Saturday 6 June 2015

Solemnization 15/04/15

Assalamualaikum

Hollow, untuk tidak melengahkan masa, dijemput Nordina untuk memberi ucapan sepatah dua kata yeay! tepuk tepuk tepuk tepuk tepuk tepuk tepuk pengakap!

Terima kasih menjemput saya kembali dalam rancangan bual bicara wanita. So mari bergosip. Haha.
Okeh okeh, lepas entri persediaan kahwin so ni nak story hari berlangsungnya majlis penikahan saya.

So macam pasangan pengantin lain juga, ada hantaran kan yang gubah-gubah. Walaupun tetap tarikh kahwin hanya sebulan sebelum majlis, kiteorang dah start beli barang untuk hantaran dari akhir tahun lepas. Macam lepas-lepas ambik kursus kahwin tu kiteorang prepare la. Sebab kalau nak beli sekaliarung, rasanya seperti diriku mahu pengsan nanti.

Aku ingat lagi barang pertama yang kami beli untuk hantaran ada lah jam aku. Masa tu aku macam, eh bila nak majlis, tapi dah beli barang-barang ni. Ni husband punya plan, so kini baru tahu hikmahnya. Hikmah la sangat. Ringan la sikit beban sebab dah lengkap barang sebelum tetap tarikh nikah.

So nak cerita barang hantaran sikit walaupun tak seberapa lan. Kalau nak beli barang better time promotion macam biasaaaa keh. Jangan membazir. Kami buat sama macam tunang 7 berbalas 9.

 
Dari aku untuk pihak lelaki
1) Masa beli kasut Adidas ni, drama betul. Kat JPO murah 3 kali ganda dari butik kat luar. Aku siap tak puas hati masa pergi Jakel pantau bridemaids pilih kain, singgah Angsana nak tengok harga; terus okeh mak tahu nak beli mana.
2) Perfume Armani Code, tahu tak kenapa nak Armani Code, tahu tak tahu tak. Hehe. Okeh korang boleh cuba bau nanti. Tapi susah nak dapat jenama ni. Masa cari kat JPO, lelaki punya Armani Code sold out and tak restok. How ah.
3) Rayban sunglasses.
4) Tali pinggang Timberland and Coach wallet. Harus beli promotion heh. 



5) Sirih junjung dari pihak perempuan buat rendah sikit dari yang lelaki punya.
6) Cincin nikah lelaki.
7) Ellesse watch.
8) Levis and Merc cloth set.
9) Coklat Kit Kat


So ini dari pihak lelaki pulak,
1) Barang kemas untuk batal air sembahyang beli kat Litz Degem, ini pun antara terawal beli. Beli dari tahun lepas, ingat tak masa emas turun harga RM145 pergram tu. Masa tu emas kerja harga nak mencanak je, time turun je, husband cepat-cepat ajak beli. Masa nikah hari tu pun dah RM170 dah 3 bulan tak turun-turun. Yang nak kahwin sabar je la, pengantin lelaki dah jeling-jeling je tengok harga emas untuk perempuan kan. Kenapa aku suka sangat Litz Degem ni, sebab die punya design updated and unik. lagi satu sebab dah ada network haha. Masa tunang semua pun beli kat sini.
2) Mas kahwin and cek.
3) Coach handbags. Asal pergi JPO je jeling yang ni, fineeeee. Kalau tak; tak tidur malam nanti mengigau.



4) Kasut Adidas ni sangat berbaloi beli, RM80 lebih je. Huwaaa suka. Tahu tak kelmarin nak pergi tengok bola JDT vs Aye apa tu, dah siap packing jersey dengan kasut baru sebab matching. Grandstand tiket problemo, ada open je. Terus tak gi. Huwaaaa.
5) First barang yang beli untuk hantaran. Pun ada promotion Bonia masa ni. Ambil yang leather sebab tak de jam tali lagi. Semua besi dengan apa kalau Gshock tu, pvc ke getah eh. eh entah.
6) Armani Code perfume set. Best sebab sale. Satu kedai je yang aku jumpa kedai ni kat jepo.
7) Sirih Junjung. Complete.

No Chanel, Prada, Gucci, LV,Jimmy Choo mahupun Miumiu. Bukan ye. Biasa-biasa je semua.

