Saturday 12 July 2014

Part 1: A bit preparation for tunang - ijul&dna

Assalamualaikum

Haa sekarang baru terhegeh nak update pasal tunang? Tunang dah 2 minggu tau; Jumaat 27 June 2014, hehe. Sebabnya lepas tunang terus masuk kerja, and then memang tak sempat. Hari ni hari Sabtu pastu cuti dan yang tak syoknya esok dah naik Bangi ada course 10 hari! CIMB CIMB. Kenapa buat course ditengah-tengah bulan Romadhon ni. Balik sini 2 hari terus raya. Sempat ke tak shopping raya ni. Tsk tsk.

Terus tunang book tempat berbuka kat hotel dia, Le Grandeur. Planning nak buka dekat M Suite, tapi lepas balik course la. InsyaAllah, kalau sempat tak busy sebab nak raya. Rasa la aku puasa diperantauan katanyaa.

Wokay wokay, jom cerita pasal tunang. Planning nak bertunang diajukan oleh ijul +-sebulan lepas kiteorang rapat tak rapat la juga. haha. Ngam 2 bulan kiteorang tunang. Cepat sangat masa berlalu. Tak perlu la nak bercinta lelama, during bertunang pun kita bercinta kan.

Nak kata preparation, even masa tu aku belum kerja tapi mak cakap tak nak leceh-leceh rumah sepah nak gubah hantaran, atau atau atau mak tahu aku ni tak kreative pun, selain menggubah bukan sahaja bunga malah menggubah keadaan menjadi lebih buruk, mak suruh order semua dekat bridal je. Jadi preparation kat rumah cuma goodies bag dan lebih pada makanan je. Atas persetujuan bersama kita tunang secara ringkas, cuma ada family-family je dan beberapa kawan perempuan tulen. Tulen sangat ke?

Kawan-kawan lain kebanyakan tak tahu kiteorang bercinta dan bertunang pun. Dan tak ada satu pun gambar yang kita upload dekat social network. Since saya cuma ada blog, teringin juga kan macam orang lain. Tak pe, InsyaAllah majlis nanti akan ku jemput sekaliannya.

Gambar ni semua dari handphone apa yang ada je. Yang dari kamera mak belum dapat lagi la nak.

Aku ni memang tak kreative, jadi ikat reben dekat penutup telab dah kira pencapaian paling kreatif aku la tu. Goodies pun semua jajan dengan air kotak je. Tak ada pun bunga ke tuala kecil ke. Biasa je semua nya.

Dah siap packing!

This is my hantarans for Ijul created by bridal. Tema turquoise and pink. Tapi ni belum siap, bridal belum siapkan sirih junjung bunga hidup kan, kang cecepat layu pulok, kek, dengan buah belum letak.

Plan memang 7 berbalas 9. Tup tup 9 berbalas 9. haha. Tak apa lah sana bawa lebih. 
Kawin nanti harap-harap 23 berbalas 58. Hoverrr.

Okay, actually aku dah tempah baju untuk tunang sebab tak nak membazir nanti boleh buat baju raya je. Lepas tu ijul dan orang sekeliling cakap warnanya tak sesuai, maka pakai juga baju bridal. Thank you sayang sebab jadi consultant kita. Loves.

Ini lah dia tunang kita. 
Dalam tempoh nak bertunang tu sambil beli barang-barang sambil buat preparation, ye la maklumlah bercinta  baru sebulan je inilah masanya sambil berdating ye. 

Baru Lokalah lah ni?

Oleh kerana ijul dah reject baju gold yang aku jahit untuk tunang tu, aku beli baju melayu gold untuk raya. Sedondon tak, sehati sejiwa tak? Sebab prada lace aku pun untuk raya. 

Baju untuk nikah sengaja tak bagi sebab aku kan cerewet sikit takut nanti masa nak kawin ada trend lain ke, kan. Baju nikah masa nak jahit baru cari. Kalau ada rezeki nak lari Bandung lagiiii. Ooo ni la motif kotor ko ye. Berjalan menabur wang. ihiks

Buah-buahan untuk hantaran, bakul dari bridal lupa bawak skali. Malam mak andam datang mekap baru bawak sekali tapi tak apa, sempat je, tinggal letak je pun.  

Waaahhhh. Nampaknya ada pengantin terdampar sudah. Anak buah aku ni, dialah organizer pertunangan auntie dia. Letih kemahen 3 hari 3 malam tak tidur.

Our pelamin mini!

Ok dah tu je. Okay. Pray for us. InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment