Sunday 25 December 2011

entah apa-apa

Oley !

Aku baru balik dari dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Baru Uda, Johor. Memang best ceramah dia, tapi aku bukan nak update pasal ceramah dia, itu esok-esok sebab malas nak transfer gambar. cuma just saja-saja sebab bila belek-belek nampak pulak gambar-gambar kat bawah ni yang membuatkan aku pikir aku ni ntah apa-apa. eh eh, tengok ayat sebelum ni.. saja-saja belek belek gambar-gambar apa-apa. apa punya bahasa Malaysia aku ni. sangat bangang tak sedap.

Kelmarin pagi masa aku ada presentation pagi tu, aku tiba-tiba kena sakit perut nak mati, nak pengsan, ah macam-macam aku rasa. Tapi sebabkan aku ada presentation aku gagahkan jugak pergi. Nak pergi PK UTM aka Pusat Kesihatan UTM, malas. Aku ni jenis orang besarkan malas dari benda yang lagi baik faedahnya. Malam tu aku macam biasa, tapi aku tahu aku dah seminggu masa tu tak tdo malam, tapi disebabkan tu ke aku sakit perut?



atau disebabkan ini? Tamak haloba? Laptop sampai nak dua. Peribahasa kata, orang tamak selalu rugi. hah yela kot. laptop ni yang besar untuk bukak belog, yang kecik buat tesis, wajarkah? Padan muka adik aku, laptop 1Malaysia dia aku bawak. Motip?



Ha,, masa ni la aku sakit perut. Dahla wajib pakai baju merah masa ni. Nasib baik aku bawak kemeja merah adik aku, gedabak kot. Dah macam bangla aku rasa, tapi cool la kadang sebab kemeja ni kemeja lelaki.


 Lepas presentation, dapat pulak sarapan free budak-budak kelas aku.. Aku ingat aku sakit perut sebab angin, so kena la sarapan. Tapi kalau tengok dari bihun ni macam tak sedap, padahal rasa dia memang best sedap ah. Tiba-tiba, sedap punya pasal



sampai macam ni? Ganas sangatkah aku makan? ke nak ekspress kan kesakitan aku? Aku pun tak paham. Petang tu lepas rehat-rehat balik kelas, perut aku dah ok. Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah. TAPI, dari tadi ko rang paham tak aku nak cerita apa? Aku yang dah nak habis tulis entri ni pon aku tak paham motip aku post benda alah ni. Ah tak paham tak paham.

Friday 23 December 2011

kan dah kata: sedap murah meriah

Hye Assalamualaikum

Aku tengah ada mood nak hapdate belog ini. Semalam lepak dekat rumah, try nak update jugak, tapi nak upload satu gambar guna broadband pun susah gila macam siput bab kau ! Mau mak tak geram gee.


Semalam aku pergi Masai, Pasir Gudang, ambik kakak aku nak balik rumah. Kebetulan aku ni tak da kerja pulak semalam, so aku mengrajinkan diri pergi. Aku ajak ezzatysokka, tapi die lemau, tido pulak. Last-last aku tinggal aje, pergi sorang-sorang.



Masa pergi hujan, tapi tak lah lebat. Sekarang Johor Bahru memang tengah musim hujan, memang diramalkan hujan kan berturut-turut lepas bahagian utara banjirrrr. Tapi Alhamdulillah tak lebat.



Siapa yang duduk Johor akan tahu waktu puaka jem bila menuju Pasir Gudang. Waktu pagi nak pergi kerja dan waktu petang orang balik kerja. Bukan jem biasa, tapi memang panjang betul, lambat pulak tu. Aku pergi petang memang padan dengan muka aku la.



Lepas ambik, kiteorang pergi makan dekat area situ, dekat Restoran Fazilah,Taman Rinting, Masai. Pada aku best la dan boleh tahan. Sebab restoran biasa je, tapi deco dia cantik.



 Ada rak baca majalah walaupun majalah-majalah dia bersepah-sepah.