So barang hantaran better korang pun beli je awal kalau korang sama dengan aku patern pantang tengok barang sale, dan jenis susah simpan cash.  Kalau korang tak reti jugak beli barang, meh hakak setelkan masalah negara yang puan hadapi. haha. Tapi kan aku ni kaki shopping jugak kot, kot la tapi lepas kahwin dah kene slowdown kan abang? haha yee laaa sangattt.

Jadi hari Rabu, 15/04/2015 telah tiba hari untuk aku dengan husband menikah. So pagi-pagi ambil barang hantaran rumah kak ipar untuk susun kat bilik. Ye la karang sedara datang semua masuk bilik nak tengok.


Nikah malam, siang tengok barang dah bersusun atas katil. Dup dap dup dap berdebar tak sudah.


So hari-hari bilik aku memang macam ni. So feeling lah ko pengantin baru 18 ratus hari seperti yang digembar gemburkan, haha.

Pukul 6 petang MUA As dah sampai. Bagus sangat sebab sampai awal. So memang aku tak kelam kabut, tak adalah risau macam kes mak andam sampai lambat. So As sampai ajak dia makan dulu apa semua, baru boleh make up. 

Bab mekap ni aku pesan kat As mekap lawa-lawa, padahal dah nama MUA memang la dia bua sehabis baik, aku je gelabah mak enon sebab tahu muka tak berapa nak flawless tapi nasib baik kemanisan muka aku tu ada. haha. As, As mekap akak tebal cantik tapi nampak natural. Mampu haaa aku yang tak reti dalam arena mekap-mekap ni bagi suggestion sebegitu rupa kat MUA, Mau pengantin yang kene lepuk kejap lagi.

Tetiba rasa hidung aku mancung padahal penyek gak. haha.
Bab mekap pulak, masa decide amek bridal awal-awal tanya; Razi, MUA perempuan ke lelaki? Jangan risau, setakat ni HC semua perempuan tulen. Ok best. Lagi satu untuk nikah dengan sanding satu lagi benda penting shawl aku sebab yang menentukan muka aku jadi lebih tembam akibat susah nak bentuk. So tudung aku beli dekat Radiusite, sale weh Alhamdulillah, satu RM3+ je sebab senang kain die best senang bentuk.

And the best photographer ni adalah ada LIVE UPDATE. Feeling artis sangat ada live update nikah.
Masa hari nak menikah, Abang Hakim whatsapp, Dina nak buat liveupdate tak? Aku pun terus eh ada eh,,nak nak nak naaakkk. Majlis berlangsung, gambar ko pun upload sama kat insta. Rasa nak goyang bahu tak?


Ni salah satu gambar live update tapi sebab aku download, size jadi kecik, pecah gambar tapi kenapa masih cantik nii? ok korang pergi booking Kirikanan Studio sekarang.


Haa, yang aku lemah ni suh posing la. Kayu habis aku. Tak reti lah betul tapi nak cantik kugagahi jua sebab photographer pandai buat kita selesa. So ko feeling je la ko paling cantik masa majlis ko. 

Sementara tunggu semua ready, amek la gambar kenang-kenangan dulu. Rupanya posing amek gambar lagi susah dari jual ASB ko tahu. hahahaha

Aku nikah dekat surau sebab family ramai, Ada kang kalau buat dekat rumah dengan Tok Kadi nikahkan berdiri. So bagi luas sikit selain afdal, kite menikah di surau. So jom, ke surau, 

Keletak keletuk keletak keletuk (bunyi kasut tumit 5 inci) ok dah sampai surau.



Dulang girls
Terima kasih kawan-kawan for your helping walaupun terpaksa sebab korang nak melaram jeee. Aku sampai surau dengan mak aku aku tengok dah ramai sampai, cuma pihak lelaki je belum sampai. Aku dah dup dap dup dap dah. Tok Kadi dah sampai, pertama kali aku dengar Imam Asman ni sampai awal nak menikahkan pengantin. Alhamdulillah yang aku dengar tu kat majlis nikah aku. haha.

Mana tak nya siang sebelum nikah laki aku siap nak pergi umah sebab call tak angkat, tapi nasib baik Pak Imam call balik. Bapak aku call ingatkan lagi. Stress Pak Imam korang kerja kan eh. 

Mak, ni nak menikah rela hati. Kenapa muka nervous muka gaya macam kene kahwin paksa. hahaha
Ko tengoklah muka berdebar aku. Tengok-tengok balik muka macam pasrah je. hahaha

Dulang girl
Thanks Ezzaty and the Majistret sebab pakai baju sama sekaligus jadi pengapit pengantin perempuan untuk nikah. Ni bridesmaids malam nikah.

