadang-kadang geram tengok style rambut lawa-lawa rasa macam nak bawak pergi jalan-jalan. Perubahan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan aku yang sikit ni harap dapat improve diri. Walaupun kadang teraccident jugak.

Style tudung inspired by Sepet
Setahun dah berlalu, dalam setahun ni jugak aku cuba biasakan dari selalu tak bertudung dan jarang bertudung kepada selalu bertudung dan jarang tak bertudung. Anyway selamat hari raya aidiladha. Maaf zahir dan batin.

Tuesday 23 October 2012

kombo day

Grad minggu lepas, tapi baru minggu  ni nak update. Eh? ada orang baca ke? Memey tak ada, so apa orang kesah ko update ke tak eh? Ye saya mengaku, saya puang yang perasan lebeh.

Just nak post gambar masa convocation, the gambars was buruk sebab tak edit. Ahh, lantak la.

Muka lepas keluar dewan, tahu tak masa ambik transkrip aku guna kasut baru dah la tinggi gila, tumit kecik. Tinggi, sebelum tu praktis pakai baju lain, kain dia ok buat jalan, lepastu baju aku tak boleh pakai sebab kain songket, then pakai baju kurung pahang belah depan, masa ambik tu, susah gila nak jalan. Sakit gila even tak sampai 10minit aku pakai.

Gila bangang masa jalan ambik transkrip tu, jalan weird gile. Takut gambar tak jadi sebab aku jalan slow. Arghh malas aku nak ingat, yang penting i will never buy a shoes macam tu lagi, tapak tak tebal tapi tinggi masyaAllah. Sekarang kasut tu tak tahu nak modified macam mana, mahal je lebih. Ok, forget it. Past is past.

Gambar lawa-lawa tak ambik sebab masa ni rushing nak pergi ambik adik aku, mula abang aku cakap nak datang lepastu tak jadi, so ambik adik aku. Jumpa kawan-kawan pun tak sebab semua busy family masing-masing.Tak pe la, tak dapat ambik gambar dengan kawan-kawan reramai. Tak de yang nak dikesalkan, past is past.

Lepas semayang zohor, kami sempat ambik gambar sikit. Sikit je sebab bateri kamera exhausted padahal ambik gambar baru bape je. Pinjam kamera orang pulak dia tak bagi charger and tak cas kan dulu. True that, past is past.


With my classmates.


Konvo biasa family bagi bunga, aku tak da bunga-bunga, mak aku nak belikan aku tak nak. Walaupun muka kiteorang senyum ditengah-tengah hari ni macam selesa gila, padahal dalam baju bapakkk berpeluh, sapa pernah pakai jubah konvo, tahulah dia gile punya berpeluh. Rimas gila, tahan je la sebab nak ambik gambar pakai jubah.

Konvo aku sesi pagi, mandi subuh. Dah berpeluh-peluh, kering, berpeluh. U will know what i feel. And i waiting my friend sesi petang sebab nak gambar sama-sama.


Tadaaa!! dah petang.



Even aku tak sama fakulti dengan dua ladies atas ni, tapi kiteorang rapat. Jangan lupa video kita, ihik.


Apsal semua engineering, aku sekor budak management sesat sini. Why not, that's my friends.


Benci ngan adik aku, aku da pakai high heels 5 inc sampai sakit-sakit kaki aku, tapi dia still tinggi. Dah pakai topi pun still tak boleh lawan. Aku rasa kena tukar topi chef.

Ingat aku pakai baju yang sama sampai petang?

Terima kasih Tan Sri
 Tahu? sampai malam bila sesi dengan kawan-kawan sepermainan memberi sokongan padu padat mantap.

Jangan ingat ketiak ko wangi sangat mael
 
And the happiest moment is surprise birthday to ezzaty. Sentiasa berkongsi rasa even kadang rasa nak tempeleng sorang-sorang.

Congrats too to pojan and azmi yang sama-sama grad skali
Tiada yang menggembirakan selain keluarga dan kawan-kawan sentiasa disisi, susah senang, suka duka, wangi bacin (aku ah tu bantai baju yang sama sampai tengah malam tapi hari tu je la, hari lain tak eh), harap ingat mengingati sesama. :)

Wednesday 17 October 2012

Tahu tak

Tahu tak aku dah mula nak jatuh cinta dengan kerja aku. Mana-mana kerja atau apa-apa kerja masa awal-awal masuk kerja memang tak best lebih-lebih lagi baru kenal semua orang. Rasa kalau baru 1st day kerja, esoknya malas nak datang. Aku rasa semua orang rasa macam tu, that's normal. Senyap je kalau orang jenis tak peramah. Tapi lama-lama kerja jadi best hokeh, aku tak kata lagi yang aku dah berada tahap selesa kat tempat kerja sebab baru nak masuk 3minggu.

