Saturday 23 May 2015

Wedding preparation and girls talk

Bismillahirahmannirrahim

Assalamualaikum

Malam ni baru macam ada kekuatan mata dan hati untuk update blog pasal majlis kahwin weh. Eh dah kahwin? Dah ada suami? Serious? Perasaan dah kahwin, macam tak percaya dah kahwin. Miang ke idok? By right now, dah sebulan kahwin baru ada masa nak update belog seh. Ye la dulu masa tunang lambat 2 minggu update belog dah kira lambat la tu. Kalau majlis kahwin, sebulan tu paling cepat la tu update. Busy. haha. Padahal dapat gambar dari photographer yang awesome dari segi servis apatah lagi karyanya, seminggu lepas majlis dah dapat gambar. Tapi yang non-edit la. Ada juga photographer, yang tak edit nak menunggu pun 2 bulan tunggu sekali dengan album siap. Pengantin dah sambung kerja 2 bulan, baru dapat tengok gambar kahwin. hehe. Aku kalau boleh secepat mungkin.

Lagi satu aku ni jenis nak servis baik dan harus murah meriah ahha, bukan aku je korang pun sama kan sebab aku ni cerewet sikit. Oleh kerana ramai yang tanya aku amek bridal mana, photographer mana, khemah mana, beli mana, apa mana, itu mana. So aku buat la entri ni plan dan budget perkahwinan aku (walaupun yang nak baca blog aku nan hado, blog sendu macam ni perlu mempunyai tahap syok sendiri yang tinggi sebab kalau tak tak terupdate). Jadi menjawab persoalan tak de orang baca entri aku, ahhh bia lah. Kan aku suka bebel. Semua orang nak yang terbaik untuk perkahwinan diorang sebab sekali seumur hidup tapi kena ikut budget juga kan. So sama macam aku, aku just buat yang termampu, dan mana yang boleh jimat; kita jimat ok. So jom.

Sebelum membaca pastikan ada sechawan kopi sekurang-kurangnya. Sebab selain panjang berjela, dikhuatiri anda mengantuk sendu. Haha. Ada mak kesah.

Tarikh Kahwin

Tunang tahun lepas akhir bulan 6, lepas tu ikutkan setahun. Sebab banyak la  masalah tarikh tak boleh nak tetap oleh kerana masaelah-masaelah tertentu. So memang tak jangka nak langsung bulan berapa. So dalam awal bulan 3, bincang family, okey langsung bulan April, nikah 15hb majlis18hb.

Omaigod, omaigod, omaigod, 1month plus je preparation! mana nak tempah kad, bridal, photographer, khemah, and whatever dengan taste yang kuidam-idamkan hoi. Sebulan, diulangi sebulan. 

ok, lets breath, make it easy and simple. mulut je la cakap, hati gelabah mak enon.


Bridal and Photographer Mana?

Seriously, aku baru masuk RHB 2 March, tahukan how busy banking line is, aku baru kerja lagi. Banyak benda nak kene belajar, sistem, nak cari sales, nak proses loan and bla bla bla blaaa. Aku tak boleh ambik cuti, baru masuk tak kan nak amek cuti, tak professional kan. Start masuk kerja 8.45 pagi almost everyday aku akan balik lambat, performance pekerja baru weh.

Average aku balik pukul 8.00 malam, 9 malam, pukul 10.30 malam pun pernah. Balik kerja aku da penat, flat. Bridal mana aku nak pergi survey. Semua dah tutup. Masa aku lagi, takkan setiap Sabtu Ahad yang tinggal bape weekend je aku nak buang masa survey. Bayangkan kalau 7 ke 8 bridal ko survey; buang masa, buang duit, buang lemak lagi satu takut kene mandrem hahaha ok tipu. Sebenarnya tak ada banyak masa.

Untuk kahwin aku cuma pergi survey satu bridal je sebab dah tengok kat fb dia macam everything looks ok, tu pun masa nak pergi aku keluar kerja paling awal pukul 7 malam, bridal tutup pukul 8 malam. Aku call dulu siang set appointment. Malam biasa mana-mana bridal da tutup. Kang kalau aku asyik set appointment malam, pastu aku tak jadi amek, mahu kene maki je tau. Nyusahkan orang. 