Makanan dia best la pada aku, berpatutan dengan harga dia. Walaupun murah tapi bukan murah seposen doposen tigaposen, tapi memang tip top sedap, lauk lain aku tak tahu la. Yang paling best adalah tomyan dia. Rasa tomyam dia macam tomyam dekat Black Canyon, tapi tak leh lah lawan   kesedapan Black Canyon kan. Kailan ikan masin dia sedapppp betul sebab ni memang favorite aku, telur macam biasa la, rasa dia gitew juga kan?



 Udang goreng tepung sedap boleh tahan, cuma kurang garing dia goreng. Aku makan habis kot. Dah la enak + aku tengah lapar. eh eh, bukan tiap kali makan aku memang habis ke? Konpius jap





 Decoration dia ok kan, cantik. Siap ada gambar masjid masa Tsunami tu. macam-macam lah.

Harga makan kiteorang agak murah la, tak silap aku dalam RM 400 something, sebab akak aku yang bayar. Makan 3orang. Tapi betul sedap murah meriah kan.

p/s entri ni dengan entri lepas aku amek gambar dengan kamera hp buruk je kot. 3.2mp. tapu tapi kualiti tak mengecewakan kan? Emm sayang lah kat hp aku walaupun kawan-kawan aku selalu buat main game bola sepak sebab hp aku flip. pentol bukan aku mereka?

Thursday 22 December 2011

mari servis dan menang tunai ! T&C apply.

hello yello yello
kenapa kena yello? yela, kalau aku cakap belo?
paham tak maksud belo tu apa? Aku tak tahu la kalau korang tahu ke tak maksud belo.
Tapi masa aku duduk taib andak dulu, belo ni macam orang tak betul sangat la. 
Sebab dulu ada orang jual sayur naik basikal, pastu nama panggilan orang tu Usop Belo.
Orang nye macam kurang sikit la. Ishh, apa la, tak baik tak baik. jangan amalkan judge orang begitu ye.
Ok dah, melalut !


Agak dah lama tak update belog, sebab ke-busy-an yang sangat melanda diriku sebagai final year student yeah !! Apa jadah yang yeah, macam best sangat je, apa best nya kalau kena datang seminar ini seminar itu, kena buat asignment yang aku rasa makin menggunung dari semester-semester lepas, dan yang paling penting, tesis itu? Serius busy, tapi aku rasa macam aku da jadi artis pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang berguna pulak, rajin pinjam buku pergi library, cari journal itu ini *say hye to ezzatysokka sebab banyak tolong carikan journal*, lepak dibilik tesis. Aku rasa aku rajin, ko rasa?masin? cett

Hari Ahad malam aku pulang ke rumah, pon pon pon pon pon pon pon, kereta kecilku berbunyi, lalalalala
dah tu esoknya sebelum aku pergi kelas, aku perlu menserfis kereta. 


Bila aku ingat-ingat balik, aku pakai kereta ni dari semester lepas kot. Tak la awal semester lepas, tapi tengah-tengah lebih sikit la *apa punya bahasa ko ni?. Lepas tu semester ni dah last sem, meter aku baru segitu? Bapok baik aku ni tak berjalan jauh. lama kot, baru 10000.


 Ok-ok, tajuk entri aku servis kereta lepas tu menang tunai kan? memang betul. Aku mula tak percaya jugak, tapi aku dah alami sendiri. sorry ayat puisi pujangga. Bukan ! bukan ! kereta aku bukan yang bogel tergolek telanjang itu. Itu kereta customer lain yang berusaha jadikan kereta diaorang kapal terbang.


Haa.. yang brader tu tengah servis tu i punya kereta pinjam kat bank. Kereta tu aku da pagarkan keliling, jadi aku tak payah risau memang tak ada gangguan exboyfriend makhluk halus, jin, mahupun syaitan lepas ni. Aku dah pagarkan keliling tuh ! dengan apa aku pagar? aku langgar divider, pagar, tergesel sana sini. tak payah susah-susah mintak bomoh pagarkan.

