Sunday 15 April 2012

Trip to Sabah

hew hew hew
sebenarnya nak update belog ni serius malas, rasa nak update tapi malas. paham tak ?
gambar ni dah basi da dalam laptop aku tapi aku saja je nak update pasal Sabah ni lagi walaupun nan hado orang yang baca blog aku.

Lepas majlis abang aku kahwin, kiteorang memulakan langkah dengan berjalan-jalan ke Pekan Ranau dulu sebab the next day, mak bapak aku dah balik semenanjung. Dah naik kerja. Jadi macam biasalah orang tua punya shopping,,biasaaaaa. Ikan masin, belacan, kerepek apa bagai la broooo.

Mak aku naik hilux sedara tu,,aku, abg aku, ngn sis IL aku naik teksi/kereta sapu. Tapi sini panggil kereta sapu 'pawong'.


Sorry gambar masa beli barang dengan mak aku tak ada sebab yang tukang amek gambar kena bawak ikan masin berat, jadi semangat nak keluarkan kamera luntur.







Then, tengah jalan-jalan jumpa makcik-makcik yang satu kampung dengan kak ipar aku, diorang jual-jual pinang, sirih, tembakau. gitu-gitula. Baru aku tau tembakau mahal seyhh, sebab diorang jual pure tembakau. Tak main la macam rokok, dah ada campur2 apa ntah. sebab tuh la agak murah.

Ooooooo

Mula-mula salam-salam je ngan makcik-makcik tu, lepas tu sedap pulak melepak skali. sebab masa tuh hujan. Mak aku sedap balik naik kereta, kiteorang kena naik kereta sapu plak tuh. memang tak aci.


Tengah duduk-duduk situ, diorang suruh aku try makan penang upsss pinang, kelaaaAAATT lah gila, gila kelat, kelat gila. bueeekkk, trus sembur balikkk. HAHA

Dengan keadaan yang makin selesa sambil aku peramah ngan sis2 kat situ *tak menahan aku panggil sis padahal makcik, tangan aku gatal bukak-bukak makcik tu punya barang, kupas pinang.


The next day, we went to Poring Hot Springs.
Kat dalam tuh ada banyak tempat, tapi jauh-jauh sikit nak jalan la. Ada taman rama-rama, jambatan gantung, air terjun ada dua tak silap, and adalah lagi.

Masa ni kat entrance pergi canopy walkaway, tengok muka aku relak ja bah! sebab aku belum tau penyiksaan yang bakal aku terima kejap lagi,, kau nampak aku pakai kasut apa? wedges baru tau. meh aku tunjuk..

Nampak tepi-tepi macam kawasan hutan kan? yee memang nak kena hiking dulu sebab nak bagi gayat gilak bila ada kat jambatan. Tapak kasut aku nak mula jahanam. Masa ni memang belengas badan aku,,lecak ketiak, kalau perah boleh terus keluar peluh.


Brader ni kami panggil abang jai, orang yang guide kiteorang tapi gila laju dia jalan. Ni abang kak ipar aku. Boleh la, lu askar kan. kiteorang agar-agar. Jalan sikit letih.

Nak sampai entrance ni ambik masa setengah jam jugak la,eh ye ke. aku main tibai cakap je sebab tak ada istilah nak tengok jam masa ni. Letih gila, nak turun balik jauh, nak naik lagi takut jauh lagi nak sampai. Masa ni sambil jalan aku jadi manusia dalam dilema. Sambil pikir betul ke percaturan yang aku dah buat ni?

Jalan ambik gamba, jalan ambik gambar mana tak letih. Macam budak tuh, * sambil mata keatas

Yeah, da sampai !!! Aku tengok bawak pening, sangat lah tinggi. tapi baik2 la, jangan nak menggelabah masa jalan kat jambatan, sebab panjang gila jambatan nya tapi adalah setiap pokok kita boleh relax. Aku sebab jambatannya panjang, aku jalan terhoyong hayang jadinya. best sebab boleh boleh tengok view yang hew hew hew best.