So yang satu ni pelamin tak minat, baju tak minat, mekap pun tak minat. Lagi satu photographer macam sure tak sure je nak suggest. Benda ni la yang aku pentingkan. Pulak tu keluar bridal ni dah 8.30 malam. Kawasan sunyi and agak scary, siap minta budak tu anta kat keta. Takut sebab fobia aku dulu penah nak kene samun kat bank. Kalau dah parang kat leher weh. Mana aku tak fobia. Seriously tak kekwat. Kadang aku rasa pun nak lempang diri aku sendiri. Aku ingat nak bridal amek area Kulai je sebab dekat and dah suntuk, aku survey guna fb bridal kan diorang ada update pelamin diorg jugak apa semua. Pun masih tak faham apa yang diri ini mahukan. Kan, drama sangat.

Alah, perempuan kan. Semua macam tu, nak yang lawa aje. Lawa tu subjektif, mungkin cantik kat aku, tak cantik kat kau, cantik kat kau, tak kat aku. Macam tu lah. Aku jenis tak nak nanti hari majlis, aku pulak sakit hati pasal benda-benda ni. Nanti aku stress. Haha. Hover kan. Aku pun tak faham aku. Satu-satunya cara ialah using our gadjet! HANDPHONE! Dengan senang hati aku balik kerja lepas mandi aku online cari bridal, and so on la sambil makan maggi. Heaven. So memang aku berkenan dengan pelamin, mekap, baju-baju this bridal. Taste aku sangat, sebab bila tengok artis kawin kan aku selalu berangan, nak pelamin bunga-bunga rimbun, lighting banyak, and pelamin penuh. Berangan memang tak ke sudah.



Gojes tak mak?

Photographer pulak, memang nak amek dia ni sebab kawan aku dah pakai servis dia. So dapat tahu pasal bridal pun dari this photographer. Diorang selalu coorperate under satu company. Memula nak tanya harga bridal takut-takut jugak, tapi why not tanyakan. Tengah bulan 3 aku baru whatsapp bridal nak order,haha, Pulak die tak reply-reply busy, aku da kecut sebab jarang kes macam aku bulan depan kahwin, bridal pun tak cari lagi. Kalau yang ni jadual penuh, matilanaakkkk tak de backup bridal yang aku minat. Dia tanya bila majlis, bulan depan. Terkejut dia sebab dia kata yang bulan 10 punya tahun lepas dah book. Tapi Alhamdulillah, tanya, ada kosong 18 April tu, rezeki aku.

Sebab aku booking by phone and bridal pun agak jauh, so aku bagi terms kalau photographer available on the said date, aku amek bridal skali. Photographer pun free minggu tu. Berbunga-bunga cinta hati i tau. haha. Weekend tu jugak aku gi bridal deal. Ok deal, maka aku ambik pakej dari:


Okey settle bridal dengan photographer, harga berpatutan dan mampu milik. Yang penting masa decide amek bridal, ko kene pastikan akan puas hati terutamanya dengan servis ok. Tak guna jugak ko bayar murah dapat semua benda tapi time sanding muka ketat je sebab tak puas hati itu ini pulak jemah.

One more, bagusnya amek bridal dengan photographer yang selalu coorperate, diorang ada chemistry dah. So diorang tak kekok. Siap mak andam ikut pergi outdoor lagi tau. Laki aku punya turn amek gambar, pinjam iphone6 mak andam selfie bagaiiii aku ni.

sponsored by husband


Khemah

Kahwin aku tak de warna tema yang sekeras-kerasnya dan semahu-mahunya harus warna tema tu. Aku tak tau kenapa aku suka warna biru terqoise,  hijau mint and adik beradik dia. Yang lelembut je yang warna rileks, mungkin sebab perwatakan aku yang lemah lembut tak dapat disangkal lagi kot. Maybe kan sebab aku bayangkan majlis tengah-tengah hari panas kalau amek warna-warna panas contoh merah, oren, pink striking, dan seangkatan tu macam lagi panas. Walaupun hakikatnya memang panas pun kalau letak warna apa pun. Cuma pandangan mata kadang boleh mindset kan okeyh tak panas walaupuuunnnn ko rasa nak letak kipas industri kat depan muka. haha. Kau ingat senang nak dapat pengantin yang menjaga keamanan sejagat sambil menterjemah sebahagian pelajaran sains ni. Walaupun dulu sains aku, dapat apa je kan.

