Friday 27 April 2012

Percutian Pulau Tioman

hey peeps! padahal perasan sensorang je yang baca blog ni.

Actually aku ada kerja lain nak buat tapi tiba-tiba bersemangat nak update blog ni. Sebab sebagai manusia kita memang prefer benda yang kurang penting tapi seronok. 

You alls nak tahu (style kepo-kepo), minggu lepas i dengan kawan-kawan i pergi holiday masa kepala hotak boleh tahan serabut nak pikir kerja nak kena hantar. tapi kita enjoi-enjoi dulu. haha

Kami pergi bercuti di Pulau Tioman selama sebulan 'sangat', selama 3hari 2malam. Masa nak pergi aku tak bersemangat sebab aku pening pikir assignment tapi bila kat sana semua masalah lupa sampai mangkuk aku makan maggi aku lupa yang aku tak basuh lagi. Memang berbau bilik aku balik nanti. Tapi tak pe, sekarang dah cuci dah.

Kami berempat bertolak pada pagi Jumaat nan indah pada pukul 630 pagi dari rumah ke Terminal Larkin sebab bas pergi ke Mersing pukul 8pagi. Kena dari rumah awal sebab JB kalau pagi jem berebut jalan dengan orang-orang yang nak pergi kerja. Sampai jeti Mersing dalam jam 1030pagi dan feri kami pukul 11pagi. sungguh detail keterangan aku macam nak soal siasat.


Lepas redeem bank slip, dapat tiket feri,resit chalet, boarding pass dan perlu bayar caj pemuliharaan. Kami stay kat Salang Beach Resort.

Bukan budget trip je, muka penganjur program pun sama budget

Perjalanan dari jeti ke Pulau Tioman dalam 2jam macam tu lah. Oleh kerana ini adalah budget trip, so chalet yang kiteorang pilih kena murah, bukan kena murah je, kena yang paling murah ye. RM40 pernight. Dalam dia ok la. Aku tak kisah sangat sebab nak guna chalet untuk tidur je. Kalau datang vacation memang untuk tidur selama 3hari 2malam berturut-turut boleh pilih bilik paling besar. 


Sampai-sampai je dalam dah tangahari, letak bag, sembahyang and masak. Kalau agak-agak nak jimat bawaklah induction sebab harga makanan kat sini mahal sikit je. Tapi kalau aku darab kan harga kali 2kali makan sehari kali dengan 3hari banyak jugak habis kan?



bukan main renek aku kat situ
Lepas makan tukar baju terus gigih nak buat latihan snorkle sebab ni firstime aku nak snorkle. Gila kampung tak pernah snorkling apatah lagi diving. Tapi peduli pulak aku, janji aku dah try dahhh. Mandi tengah-tengah hari tu malu jugak tapi ramai je yang mandi. Barang-barang snorkle sepatutnya kena sewa RM 10-12, tapi kiteorang dapat free. Dapat jimat RM40 untuk 4orang petang tu.

First time snorkeling, tak reti sangat aku asyik nak bernafas guna hidung je. Tak lama dah ok sikit, air asyik tersedut minum je. Memang masa tu kalau pergi buat ujian darah tinggi, melambung tekanan darah aku. Lepastu lama-lama dah ok dah. terus ajak kawan aku pergi tempat lawa-lawa sepanjang pantai tu sampai aku punya goggle tu hilang tempat penutup air dia.  

Malam tu lepas makan malam, kiteorang jalan-jalan malam. Bukan makan kat restoran atas ni tapi masak sendiri chef by ezzatysokka. Puihhhh pakal je takda chef lain, makanan yang dia masak habis.

Malam tu aktiviti nya adalah berjalan-jalan and lepak tepi pantai sampai tengah malam. Balik chalet tidur cepat-cepat sebab esok paginya dah amek pakej untuk snorkling mula jam 10pagi sampai pukul 5petang.



Hari kedua: Bangun pagi terus tengok pemandangan pagi yang sejuk. Sesi bergambar sebelum balik masak sarapan dan snorkel pukul 10 pagi. 



