Tuesday 10 September 2019

#Fakta dna (9)

Rasa dah lama tak update entri fakta pasal dna, dna tu siapa? Dina la nama aku. Tapi ajet socmed dyna.. tu kan dulu2 macam2 gaya duk mengeja nama tu 😂. So sampai skrg kat mana2 guna je l ejaan tu. Tak penting pun sis, aku bukan instapemes, & celebrity blogger pun. Hahhahaa. Cuma update entri untuk suka2 aku.. tak de orang baca tapi sapa yg baca? Hehe aku la yg baca balik nanti. Langit ke tujuh aku punya feeling tau. Hahahaha. 

Ok la hari ni aku nak bagitahu benda fakta pasal aku. Aku ni bukan lah cantik pun. Tapi aku bersyukur dan sentiasa cuba nak nampak cantik jugak. Semua perempuan pun macam tu. Kan kan.. faktanya ialah AKU JENIS SANGGUP ALTER BAJU/JAHIT BAJU SENDIRI asalkan apa yang aku nak pakai tu boleh pakai. Aku ni tak de basic menjahit pun. Dari zaman sekolah aku jahit langsir rumah & ada beberapa baju kurung yang aku jahit sendiri. Walaupun caca marba je aku jahit. Sebab cara nak ukur baju yg betul pun aku tak tahu, aku guna logik akal je supaya jadi. 

ALTER LENGAN JUBAH NASYID
Aku rasa dari sekolah rendah ingat darjah berapa tapi maybe dalam darjah 4/5 join nasyid, geng nasyid aku masih sama macam kawan2 aku sekarang. Memang geng sampai sekarang. Dan nasyid tu kene pakai jubah hitam. Saiz aku ni kecik je ye la darjah 4/5 je kan. Tapi baju tu ya rabbi besar gile. Mak aku dah hantar pergi alter kat tailor pun just jahit dlm je tepi badan n panjang. Lengan dia masyaAllah panjang gila. So sulam2 kat lengan tak berapa nampak. Aku pun potong la lengan dia mcm bawah siku cam tu. Aku potong ikut apa aku nak pastu sambung balik 😂 hahaha gigih woi jahit pakai tangan zaman tu belum ada mesin jahit.. mak aku tak marah pun time tu. Mak aku anggap aku anak kecil yang kreatif agak nya. Genius. 

Orang nak adjust lengan bukak bahagian bahu dia syaiton.. now dah tahu la dulu mana reti. Gigih tau nak nasyid. 

So byk la baju2 eksperimen aku dari kecik sampai besar. Masuk sekolah menengah, oleh kerana mak aku tengok kegigihan aku ni selalu pasal duk menjahit alter la bagai. Mak aku belikan mesin jahit! Tapi masa tu mak aku konon macam surprise!! Ko tau mak aku beli mesin apa? Mesin yg zaman dulu, macam model singer yg kayu greek greek kayuh. Tetau mesin dah sampai rumah. Kalau aku tau aku minta mesin model terkini yg mobile & guna elektrik. Mak aku ni jenis sangat menyokong apa2 je aku nak biasanya. Dia belikan jeeee. Sayang mak. Hehe. Apa-apa pun tq mak, mesin tu la aku duk kayuh sampai sekarang. Hihi. 

Dari langsir, sarung2 meja, bantal, tilam, jahit baju koyak semua boleh ikut2 logik je. Kalau orang hantar order takut pengsan tengok jahitan 🤣. 

Aku ni la masalah aku, aku nak citer pendek. Jadi panjang kenapa? Aku ni memang kalau bercakap & cerita tak habis2.

Ok balik pada baju2 yg aku nak pakai, setiap kali aku nak pakai sesuatu tapi terbesar ke tak ok ke semua aku alter sendiri. Buat kain, buat baju, baju sekolah. Baju sekolah memamg beli siap cap canggih lagi, tak Canggih tak nak pergi sekolah. Baju dah elok, kau alter nak bagi ngam2 badan.. ya  Allah.. patut lah cikgu Sallehun tu dulu selalu sangat cari aku. Sape satu sekolah tau la ada 2 cikgu je dalam sekolah yang “dibenci” oleh murid. Haha bukan dibenci tapi orang takut nak jumpa dia sebab cikgu disiplin. Cikgu Anuar ranking 1, cikgu Sallehun ranking 2. Dua2 cikgu ni ngajar aku 🥶. Tetiba jadi pandai subjek dua cikgu nj. Cikgu sallehun ajar add math terus dapat 6c, dari tingkatan 4 asyik la fail G G G.. cikgu anuar ajar pengajian Am, A weh aku dpt STPM. 