Mak cakap tak payah letak deco meja, mak nak deco dengan kerepek-kerepek je dengan air mineral, tisu, nanti pun penuh.

Cukup damai ke tidak? haha. betul kan? bekas kerepek lagi tinggi dari pasu bunga kalau aku decorate. So aku serahkan pada yang pakar je, Mak aku.
Untuk khemah, masa kerja CIMB ada customer ni buat bisnes khemah. So aku deal through whatsapp je, nak berapa khemah, nak ini nak itu, kejap tukar ni kejap tukar tu. Tukar warna khemah je 3 kali kot. Gatal kan? nama pun tak ada warna tema tetap. So aku bayang-bayangkan je la agak-agak best katanya. tangan didada mata keatas sangat. Aku cuma datang office dia untuk pilih warna je sebab aku kalau tak tengok depan-depan tak puas hati. Aku ni tangkap muat tangkap muat jugak sebab jenis tak ada idea, tapi bila dah keluar result, jap nak tukar eh jap nak tukar. Geletis. Laki aku masa nak setlle kan preparation kecik besar kecik besar je tengok aku. Tapi aku macam buat tak faham pura-pura ayu maksima la. haha. Dia aku tunjuk ni tunjuk tu, dia ok, maknanya ok la tu. Kalau tak ok pun dia direct je cakap. Good daddy. 

Dah-dah cerita khemah pulak, servis dia Ya Allah, bagus. Clerk ni rajin update, sebab aku kan jap nak ni jap nak tu. Jap tambah, jap tolak. Kalau husband dah kuar password, Deyyyyy. Aku da paham dah aku tengah cakap berbelit la tu. Harga sangat berpatutan, kalau sesapa nak boleh bagi contact number. Ko nak full deco, half deco. Yang penting cantik kat mata sendiri sudeh. Kalau nak ikut sangat taste semua orang, khemah ko akam jadi pelangi nan senja kang berwarna warni.

sponsored by abang aku


Kad kahwin

Senang cite tema kaler hijau mint, terqoise, warna pastel. Janji masuk color. 

Sebulan ni jugak aku nak kene fikir kad kahwin pulak. Aku tak ada masa nak pergi kedai and then tempah. So cari kawan yang ada contact number boleh order online facebook je, cantik, dan paling penting termuroh. Kad kahwin untuk orang baca tarikh je kan. Biasa kalau nak paling murah, korang kene ikut ikut ready made design. tapi dengan akak melisa, ko boleh design ko nak warna apa, macamana, contoh aku bagi pun aku google je. dan bila masa-masa aku google and deal semua benda ni? Lepas balik kerja. Waktu kerja nak tengok phone pun kadang tak sempat. Tengok kejap-kejap je cek. 

Kakak ni baik, nak design macam ni macam tu, setiap kali draft akak Melisa akan email. Amend-amend, and taraaaaa. Macam ni design aku nak. Simple, ada effect wah, and gah. Gittew.

Kad kahwin tema Wings
Kad kahwin by

PRETTY LITTLE BADGES 

Dah siap semua, akan pos terus ke pintu rumah anda. Jimat masa.

sponsored by my self- oh pandai ko cost yang paling murah baru amek tender.

Goodies

Goodies mak aku dengan kak ipar kesayangan settlekan semua. Tetau eh, dah siap packing. Masheh mak, masheh kak. Sorry la yang datang aku tak de cenderamata dalam goodies, ada jajan, maggi, air kotak je. Macam aku tak tau korang mana nak sapu tangan kecik, mesti nak tuala mandi terus, bagi sepasang sudu garfu kecik, mana nak, mesti nak sedozen untuk satu family punya stok. haha. okeh, ni fitnah semata. Maafin aku dong. Gambar tak de. haaa dah cari pun tak de. Overlook.