Niat aku memang baik, nak pagarkan keta tu biar selamat tapi aku pelik kenapa mak bapak aku bising. Korang tahu tak kenapa? aku tak tahu *tangan didada mata ke atas

Aku tak tahu la apa sebenarnya yang diaorang buat bila serfis kereta, yang aku tahu salah satunya, tukar minyak hitam. kan kan kan conform confident aku cakap. Lepas dah siap servis apa semua, aku pun nak balik,

tiba-tiba bos workshop tu cakap,




"nyah, isi minyak. " aku pun macam pelik gilew gilew gilew euw euw. Dah la servis free kereta free, wang tunai pulak nak bagi, apsal tak belikan rumah sebijik sekali ke. nak jugak. aku pun macam malu-malu tapi ambik. Kalau ikotkan hati, aku cakap " bang, bak meh ah lagi, saya nak isi minyak sampai tumpah-tumpah ni." Bagus gile workshop kereta Dtec Auto ni. Lain kali aku mesti datang lagi, sebulan servis 2 takpun 3 kali ok tak?

Kalau korang nak macam aku, boleh jugak, boleh tak jangan berangan sebab kalau ada customer lapanploh orang macam aku, bankrup workshop ni tahu? haha. eh, tadi aku tak habis cerita lagi, kenapa brader tu bagi aku duit isi minyak. masa tu aku tengah duduk, aku pandang atas masa dia hulur duit, aku tengok macam kenal brader ni. eh, abang aku rupanya. eh eh eh

T&C dia adalah ko kena jadi adik abang aku. Kalau abang aku ada adik 5 macam aku, boleh pengsan beliau.Kerna tak kenang dek untung, sudahlah die bagi kereta, servis, minyak sebagainya free, dan duit belanja juga nak kena bagi. dem kau dna

-------------------------------------------------------------

Ni aku nak share satu benda yang sedap murah meriah. paham maksud aku disitu? itu ialah nasi lemak kat Student Mall UTM. orang luar pun cuba, memang sedap, betul sedap,


Dah la layan diri, boleh amek sendiri kuantiti yang kita nak. Sambal dia sedap, pedas-pedas manis gittew. Boleh letak ayam goreng, timun, ikan bilih semua amek sendiri.Harga dengan air RM 3.00 je ke bape ek. aku lupa. Tapi lebih kurang gitu la. Kalau tengah hari kedai die ramaaaaAAAIIIII betul tak tipu sebab asam pedas die pheww pheww pheww.

Okelah itu saja nak cerita. Oh ya, khazanah unggul iaitu kereta kancil merah aku tuh in progress tukar kepada auto. Thank you la kat abang aku sebab, segalanya free. eh yeke? ntah-ntah bila aku da keje dia mintak bayar, aku tumbuk dia laju-laju.

Thanks reading ! Daa

Thursday 15 December 2011

Kentang masak air limited edition

haloooo Assalamualaikum !

Sebelum aku mula buat literature review untuk PSM aku, baik aku update belog penyapu ni. Style aku memang kalau tengah tak ada duit mood  memang malas nak buat, even submition dah DEKAAAAAT.

Ahh, tu tak menghalang aku berjuang untuk update blog. Oke-oke, kalau nak tahu minggu ni ialah minggu kempen berjimat cermaaaAAAT untuk aku dan kawan aku. Siapa dia? itu tak penting,,, yang penting ialah kenapa kena berjimat. Menu hari ni ialah kentang masa air limited edition, sebab apa


 Ikan kering ni time goreng die, phewwww bau dia, sebatu dah boleh bau dah. Ni kalau dekat rumah dah jadi lauk paling sedih kalau tak ada lauk baru ada lauk ni. Tapi kat kampus, tiba-tiba jadi lauk terhangat dipasaran KRU pehal?


Barang-barang masak kebanyakannya aku import dari rumah aku, nampak minyak pon letak dalam botol. Ini baru betul berjimat, kalau boleh semua barang angkut dari rumah. Adalah sikit-sikit beli, tapi setakat ni rasa sangat berbaloi sebab barang murah-murah je beli.