Satu lagi aku ni suka beli baju murah tapi cantik kat mata aku la. Kalau besar aku alter. So bila aku nak baju tu tapi saiz tak de, its ok janji murah aku sanggup la repair bagi suit aku. Aku ni kan tak kerja asyik nak beli yang mahal2 je mana boleh. Belajar la jimat walaupun tak jimat mana pun hihi. 


Contoh baju ni full lace dapat sedondon dgn anak. Sebab clearance stok n saiz memang besar dan tinggal 2/3 helai je. Aku saiz L tu, zahra punya saiz mcm darjah 6 punya saiz. Sebab dia jual murah aku beli je and aku repair. Baju aku RM100 zahra punya RM80 harga sebenar RM300. Material memang lace yg elok.  Zahra punya saja buat besar biar tahun2 depan dia dapat pakai lagi. Mama makin kecik tak pe anak kene makin membesar. Hehe.


Baju ni RM50 je clearance stok juga. Baju ni sebenarnya baju kurung. Tapi yg belah tengah kebaya tu memang ada. So macam kebarung kurung macam tu. Nak murah punya pasal yang tinggal saiz L juga. Aku biasa baju saiz S. 


Baju bundle RM5 seluar clearance AEON RM10. Tudung RM10. On je haha. Oo satu lagi bag tu tak de brand.. shoppee RM20. 


Baju purple tu RM23 Zalora, besar gigih la alter. Tudung Muaz RM15. Palazo shoppee RM20. 

Tak dapat bergaya mahal-mahal, janji selesa kat diri kita n rasa yakin tu paling penting kan. 


Baju ni antara yang rasa geram jugak la dengan tailor. Tailor yang selalu aku hantar memang banyak kain n dia dah tutup order, yg aku biasa hantar tu kak zi, memang biasa dia jahit elok selesa n cepat. So untuk baju raya tahun ni aku hantar kat tailor lain . First time hantar kat dia. Aku tawakal dia buat elok. Sampai ambik baju. Besar macam saiz XL. Laki aku tengok terkejut. Bahu dgn span jatuh gile padahal dia amek ukur badan aku. Aku pulak jenis tak suka sangat hantar balik kalau dah suntuk masa. Dah nak raya time lagi bape hari je. Rasa macam membazir bayar upah tapi aku kene buat balik baju 😢.


Baju anak aku elok pulak dia buat longgar tu bagus la. Baju aku tu aku dah alter banyak pun longgar lagi kan? Cuma lengan tu tak dapat diselamat kan haha. Sebab bila bahu terlalu besar kene kecikkan bahu so lengan pun terikut. Lengan elok pulak panjang nya. So bile tetas n pasang balik ternaik lengan aku. Bukan sebab nak nampakkan gelang raya je sis 😂 haha. Tu gelang lama bukan gelang raya. Masa raya ni beli rantai raya ada ☺️. Cantik kan corak ni. Rasa menyesal beli sepasang je. Tengok mama kecik boleh buat baju anak sekali 4m tu RM50 kat Kelantan. Lepaa tu baru beli sepasang, anak2 dah merengek dalam pasar siti khadijah tu panas. So terus keluar. Sempat beli kan amk aku blouse n baju pasang ni je satu 😭. Nak repeat Kelantan please. 


Manis kan mama n anak dara haha. Tudung tahun lepas je sebab nak beli baru pun warna tu jugak. Baju melayu Rayyan masa ni aku jahit sendiri dia pakai maybe sekali 2 je sebab cepat besar, so beli kain tak pe mama buat dapat jimat. Dah usha beli siap, 1 mahal sepasang je dekat 100, jarang pakai, n paling susah cari warna sedondon family.  Untung suami aku ni ni baju isteri murah2 haha. 


Tahun depan la Rayyan dah besar sikit baru beli baju siap ye. Hehe. Tahun lepas & tahun ni mama jahit sendiri.


Baju Padini RM13 seluar Zalora RM29 pun on je la. Hehe. Beli online beli seluar saiz M takut kecik. Sekali sampai mak oi besar sangat. Apa lagi bukak mesin jahit lah  greek greek hehe. 