Goodies ada 3 kategori je:
Untuk pihak lelaki
Untuk kumpulan selawat
Untuk semua kesayangan yang hadir

Dalam sama je. Lain sikit je.

sponsored by makbapak and kakak aku


Henna

Okeh, henna ni mahal kalau amek pakej untuk kahwin. Aku tak tahu apa yang mahal sangat. Kalau lukis kat bazar karat RM10 dapat, kalau untuk kahwin beratus agaknya. Dan aku tak tahu bila masa kakak ipar aku menceburi bidang inai menginai tangan ni. Orang ada seni. Jadi untuk jimat kos, dan inai yang dicuci bakal hilang dalam masa 3/4 hari. Kakak ipar taja henna. Siap request tak nak lukis tebal nak yang halus, tak nak gambar bunga pulak. Kak anie selalu tanya and suh pilih design mana nak lukis untuk hari kahwin, tapi aku cakap "mana-mana je kak. dina tak kesah, janji cantik"  Macam biasa, bila kak anie tunjuk design itu ini, mana aku tak berkenan, aku tahu pulak. Hilang dah tak kesah dia yang dia janji tadi. haha. Rasa-rasa nak penumbuk tak adik ipar macam ni.


Masa sanding warna inai dah cair sikit, masa nikah best gila merah betul warna dia. Inai kene pandai pilih akak aku cakap. Sebab dia dah biasa lukis so dia tahu nak guna yang mana tapi yang untuk jari tu aku pakai inai Mekah. Masa buat Umrah tetiba rindu Mekah Madinah, balik solat ada kedai-kedai shoping kan. so beli la inai. Yang aku nyesal beli dua kotak je, untuk kawin tinggal separuh kotak agaknya nasib baik cukup. Pastu aku beli main saut je, satu dapat yang ori satu lagi tak. Kalau nak beli jenama RANI.

Lagi satu masa pakai, rupanya ada teknik dia. kalau perasan ada certain pengantin bila pakai inai akan bercapuk pekat cair je kan. Masa aku pakai akak aku letak soletep pastu celup je jari dalam inai. Dah la senang tak sampai 5 minit pastu hasilnya gojes.

sekata secerah fair & lovely, tu promote lain pulak.
Pilih design pun time nak lukis baru pilih. haha. Kecik besar je akak aku tengok.

Kalau ada sedara ke kawan yang pandai buat henna, better minta tolong je. hehe. Kalau diorang tak nak korang cakap je hadiah kahwin sambil goyang-goyang bahu. Konfem dapat. Hehe. Thanks kak anie!

sponsored by Kak anie


Hantaran

Ish aku ni kan update entri pasal ni, ko ingat ko wedding planner? hahaha. Sorry tau, aku kan suka macam perasan, jadi izinkan aku sambung. Masheh.

Bab hantaran pulak, dulu masa tunang aku tempah semua kat bridal. Dan kalau perasan, warna tema pun seakan je sebab aku minat la. Aku tak kira. Costly sikit la tempah bridal. So yang untuk kahwin hantaran nak buat sendiri sebab nak cut cost, nak jimat tahap maksima. Kalau semua benda nak order matilanaaakkk.

Hantaran kakak ipar aku nak tolong buatkan. Huwaaa terharu aku. Aku bila masa nak gentel bunga kalau balik kerja dah flat. Masa nak beli barang pun bunga ngan alas tu, balik kerja kol 830 malam berkejar pergi kedai bunga, kak ipar aku da tunggu kat kedai bunga. Aku sebab dah pening kepala, kak anie tanya nak warna apa, nak bunga macamana, "dina tak kisah, janji lawa, nak macam kelas tapi kos murah" haha boleh gitu. Pastu kak ipar aku match-match semua, bila tanya aku, reti pulak aku tak setuju. Hilang lagi tak kesah dia yang tadi terpacul dari bibir mungil dia. hahahaha. Sabar kak eh.

Oleh kerana aku buatkan skali untuk pihak lelaki. Kite kene jimat-jimat la. Barang masa tunang boleh pakai lagi, recycle balik je. Aku cuma beli bunga dengan alas je. Kat hypermarket kat ioi, beli bunga 3 tangkai RM10, 4 tangkai RM10 pun dah ok.

