Sunday 1 April 2012

A bit culture of Sabah

Assalamualaikum yaw. Dah lama betul aku tak update belog ni. Sangat lah busy, sebab macam-macam terjadi. Tak payah la nak citer semua sebab memang kalau ingat balik pun sendiri akan letih lagi. haha.

Okey nak story mory sikit sebab pertengahan bulan 5 hari tu,kami satu family pergi Sabah sebab abang aku kahwin. Seronok bukan main sebab kami disambut baik oleh family pihak perempuan. Dan budaya atau orang-orang kat sana betul ramah tamah, baik belaka lah hoi. Lain dengan sini, i mean sepanjang aku duduk JB tak pernah rasa macam tu, so aku jakun lah hoi.

And aku puji orang-orang sabah sebab mereka sangat menjaga tetamu. Even orang tu tak berapa kenal ngan ko lagi-lagi slanga ko cakap lain sikit. Diorang tetap cuba berbual-bual and very freindly. Sometime, kita dengan family orang lain contohnya tak berapa kenal, lepastuh buat tak layan je. Kita just berbual dengan orang yang kita kenal je. Bukan semua tapi certain.


Untuk ke Sabah kami gunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah Air Asia.
Now Everyone Can Fly sebab kalau guna syarikat penerbangan lain belum tentu everyone can fly kan. haha
motip* harus murah sebab semua kos ditanggung oleh abang aku


Ini bukan kali pertama aku naik kapal terbang, tapi setiap kali naik benda yang aku tunggu adalah tgk awan dari atas. Hebat kan Dia.


Sampai KK agak awal, tapi kami terus ke Ranau and tak sempat singgah berjalan sangat sebab mak ngn makcik aku tak sihat, so kesian la harus ikut peserta muda jelita berjalan pulak. Masa baru sampai cuma sempat berenti kat Pekan Kundasang beli makanan sikit.


Sepupu sepapat kak ipar aku lah ni. Diorang memang peramah, lagi2 kak siti with the peach blouse tuh. hehe.






Kebanyakan kerja dari pasang khemah tempat masak, tukang masak, buat pelamin, hantaran apa segala bagai diuruskan secara gotong royong ngan family je. puyoooo kalau kat semenanjung, kat rumah aku la, semua nak guna duit sebab family busy, and cuma hire wedding planner, tukang masak segala lah.






And makeup pun by family jugak. jimat kan? Satu kelebihan lah kalau ada family yang pandai make up makeup kan nih.

bawak beras sendiri pergi dewan sebab rumah dekat.

Sebelum bersanding pengantin dibawa berarak satu Ranau you.

Konvoi pengantin.

The best part of the wedding adalah joget tarian tradisional sabah iaitu sumazau. Aku pun kena jugak, memang seronok la. nampak tak depan pelamin ada space makcik2 tu tengah menari. Pengantin pun kena menari, gambar ni tak ramai sangat yang join. bila dah malam sikit turn budak2 muda yang menari sangat lah aku teruja, sebab rasa ohsem sportingnya orang kampung ni. Siap ajak menari sebab manari ni kena ada partner. Kat kampung yang aku duduk ni orang-orang dia aktif and suka menyanyi. ajak je makcik2 karok, mesti dia on punya lah.

Yang paling aku suka adalah aku dah tahu nak poco-poco, sebelum ni siap download lagi poco2 tak reti2 jugak. Masa kat sabah ada sepupu ni ajar masa menari ramai-ramai ni, terus reti wa cakap lu.haha. bangga jap.


 Mak , makcik dengan besan.



Sorry gambar berterabur, ni masa siangnya. Kalau dekat sabah siang orang yang datang ramai jugak tapi tak ramai macam malam, sempat lah tukang masak menari lari dari dapur jap. ewah makcik2 ni.


Ini sebelah malam, siap ada pertandingan ratu cantik ngn cabutan bertuah lagi. memang seronok la. oleh kerana aku duduk barisan hadapan sekali maka tetamu yang datang tak nampak la dalam gambar ni. ini semua diri dekat depan tu tengok mat2 tu pakai baju kurung. haha.

Semua peserta adalah terpaksa sebab peserta terdiri daripada sepupu2 jugak. haha. 
kesian kat peserta tak rela.

I'm really happy here, sebab tak payah pikir sangat segala assignment yang ada kat university of technology yang aman sentosa ni. haha

Dah la habis cerita masa abang aku kahwin. Tapi banyak benda baru yang aku belajar bila kenal budaya orang lain.

Sesiapa yang anggap Sabah ni negeri yang masih ketinggalan atau kurang maju, aku tengok lebih kurang je ngan dekat sini. Mungkin kalau tak pergi sendiri ke sana tengok kita tak rasa. Maybe sebab banyak lagi kawasan dia yang belum kena teroka mungkin, tu yang bila fikir sabah ke sarawak ke, mesti ingat diorang macam tak maju. padahal tak pun weh. Kat kampung yang aku duduk rumah diorang cantik-cantik sama je macam kat sini, homestay aku banglo lagi. kalah rumah aku.

okeylah next entry adalah jalan-jalan. yeah.

3 comments:

  1. nak pergi ke sabah jugak. hehe. love to see them both happy. congrats!

    ReplyDelete
  2. uishh,,nmpk dowg mesra gler!cm meraih herk!best3....

    ReplyDelete
  3. memang meriah. auw2 sebab tu aku suka sabah. xpe dah ada sedara kat sana, boleh tumpang punggung abg aku

    ReplyDelete