Monday 31 March 2014

Percutian Bandung, Indonesia (Last Part)


Wehuuu nampak tak sekarang aku rajin update blog, lagi-lagi tentang vacation Bandung aku kan. Tapi bila time malas, berbulan-bulan aku biar je bersawang, labah-labah pun boleh membina keluarga bahagia. Hover tak.

Ok, before membaca cerita aku ni, eloklah sediakan sechawen kopi sebagai peneman di kala korang semput/ ngantuk membaca sebab panjanggg.

Actually tengah update blog ni pun aku sambil pasang lagu Bara Bere  macam aku cerita dekat entri Part 2 Bandung. Ni ler lagu tema tak sengaja kiteorang masa kat Bandung. Dengar lagu ni automatik tetiba ingat semua kenangan kat sana gittew.

So hari ke 3 kita kat Bandung adalah hari yang ditunggu tunggu iaitu shopping!!

Destinasi ke lapan: Pasar Baru

Macam bese dalam pukul 8.30 waktu indonesia kami dah siap mental dan fizikal untuk shopping. Siap-siap bawa beg besar untuk isi barang ok.

So before reach pasar baru kita ke money changer/ atm dulu. Duit tak cukup! Pepagi dah cari rupiah lagi. Tukaran lebih kurang je dengan kita tukar kat malaysia. Jangan takut, beza tak banyak pun. Lepas tu kat money changer ada air free, milo, kopi, teh semua ada. Tinggal picit je. Amek.

Before shopping, pesan Hendra;

Kaka-kaka boleh belanja, tapi harus diingat kg nya yah!

Iya-iya, Hendra punya pasal, kaka-kaka manis ingat lah. -ni tipu, tambah-tambah je.


Lepas tukar duit. Motif baju nak lebih kurang. seriously kebetulan sebab bawa baju ngam-ngam.
Pakaian nak shopping, tak payah lah nak vogue-vouge sangat and kalau boleh pakai kasut flat je. Memula aku nak pakai heels,pastu kawan aku suruh tukar kasut. Tak ada lain, pakailah converse. Bantai je la. Tapi seriously bila jalan sana jalan sini sampai petang sakit jugak kaki aku. Baru lah masa tu, Nasib baik tak pakai heels.

Oh ya, selain menyediakan supir-supir yang baik hati, HAYUKA BANDOENG menyediakan orang untuk menjaga dan membawa barang sepanjang keberadaan kami di Bandung. Wahhh semakin suka kami karna yang menjaga kita juga mamas (abang). Ya la sudah boring 2 hari suntuk Hendra menjaga kaka-kaka manis (sebutan Hendra). So bagi dia membuat unggun api, biar Aba (penjaga di Pasar Baru) teman kiteorang pulak.

Kenapa shopping pun nak kena ada orang teman? Keselamatan ye, kita tak tahu apa nak jadi, mana yang boleh elak, kita elak. Lepas aku sampai kat Malaysia family membe aku kena copet (curi) handphone dia dalam jalan menuju ke Pasar Baru. Jenayah tu dimana-mana. Ini bukan nak menakutkan tapi sebagai peringatan sahaja. Jadi bila ada Aba, dia akan jaga kita, bawakan barang, dan tunjukkan mana-mana kedai yang ko nak. Ko cakap je, die akan bawa. Pasar Baru ada 8 lantai (tingkat) dan sangatlah besar. Pusing sehari memang tak cukup. So kalau ada orang tunjuk-tunjuk kedai, jimat masa dan ko pun tak penat sangat. Pasal harga jangan takut sebab kebanyakan kedai jual lebih kurang je/sama harga. Lagi satu korang takkan mampu nak bawa semua barang shopping, korang tak akan shopping sehelai dua. Trust me.

Ni sehari pergi atm 3 kali. Shopping punya pasal.
Selain tu, kereta avanzanya ada video karaoke, nasib tak de mic. Kalau tak dah tekan tombol lagu Bara bere, kudu bara bere dah. Malam tadi terus hafal lagu Bara Bere ok, pagi ni nyanyi kat Hendra tauuuuu.



Perjalanan menuju ke Pasar Baru dari Hotel Zodiak mengambil masa lebih kurang setengah jam. Perjalanan menuju ke Pasar Baru kami terlihat banyak peniaga kecil menjual siap bawak kemana-mana barangnya. Abang ni bawa tudung, jual siap berjalan.


Lagi satu, akan nampak peniaga-peniaga kecil meniaga dihadapan lot-lot kedai. Kami diberi informasi bahwa jika kita membeli dengan mereka dan tertangkap oleh pak polisi, bisa gawat nih. Kena denda karna mereka sebenarnya tidak dibenarkan berbuat demikian (meniaga depan lot kedai). Mana taknya, lot kedai jual tudung dengan bag. Ko datang-datang meniaga depan kedai orang tu jual benda sama. Ingat ye, bukan yang jual didenda tapi yang membeli yang kena denda.