Tapi lama-lama aku tengok it make me better sebab aku bukan jenis cepat gila mesra. Jenis aku tengok dulu orang tu perwatakan dia macam mana dulu, aku bukan hentam je semua orang aku nak gurau, takut tak kena tempat susah. So awal-awal sesi perkenalan aku banyak diam and join2 jugak.

Alhamdulillah semua orang kat tempat kerja tak sombong, and sempoi je semua. Kat office dari doktor, officer, sampai ke makmal pembantu perubatan semua tak sombong. Aku suka environment kerja ni. Dah la ada jamuan ni jamuan tu, makan free, pegawai belanja.

Harap semua orang senang dengan aku. :)

Sunday 14 October 2012

esok konvo!

Tahu tak esok i konvo.. walaupun perangai ntah apa-apa masa dekat uni dulu, Alhamdulillah habis jugak study degree. Congratulation to my parents, family, friends, and my self.

Saturday 13 October 2012

Lelaki dan masa depan

Tajuk tak menahan, lelaki dan masa depan. U know, kalau before kawin memang tak nampak dia boleh bertanggungjawab sebab before kawin dah tak malu-malu asyik nak menyusahkan perempuan. Rasa kalau kawin dah duduk sebumbung dah tahu baik buruk kita dah kongsi semua termasuk hal spender, u rasa dia lebih malu ke nak menyusahkan kita. Jawapannya tak sama sekali. Sebab kebanyakan lelaki masa couple tunjuk gentle jaga baik jalan pimpin tangan semua kita nak dia bayarkan, tapi kalau belum jadi laki pun dah nak jadikan kita mangsa, bila dah kawin?

Memang tak semua lelaki macam tu. So as a perempuan, selalu ingatkan diri macam tu walaupun tak pernah kena sebab  kalau boleh nak kawin cuma sekali. So kalau dia suka mengadu itu ini menyusahkan perempuan, macam mana nak jadi suami dengan bapak anak-anak kita. kita dah boleh nampak masa depan kita macam mana dengan dia. Tinggalkan je ok, senangkan mak ayah dulu lagi bagus. So, woman out there think about your future.

Thursday 11 October 2012

Wah Graduation!

Tahu tak dari zaman sekolah, tak terfikir pun kena belajar pandai-pandai biar dapat masuk universiti dapat kerja bagus-bagus. Walaupun ada orang kata yang tak masuk universiti pun boleh berjaya. Ye itu memang sebab nasib orang kan berbeza. Itu cerita lain.

Masa zaman sekolah rendah yang tengah musim tulis-tulis biodata kat buku kawan, zaman tulis biodata ni bukan sorang dua buat tapi dah macam sekelas tu, semua ada buku lepas tu mintak biodata kawan-kawan. Kalau budak lelaki tulis memang simple, dah la simple lepas tu buruk. Tak macam perempuan, pen warna warni. kretip gile.

Ni lah gambar sekolah rendah kitaorang yang musim tulis biodata, cop-cop tiang, main pijak kasut. Yes, kami  habiskan masa kanak-kanak kami disini.

Tapi yang penting part tulis

cita-cita : Ingin berjaya hingga ke menara gading.

(walhal masa tu tertanya-tanya menara gading? peliknye? Menara gading tu apa? kenapa kena menara?) tapi masa tu dah tahu la menara gading tu universiti, cuma kenapa nama dia macam gajah?

Masuk sekolah menengah, bila dah berkawan dengan budak-budak nakal lagi lah tak belajar. Lagi lah kalau nak kira bercita-cita tinggi memang pelik ah dengan perangai macam tu. Tapi Alhamdulillah last-last habis jugak aku belajar walaupun banyak main-main, cuma jangan terikut sangat dengan kawan-kawan. Pandai control diri je la jangan nak tunjuk hero sangat. zaman poyo

Bila dapat tawaran masuk universiti awam, suka gila hokeh. Walaupun tak tahu apa cita-cita sebenar. Just ada peluang je, ambik. Masuk uni pun masih tak ada matlamat untuk improvekan diri, nak dapat result baik biar PTPTN tak payah bayar. Last-last, kena jugak kau bayar. Padan muka.

Kesian uolls pinjam jubah kitaorang, tu la tipu kitaorang konon dah amik jubah.

Lepas 3tahun belajar di universiti, eh eh dah nak grad?? macam tak percaya. Dah habis belajar, kena cari kerja pulak. Zaman uni paling best. Pada aku sekarang bukan zaman anak nak belajar mak bapak tak ada duit. Sekarang zaman mak bapak ada duit anak pulak yang tak nak belajar.