Harga untuk Canopy Walkway.

Bila dah sampai bawah, badan berpeluh, kita pergi mandiiii. Memang syiok, nyaman gilak.
Korang boleh pilih tempat mandi yang panas atau yangs sejuk. nak blend sendiri*erg blend eh?

Kolam air panas ada beberapa peringkat, tapi yang pasti, gambar atas ni yang paling panas. Nampak tak asap dia. Tak boleh mandi, tapi kalau nak jadi macam kena simbah asid boleh cuba seko-seko. Kolam air panas ni semula jadi memang mata air dia kot yang panas. Dulu diorang suka rendam telur dalam kolam ni. masak telur nya, tapi sekarang dahtak dibenarkan da. Kolam kedua panas pun tak boleh mandi jugak.

Kat Sabah aku hari-hari macam mandi air batu, sejuk sangat lah. Bila mandi sini, teruja jumpa air panas.

Sebelum, mandi kena makan sebab biasa lepas mandi lapar. Macam aku jenis pemalas nak naik nanti, jadi aku ngan adik aku siap-siap makan dulu. Kat sini ada jugak restoran, tapi kalau boleh bawak makanan sendiri, kenapa tak bawak kan? boleh jimat duit.


Kolam jenis macam ni banyak, nampak dua paip tu. Satu air sejuk, satu air panas. ko boleh customize sendiri nak berapa panas nak berapa sejuk. kalau aku letak Milo 3in1 sekali, haus2 minum. lagi sedap celup biskut Hup Seng. wow

Masa ni belum ramai, lepas aku mandi kat kolam air sejuk, ramai mat salleh mandi, dahla pakai bikini. iyauuu. Kalau pergi weekday, ok sebab still ada space nak mandi. Kalau pergi weekend, memang tak selesa lah nak mandi.





Yang ni kolam air panas jugak, tapi yang boleh masuk ramai. panas, betul-betul ho liou* betul ke eja

Kalu rajin berjalan, boleh pergi semua tempat.

Next destination is Kundasang ! Siapa-siapa yang travel pergi Sabah tak sah kalau tak pergi Kundasang okeh sebab kalau korang pergi hari raya Jumaat ada Pasar Tamu. Kebetulan aku pergi hari Jumaat sebab aku ikot makcik yang aku duduk rumah dia pergi meniaga sekali. Pukul 6 pagi dah gerak, tapi pukul 6 dia dah macam pukul 8 9 pagi.

So kat sana aku bangga bangun tido pukul 6pagi.

Dari Pekan Kundasang memang boleh tengok Gunung Kinabalu dari dekat. Kalau nak tengok jelas-sila datang pagi sebab kalau tengahari awan dah tutup dia.

Dari Pasar Tamu Kundasang ke Kundasang War Memorial ni boleh jalan kaki je, tak jauh mana pun. Tapi disebabkan aku ikot orang nak meniaga memang terlebih awal nak masuk sini. dia bukak dalam pukul 9 pagi. Aku beria ngan adik aku nak masuk sini, rupanya tak bukak lagi. nampak sangat batak eksaited.




Kalau bagi orang Sabah, diorang dah biasa cuaca macam ni. Tapi bagi orang manja-manja, batak tak pernah pergi overseas sejuk-sejuk, Kundasang memang sejuk weh. Nampak je panas, tapi rasa sejuk. Depa kata kalau hujan, mau menggigil kalau tak tahan.



Dalam memorial park. memang cantik ah dalam dia. Banyak tempat, penat sikit masuk ni.

Tempat yang paling aku teruja nak pergi, Desa Dairy Farm ! Dari pekan Kundasang tu only 5km, tapi kalau kau nak jalan kaki harapanlah, sebab tempat ni atas gunung. lagi tinggi.