Okeh, kenapa limited edition? sebab barang-barang yang digunakan adalah limited oke,,, apa yang ada je. Tak kesah la, janji kenyang dan berkhasiat, sebab tak guna ayam yang lambat penghadamannya. Eceh, lambat ke tak mampu nak beli ayam? ha? ha? ok2, saya mengaku, saya la pengako sayo


Masa ni memang serius aku sorang-sorang masa lepas balik library dan apakah?? perlu ambil gambar pura-pura ini? Actually gambar ni untuk assignment digital portfolio aku. Kalau fikir-fikir balik, malu kot, set timer bagai. Malu seh aku kat public pulok tuh !

Nasib baik bustop ni masa ni tak ada orang. Aku ni nama je ada keta, tapi kena naik bas pergi kelas sebab fakulti aku kat tengah-tengah alam UTM yang melarang student parking dekat-dekat ngan fakulti. And keta aku tak dapat bahagian minyak kereta dan semestinya minyak keta aku da kelip2, umpama rama-rama.

Note; tadi aku kata nak buat literature review PSM kan, kena batalkan sebab kena pergi kelas dulu. Macamanalah PSM aku nak siap kalau ada je hal. ceh mula nak salahkan masa, padahal aku je yang suka sia-siakan masa. WAL 'ASR INNAL INSANALAFI KHUSS !


Ok la, azan asar dah berkumandang menandakan aku kena semayang lepas tu pergi kelas International Marketing kejap lagi supaya menjadi anak yang dibanggakan oleh ibu bapa bangsa agama dan negara.
Nampak2, aku dah termotivasi dah ni. Motif?

ok boi  !



Wednesday 14 December 2011

I want to be there oh. peliss





Ello ello, aku baru je siapkan assignment case study, yeah!! walaupun ada keje lagi yang belum siap, tapi aku kalau satu kerja dah siap harus raikan cinta dulu la before move to the another work ! *cakap jek sebenarnya malas nak terus sambung, nak celebrate dulu bagai. blah la !

Ok,i want rest 1st about 10 hours minutes. AGAGAGA. boleh percaya ke kau dina 10 minit? hah hah?

Aku nak bagitahu bahawa salah satu tempat yang aku nak pergi ialah.. dalam Malaysia jek. Waktu terdekat ni memang teringin pergi sini sebab aku dengar kat tempat ni sejuk macam kat New Zealand *aik betul kr aku eja. Tempat tu ialah 


Kundasang Dairy Farm, Sabah

Sebenarnya, kalau dah sampai Kundasang ni pun dah best dah aku rasa. Huehueheua teringin nye.


SEE ! kat gambar lawa laaaaa. Aku kalau pergi tempat-tempat sejuk gini, aku nak budget-budget kebal. aku pakai baju cekci-cekci, baru la aku rasa macam jadi orang putih kat New Zealend. ish ish nak pergiiiii

Ni kalau aku ada boyfriend 3, mau aku main kejar kat sini. 
Boleh lari sampai gunung nu haa


Desa Dairy Farm - Kundasang, Sabah
Wow



Bestnye la haiiii. tak sampai NZ, sampai sini je sudahhh.
Hoi lembu, nak fresh susu kau !


Kundasang ! wait la ! i'll be there soon ! Mak, bak meh duit, nak jalan.
Thanks for reading..

Tuesday 13 December 2011

Fact about me (1)

Hye Assalamualaikum.

Actually petang-petang ni da nak maghrib dah pun aku buat entri sebab nak tido, dah tak elok.
Nak study? tak elok jugak, nak mandi tak elok malas, SO. sekarang mood aku ialah update blog yang macam nyawa-nyawa ikan jek antara nak hidup atau tak hidup.