Dan benda paling best, kami berempat grad sama-sama. Yang kawan-kawan lain semua dah grad awal, memasing dah kerja. Seronok masing-masing ada kerjaya sendiri. Kawan pun seronok tengok apa lagi mak bapak kan? Hari tu ada mak kawan ada chat, dia wish kiteorang gud luck (marco from tropoja,taken), dia kata dia rasa teruja and eksaited sebab kawan aku tu nak grad nak tengok kejayaan anak. See? Rasa mak bapak aku pun gitu, confirm lah. Mungkin tu salah satu kebanggaan untuk mak bapak aku.


Jubah apa yang ko tunjuk pojan? Jubah nak pi sembahyang.. erghh


Convocation date: 14 October 2012
Venue: Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Teknologi Malaysia


Semua adalah rezeki dari Allah, terlalu sedikit apa yang aku usahakan tapi Allah Maha Memberi.
Aku harap aku berjaya dan dipermudahkan dalam apa juga kerja dan urusan. Amiin.

Friday 5 October 2012

Lama

Masuk hari ni, dah seminggu badan rasa demam. Tapi still bekerja, gagah kan jugak kudrat. Tapi hari ni ada interview, so ambik cuti. Bila pikir-pikir balik tak payah ambik cuti untuk pergi interview, minta je permission keluar sekejap sebab ketua unit tu dah bagitahu.

Tak apa la dah ambik cuti pun. Atleast ada perkara lain dapat disettlekan.

Interview?
Ini interview terlama yang pernah datang. Candidates lain tengok 15 or 20 minit je. Tengok jam masa masuk, lepastu bila keluar pehhh dekat 45minit. Apa yang merapu pun tak tahu.

Masa interview tu rasa macam dah lama, ada jugak rasa,"encik saya nak keluar rehat sekejap, kepala otak saya tak boleh generate idea apa yang encik cakap" Soalan memang killer. Aku pusing sana dia tanya sini, aku cakap ini dia pusing sana. Phehhh. Sabar je la.

Dalam interview tu macam ambil kelas agama pun ada, tapi bagus lah dia buat macam tu. Dah try buat sebaik mungkin pada waktu kejadian dan sekarang doa kerja tu mampu dan dipermudahkan kalau ditawarkan jawatan tu.

Bukan cencaru

Ok, hari ni dah beli tiket flight, sebenarnya kepala aku serabut fikir banyak benda. Rushing kena balik sebab atok aku suruh bapak aku balik dah dekat 10 tahun bapak aku tak balik. Rindu gile dengan anak sedara aku and adik aku kalau aku tak ikut sekali dia kata tak best.hew hew hew. and adalah hal-hal lain kena settle down there. And kami consider dengan due date akak ipar aku nak bersalin.

That's why that's why that's why.

Ahh. banyak benda nak kena consider and i need to sacrifice sedikit masa ni. Apa pun dah nak jumpa sangat dengan arbi. Kena pi tengok dia dulu then baru aku fikir yang kat sini especially kerja.

Walaupun kadang-kadang dia merajuk tapi still tengok kamera bila orang  ambik gambar.

Manja hokeh ngan atok. 
Tak tahu kenapa, maybe aku tahu cara hidup dia kat sana tak macam sini. Tu yang rasa nak jagaaaa dia  sangat .

Seriusly sekarang mood celaru, bukan cencaru. Cencaru masak kari sedap. padahal aku pun tak tahu rupa cencaru macamana. Jap aku google


Lepas google,,oo baru aku ingat cencaru biasa bakar. haha. Jahanam aku nak jadi surirumah.

Wednesday 3 October 2012

ada benda gembira nak kongsi

Masuk hari ni dah 3 hari aku kerja.. Macam mana suasana tak boleh nak cerita betul-betul lagi sebab baru 3 hari mestilah malu-malu kucing. Nak-nak dengan dah dekat seminggu aku demam, memang kat office senyap jeee. Mesti orang cakap aku sombong. Dah la aku kalau tak ada mood memang macam tapai. hehe.:)

Kalau time tak ada keje memang melangot tengok jam gerak. Rasa lambaaaat. Tapi tapi tapi tapi.... tengok baru kerja dah ada tapi tapi bagai, aku rasa aku kerja tak lama sebab next month aku ikut bapak aku pergi tengok anak sedara aku. (Yeahhh! Rindu tak tertahan) 3minggu cuti opkos aku rasa kena berenti kerja.

Sayang jugak, tapi setelah dah fikir banyak-banyak dan masak-masak, aku kena jumpa anak sedara aku dulu sementara belum dapat kerja tetap. Maybe jawatan aku tu lebih baik bagi pada orang yang layak. Tapi bulan ni aku tetap kerja la.
Keje aku setakat ni tak adelah macam ni. 