Haa ni la masa g Kelantan & Terengganu tu. Bali kain ela 1, anak dah merengek terus keluar pasar 😂


Kain lipat batik jahit sendiri.. eksperimen ni kadang jadi kadang tak jadi. Klu tak jadi nasib kau lah labu. Ke tong sampah pergi dia 😂


Raya 2018. Rayyan baru 4 bulan. Baju Melayu rayyan & kakak mama jahit sebab nak sedondon ☺️. Baju mama beli siap.


Raya 2017. Gigih mama dia tu. Aku ada baju warna macam ni baju bridesmaid masa kahwin dulu. So aku nak sama dgn anak dara apa lagi.. hehehe


Taraaa.. baju ni muat k walaupun dah ada anak. Aku nak maintain badan ni senang je.. kene try baju2 lama.. klu ketat sgt tu dah naik la.. klu ada longgar memang saiz masa bujang. Sebab tu ada baju ketat jangan alter bagi besar, badan kita yg kene alter jadi kecik 😂


Raya 2017 jugak, baju ni baju raya 2016 tapi nak pakai ulang untuk 2017, ada lebih kain yg sama. Gigih jugak buat baju kurung moden untuk zahra. Masa 2016 nak raya pun sama dah lambat tailor kak zi dah tak amek tempahan baju.. haha aku ni memang muka lambat anta kain la cite dia. 

So aku mak baju ni jugak minta tolong ezzaty member aku ukurkan & potong kain nak buat kurung moden. Masa tu dia da masuk kelas jahit tapi dia malas jahit baju. Aku belum masuk kelas lagi. Last year baru aku pergi belajar jahit tapi baru 1 patern je tau.. tu pun jahitan tak kemas lagi. Tapi ok la kalau nak pakai sendiri. Hehe. Tq cik zati sanggup tolong ibu gigih ni hahaha😆


Sama takk


Raya pertama 2017. Baju baru, baju mama abah beli, baju zahra mama jahit sama patern dgn peach tadi. Alhamdulillah dapat la tolong husband jimatkan duit dia sikit. Sayangi lah isterimu ini 🤪


Raya 2016! Raya pertama kali bertiga. Baju ni sama semua family belah mertua baju sponsor mak ngah masa pergi bandung. Baju aku tempah. Baju zahra aku jahit sendiri. Kesimpulan nya, baju zahra yang pergi tempah baru tahun ni. Hehe. Tak mahal pun sebenarnya tempah baju budak. Tapi sebab kadang aku beli baju tu dah bulan puasa bukan awal puasa dah nak last puasa weh. Sapa lagi nak kain haha. Biasa cari dulu baju aku sebab beli siap, pastu baru cari diorg punya yang match, cari yg siap match kadang ada harga pulak macam nak tercekik biji durian. Aagittewwww bukan sebab nak jimat sangat, sebab dah tak de orang nak amek kain kau.

Ok la ok la LASTT panjang aku bebel. Karangan pun dah terpesong dengan tajuk 😂


Dah la sebelum aku mengarut benda lain aku rasa aku akhiri entri ni. Aku ni suka je menggamit kenangan hehe gambar last ni masa aku pakai hp 6plus lagi. Eh back up ada gambar2 lama dlm hp baru ni jugak. Ok last2 nak bagitahu palazo emerald green ni, bundle RM1. Hihi. Seluar singgit tak pe, bag MK haha. Tu pun laki belikan. Dia tak belikan aku tak beli 😂. Makna kata aku ni boros jugak. Cuma kalau ada benda murah cantik aku suka grab.

So aku bab pakai2 ni kalau ada duit lebih memang la nak yg bagus ada brand, material elok. Tapi tak salah kalau benda tu cantik murah, lagi aku suka.. yang penting berkenan kat mata sendiri ok lah. Kalau baju besar aku buat sampai boleh pakai n cantik. Ok la tu je la sedikit gambar yg aku main jahit2 ni hehe. Yg lain ada byk lagi.. tapi ok la tu.. 

Kita tak boleh sama kan mampu kita dengan mampu orang lain. So suka hati kau la jemah. Aku ni dah mengarut aku rasa. Sometime aku ni memang berjimat, sometime tak jugak. Tapi time kene aku belanja memang macam setan aku rasa 🤣.  Kini dah bertaubat, apa pun tengok poket sendiri lah, ada lebih belanja lebih. Apa apa je lah. Ok bye.