Tak ada burger benda special aku nak cerita cuma rasa nak update dan tiba-tiba teringat fakta tentang diri aku. dan entri ni mengingatkan aku pada Ailyl Rozanna yang femes-femes ala-ala heroin korea tu. sebab die kata bila dia tak ada idea nak update blog pasal apa, dia akan buat entri pasal fakta diri dia. suka seyh aku kat dia. Entri dah la malatop !

ok, fakta tentang aku

aku ni susah gila nak ingat muka orang okehhh

Aku dah lama perasan masalah aku ni. Contoh paling ketara ialah masa kat kelas, ok, memang lah ada certain subjek tu kita tak sama kelas, tapi macam mana kawan-kawan aku boleh kenal, aku ni macam tak pernah nampak muka dia. selalu dialog aku mcm ni ngn roomate aku,,

Roomate aku kepakaran dia ialah ingat muka, nama, kat mana jumpa, even beru !st time jumpa. HUUU

bila aku nampak roomate aku berbual ngan orang,,,

aku: oi, ko kenal ke ngan dia?
kawan aku: dia kan skali kelas ngan kita subjek bla bla bla


-----------

kawan aku: ei dina, budak tu kan masuk persatuan bla bla bla skali ngan kita.
aku: eh yeke? tak pernah nampak pun

-----------

aku: weh, aku macam pernah nampak die la..kat mana ek?
kawan aku: ishh, die kan skali kelas hdfsfgy

-----------

SEE ! selalu ok.

Sebenarnya mungkin habit aku ialah memang tak suka tengok-tengok orang melainkan orang tu cantik , pelik, atau something yang ada pada diri die tu menarik perhatian aku untuk tengok dia. Memang tak lepas pandang, sampai kawan-kawan aku kata, "oi, tengok orang tak agak-agak"

kalau nak suruh aku cepat ingat muka korang silalah berpakaian peliks tak pun buat perkara yang MPO supaya aku tengok jek korang keh.

So, aku bukan sombong tapi orang cakap aku macam tu. Aku pun tengah cari jodoh petua untuk hilangkan masalah aku. chesss boboi

Sunday 11 December 2011

Tackle those daily activities with #MSFamily and zoom away in a Nissan Livina!

Tackle those daily activities with #MSFamily and zoom away in a Nissan Livina!

How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

aku tak macho tengok Ombak Rindu

Hye Assalamualaikum

ye tahu tahu,, ombak rindu da lama da kat wayang,
tapi aku baru tengok tadi. Maklumla, mmg tak sempat gile nak pergi tengok.

Hari ni baru ada masa sikit.

Benda yang aku paling suka ialah hero dia !! hensem, badan besar2,  hueheueeueu

Aaron aziz ! yang keduanya ialah Maya Karin+cantik +lembut

kat luar pon aku mmg minat maya karin, sebab apa?
cara dia berdialog tak macam pelakon-pelakon lain.
Dia ada slank lebih kepada bahasa melayu baku, lebih kurang la.
tak pun macam bahasa indonesia. 

Lagi satu cerita ni memang sedih,,
jarang aku tengok wayang menangiss sebab tengok ramai-ramai.
kalau tengok sorang-sorang mesti lagi teruk..
Ini aku tengok air mata berjujuran dengan kuantiti yang boleh buat mop lantai okeh
* tak macho aku selama 2jam
aku dah tahan nangis, tapi pahit pulok tekak ambo tahan.

kawan-kawan aku duk gelak-kan jek. sebab dah paham dah  ngan perangai sensitip lebih bila tgk cerita
lagi-lagi cerita korea youuuu

Banyak part sedih, macam sepanjang cerita lah !

Selain part sedih, ada part yang daring tak logik jugak. iaitu masa scene kat hospital.

kan haris tak sedar diri lepas eksiden, then masa izzah jaga2 tuh, die baring atas katil ngan laki dia.
yang tak logiknya, haris dah baring kat tepi katil.hahaha
lawakkk

*nasib pergi tgk movie tak pakai bedak kalau tak cacat bedak tanggal. hohoh

Thursday 8 December 2011

Selamat Pengantin Baru !

Last  week aku pergi kenduri kawin membe aku.
Ish, kawan-kawan aku da ramai kot kawin.
Pastuh aku pikir, best nya kawin awal.iyauuu.

Yer memang aku diambang kegatalan nak kawin. haha
Yela sape tak nak kahwin, tapi bila aku pikir tanggungjawab,
memang serius tak ready.