 Janji bahan-bahan perisa dia cukup;
1. Orang yang cerewet berlagak diva tapi tak de budget
2. Orang yang punya kesabaran tinggi melayan orang cerewet tu

Aku pulak tunjuk design yang banyak guna bunga. So nak jimat kene pilih bunga besar-besar sikit. Campur-campur la. Masa nak buat tak de idea. Ni pun kak anie yang ajar, so aku bagitahu la.

Dari pihak wanita jelita ke pihak lelaki

Dari lelaki pilihan ke pihak perempuan
Sangat la jimat, sebab beli bunga dengan sampul alas tu. Gabus pakai yang masa tunang, reben-reben tu semua masa tunang punya. Kotak-kotak peninggi tu tahu tak pakai kotak yang kalau kita beli barang dapat kotak, letak je. Nak jimat. Kahwin banyak tau nak pakai. Sedih tak korang baca cerita aku ni. haha. Cost untuk 7 berbalas 9 ni, RM 2++ je. Kalau upah orang pakai bunga keliling je pun dah berapa kan untuk 16 dulang. Visi dari mula apa yang saya tekankan tadi, nak jimat. sangaaaatttttt

sponsored by the pengantins.
decorate by kak ipar


Bilik pengantin

Kalau amek pakej bridal, ada yang siap decorate bilik kan. Pastu belum malam menjelma, belum ko dorang rasmikan suasana bilik pengantin dari tengah malam sampai pagi subuh, sampai subuh je cukup sebab kene bangun sembahyang, petang majlis ada juga bridal yang dah bukak. Ko rasa?? Sentap tak? Huwaaa, maka harapan ko feeling-feeling tidur decorated room tadi hancur tau. Bukan ko tak bayar, bayar hokeh. Mahal pulak tu.

Aku dari awal memang tak amek yang untuk bilik sebab walaupun simple nak decorate sendiri sebab nak pakai lama sikit maka feeling pengantin baru akan berlarutan sehingga lapan belas ratus hari kalau ko tak reti nak cabut haha. Maka aku google, hiasan bilik pengantin simple. Zap zap zap gambar keluar. Dah dapat gambar tunjuk kat tunang, pastu lari. Settle kan? Bilik pengantin aku simple habis. tak de beli perabot baru, pakai yang ada je sebab masa beli dulu memang cari yang macam satu set color. 


Langsir chiffon siapa yang menjadi mangsa? Haruslah langsir mak aku. haha. Aku cuma beli kain yang untuk lengkungan kasih abadi tu je, Semeter RM5, Modal RM30. Dekorasi dari Zor Bridal Felda Taib Andak. Hubungi saya untuk tempahan. hahaha

Jam dinding tu free, Kiri Kanan studio bagi
Bunga untuk hantaran tunang dulu tu aku recycle balik je. Kak ipar aku banyak tau tolong, ni pun dia buatkan. Lagi satu nak share benda best, masa aku beli cadar ni ada promotion 50%. Best sebab satin sejuk, dalam dia cotton. So boleh daily used. 

Beli time promotion tau, tak promotion aku pun tak hingin. ni thread count die agak tinggi. Aku lupa malas nak kumbah tengok sampul die. Recommended yang ni.

decorated by zor taib andak and kak anie- nak jugak letak taib andak. sayang cipta jenama abang, best kan? abang pasrah ok.


Makan Damai

Bab makan damai pada aku pun penting juga, sebab sebab sebab, makan damai sangat penting la sebab family lelaki hantar pengantin. Lagi satu nak raikan la sikit. So makanan tu biasanya lain dari yang lauk kenduri kan. Bukan lain, ada tambahan sikit. Kalau nak lauk ala kadar je boleh tu boleh, tapi ewah-ewah pihak lelaki hantar hantaran nak kahwin, agak-agak sikit heh. Tetengah hari hantar pengantin tunggu kepak kepak kepak gibing gibing gibing panas tahu tak.

