Monday 17 December 2018

#Fakta dna (8)

Sebelum bulan Disember ni melabuhkan tirai, izinkan ambe nak update satu entri geli geli. Ye la tak de topik nak nak dibebelkan.. sebenarnya ada.. tapi sebab blog apps ni nak upload gambar kene satu-satu malas betul aku.. hihi

Hari ni tak pe nak up 1 picture terbaru sebelum nak masuk tahun 2019 umur pun dah update 3 series dah kan.. huhu ooo usia memang meningkat.. tapi kita kene hempas datang lagi, hempas datang lagi.. syantikkkk.

Btw nak bagi satu fakta pasal aku yang mungkin ramai dah kawan aku tau, termasuk husband. Nak bagitau ni pun sebab masa jalan kat Aeon ni ada lalu satu kedai makan memang aku anti ntah kenapa ntah. Hahaha.

Iaitu AKU JENIS TAK MEMILIH MAKANAN. 


Hari ni date bersama suami & anak-anak. Layan kan husband nak makan chicken chop. Im ok. Tapi husband agak  memilih. 

Makan kot, variey of foods is yummy. Kecuali satu kedai ni kedai makan SUKIYA. Tak tau kenapa tiap kali lalu aku selalu ingatkan laki aku pasal kedai tu.. haha. Aku suka je sushi kedai makanan Japan kan. Atau pun aku yang terlebih kampung.com. 

Aku rasa sekali je la aku g makan situ, aku pergi makan ramai-ramai dengan member. Sorang-sorang order menu lain supaya kita boleh rasa2 kan. Aku tak tau la apa kiteorg order, semua tak kene tekak. Dan aku tau la kedai tu bukak bukan untuk aku, untuk orang yang tekak japan kan.. 

Sesape yang suka makan kat SUKIYA tu suggest kan la menu yang sedap.. bagi aku punya perception berubah hihi. 

Setakat tu la fact pasal aku kedai yang aku reject untuk aku singgahi. Terhibur ke hambarudin? Kikikiki..