Aku nak didik anak7 (wow banyak nya) aku nanti macamana sedangkan aku masih

 begini? tak matured lol !

 Ini lagi la.. euwww
Normal pempuan amek gamba mengada-ngada seperti ini. akekeke
Minta lempang bungkus satu !

yang ni memang kecoh nak amek tempat nak bgambo. serabut-serabut !
masing-masing !

 ok,,merpati dua sejoli hari tuh ialah daia *daia lupakan yang lain,mencuci dengan lebih bersih !
(tetibe iklan sabun)
dia kawan kelas sebelah aku.


Ini memang minta penampor bungkus pulok !
orang semua da ready, kau sekor betul-betulkan tudung la
spoill

 ok, baik la baik la. tiada lagi keraguan


 masa nak balik yang aku geram ngn kawan-kawan lelaki aku,
nak salam keruk tak de sampul, da terpaksa sampul kiteorang belah dua.
Kawan-kawan aku memang sengal, kadang menyakitkan ati.
bila orang marah buat main.

But deep in my heart, 
i really love them !
mereka adalah kawan yang membina. dan susah senang bersama.*puke


candidate yang baru kerja. bila nak belanje makan hah !

 Lepas balik kenduri kawin, we went to Johor Premium Outlet !
Bangga jap jadi Johorean, tapi bila pikir macam la mampu kalau selalu nak shopping situ.
wekk
 Teka, siapakah dia ?die kata die aaron aziz, 




 siot, tak sama langsung ! pentipu

Lastly, Selamat Pengantin Baru untuk kawan aku tuh !

* esok pagi2 bolong aku ada exam tapi kenapa sampai 2 entri aku post? kenapa? kenapa?
memang tak study langsung.

Wednesday 7 December 2011

I'm Stress Now !

Hye Assalamualaikum.

Ohh, sekarang ni aku tak tahu nak setle aku punya kerja yang mana dulu.
Baru aku rasa macam mana jadi orang gila kejap final year student.
Seriusly like a SHIT !
Sangat busy and stress. Rasa nak maki-maki, nak berjalan-jalan and lupakan masalah.
Tapi bila aku balik bilik, jgn kata balik bilik la, asal masuk pintu gerbang UTM je aku da rasa assignment2 aku memanggil2 aku.
Bukan itu saje, yang paling penting ialah tesis aku.


Now, hidup aku macam ni.
Banyakkkk keje. aku pon tak tahu nak describe camne.

Ohh ye, silap aku jugak tak menghargai masa. 
Inilah manusia. Dah last minit baru ahh, ini la itu la


dan bila aku try buat keje. macam pic ni yang aku rasa.
bila tidur aku tak lena rasa nak buat keje, bila buat keje aku nak balik umahhh.

Tapi kalau kau elak keje ko pon, lambat laun ko kena buat jugak.
Face ur problem.
and
I will beat my problem today !
aja aja ! *sembang lebih. tak buat2 jugak

Saturday 3 December 2011

" JOIN EYKAMEOW 1ST GIVEAWAY!"

Hye Assalamualaikum !

Belog aku memang blog bersawang.
Tapi apa yang penting hari ni ialah aku

"JOIN EYKAMEOW 1ST GIVEAWAY!"

memang aku tak selalu drop komen kat entri eyka, tapi aku tak pernah tinggal untuk baca entri die.
Tapi die kata siapa-siapa boleh join, maka join la saya. 
manalah tahu ada rezeki, dapat hadiah.

Actually aku suka sangat dengan belog dia sebab aku tengok die seorang yang sederhana dan verstyle.
Dan cara penulisan die best.
Aku jumpa belog die since tajuk entri die yang Siapa lagi 6 orang lagi kot.
masa tu followers die da 994.
Start dari situ aku baca blog die then i follow..

Aku suka tengok die dengan pakwe die, Ahmad Buibui.
Sweet couple. hope diorang boleh cepat-cepat kahwin.
Amiin

ok, done. 
Syarat untuk join giveaway ni:
1) like fan page eyka - done
2) like blogshop 6s-section - done
3) entri pendek kenapa suka/tak blog die - done

ok bai !