Tak lama tu pihak lelaki sampai, terus dia salam-salam semua. Mak! nak kahwin ke ni dah cantik-cantik diva. Macam tak percaya.

Dulang boy
Kalau lelaki yang bawak dulang hantaran memang tau, sampai senget-senget korang angkat, ahha. Nanti masuk kelas tarian saya ye, kite belajar lembut sikit. Auwww.



Bapak sign dokumen nak serahkan jagaan anak perempuan dia ke pangkuan seorang lelaki. That trusted man to taking care his daughter. InsyaAllah the right one.



Pengantin lelaki sampai, Pak Iman pun masuk, sebenarnya dah sampai lama tapi berbual dulu dekat luar surau.


Sebelah Pak Imam, Cikgu Wan Yacoob cikgu muzik kiteorang masa sekolah rendah. Ingat die mengajar muzik, tiup rekoder tau. Pastu aku tahu bebudak SKSB semua malas nak pergi bilik muzik sebab bilik muzik jauh kat hujung sekolah ko tau. haha. Dulu tak pandai ponteng kelas lagi, so semua bebudak pasrah je kalau ada subjek muzik. Kalau dulu aku rajin jumpa cikgu Wan, mesti aku jadi artis dah. 


Liveupdate pic

Kak Scha

Anakku, bapak nak menikah ni. Tunggu kejap eh dengan Cik Pami
This is Adam, anak sedara husband aku. Dia panggil husband, bapak. Jangan ingat aku kawin dengan duda pulak. haha. Panggil adik husband, ayah. Haa pening ko dam, bapak, ayah, abi.




Malu ittew kan menikah. Alhamdulillah ramai datang malam menikah tu. Penuh surau.





Masa Tok Kadi salam je, aku dah berdebar. Tok kadi start lafaz je jantung aku pulak yang rasa nak terkeluar. Terima kasih suami.



Alhamdulillah sekali lafaz, saya sah bergelar isteri. Masa ni macam tak percaya, baru hari tu tunang, sekarang menikah. Alhamdulillah rezeki cepat, banyak kan doa, Allah permudahkan.

Huwaa, masa ni sayu je aku dengar bapak aku baca kat suami.


Abang Lihin's family


Abang Ngah, Abang Herman, and Manda yang comels. Cik jul nak ikut cik jul. Pastu minta dukung setiap masa, haha. Good job Manda. Bagi lenguh tangan cik jul ko. hihi



Ni sepupu, duduk sebelah umah. Pengantin baru jugak, bulan dua hari tu. Masa dia kawin aku pun tak tau aku kawin bulan berapa. Dah asyik sedara tanya aku kawin bila, aku bantai cakap; bulan depan. 



Mak, Mmuah mmuah. Yang anak sedara aku doa mengadap depan semua, ko pehal sorang-sorang mengadap belakang pulak.



Man, jangan tengok tak puas hati sangat. Majlis jadi pengapit eh.
Aku tengok gambar-gambar baru perasan ramai sangat pakai baju hitam.


simple


Le Friends. Mira, apsal ko tak fokus, ko tengok belah sana, ko ingat aku tak tahu, kat sana ramai lelaki. Kemain ko cuci mata.







Thanks husband, we start our journey.

Selamat pengantin baru kepada anda berdua. 



Nampak tak tangan aku comot dengan inai, sebab masa nak tunggu inai kering sempat aku tidur. Bangun tidur, hamek ko.

syukur. Alhamdulillah semua selamat dan berjalan lancar.


Thanks mak for everything. 


Muka sembab, nangis.


Mothers. Do you know, no matter how, mother the comfortable place for you.


Terima kasih mak bapak, izinkan dina kawin.



Family, Alhamdulillah semua hadir. Ni family lelaki. Mak dengan akak aku je ada. Bapak aku dengan family lain sibuk kejarkan tetamu makan kat rumah. Sebab nikah kat surau kan. Dah gambar nikah ngan family aku tak de. Tak pe, nanti majlis Sabtu boleh.



Ok thats all for our solemnization. Semoga ikatan yang kita bina membawa ke jannah. Dipermudahkan segala urusan, rezeki, iman, islam, dan keberkatan.


Gambar semua non edited. Original dari  photographer sebab amek seminggu lepas majlis, Tak menyabar nak tengok. hiiii. 

Hari majlis kita next entri ok.

dynahelmy love

No comments:

Post a Comment