Untuk pakej snorkeling hari kedua tu, kami pergi:

Teluk Genting
Pantai Pasir Panjang 
Bad Rock / Batu Malang
Tekek
Marine Park
ada lagi satu tempat (aku lupa nama dia)

Harga RM85. Banyak la pakej-pakej lain yang boleh korang pilih kalau datang sini, sebab lain kedai lain harga mungkin. So korang pandai-pandailah bandingkan harga.


Kalu nak diving kena ikut kelas ke taklimat dia la, tapi kalau nak snorkel je tak payah ngada-ngada nak join. sebab snorkel sangat lah senang ye adik-adik. ( kalau senang tak ada lah kau asyik nak sedut air je)



Sementara tunggu boat sampai untuk fetch kitaorang, apa lagi snap-snap gambar la sebab air dia pehhhhh memang lah sangat cantik, hijau, biru jernih. Biasa aku tengok kat gambar je air lawa-lawa macam ni, tapi bila dah depan-depan mata. Tiba-tiba aku jadi jakun, bukan aku je, kawan-kawan aku pun sama jakun eh.





Semalam buat latihan kat tempat cetek. Lepastu hari ni dia turunkan kat tengah-tengah laut yang tempat dalam. Masa nak turun seram jugak la sebab aku tak reti berenang. Kalau lemas aku dah budget mati je. Tapi korang jangan risau, korang terjun je sebab kan pakai life jacket lagi satu orang yang bawak kita akan jaga kita kat situ.

Kalau snorkel tak guna life jacket / buoyancy aid ni lagi best kawan aku cakap. Boleh tengok lagi dekat masuk lagi dalam. Walaupun surfing face je pon, ikan-ikan sumpah depan mata warna warni, banyak, besar-besar ada, kecik-kecik ada. Ni kalau tempat yang dia bawak la, kalau setakat kat tepi pantai tak lah secantik kat tempat dalam.

Kalau nak snorkel jangan lupa bawak makanan untuk ikan eh. Bagi makan je semua datang dekat, naik takut aku, takut dia gigit jari. Tak memasal naik ilang jari satu.


Sangat lah cantik macam lukisan berlokasi di Pantai Pasir Panjang

Untuk pengetahuan, aku dengan kawan aku takde sweet-sweet nak pakai baju sama eh, kebetulan. Sama corak lain design. Yang lagi penting tempat sangat besh besh besh


Teluk Genting


Bad Rock
Bad Rock terletak macam kat tengah alam lautan, dan masa kitaorang sampai sini. Gelombang air kuat,lepas tu pakcik yang guide tu turunkan tali, so kiteorang snorkel sambil pegang tali. aku lagi suka kalau ada tali, lagi senang sebab boat akan jalan pelan-pelan. Jadi korang tak payah la nak berenang ke sana ke mari nak tengok ikan. Ikan dekat sini memang cantik-cantik, banyak pulak tu. Coral dia adoi lawa lawa lawa. Semua tempat lah lawa.


Destinasi seterusnya adalah Kg Tekek. Tak pergi tengok ikan kat sini, tapi pergi lunch lepas tu jalan sikit-sikit dekat sini. Tak ada mood nak jalan sangat sebab sejuk baju basah. Minum air pun yang panas-panas padahal tekak geram je tengok air batu campur dia macam sedap.

Tempat terakhir sebelum balik chalet petang tu, pergi Marine Park dengan apa la satu lagi tempat tu. Kat Merine Park ikan gedabak-gedabak. Aku tak tahu nama-nama ikan tapi memang cantik warna-warni. Balik pukul 5petang gitu. 

Sebelum maghrib, kitaorang jalan-jalan petang pulak tengok-tengok souvenir, kalau dah namanya duduk kat pulau haruslah habiskan masa dengan duduk tepi pantai kan.




in the evening scene

Dah petang, balik ! balik masak chef !