Ok-ok. mari saya tour Pasar Baru untuk anda ya! hehe. jom

Kedai baju jeans, jubah, kemeja, suar, skirt, semua lah jeans.
Murah! murah! maghi!
Dekat pasar baru, korang biasa tak ada masa nak ambik-ambik gambar pun sebab memang busy shopping, nak jaga beg, beg duit, pegang ini pegang tu, handphone/kamera memang dalam beg je sesenyap. Ambil gambar pun pakai handphone je.


Pasar baru jual semua benda yang korang nak, betul tak tipu. Lepas tu, kalau tak cukup duit ada atm kat sini. Banyak. Korang tinggal pilih je.



Ini pula dekat kedai kain pasang, lupa la nama kedai. Ko cakap je nak kain apa, as your wishes they will bring for you. Kain dari setebal-tebal alam sampai senipis-nipis, lace, kerawang kerowong, beading tak beading, prada, gucci, ahhhhhh semua lah.


Kalau korang beli kain yang mahal/ high kualiti, dia akan ada satu bilik tu ko pilih je weh. Duduk dan dia akan bawa patung siap jadi model macamana baju tu gayanya nanti. Biaselah untuk great customer, adalah makan and minum. Lepas beli kain, perut pun siap isi sekali. Pakej.

Prada lace yang aku pegang tu aku beli dengan harga Rp250000 sahaja semeter. Kawan aku yang suggest beli sebab aku bab kain mana lah aku tahu sangat apa yang trend bagai kan. Dia tu memang rajin mencari-cari. Aku pernah baca yang diorang boleh dapat lebih murah dari aku beli. Pandai-pandai tawar la ye, tapi kain ni baik sebab tebal dan sangat murah berbanding harga kat Malaysia. Kain pengantin katanya tapi mak buat baju raya je kot. Mak curlassss tak noks?

Lebih baik beli dengan lining dia sekali sebab dia siap-siap cari yang match.

Ka, ini sekali lining nya?
Nggak, saya mahu prada lace nya aja. Lining saya beli disana aja.
Wah, ini kalau nggak di lining, nanti rame (ramai) kak.
Memula macam blurr. Tak paham.
Nanti boleh macet lagi. 

Haha. baru aku paham, kalau aku pakai baju jarang nanti orang kerumun nak tengok. Seksi kan. haha. Baru lah ketawa.

Amboi cik ain, kamu pikir ini rumah?
Dekat rumah kain pun ada jual lace jugak, tapi terhad means cantik-cantik tapi tak banyak pilihan. Tapi bukannya nak beli semua, lace sehelai dua dah cukup. Aku beli lace dekat Rumah Kain harganya cuma Rp75000 semeter. Cantik, taste i kan tapi tak ada gambar la nak tunjuk. Entri lain la aku tunjuk la kalau rajin. Lining 4 meter Rp100000, high quality. Kat rumah kain best sebab flat price mostly.


Penjual tu cakap, aku macam pelakon. haderrr

Boleh fefiling model/pengantin. Lace lace lace

Dah cukup berat la tu bawak barang?
Waktu ni dah petang, dah siap shopping. Dari pagi sampai petang memang shopping sampai ko tak rasa lapar. Masa ni tengah tunggu Aba anta barang-barang shopping letak satu tempat. Berapa kali trip la Aba bawa kan barang. Penat dol, yang tangan kiteorang tu last la. Tu je yang kita bawa since dah kesian abis dengan Aba bawa barang. Badan dah le kecik berpeluh-peluh. hehe. Untuk pengetahuan, yang bestnya semua tidak pernah meminta tips, tapi kita bagi la dah tolong kan. Mutual understanding ya buk.

Disebabkan shopping ada orang bawakan barang, korang akan rasa macam nak belanja-belanja-belanja terus. Maka nasehat Hendra tadi, kaka-kaka manis sudah lupa Hen. Nak balik je, sekali dalam kereta banyaaAAAAKKK berbag-bag berplastik-plastik.

Kami beli bagasi cuma 60kg sahaja sebab rasa anak kecil seperti kami (panggilan dari Hendra untuk kiteorang. dia cakap kat kawan dia, ingat kita tak dengar lettew, anak kecik ko panggil kiteorang? hehe.) bebudak macam kiteorang mana ada nak shopping sangat. Sekali... hamek ko. Tu belum campur shopping kat Rumah Kain.

Pulang dari Pasar Baru, baru rasa lapauuuuu. Destinasi ke sembilan dituju;

Destinasi ke sembilan: Restaurant Nasi Padang

Haruslah cuba makan nasi padang di Bandung. Restoran ni recommended. selain bebetul sedap, harga nya terjangkau (murah). Rasanya 4 orang Rp170000 kot. tu pun dan tambah-tambah lauk.

\

Cara makan nasi padang ialah ambil lauk yang nak je. Yang tak nak jangan usik, once ko cuit, consider sold. Best, sedap dap dap.

Destinasi ke sepuluh: Wajib- Kartika Sari

Ye la, orang sibuk brownies Kartika Sari, ko pun sibuk la kan. Bese la. Sapa tak kenal kartika sari? Ni la marketing paling baik, word of mouth.


