Friday 21 February 2014

Aku pernah rasa ketenangan ni

Aku pernah rasa. Masa pergi tioman. Best gile, awal pagi tu pukul 7 tu sesejuk duduk depan laut.Rasa dia macam wah, dunia ni terbentang luas dan dapat melihat kuasaNya. Halangan apa yang ko takutkan. Ye la masa pergi tu serabut-serabut sampai sana lupa masalah. So aku percaya la dengan quote ni.

Dengar je bunyi air bunyi ombak. Otak ko akan rasa sangat tenang. Sesilap tertidur tepi pantai malam-malam buta macam aku. Sangat la mendamaikan. Rindunya kat pantai.

Tu je pun nak bagi tahu. alahaiii


Wednesday 19 February 2014

Dik, abg nak tanya

Di hari-hari tak bekerja aku ni, mak aku suruh settlekan hal cukai mukai ni dekat Majlis Pebandaran dengan Pejabat Tanah.

Lepas print resit dekat kaunter resit, terus ke kaunter nombor giliran. Ada la 2-3 brader dekat kaunter. Aku ni memang bukan jenis suka tengok muka orang atau jenis perhati keadaan sekeliling. Tak hairan la aku di cap sombong - kata kawan-kawan aku bila mula-mula kenal aku. Aku rasa aku biasa je. Aku memang tak suka tengok, nak cam muka apatah lagi kan.

Aku akan tengok KALAU ada something yang menarik atau wierd pada orang tu.

Masa tengah kemas resit bayaran, satu abang datang tempat aku; " Dik, abang nak tanya, tapi awak jangan terasa la eh, adik beradik awak semua (dalam hati aku, hah?? nak tanya apa la) memang dagu lekuk macam tu eh? nak tanya dari sana tapi segan, dagu macam ni ramai orang suka."

Ceiiiitttt!

Aku ingat nak tanya apa.
Aku cuma senyum lepas tu ketawa.
Soalan abang tadi dah biasa dengar, tapi dialog dia terus buat aku ingat

2008 BSN ATM;
"Dik, abang nak tanya.."
belum sempat pandang belakang

zapp

Pisau potong daging tu dah ready dekat leher aku

Bila pikir balik, berani jugak respon aku time tu walaupun salah.

fuh. trauma

Monday 17 February 2014

Last day

Hari ni last day kerja dekat Bank Muamalat. Ngam cukup setahun aku kerja. Ni first job aku lepas habis study. Hampir je aku nak resign untuk 3-4 bulan pertama oleh kerana kejutan yang melanda bila masuk banking line ni. Mulut pot pet pun sampai jugak menyetahunkan khidmat aku.

Lunch tadi kawan office yang aku kira dia buat farewell la untuk aku, nasi beriani kambing. Dia la paling kuat menyakat aku kat office. Ala,aku tau semua tu gurau je.

Beriani kambing 

Beriani kambing die serius sedap. Lately ni aku makan kedai kalau ikut portion biasa memang jarang habis. Boleh kira berapa kali je yang habis. Tapi yang beriani ni, aku siap offer nasi kat kawan aku, lepas tu dah mula makan, eh eh eh habis? ye betul sedap la gamaknya. Masa memula kawan aku ajak g beriani sini aku rasa macam tak bape best sangat  - sebab hari tu aku makan beriani ayam die. Rasa biasa je. tapi kalau yang kambing sedap.

Berbalik pada apa yang kiteorang bualkan, berbual pasal kerja. Planning lepas ni. Kerja bank ni best je sebenarnya. Environment best tapi tengok position jugak sebenarnya. Contoh: Tak boleh samakan position manager dengan teller. Mestilah yang lebih pressure yang mana. Bukan bank je la, semua company la. Sebab tu gaji lelain kan. 

Ada orang pung pang pung pang cakap suka kerja bank, ada orang pot pet merungut kerja bank. Tapi position lain, tanggungjawab pun lain la. Yang suka kerja tu kau tak boleh nak samakan sebab kau 'kerja di bank' sahaja. Makcik cleaner bank aku; aku rasa dia suka je kerja dia, dia kerja bank. So makcik tadi boleh cakap dia suka kerja bank, sebab kerja dia membersih la. Aku pulak rasa biasa je; because of position but its challenge me. atau aku memang orangnya berperangai biasa. 

Selama ni aku rasa aku biase je.

Last day, aku sebolehnya nak settlekan semua kerja pending. Ada la satu dua kerja tak siap, InsyaAllah akan disiapkan.

Aduh mesti rindu kat kawan-kawan office aku. Yang lagi best kawan-kawan sesama ni la. Paling suka merepek kan aku, suke je tiap ptg ajak bergayut call aku cite benda2 bangang kot. wawawa

Rindu dengan kawan-kawan office yang sekepala.

Akhirnya, setahun disini. Habis.


Tuesday 4 February 2014

Menunggu

Pagi-pagi bangun tido,(pagi sangat la pukul 1130pagi tu?) aku duduk dekat ruang tamu, mak bapak aku bagi nasihat. Aku diam, aku dengar. Sangat berguna, dan aku wajib dengar. Mak bapak mana nak anak die susah. Tiada dan tak akan ada.

25

its all about 10 years ago when we just 15.
-dna

Monday 3 February 2014

Sakit mata

Assalamualaikum
Masuk hari ni genap seminggu aku kena sakit mata, ntah berjangkit dengan sapa. Ke orang kata sebab tengok orang verra. Tapi ape ke aku tak ada hobi yang lebih selera aku nak buat? Mula-mula tu sebelah je la yang kena. Sekarang nah kau dedua mataku merah. Nampak sembab sebab bengkak.


Pergi klinik dihantar, tapi ntah la perangai kalau dari planet mana ntah suka pentingkan hati dengan perasaan sendiri. Apa maknanya tu? Ada ke sekali tanya condition mata aku da ok ke belum. Jangan kata call waima message pun tidak.

Totally i never meet people like u until i meet u. Hopefully u r the one and only.

Hiduplah di atas normal manusia.