Kerja ok, tak busy sangat. Keje jawatan biasa je. Time sample sampai barula busy sekejap. Keje enjoi, and aku harap semua akan ok. Baru-baru kerja memang rasa boring, maklumlah budak baru. Mana-mana kerja pun rasa macam tu ye tak? Lama-lama boleh terima. Nasib semua orang ok.


Wednesday 26 September 2012

Semalam

Semalam baru ada kekuatan nak bukak laptop aku sebab dari mula format beberapa minggu lepas, aku tak pernah switch on laptop. bersebab, sebab aku belum sedia terima kenyataan..

kenyataan bahawa, kawan aku format kan laptop lepastu dia lupa backup, bila ada masalah, die terpaksa format semua.  Hamek kau, semua dokumen, favorite movie, lagu, and yang penting gambar-gambar semua terdelete.


Tapi semalam aku baru on laptop. Nampaknya aku kena minta kawan-kawan aku gambar-gambar lama. Tapi yang paling sayang gambar-gambar aku sendiri, lagi-lagi gambar anak sedara aku. banyak gileerrrr lepastu tak ada copy kat mana-mana. Haaaa ni makan dia...

Tapi rilek je laa tak adalah nak marah kawan aku, dah tak leh buat apa dah. Redhaaaa. :)

Thursday 20 September 2012

diari khamis

Hari ni plan nak keluar buat banyak benda tapi kereta abang aku bawak dari pagi sampai nak ke petang tak balik-balik lagi. Dia pegi JPJ inspection kereta dia.

Hari yang panjang, diari jadi pendek disebabkan kereta. Padahal dulu-dulu boleh je tak ada kereta, tapi  sekarang kereta tak ada tergendala rancangan.

So hari ni kita buat apa yang patut dekat rumah.:)

p.s: tak de modal tulis entri.

Tuesday 18 September 2012

Tuesday 11 September 2012

Dia!

Tadi aku tengah layan satu cerita. Hari tu masa mula-mula ditayangkan aku ada tengok, tapi tak full. Tapi biasalah Astro kalau tak mengulang-ulang cerita tak sah. Tadi tengok lah aku satu cerita ni, tengah syok-syok layan, eh!! pelakon extra tu macam kenal!

Aku macam eh, muka lebih kurang kot.

Sekali tengok lagi, Ahhhh! kawan aku!! Nate beruk, dah nak line-line retis sekarang. haha. But I'm proud of him.

So aku pun ambik handphone nak call dia, tak angkat. Then dia call aku balik. So berbual berbual berbual berbual lama la. Aku kalau jumpa atau bercakap dalam telefon dengan dia memang tak berenti. Ada aje cerita. Dia antara kawan paling rapat masa kat sekolah, we shared many things. He gave me advice, motivation, and macam-macam lah.

Masa raya lagi lah nate, kenakan aku. Call lepastu pura-pura nak offer vacancy kat aku. Dah la kantoi aku speaking gagap. kah kah kah

Yess, really miss him. 

Saturday 8 September 2012

Kek Coklat Tidak Moist

Di suatu petang yang hening, otak aku berjalan untuk membina sebuah makanan. Then i was thinking so many time, and finally.. ting!(idea), KEK COKLAT!

Bersemangat google resepi, so lepas mengenalpasti bahan-bahan diperlukan. Aku selongkar dapur mak aku, kebanyakan ada cuma serbuk koko je tak de. Laju aku pergi beli kat kedai. 

Bahan-bahan diperlukan cehhh. tak payahlah aku letak resepi, bukan ada orang nak ikut pun, kalau ikut aku punya resepi conform tak moist nanti. Google je, macam-macam nama keluar, kek coklat mak jemah, mak bedah, kak nita, ahh pokoknya dihujung jari deh. Usah bimbang.

Ku bancuh kubancuh penuh bersemangat. Jeng jeng jeng. da siap. Tinggal kukus je.

45 minit kemudian... biasa dalam drama 5 tahun kemudian, 10 tahun kemudian, ni 45 minit je?? iyeee memang sekejap je buatnya. ni realiti bukan drama yang propa heh.

Tajuk: Kek Coklat Tidak Moist
Tadaa!!! serius memang sedap cuma cuma cuma cuma kenapa tak tinggi?!!!! aku dah letak baking powder gila! kalau tak boleh jual terus, sebab gorjes sangat rasa dia. Thanks to myresepi.com.

"Saya nak buktikan pada semua-semua orang bahawa perempuan cantik pun boleh masak tauuuu."
(style kat iklan masterchef malaysia musim 2)

Kah kah kah, sudahlah kau. perasan lebeyyyyyyyy. Wei muka aku besar godang ah pakai shawl. Serem. lariiiiiiiiiii

Wednesday 5 September 2012

Nikmat kesihatan yang patut kita syukuri

Sementara aku menganggur ni, salah satu tugas aku dekat rumah adalah menguruskan hal rawatan untuk mak dengan adik aku. So setiap appointment rawatan ataupun ada follow up aku yang kena hantar jemput semua.