Makan damai masa aku kahwin abang ipar aku masak. Dia memang tukang masak. Aku kalau datang kedai kakak aku dengan abang ipar aku, memang mengorder saja apa yang teringin kat tekak. So makan damai jimat. Cuma abang ipar aku tak pandai sangat decorate makanan tu jadi benda lain, contohnya jadi rupa naga, rupa kereta, dan sebagainya.

Dah la bang, saya dengan mak dah haus ni tunggu abang berbual.
Sekurang-kurangnya tak payah bayar upah masak untuk makan damai. Upah makan damai ni yang aku tahu tu mahal juga even siap barang sekali. Aku bukan anak dato nak semua benda tinggal order weh. Minta tolong adik beradik, sedara mara, sahabat handai ye. baru lah mmuah ciked. hehe

sponsored by family

Baju Family


Untuk baju family, semua pakai sama kaler. Ingatkan lelaki pakai kemeja je, Lepas tu semua pakat nak pakai baju melayu kan..Huwaa lagi suka aku sebab mesti lagi cantik. Baju family beli dekat Jakel, kaiin die best. Kain yang glitter tu memang untuk buat jubah. Kakak ipar aku sponsor baju family. Alhamdulillah rezeki.

Tempah dekat tailor favorite aku la, dari aku kerja muamalat dulu ramai sangat tanya aku buat baju mana sebab jahitan die ok dan yang penting servis dia sangat cepat.

Masa adik ipar aku kawen baju family lelaki pun hantar kat sana. Ni baju family aku hantar even my bridemaids semua buat kat dia.

sponsored by kak anie


Bridemaids

Part ni yang paling best nak cite sebab kawan-kawan ko cuba merealitikan apa yang ko nak. Aku nak bridemaids dan sebelum tu memang dah plan, turn sapa kawen pas ni pakat nak pakai baju sama. Hari-hari kat wassap group cerita plan hari kawen aku je. So sweet korang.

Aku pulak masuk berbual time ada masa je, Biasanya lunch hour. Diorang paham dah. Ya Allah memang tak sempat. Lagi satu nak decide warna baju aku dup dap dup dap. Budak-budak ni bukan boleh caya, ada yang caras pengantin kang. Aku bukan tak tahu, kalau tak dikawal, ada jugak bridemaids yang tempah baju bridal sama dengan aku. Lagi-lagi pengapit paling tak boleh percaya tu. haha

The girls sangat membantu, yang dah kawen pun participate and commit nak memenuhi permintaan bridezilla berangan. Minta buatkan guestbook bagai. Miang sangat aku ni.

So sebelum aku menikah masa tu, aku ajak the girls lepak makan sebagai meraikan hari virgin coconut oil sebelum bertukar status dan thanks them for the effort and commit. 

My Bestfriends. You know how best they are being a friends?
Plan awal nak book hotel and the girls stay satu malam untuk merepek and story. Tapi ada yang tak boleh dan aku pun banyak kerja sebab banyak lagi belum settle. Masa ni dah tinggal seminggu so nak distribute kad kawen apa semua.

So bertemakan Putih and Dark Jeans, we had dinner. Masa ni hujan lebat masyaAllah, cuaca gelap gelita Kulai. Sampai Jb da okeh. Alhamdulillah. 


Tak ada apa nak bagi, cuma dapat treat your dinner my loves. Cuma ain moyu je tak de sebab kat KL. Rindu ko ain, bara bere punya budak.

THE CAVE JB
GUESTBOOK TABLE

Baju bridemaids, semua komit nak buat. Alhamdulillah banyak sangat membantu bagi idea. Thank you so much all. Make sure your bestfriends give the best memory for your wedding, kalau tak ko lepuk je sorang-sorang keh. Gambar background lupa amek.

sponsored by themself tanda kesayangan

Apa lagi eh list nak kahwin. oh yaaa. Mak dah ingat, so anak-anak jom next chapter. Kalau tak de ni kau tak leh kahwin.


Kursus kahwin, ujian HIV dan daftar nikah e-ncr Johor

Kursus kahwin kiteorang ambik awal sangat, bulan 10 tahun lepas dah amek. Ambik je dulu even tak tahu bila tarikh langsung masa ni. Kursus kahwin kat Kulai ni best. Penceramah kebanyakan kelakar. Settle kursus kahwin.