Malam last tu lepas makan, lepak depan pantai. Aku sedap baring kat buai yang jala tu sampai tidur. Kalau kawan aku tak kejut memang la sampai pagi aku tidur situ. Sedap kot, sejuk, bunyi air dekat. Tenang je weh.

Last day

Breakfast dengan nama englaish yang sangat menyelerakan:
plain pancake, sandwich with sardine, mushroom cheese omelet 
Bahasa melayu nya: lempeng, roti sardin, dengan telur dadar letak cendawan dengan keju.

Feri dah sampai bermakna kami berempat dah boleh berambus dari pulau ni.

ok bai. dengan muka nak tak nak je balik.

Kitaorang beli souvenir kat Mersing 

Balik sampai Mersing, tiket bas balik JB semua dah tinggal yang lambat je, pukul 5 petang. So kitaorang naik OMNIBUS Mersing! Teringat zaman sekolah, zaman-zaman bas Tahan Lama masa duduk Taib Andak dolo-dolo. Old school punya bas.

Tapi nampak tak ada budak budget airport pakai beg tarik euwwww. sapa lah tu.

btw, Pulau Tioman sangat lah best. Cantik. Kalau belum pernah pergi, pergilah sana heh.

Beach boy kat sana seksi-seksi. rawwrrr

Wednesday 18 April 2012

Kawan zaman hingusan

Selamat sejahtera

Zaman kanak-kanak aku, aku sangatlah tak reti duduk rumah. Sebab aku duduk kampung, kat felda. Jadi rumah kawan-kawan dekat. Setiap hari tak ada benda lain yang aku nak buat yang aku nak pikir melainkan nak berjalan dan main dengan kawan-kawan.

Masa kenduri kahwin kakak kawan aku, kami jumpa semula masa tu. Kitaorang dulu sangatlah rapat. Kawan dari umur belum sekolah, aku rasa 5-6 tahun sebab masa tu kan aku kecik lagi. Before 5tahun aku dah berkawan dengan diorang ke belum aku tak tahu.

Asal cuti sekolah Sabtu Ahad memang tak ada benda lain, mesti jumpa bawah pokok rambutan jiran depan rumah. Masa dah pandai main-main maybe dah primary school kot.

Macam-macam kitaorang suka main waktu kecik-kecik, kawan serius ramai. rumah depan belakang atas bawah, umur lebih kurang je. Tapi zaman budak kecik bila gaduh sikit tak kawan, kadang yang aku tak paham pernah tak dengar istilah "kawan ol-ol" stand for kawan olok-olok. Tak menahan.


Ni antara yang jumpa la hari tu. Serius dah jarang jumpa kan, bila jumpa balik kah kah malu jugak sebab ada yang dah 10 tahun tak jumpa sebab masa dia nak sekolah menengah dia pindah.

Tahu tak kitaorang selalu main baling selipar, main teng-teng, belon acah, layang-layang, perang-perang, masak-masak yang paling best mandi lombong, mandi sungai. Kalau main masak-masak waktu dah besar sikit, darjah 3 ke 4 ke, style masak nak masak betul-betul. Masing-masing bawak barang dari rumah, kuali, periuk, beras, hey macam-macam lagi la. Kena marah dengan mak pun tetap buat jugak. Geng perempuan memang kitaorang selalu bertiga aku dengan yang 2 lagi baju bunga-bunga.

Semangat perkawanan yang tebal eh masa tu.

Aku ingat lagi kitaorang main perang-perang kat paya, dulu masa kecik aku ganas sikit. Yang kawan aku pakai baju coklat geng dengan adik dia, aku geng dengan yang pakai specs tu. Gila rugged sorang pempuan. Tahu tak kitaorang baling apa, siling ataupun esbestos yang dah tak guna. kitaorang patah-patahkan, dan seraaaAAANG!

Rasa macam dimedan peperangan betul, main baling-baling lepas tu elak-elak.Terasa hebat. Sebab suka sangat, sekali kawan aku baling terpacak kat dahi aku. Aku terus lah menjerit nangis nangis dan nangis. Darah memang banyak. Nasib baik main dekat area rumah aku.