One day, masa hantar mak aku pergi fisioterapi dekat hospital sementara tunggu mak aku, ada sorang akak ni dukung anak dia 7 tahun. Bukan dia dukung selama 7 tahun tapi umur anak dia 7 tahun. Disebabkan dia pun sibuk bukak kasut untuk masuk lagi tengah dukung anak dia, so aku pun bukan buat apa aku bukakkan pintu untuk akak tu. Aku tengok anak dia, kurus, Akak tu duduk sebelah aku, lepastu berbual-bual lah. Anak dia kena sindrom lebih kurang macam tu la sebab masa lahirkan dia, dia lemas tapi tak lama. So sangat bahaya bila baby dah lemas. Dia tak boleh buat apa-apa, memang kena dukung je.

Setiap minggu dia kena datang untuk cek, bayangkan lah selama 7tahun dah. So aku tanya, "Akak keje?" Dia kata, "Tak, nak jaga dia. Suami pun tak bagi keje. Nak jagakan orang pun sekarang macam-macam kes jadi. Takut orang tak sabar." 
bersyukur

Dalam hati aku, akak ni tabah jaga anak dia. Anak dia tak pandai buat apa-apa, diam je tapi adik tu sekolah jugak. Memang Allah tak kan bagi dugaan diluar kemampuan kita. Aku tengok akak tu sayang sangat kat anak dia. Sedangkan aku yang sihat sempurna ni tak perasan nikmat kesihatan yang Allah dah bagi.




Masa baru-baru ni pun dah buat aku terasa sangat dihati, masa tayar aku pecah kan sebab nak hantar adik aku pergi hospital ada appointment dengan pakar telinga. So department adik aku kena kat tempat ORL (tekak, hidung, telinga). Waktu tunggu adik aku kena cek, aku tak boleh masuk. Dekat luar tu, ada adik perempuan baring kat katil sorong, tepi dia ada mak ayah dia. Adik tu dalam umur 10, 11 tahun gitula.

Adik tu lumpuh, kaki dia kecik sangat, tangan dia satu kudung yang satu lagi pegang apel. Leher adik tu kena tebuk then ada lah salur dia. Aku sambil tunggu tu tengok adik tu, dia nangis macam tahan sakit. Macamana dia nak makan dengan leher/tekak dia macam tu.Ya Allah! kesian sangat. Dia nangis pun suara tak jelas sebab leher dia dah kena tebuk kan. Tapi memang nampak dia nangis meraung sakit, suara pun dengar sikit. Kalau leher dia tak kena tebuk mau satu hospital dengar. Mak ayah dia pujuk-pujuk.

Aku rasa, Ya Allah, aku ni tak reti bersyukur dengan nikmat kesihatan dengan fizikal aku yang sempurna. Kadang aku selalu fikir dengan benda yang aku tak dapat atau tak ada macam kelebihan pada orang lain. Kadang-kadang aku cakap dalam hati, "Kenapa Allah bagi orang tu...... tapi aku tak." 

Sebenarnya banyak lagi nikmat Allah yang patut kita syukuri. Kenapa nak mendongak ke atas je, kenapa tak tengok orang yang lebih susah, lebih sakit dari kita. Kalau kita sihat, macam-macam yang kita boleh buat berbanding orang yang lumpuh. Bayangkan kita kat tempat diorang mesti kita tak mampu, dan barulah kita rasa bersyukur.

"Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang."
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)

dan jangan lupa baca ini. Sama-samalah kita bersyukur dengan semua nikmat Allah, bukannya menghitung dugaan yang Dia bagi.

yang ini pulak, nikmat makan sampai lebam
Bersyukur sebab masih dapat makan dengan cara yang seharusnya.
p/s peringatan untuk diri sendiri jugak :)

Tuesday 4 September 2012

Tayar meletop dan tutorialnya

Seriously aku memang tak reti tukar tayar walaupun aku pernah belajar tukar tayar masa ambik lesen dulu. Sebab pada aku, "ala, tak payahlah tahu sangat, tak penting pun sebab jarang lah tayar nak meletop"
Tapi tapi tapi bila dah kena batang hidung sendiri, kau panik tak tahu nak buat apa and tunggu orang berhenti tepi jalan nak tolong tukar tayar? Noooo! itu kalau ada orang simpati tengok kau perempuan insan yang lemah.