Masa nak daftar nikah e-ncr tu, masa tinggal lagi sebulan je. Tak menggelabah pulak tu. Hantar ada je tak kena. Amek ujian HIV pun time kerja beb, terpaksa tapi masa ni dah excuse bos dah. Kurang 2 minggu nak kahwin baru buat HIV, sebab nak pergi ujian pun ada hari-hari tertentu. Bukan tiap hari ko lenggang mak jemah datang hospital nak buat ujian HIV. Ko bayangkan, sepatutnya kurang 3 bulan dah apply dah buat semua benda ni.

Esoknya terus hantar application kat pejabat agama, ada lagi nak kene pengesahan itu ini dari mahkamah semua. Ok whatever, stress aku masa ni. Ko bayangkan la,,benda alah semua dah tempah, kebenaran kahwin kurang 10 hari pun belum dapat lagi. Aku tengok husband muka tenang, setenang air di laut. Geram aku. haha. Aku yang gelabah sokmo.

Mahkamah pun amek masa 2 hari nak siap. Hari ketiga, baru boleh hantar pejabat agama. Kurang seminggu nak nikah baru dapat kebenaran. Alhamdulillah. Selesei juga. Ni yang paling penting.

Korang better prepare awal. Aku nak settle benda-benda ni time aku rehat je boleh. Sejam tu ulang alik sana. Kalau tak rotate dengan husband kalau dia free. Prepare awal better. Nasib baik tak kene marah ngan kakak-kakak pejabat agama. Ni benda last siap.

So ni dah settle, jom next entri kita menikah.

Rasanya ni list penting yang kene prepare untuk pihak perempuan. Kenduri makanan takyah cerita la ek, ni bahagian mak dengan bapak.

Thanks sangat family, kawan-kawan, terutama husband melayan.

Before tu check sechawan kopi tadi yang aku suruh prepare? apa? sudhah thiga chawan? sorry entri panjang sangat. bye.

Lets;

Wednesday 20 May 2015

Tg Balau Honeymoon

Helloooo dina whatsoever, "hek eleh, tak de budget lettew nak honeymoon jejauh"

Okey, whatever, aah bak la belanja meh. Lepas kawin habis berbelanja mesti terus kene kerja. Padahal nak cover kau tak de cutiiiiii khen

Last week, aku dengan suami, eceehhh sekarang da suami. Sambung. Pergi berpicnic sikit sebab since lepas majlis Sabtu Ahad kiteorang pack dengan majlis kahwin kawan dengan sedara memandangkan buku kedatangan kahwin aku diorang ada. So giliran aku dengan husband kene isi buku kedatangan untuk diorang pulak. 

Lepas majlis Sabtu,18/4/2015; Isnin tu aku dah naik kerja. So nak citer honeymoon memang tak ada plan lagi. So cuma last week dah free, so kiteorang plan pergi buat aktiviti Sabtu Ahad je. Lagi satu month anniversary ceh. We had romantic bbq at Tanjung Balau, Johor for 2 days 1 night.


Hotel kita stay kat Pelangi Balau Resort if i'm not mistaken. 


Abang, sumpah abang tak bergambar dengan duta Qu Puteh apatah lagi pontianak. Ini isterimu. Korang jangan ingat ni aku mekap bagai menatang tepung yang penuh. Flash ni over sampai tak bagi peluang aku ni putih azali.

Dari hidupkan bara sampai bakar ayam, sampai cicah kat sambal bagi umphhh; dia yang banyak buat sebab aku kalau jaga api kerja nak menyala je. Semembara cintaku padamu. Jangan nak jiwang sangat, rentung ayam sat gi.

Oo kalau saya yang siram air kat ayam sebab nak padam kan api tak boleh, tapi kalau abang boleh. Ini tak adil. Kalau saya yang siram air, abang cakap habis rempah die bersih ayam. Salah saya ke abang? 

Nampak kegigihan. Time amek gambar kemain die sopan mengipas, time tak perasan biar ku bongkar semuanya. Kipas sambil berdiri ko. Sopan sangat. 

