Showing posts with label Resepi tak berapa. Show all posts
Showing posts with label Resepi tak berapa. Show all posts

Tuesday, 1 April 2014

Cuti selasa petang ini

Balik rumah mak kat Kulai, pepetang hari begini tiba-tiba aku teringat akan serbuk dadih yang aku beli tahun lepas.

Tahun lepas weh tak ingat bulan berapa maybe Novemb. Punyalah masa beli pun mak dah sound;

Tuh beli, bila ntah nak buat tu.
-Nak terus buat la.

Dina kot, mana pernah tak malas. haha.
Tapi hari ni macam rajin tu ada sikit. Resepi ni susah gile nak buat. Hati-hati. Haderrr.

Saturday, 8 September 2012

Kek Coklat Tidak Moist

Di suatu petang yang hening, otak aku berjalan untuk membina sebuah makanan. Then i was thinking so many time, and finally.. ting!(idea), KEK COKLAT!

Bersemangat google resepi, so lepas mengenalpasti bahan-bahan diperlukan. Aku selongkar dapur mak aku, kebanyakan ada cuma serbuk koko je tak de. Laju aku pergi beli kat kedai. 

Bahan-bahan diperlukan cehhh. tak payahlah aku letak resepi, bukan ada orang nak ikut pun, kalau ikut aku punya resepi conform tak moist nanti. Google je, macam-macam nama keluar, kek coklat mak jemah, mak bedah, kak nita, ahh pokoknya dihujung jari deh. Usah bimbang.

Ku bancuh kubancuh penuh bersemangat. Jeng jeng jeng. da siap. Tinggal kukus je.

45 minit kemudian... biasa dalam drama 5 tahun kemudian, 10 tahun kemudian, ni 45 minit je?? iyeee memang sekejap je buatnya. ni realiti bukan drama yang propa heh.

Tajuk: Kek Coklat Tidak Moist
Tadaa!!! serius memang sedap cuma cuma cuma cuma kenapa tak tinggi?!!!! aku dah letak baking powder gila! kalau tak boleh jual terus, sebab gorjes sangat rasa dia. Thanks to myresepi.com.

"Saya nak buktikan pada semua-semua orang bahawa perempuan cantik pun boleh masak tauuuu."
(style kat iklan masterchef malaysia musim 2)

Kah kah kah, sudahlah kau. perasan lebeyyyyyyyy. Wei muka aku besar godang ah pakai shawl. Serem. lariiiiiiiiiii

Friday, 24 August 2012

Homemade siakap tiga rasa

Raya kedua hari tu, selepas melantak rendang semua sampai habis. Malam tu tak de idea nak makan apa, then bf kakak aku datang and diorang beli ikan siakap. Disebabkan umah aku ni suka sangat siakap 3rasa especially bapak aku, jadi kitaorang pun masak siakap 3rasa.

Aku pun tak tahu sangat tapi macam senang je masaknya. Lagipun aku bukan tengok sangat, aku ambik gambar je.haha. Tapi lepas ni kalau aku kena buat sorang-sorang boleh kot. Cehhhhhhh

#Bahan-bahan: cili, tomato, nenas, bawang besar, bawang putih, sos cili, sos tiram, garam, dengan perasa. Gula tak tahu ada ke tak. Limau kena perah masa dah masak kot. haha. Aku tak tengok, aku agak-agak je la.

#Ikan yang dah dimalam disiang kena lumur dengan tepung jagung biar rangup agaknya kan? Lepas tu goreng. Disebabkan ikan terlalu besar atau kuali umah aku yang terlalu kecik, tak muat jadi ikan kena potong dua. Dah tak cantik rupa siakap tu.


Bahan-bahan yang tadi kena tumis lepastu letak air bagi berkuah, lepastu sira je dekat ikan. Dah siap. Aku rasa macam senang la nak buat. Macam la, macam. Sedap sedap... Kalau tak de ikan, ganti dengan telur pun sedap je sebab aku dah buat masa ikan dah habis, ada kuah lagi, aku pun makan dengan telur.

Dah tu je, tak de motif langsung aku update ni. haha. Saja buat hilang bosan sebelum pergi beraya lepas sembahyang Jumaat.

Monday, 13 August 2012

Puding roti

Before ni aku memang geram dengan handphone aku sebab tak boleh transfer gambar, tadi aku cuba lagi transfer. Mana tahu rezeki aku tiba-tiba handphone aku dengar arahan. Tapi tapi tapi.. tak jugak.

Sambil cuba mulut aku sambil memaki, lepas tu adik aku dengar. Dia pun tolong lah adjust kan supaya tak makin banyak perkataan yang kurang enak didengar keluar. haha. Mana taknya, dah sampai hilang sabar aku. Finally dapat pon transfer. YEAY!!

Masa minggu pertama puasa aku ada buat puding roti lepas aku tengok dekat satu blog tu tapi aku guna roti lain. Aku guna roti Gardenia yang perisa Raisin ke apa tu. Tak tahu mana silapnya, manisssss. Cehhh tak tahu mana silap eh. Poyo gilerr, mestilah terlebih gula kalau dah maniss sangat tu.

Lepas habis tu next week nya, aku buat lagi sebab adunan ada lebih masa aku buat yang first time tu tapi aku tukar roti. Guna roti biasa dan hasilnyaaaaa. Nyum nyum sedap, lebih sedap makan dengan vanila sos. Gambar tak de. yang sempat captured adalah roti je.


Nak buat sangatlah mudah. Google je.

Hari ni hari ke 25 eh puasa? Kuih raya aku tak buat langsung. Tak rasa nak raya pun.

Monday, 14 May 2012

Tu je la yang kau tahu

Aku kadang-kadang dekat rumah masak tau. Sebab aku memang sangaaat lah rajin didapur. Pitam sapa yang kenal aku lepas tu baca statement ni. Tahu tak aku sangat suka masak apa. Jeng jeng jeng

 Sawi masak sos tiram
Sangatlah menjadi kegemaran aku sawi masak sos tiram ni. Serius aku suka, tak ada ayam, tak ada ikan pon tak kesah. Ada lauk ni saja pon aku boleh makan bertambah. Lagi-lagi tangan sendiri yang masak, phewww! ok, ni dah tahap nak up kan diri, sila abaikan.

Lepas tuh bapak aku selalu cakap, " tu je la yang ko tahu, sawi sos tiram." Ewah-ewah bapak aku sedap je cakap aku reti masak sawi je, actually aku tahu jugak masak-masak benda lain. Tapi lauk paling aku suka masak ialah ini. Ishh, bila di UTM rindu nak makan ni tapi mana ada jual. Terliur aku tengok lauk aku masak ni. Cubaan meng'up'kan diri kali kedua. Ok2, dah boleh tutup blog ni sebelum korang sumpah seranah sebab kepakaran aku cuma sawi sawi sawi. haha