Sebenarnya, semalam masa aku drive hantar adik aku pergi hospital johor tayar kereta aku meletop! Bunyi pom!!! Kuat kot. Dah nak sampai dah dengan hospital, aku terus ambik tepi dekat laluan kecemasan. Turun kereta tengok apa yang bunyi kelepek-kelepek, rupanya tengok tayar depan dah kempisssss. Baru kau gabra, lama aku pikir nak buat apa, call abang aku nak suruh datang memang tak ah jauh giler, call kawan aku. Nak tukar tayar sendiri tak tahu, berapa kali aku keluar masuk kereta konon nak keluarkan tayar spare tapi tak tahu nak buat.

Aku duduk dalam kereta lama gila kot sebab blurrr and try ingat macamana nak tukar tayarrrr. Still tak jalan kepala hotak aku. Tapi setelah menggunakan kaedah cuba-cuba, yela nak harap orang tolong memang tak ah. Belum cuba belum tahu kan. Lagipun dah lambat, appoinment hospital pukul 8.30pagi, tengok jam dah 9.15pagi macam tu. Soo bermulalah cabaran menukar tayar... dan bagi tutorial tukar tayar sekali

Mula-mula kau ambik benda alah kaler oren tu kau letak jauh-jauh sikit dari kereta, biar orang nampak kau dalam kesusahan. Lepastu kena ada jek, benda alah nak bukak tayar tu yang bentuk L, tapi yang dalam plastik tu aku tak tahu apa benda tu, rasa macam tak guna. Tak tahu apa function dia. hehe

First, ambik jek lepas tu letak bawah kereta. Sebenarnya aku langsung tak tahu nak letak belah mana jek tu, and mana bawah mana atas pun tak tahu. Mula-mula pasang terbalik,sebenarnya adik aku pun dia tak tahu, tapi dia kata, "kau pasang terbalik kot". Aku pun pusing lah jek tu,yang tapak besar bawah yang letak atas yang kecik. Aku letak jek tu men bantai je lepas tanya kawan aku. Kau raba-raba je janji besi kau sendal je ngan jek tu.

Second, lepas dah naik kan jek tu sampai terangkat tayar, kau amek skru yang bentuk L then bkak tayar tu. Jangan takut nak buat, takut sebab tak pernah ada pengalaman tayar pecah. So kat sini lah kau cuba build experience. Mula-mula aku nak buat tapi tak kuat, bukan tak kuat tapi lembab. Last-last adik aku yang buat semua. Aku pun ambik je gambar sambil bagi idea. haha. Okeh, masa nak bukak tayar tu, skru dia memang kuat, yang perempuan kalau tak kuat kena naik atas pembukak skru tu. Lepas tu hentak!

Third, keluarkan tayar bocor tu then ganti yang spare. Tayar spare sangatla kecik macam tayar kereta sorong! Ntah apa-apa tayar nya. Pakai je la dah terdesak.

Fourth, skru balik tayar spare tu. Kuat-kuat sikit. Masa nak ketatkan kau naik je atas pembukak skru tu.
Lepas tu turunkan jek. 

Dah siap!!! Senang kan sebenarnya.

Aku ingat dia tak tahu buat apa-apa beselah anak manja, nasib baik reti semua. So aku rilek sikit ah, adik aku yang buat. keh keh keh.

Memang kesian gile, dah lah panas terik. Woi berpeluh-peluh tengah panas tukar tayar. Betul-betul dekat depan rumah besar depan pantai tu. hiiii

Aku yang tak berapa nak reti tukar pun berpeluh bersingsing lengan dah.

So, lepas ni kalau terjadi lagi Insya Allah aku boleh buat sendiri. :)

Monday 27 August 2012

Tak habis-habis

Tak habis apa? Raya? Aa. Beraya teruss. Hari-hari beraya wooo. Raya pertama je duduk rumah lepas tu meh aku yang berjalan. haha.Tapi tak berapa nak berjalan sangat pun.

Raya kedua
Pergi rumah makcik aku dekat Layang-layang je. Lepas tu pergi rumah pakcik aku, tu je. Keluar lepas zohor sampai rumah maghrib. 2 rumah je pun setengah hari. Betul-betul beraya kalau orang tua punya beraya.

Haa. yang ni shake mak aku la ni yang tolong ambik, bapak aku biasa bergosipp malas aku nak ambik gambar dia.

Adik aku yang dah reti menggatal walaupun baru tingkatan 2 dan tak pandai kat sekolah. Geram aku budak laki memang susah nak tengok dia study.

Raya ketiga

Woot.. ini kucing rumah kawan aku, Zila. Kawan dari Form1 sampai masuk UTM. Kucing dia kacuk parsi kot tapi kucing ni pemalas.

Macam nak tidurkan baby.

Masa lepak rumah zila, sepupu dia Epul pun datang rumah Zila. Geng sekelas jugak masa sekolah menengah.

Raya ketiga malam
Pergi rumah Wani, lepastu rumah Yan. Dah rasa lapar, mari ke rumah Azmi sebab got makan-makan kat rumah dia. Dah kenyang brluppp, lepak rumah pojan pulak.