Kan. Ayam penuh rempah sedap sebab perap lama. Tp serai macam nak buat kenduri kemain banyak. Sampai rumah kak ija, kak ipar aku tu cakap " korang nak buat kenduri sekali ke? Beli rempah banyak" hahahah tu semua kerja aku. Mana la tau. Janji beli.

Haa kerana abang ni tak leh tengok aku bersila panggung sambil komplen itu ini. Dia pulak nak suruh aku jaga ayam..aku jaga madah api nak menyala je naaaakk. Ko rasa? Api pun pandai pilih, pempuan ayu tak boleh buat kerja lasak-lasak. Kipas ayam kategori lasak kan?

Ada tu, die nak balik bilik jap amek air masak ngan powerbank, dia suruh aku jaga ayam. Sebelum tu dia da angkat ayam yang dah masak. Masa dia pergi, serius api nak menyambar je last last aku angkat ayam semua ke tepi. Selesei masalah. Sedap je aku makan buat tak tau. Before abang dtg aku baru letak balik kat api. Hahahaha. Pura-pura letih kipas control api kan. Fake sangaatt. Ni kalau die tahu, dia sembunyikan handbag aku kang.

Haaaa..satu lagi gaya membakar sopan santun yang tak boleh dibawa berbincang.

Haaaa kalau part rentung aku punya kerja la tu. Tapi rasa dia best. Welldone cook. Tapi depan abang pura-pura macam "eh betul, saya tengok ayam berkelip mata pun tak abang." Eh bukan yang tak berkelipnya tengok abang ke.

Siap buat unggun api, pelita, tinggal pasang langsir je kalau nak dapat effect hari raya. 

Wokey done. For Tg Balau Bbq. Wah..kau nak siapkan satu entri ni pun bape hari aku kene istiqamah. Apa lagi nak update pasal majlis kahwin. Tu kene amek masa. Hehe.

So after Tg Balau Short Honeymoon ni, the next day lepas check out sambung dating lagi. Next entri la k. bye.


Friday 8 May 2015

Abah

This is our abah.

Insyallah semua akan ok. Hadiah ulang tahun ke 26 saya yang sangat bermakna.

7/5/15

Tuesday 5 May 2015

Bosheyyyy kat umoh

Dah 2 minggu dah zulhelmy dikahwinkan akan dikau dengan nordina. Korang ingat akad nikah tu satu ayat penyata je? Bagi aku lafaz nikah yg semua orang tahu tujuannya dalam agama dan menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan.

Selain itu lafaz itu akan buat jantung pengantin perempuan macam nak terkeluar sebab frekuensi denyutan jantung mengalahkan debaran untuk tunggu siapa pemenang, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian, mahupun Anugerah Juara Lagu, waima Kilauan Emas tajaan Poliden sekalipun.

Seriously, sangat berdebar. Kalau tengok gambar-gambar nikah aku muka sebiji macam kene kahwin paksa, tapi sebenarnya die la pilihan hati sanubari yang bagi aku mengeluarkan statement ni sweet tapi bagi orang lain baca macam nak terkeluar halkum.

Tahu tak rasa masa husband aku salam tangan tok kadi, macam ada satu kuasa yang tengah dipindahkan seorang perempuan dari bapak aku ke husband aku. Seriously sangat berdebar. Bila kat perenggan aku kata seriosly sangat berdebar diulang ke perenggan seterusnya, maka ini betul-betul serius. Korang ketawala kat aku, jap gi time korang; rasain loe! Haha

Tapi entri nikah and majlis aku update hari lain sebab banyak sangat gambar yang gojes sampai kene buat pilihan mana satu nak upload untuk jadikan diari perkahwinan. 

Ini gambar semalam tengok Avengers.

First time tengok wayang dengan husband. Dari zaman tunang sampai kahwin tak de nak tengok wayang. Ni pun sebab kenal dengan manager wayang ni dia bagi hadiah kahwin. 

Pernah la masa dating, plan nak pergi tengok wayang tapi tak jadi je sebab entah. Aku bukan kaki wayang lagipun.