Last-last dahi aku kena jahit kot, parut lekat kat dahi aku sampai tua nanti. isk isk isk. Nasib baik tak kena mata weh. Tapi kalau pikir-pikir jadi budak kecik kita memang tak fikir keselamatan langsung, tak tahu benda tu bahaya. Tahu nak main je dengan kawan-kawan. Pergi sekolah dengan kepala berbalut. Padan muka aku.

Memang zaman kanak-kanak aku ni aktif ah. Tengahari mak tak kasi keluar pun redah je. Kalau boleh undur masa tu balik, aku nak duduk rumah diam-diam, jadi budak innocent. haha.

Ok la, tomorrow i got class early in the morning. cau dulu

Tuesday 17 April 2012

Jom pancing dia


hey hey hey

Sebenarnya aku memang banyak kerja tapi kalau dah namanya jadi student pemalas, memang besarkan benda lain daripada buat asignment, psm segala bagai. Perangai gila buruk aku yang langsung tak boleh dibuat contoh adalah memang langsung tak ambil berat pasal study. Aku suka terpaksa buat kerja tima terdesak. Selalu aku pikir kenapa la aku macam ni.

Exam pun tak baca buku lagi-lagi dah final sem ni. perghh! Aku sedar tapi memang dari zaman sekolah memang macam ni. Azam aku nak rajin nak jadi pelajar berguna setiap sem terkubur begitu sajo.

Luckily aku ada kawan yang ambik berat pasal asignment. Bukan asignment dia je yang dia ambik berat, asignment aku pun dia ambik berat. Kalau ko baca ko jangan kembang eh. Ko boleh tulis kat resume kerja, pernah jadi assistant leader untuk subjek Business Strategy.HAHAHA

TAPI malam tadi kiteorang pergi buat something new. Aku memang tak pernah pergi memancing. So ada classmates aku ajak kiteorang pergi mancing ikan. Tempat memancing kat Tasik dekat-dekat dengan International Student Centre UTM Skudai.

Hidup dekat uni ni kena pandai cari life sendiri. Aku?? so so la. kadang ada jugak nak guna kemudahan atau buat aktiviti yang UTM sediakan. Macam main basikal, free je amek kunci kat pejabat pengawal, berkayak, gym, court badminton, swimming, berkuda, and macam-macam lah. Cuma kalau orang pemalas, memang malas nak layan.

Aktiviti malam tadi mula pukul 10 malam.

Kau tau kenapa baju seluar aku basah lencun, nampak banner depan aku, tengah-tengah mancing menunggu. Aku rasa aku nak duduk, aku pun duduk je atas tu. Tempat memang satu lampu pun tak ada. memang gelap, rupanya aku duduk kat tempat air bertakung. perghhhh basah abis la gila, semua basah. Sejuk, masak aku nak menunggu sampai balik.

Ada brader-brader yang guide kiteorang mancing. Aku tak pernah kot gi mancing, harus jakun sikit.

Lepas tunggu ikan tak termakan umpan aku, aku bosan (nampak sangat aku jenis tak menyabor) aku tinggalkan pancing kat tepi tasik. Aku jalan naik atas, kat area tasik ada tempat itik-itik, arnab yang dah jinak. UTM memang lepaskan gitu je.



Kami menang motor
Turun-turun balik kawan aku dah bawak naik ini, tapi senang jugak la dapat ikan. Cepat dapat. Yang besar ambik bawak balik, tapi bukan kiteorang yang bawak, bagi brader-brader tu sebab UTM tak benarkan student bawak segala periuk ke dapur ke untuk masak.

Kalau yang agak-agak kecik tu, lepaskan balik. Campak je dalam tasik balik.

Belajar pasang umpan. Umpan kami guna udang dengan ulat. Guna jugak ikan emas, tapi susah dapat ikan.


See, tekun aku.

 Malu je baju aku basah.



Bangga kawan aku dapat pegang udang kecik, padahal penakut gila ngan udang. Menyauk udang bukan main beria. HAHA

Memancing memang seronok, new experience for me.