Raya kelima

Aku dengan family pulak, lepas 2hari aku beraya dengan kawan. Kitaorang beraya rumah jiran-jiran lama kat Taib Andak pulak.. Lepastu pergi Pontian rumah kawan aku masa kecik-kecik dulu. Mak dia pun baik dengan family aku, so pi jenguk rumah dia kat Pontian sebab masa raya pertama family dia dah datang rumah aku.

Serius kawan-kawan masa aku belum sekolah sampai aku sekolah rendah. Masa tengah belek-belek gambar masa budak kecik, kiteorang ada idea nak ambik gambar balik dengan kedudukan yang sama. Belum sempat ambik gambar, black out pulak! Memang tak ada rezeki nak ambik gambar sesama. maybe next time.

Ewah, style aku bergambar macam tengah cover cantik nak tunggu pinangan orang kenapa haa? Haha. Geli, serius tak leh tengok lama.

Tip: Kedepankan perut untuk menampung berat baby. hiksssss
Ini anak kak sedara aku, dia lahir 31.12.2011. Mak dia mintak lahirkan dia 1.1 pun tak leh. Kesian ko Akif, nanti umur baru 6tahun, dah kena sekolah darjah satu.

Sunday 26 August 2012

Ni lah masalah duduk dekat taman

Semalam lepas je kawan-kawan aku raya rumah aku, tak lama tu dengar kecoh orang menjerit-jerit kat depan rumah aku dengan bahasa yang tidak difahami,lepastu dengar gedebang gedebung bunyi. Apa lagi iolls yang kepoh curious lah dengan apa yang kiteorang dengar.

Masa tu ada family sedara aku datang rumah, tapi aku sorang je yang keluar tengok, aku tengok india dah ramai gila depan rumah cakap-cakap bising. Yang aku nampak ada anak jiran depan yang india la dah kena angkat leher dia lepastu kena lekap badan dia dekat kereta tengah-tengah jalan. Ramai-ramai macam tanya-tanya dia sorang. Ahh sudah jangan diorang nak bergaduh-gaduh bunuh membunuh depan rumah aku sudah. Pulak tu yang paling aku seram kereta aku depan diorang je. Ada jugak kang kereta aku cermin kena pecah ke apa kan.

Lepas tu family aku pulak keluar tengok, ada yang aku nampak sorang laki dah pegang tali yang panjang macam pemukul biasanya diorang guna. Dah seram jugak aku tengok. Lama jugak ah kecoh-kecoh, tak lama tu budak yang macam nak kena belasah tadi mintak mak dia bukak pintu rumah, "maaaa...maaa...(apa la dia cakap tamil, maybe suruh bukak pintu sebab dia dekat pagar kan)". Lepastu tiba-tiba mamat india ni terajang pagar la apa la ngamuk-ngamuk. Dah tu sedara aku ni pandai jugak la tengok-tengok, dah tu dia cakap india tu kena rasuk, dapat hantu masa dekat kuil. Lepas dia cakap gitu, mak aku panggil kawan dia, india la. Tanya kenapa rupanya betul kena rasuk. Dah panggil lah pawang dia. Mak dia tak nak bukak pintu sebab mak dia tengah sembahyang dia la halau hantu tu kot. Nasib baik bukan pasal gaduh.

Sebab setahun yang lepas, rumah yang sama jugak la. Gaduh apa ntah pukul 2pagi melayu india bergaduh depan rumah. Yang tu sangat lah ngeri sebab diorang bawak kayu besi apa bagai. Botol-botol kaca habis bersepah. Budak-budak melayu kepung rumah india tu. Kesian tau family india tu, mak-mak la, especially yang perempuan. Rumah ramai anak lelaki macam tu lah, apa masalah diorang buat dekat luar sampai kerumah diorang serang. Belasah-belasah, gaduh yang tahun lepas ramai nak mampus. Dah diorang tak paham bahasa, baik india baik melayu konon jiwa taiko. Ada jiran call polis, terus polis datang. Padan muka. Tahu pulak berambus semua. Tak lama lepas polis belah, serang lagiiii. Last-last polis tunggu lama sampai reda.

Duduk dekat taman memang macam ni agaknya, memang tak masuk campur sangat. Cuma tengok tanpa tahu cerita sebenar.

Dah lah tu pasal india kena rasuk, pukul 3pagi aku baru terlelap sekejap lepas shutdown laptop. Memang ngantuk, aku dengar bising lagi menjerit-jerit lagi dengan bahasa yang tidak difahami lagi. Aku pun "ishhh..kacau betul lah mesti india tadi kena rasuk lagi lah ni!". Sekali lepas ngendap dari tingkap rupanya family cina depan rumah bergaduh pulak. Aksi tampar menampar dan membelasah berlaku. Adik aku terus cakap "eee..dina kepoh gila kau ni".."Syhhhh.. tengok je tak pe."