Baik-baik kalau nak naik kereta sapu sebab diorang boleh ambil kesempatan harga tambang. Mula-mula aku tak tahu tempat nya dekat dari pasar lepastu aku ingat nak naik kereta sapu lah, dia nak cas aku RM40 ringgit untuk 5km perjalanan. Mula-mula ingat ok, tapi aku tergerak nak tanya makcik yang aku ikut tu, dia kata mahal gila. lagi-lagi dengar kau cakap takda slang sabah. Nasib baik aku tak jadi naik kereta sapu.


Tapi lepas makcik tu tutup kedai, dia bawak kiteorang pergi sini. Dapat masuk free lagi. Kalu tak kena bayar, tapi RM3/person je kot. Untung RM12 sebab pergi 4orang.

 Ko dah boleh feeling new zealand sekejap kat sini.


 Dalam ni kedai dia, ada jual souvinier, susu segar, and ada ruang untuk makan dalam ni.

Setiap hari diorang akan perah susu lembu pukul 9pagi dengan 3petang. Masa aku pergi sini, dah nak perahan yang trip petang. Tapi lembu ni macam tahu je dah time dia nak kena perah susu, pukul 2.30petang diorang datang sendiri beratur bah ! Good training

 Haaa.. yang ni memang jenis lembu tak menyabor, kawan-kawan dia tunggu kat bawah, dia sekor-sekor dah naik sendiri kat tempat perah susu. Tapi lembu dia peh besar-besar,

Nak balik baru aku perasan signboard ni. Aku sempat pergi Mesilau jugak, kat atas sana macam taman bunga pun ada, tapi aku tak snap pic sebab batery exhausted. Memang gila gambar, aku pun nyampah ngan aku.




Kinabalu Park. Last day kat Sabah, sebab flight petang, kami gerak dari rumah pagi sebab nak berjalan lagi. Tapi masa kat Kinabalu Park ni malas nak naik atas. Mood nak balik dah membuak-buak kot. Tapi disebalik tu kan sayaaaAAAANG sangat nak tinggalkan Sabah. sebab tak boleh bagitahu tapi happynya lah hai Sabah ni.

Kereta plat Johor dia buat pameran weh. kenapa kenapa?
 Ni kat Rumah Terbalik Tamparuli. Masih baru lagi. Kat Tamparuli cuaca dah mula rasa panas kau.



Pening !! semua terbalik. kat belakang rumah ni ada kedai souvenir ngan restoran. Tapi aku tak beli hapah pun. Oh ya, masuk RM10 perperson. Kalau rasa tak berbaloi, boleh lepak luar je. Aku rasa kalau masuk pun sekejap je, sebab ada guider and rumah nya tak bapa besar.

Sebelum pergi airport, kami singgah Pasar Philiphine dekat Kota Kinabalu tak lain tak bukan cari kerongsang, tshirt, souvenir ! Ada lagi satu tempat jual-jual macam ni tapi aku lupa nama tempatnya adik tu cakap, tapi lebih murah dari sini. Dalam dia banyak gila kedai kecik-kecik jual barang yang lebih kurang.

Kalau korang rajin, boleh compare harga dari satu kedai ke satu kedai. tapi memang aku tak ada masa, aku main beli, lepas tu aku sentap sebab jumpa kedai yang lagi murah. Sebab tu lepas beli, jangan jalan lagi kedai lain kalau tak nak sentap dengar harga lagi murah dari yang ko dah beli.


Tiba-tiba naik flight perut minta makan lagi, padahal tengahari da makan nasi, sebelum naik flight dah makan McD. Eeemang dasar. tapi serius ciken chop dia memang sedap, tortilla dia besar. Aku ingat kecik, sekali sampai, amek kau !

Okeh lah tu je story kat Sabah. Tak berjalan pergi pulau-pulau pun. Nama pun destinasi budget kan.
tapi yang penting memang best sangat pergi Sabah ehm !. Lepas ni kalau kak ipar aku nak balik Sabah, haruslah aku buat-buat manja ngan abang aku bia dapat tiket free. Memang nyaman gilak !

Buleh bah kalu kau !

No comments:

Post a Comment