Wednesday 9 November 2011

Syukur

Assalamualaikum

Bersyukur ke hadrat Ilahi sebab masih bagi aku hidup sedangkan aku selalu lalai pada Dia.
Bersyukur sebab dia bagi petunjuk supaya aku sedar bahawa Allah sangat sayang akan hambaNya.
Bersyukur kerana Allah menghantar aku kawan2 yang baik mendampingi aku walaupun aku tak ikut suruhanNya.
Bersyukur sebab Allah menggerakkan hati aku untuk menjadi insan yang lebih baik.

ahh, kalau nak dihitung nikmat yang Allah dah bagi pada aku memang tak terjangkau oleh akal fikiran, memang tak terbayar dek ibadah kita seumur hidup.
Itu kalau kau tak pernah tinggalkan suruhan Dia, kalau kau ni memang jenis buat tak buat, ape citer?

Ya Allah, terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan sedangkan aku sentiasa lalai.
Astaghfirullah !
Ya Allah, jadikan lah aku hambaMu yang taat dan bertaqwa kepadaMu.

Ingatlah, semasa Allah menciptakan dunia, kasih sayangNya melebihi kemurkaanNya.

Wednesday 26 October 2011

Bukan Wordless Wednesday *1

Assalamualaikum
hy, pewh, 1st time nak buat wordless Wednesday,
padahal orang lain da berkurun dari zaman bahola da buat wordless wednesday.
tapi yang bukan WW, sebab aku membebel jugak.

 pergi keluar

cuma ada RM5, lepas tu terbasuh skali basah and kena keringkan dulu kalau nak guna. 
mmg shit !

Monday 24 October 2011

Bon odori @ Jb

Assalamualaikum

hye ! 
Jom  tengok Bon Odori kat Jb pulok ye.
Bon Odori ni adalah festival Jepun ye
cuma yang aku sedih sangat, ultraman dengan raksasa tak dapat datang buat persembahan.
isk3

Aku pergi dengan membe2 aku masa hari Sabtu.
Ni muka peserta2 yang agak awal sebab teruja.
Geli mat!

Thank jugak kat kawan aku yang pakai baju pink tu sebab bagi kupon free, jadi makan pon free.
Dia dapat kupon free sebab dia orang jepun buat part time job, so dia dapat kupon free dari bos dia.
Jadi kiteorang tolong belanjakan. hihi

kalau aku ada baju cenggini, aku dah pakai dah.
bukan 1 tapi aku akan pakai 2 lapis, sebab beria sangat. haha


 acara ketuk pulut jepun

 Ish ! kawan aku yang menggalah ni spoil lah! membuatkan diri aku rasa renek di situh.



nama makanan pelik2, malas aku nak ingat.
aku bagi nama sendiri jek la, aku makan hdgydfushinj.
*ha susah kan nak sebut,ok lupakan, next


 huinuitenujsyhh
*susah jugak kan nak sebut? ok lupakan.
Harga2 makanan agak mahal la, benda secoit  ni rm9. agak mahal la.
tapi yang ni rasa dia boleh tahan laaaaa

 ini pon sama aku lupa nama dia.


 Sushi King 

lets pray first, tapi ramai  na kat surau tu nak tunggu giliran kain sembahyang, membe aku yang duk bersembang kat sebelah tuh tengah cerita, 
kan kadang ada cermin yang boleh tembus yang orang belakang boleh tengok kan?

kadang kita ni kan mana tau tercekci sket depan cermin, so dia ajar,
letak jari yang macam kawan aku buat, kalau ada gap/jarak antara kuku ori ngan yang dalam cermin. 
maknanya, tu cermin normal.
and vice versa la.

tapi aku belum buat uji kaji dekat cermin yang leh tembus tuh. jadi korang try la, 
pastuh bagitahu aku betul ke tak. ok?


pas maghrib da kenyang2,before balik utm beli barang makan sket.

ok boboi.

salam