Bapak pempuan tu pukul anak dia yang pempuan sebab baru balik berdating dengan boyfriend dia. Budak laki tu pun kena tampar. Berjerit-jerit jugak adik beradik diorang. Erghhhh!!! Dah banyak kali boyfriend budak tu kena marah tapi jenis diam tapi derkkk je. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Itu belum campur bapak dia baling-baling barang lagi.

Dah tahu family pempuan tu tak suka kau balik lewat, balik lah cepat. Aku keluar dengan boyfriend pukul 11malam belum balik pun bapak aku dah call. Tapi dengan kawan-kawan lewat pun tak pe. Sebab family aku kenal kawan-kawan aku since kiteorang kecik lagi.

Ok sambung, bapak dia bebel lah bahasa cina sebab aku paham sikit-sikit la, "Kau paham tak kiteorang nak tido? kau paham tak?" Anak dia menjerit-jerit, "Bagi saya peluang, bagi saya peluang." haa kauuu.

Dah lama lepas reda tu, mak bapak pempuan tu pun nasihatkan ke bebel ke kat laki tu.. Aku malas tengok, aku pun membutaaaa.

Duduk dekat taman memang gini lah yee. Tembok-tembok pagar memisahkan, hanya menjadi pemerhati kepada masalah keluarga orang lain. Tapi tak tahu pulak kalau melayu dengan melayu sebab setakat ni belum ada amukan dari family melayu. Harap semua ok dan tak ada apa-apa yang tak diingini berlaku. Aameen.


Parking full?

Aku kalau pergi tempat-tempat yang parking terhad gile especially hospital sebab aku biasa buat macam ni kat hospital, lepastu dah cek takpun kadang tak cek dulu ada parking, kau boleh guna cara aku iaitu block je kereta dekat tempat parking idaman kau.

Tapi jangan lupa tinggalkan contact number, kalau tak tinggalkan nanti empunya kereta yang kau block tu menyirap sebab kena pergi kaunter nak kena buat pengumuman. Yang dapat jenis sabar tak pe, kalau yang jenis nak marah je sebab dah la kau block kereta dia lepastu seruh dia jalan pergi buat announcement pulak. Memang pecah cermin tak pun bercalar keta ko.

So nak selamat, tinggalkan number phone kau. Bukan dia nak buat apa pun, jangan risau sangat. Paling dapat call, "Kak, tolong alihkan kereta." Sepantas kilat aku sampai ke tempat kejadian. Ecehhh

Macam ni lah rupanya. Orang lain pusing-pusing cari parking, ada yang kena tunggu dekat keta sebab diorang block kereta orang lain, aku relak je sampai parking depan kereta orang terus kunci keta, blahhhhh.

Tak lama tu, dapat call
Haaa, kan aku dapat parking dia. haha. Senang kan. So tak payaj pening-pening cari parking kalau parking dah full.

Thanks. salam

Friday 24 August 2012

Homemade siakap tiga rasa

Raya kedua hari tu, selepas melantak rendang semua sampai habis. Malam tu tak de idea nak makan apa, then bf kakak aku datang and diorang beli ikan siakap. Disebabkan umah aku ni suka sangat siakap 3rasa especially bapak aku, jadi kitaorang pun masak siakap 3rasa.

Aku pun tak tahu sangat tapi macam senang je masaknya. Lagipun aku bukan tengok sangat, aku ambik gambar je.haha. Tapi lepas ni kalau aku kena buat sorang-sorang boleh kot. Cehhhhhhh

#Bahan-bahan: cili, tomato, nenas, bawang besar, bawang putih, sos cili, sos tiram, garam, dengan perasa. Gula tak tahu ada ke tak. Limau kena perah masa dah masak kot. haha. Aku tak tengok, aku agak-agak je la.

#Ikan yang dah dimalam disiang kena lumur dengan tepung jagung biar rangup agaknya kan? Lepas tu goreng. Disebabkan ikan terlalu besar atau kuali umah aku yang terlalu kecik, tak muat jadi ikan kena potong dua. Dah tak cantik rupa siakap tu.


Bahan-bahan yang tadi kena tumis lepastu letak air bagi berkuah, lepastu sira je dekat ikan. Dah siap. Aku rasa macam senang la nak buat. Macam la, macam. Sedap sedap... Kalau tak de ikan, ganti dengan telur pun sedap je sebab aku dah buat masa ikan dah habis, ada kuah lagi, aku pun makan dengan telur.

Dah tu je, tak de motif langsung aku update ni. haha. Saja buat hilang bosan sebelum pergi beraya lepas sembahyang Jumaat.