Yom, pilih pilih pilih. Benda wajib cuba Pisang Sale Keju dan of course, Brownies- pelbagai perisa.

Brownies, kek lapis, semuanya ada disini.

Atm Kartika Sari, kali ke tiga dalam sehari ain draw uangnya.
Destinasi ke sebelas: The outlets, The Secret, Heritage

Kat sini shopping baju, seluar bagai lah. Jenama macam-macam dan boleh tahan murah.
Seluar jeans Burberry aku beli new arrival punya baru harga Rp290000 je. Ada juga yang promosi Rp150000 tapi saiz limited lah.



The Secret Entrance

Heritage

Oleh karna perut lapar dan teringin makan bakso, Hendra bawa ke kedai bakso tulang. Best, ala apa nama mee dia tu aku lupa, pun sedaaaapppp.

Kita semua tak tahu makan tulang rupanya. hihi
Ok da kenyang. Nak balik hotel nak kumbah barang.
Balik hotel, masa nak turun barang Hendra agak-agak jumlah bagasi kita lebih 60kg sebab dia dah biasa. ayoyo! Ingat, kalau nak shopping ingatlah bagasi anda kaka-kaka. Lepas mandi semua siap, masa untuk memikirkan harus bagaimana supaya tak excess baggage. Tahu kan, kalau excexx bakal didenda mahal sekilogramnya.

Hasil shopping Pasar Baru
Budak-budak pun shopping segini, apa lagi mak-mak kan. Masa ni pening dah tapi still kemas. Bag yang kita bawa naik cabin kan cuma 7kg je. acane?? Fikir punya fikir, yang kain ela berat-berat kena letak kat bag belakang. Bagi-bagi la. Terpaksa, macam dukung kontena kau.

Last day, flight kita jam 10 lebih, tapi kena sampai awal sebab sesak. betul.

Seawal jam 7.30 pagi Hendra jemput kita, dan sesi bergambar bersama si Hendra yang kuat bercanda sebagai kenang-kenangan.


Dalam perjalanan ke bandara (airport),
Sambil dengar radio (radio ye, bukan, kaset/cd), Omjayyyy tiba-tiba lagu Bara Bere keluar!!!!! Pas (tepat) dengan waktunya, pas dengan situasinya, apa lagi kiteorang ikut menyanyi lagu tu skali sama-sama buat supir selama menjaga kita. Sweet takkkkk??? Tetiba dua hari boleh hapal ok.

Semalam pulangnya udah malam, kedai kaset udah tutup, kalau nggak boleh Hendra belikan untuk kaka kaset sebagai kenangan ya.

Nak sampai tu, Hendra bagi byebye wishes sikit la. Sama-sama ya. Kita juga.

Sampai di bandara, lepas turunkan barang apa semua, kami hire pengangkat barang (bagi tips ye, jangan lupa) untuk settlekan bagasi. Senang kerja. 

Sebelum Hendra pulang,

Ok kaka-kaka, Hendra mau pamit (minta diri) dulu. Terima kasih kerana memberi kepercayaan ke Hendra untuk menjaga kaka-kaka.

Ya, sama-sama kerana melayani bla bla bla, baik bla bla, bercanda hehe,

Ini ada surat cintanya (tips).

Terpisah lah 4 ekor ni dengan si Hendra.

Sampai-sampai je check in bagasi dulu, timbang-timbang dengan perasaan takut tu, satu lepas dua lepas, sampai bag ke lima ke ke enam, dah lebih 60 kg. Ok-ok, yang ke enam angkut naik atas, tu belum campur bag belakang masing-masing tu. dah siap semua, baru lah breakfast.




Ok, tiba masanya untuk meninggalkan Kota Bandung. Da da. ada rezeki jumpa lagi.

Sepanjang berada di Bandung, saya (motif kau tetiba nak saya kan) ok la, aku rasa orang Bandung ni/ di Indonesia ni baik-baik hati dan penyabar. Bawak moto keta kena hon je pun rilek. haha
Kenapa bandung best bagi aku, ni pun sebab kawan aku dah elaborate kenapa kita rasa best sebab ada orang yang teman dan bagi information tentang Bandung. Padahal kalau ikutkan Krabi lagi cantik view dia, sebab kat sana kita survive sebab kat sana tu rasa selamaaaattt je kan.

Banyak lagi tempat menarik di Bandung kita tak pergi sebab tak cukup masa. Antaranya Tangkuban Perahu, Floating Market, Trans Studio, Cihampelas, Jalan Riau, Rumah Mode, eh banyak la. InsyaAllah, kalau ada rezeki, will repeat Bandung menggunakan kepakaran kita dalam budget vacation.

Actuallypergi mana-mana pun best asalkan tahu nak manage our holiday macamana.


Lepas baca semua entri vacation ni, rasanya aku macam bawa korang ke pengalaman aku dan aku macam tourist guide. Nak jugekkkk.

Ok la, bye bye


No comments:

Post a Comment