Thursday, 29 October 2015

Monday, 26 October 2015

Dini hari

Rasanya dah lama sangat tak post apa-apa entri untuk blog aku ni. Macam rasa separuh jiwaku pergi bila jauh dengan suami. Btw, aku bukanlah seorang yang minat gelarkan suami sbg en suami la en husband la mahupun encik encik lainnya. Sebab bagi aku ala tak payah la nak trending sangat. Dah dah bukan itu topik aku nak bebelkan.

Sebenarnya banyak sangat cerita aku nak kongsi kan pasal life aku.. tapi aku tak tahu nak cite yang mana satu. Asyik mengadu jauh dari suami je kan. Ye la bosan kot suami takde. Tak de la orang nak melayan aku itu ini g situ g sini beli tu beli ni. Semua aku kene buat sendiri. Ajak kawan la part nak fefeeling single baru la rancak sikit kalau nak bercerita kan. Bukan rancak bercerita je kalau kaum hawa ni sambil rancak bercerita rancak jugak tangan mencapai barang-barang untuk dibeli. Padahal kalau suami ada jarang kot nak shopping sangat sebab fah ada laki kat sebelah best dah. Kalau tanya ni lawa tak? Lawa. Boleh. Macam last2 aku kene decide sendiri.  Part ni suami berperanan untuk mencegah kite dari membeli.

Tapiiiii kalau pergi dengan regu, fulamakk pulak tu dapat moral support. Waah..zap zap zap. Licin. Haha

Awal bulan dah, Abang, sayang ambik duit abang.

Nak akhir bulan pun, Abang, sayang ambik duit abang.

Aku suami jauh. Nak duit kene layan diri. Ambik sendiri. Mmuah en zorhelmy. 

Tapi aku beli pun sebab mengandung ni kene cari stok baju muat kat perut. Semenjak pregnant ni rasa nak melawa menjadi-jadi walaupun tak la nak lawa sangat aku ni. Manih tu ado la sikit.

Jadi tiap kali suami telefon mengadu la, Abang cepat la balik. Cepat la balik.

Dah kahwin ni lain. Ko akan rasa ko akan have fun bile dengan suami. Sebab suami ni macam bestfriend. Ko nak gosip pun boleh walaupun ko tau je la orang lelaki klu kita ajak gosip respon dia macam dengar tak dengar je kan.

Tapi kalau kejap lagi cakar cakar rimau dengar aje. Haha. Tak de lah. Maka dari itu aku harap waktu cepat berlalu, cepat nak ada baby dan nak disisi suami gittew.
Hari tu kan, suami dapat cuti balik umah woi. G la dating dekat area Kulai. Eleh Kulai je paling jauh. Woi Ni Kulai la, u name it. Mostly semua ada. Haha. Ye la nak masa suntuk tapi yang penting dengan cinta nya tu.

Tulis entri ni baby aktif pulak memalam ni bergerak. Hye baby.. bile kite jumpa abah lagi ye? Sabar..kan.

Ni first time abah nak tengok baby ye. Seronok sangat. 

 
Aku dengan husband aku bkn la kaki wayang tapi sebab cari cd tak keluar lagi. Nak tengok jugak maka moh le kite date wayang. Best la cerita polis evo ni lagi best sebab beli tiket satu free satu.


Yeay mengidam siakap stim limau gamaknya.


Ok sayang cuti dah habis. Pi sambung menuntut ye. Empat hari cuti sehari je ada gambar punya la tak layan handphone. Haha.

Till we meet again insyaallah. 

I love you so much.