Friday 28 March 2014

Percutian Bandung, Indonesia Second Day

Assalamualaikum.
Hari ni i yg comel (buwekkkk) ni nak mengepoh pasal hari kedua kami di Kota Bandung. Gambar-gambar semua aku culik dari facebook aku je la. Ada banyak lagi gambar lain tapi malas la aku nak pilih lagipun kan aku nak cerita je pun. Jom jom jom

So hari kedua kami kat Bandung, kiteorang menikmati sinar pagi Bandung gittew. Malamnya sebelum Hendra hantar sampai ke hotel, kami berbincang dan putuskan hari Sabtu esoknya akan buat lawatan dulu dan lusa baru lah shoping.

Kaka-kaka, besok Hendra akan jemput jam 8.30 atau 9.00 pagi untuk lawatan.

So before tidur tu takut bangun lambat punya pasal kunci jam 7 pagi. Before 7 pagi aku dah bangun dan paling awal bangun dan paling awal mandi. 6.30 pagi aku dah siap mandi kot. Yang lain jenis siap cepat tak kesah lah. Lebih kurang 7.30 semua dah siap, and tunggu supir.

Kring-kring (telefon berbunyi lebih kurang 7.30 pagi)-panggilan dari Hendra.

Hello, kaka sudah bangun?
Iya, sudah bangun dan sudah siap. Hendra sudah ada dibawah ya?
Nggak, Hendra baru dari office.

Office dia dengan hotel kita jauh ok. Sekali lama tengok jam. 
WOOOOIIIIII, ni jam Malaysia! Maknanya pukul 6.30 pagi dah siap tunggu la kau pukul 9. Tak macam dekat 3 jam?! Buat malu je cakap kat Hendra dah siap, siap tanya dia da sampai ke belum.

Lepas tu tak tahu nak buat apa kat bilik. Tercetus pulak idea untuk jalan-jalan bawah hotel walaupun nasihat Hendra terngiang-ngiang di telinga,

Kaka-kaka jangan berjalan-jalan sendirian, ini kawasan rawan dan mafia (merbahaya).


Ok, duit tak bawak, bag tak bawak, kamera pun tak bawak (keselamatan katanya). Turun je la. hihi. Pergi mana lagi, bergambar ler dan tengok-tengok, how was Bandung's view kan. Kedai-kedai belum buka, cuma bawa handphone je. Sangat la berhati-hati. Asal ada orang lalu, handphone terus masuk kocek. kihkih

In front of hotel


Nak menyeberang jalan kat sini susah la juga, memang tak berani jalan tak berapa sesak tapi memasing melaju.


Ok, monopod dibawa sebagai senjata utama untuk mengelakkan perbalahan amek gambar. Tapi tak macam balik-balik aku je kena setting. Kemain nak posing saje belakang aku tu.


Apa lagi si tourist nak buat kalau tak bergambar? So bertabahlah dengan gambar-gambar saja kan. Ni blog mak, mak nak letak jugak, mak nak tepek jugak. hihi

Dalam pukul 8.45 Hendra sampai, dan hari ni adalah destinasi kita ke tiga.

Destinasi ke tiga: Kawah Putih 

Kawah Putiih mengambil masa 1jam 30 minit dari Kota Bandung jika enggak macet. Disebabkan hari kami pergi tu hari Sabtu, agak macet juga tapi disebabkan kiteorang membayangkan macet seperti Jakarta jadi macet di Bandung jadi small matter. Lebih kurang 2 jam 30 minit sampai ke Kawah Putih. Kawah putih terletak di atas gunung, angin jadi sejuk, berkabus, kalau pernah pergi Sabah, suasana macam dekat Sabah. Best..sejuk.

Dalam perjalanan, supir kami merangkap tourist guide banyak menceritakan sejarah, tempat menarik, dan makanan best yang ada di Bandung. 

Lagu-lagu yang di pasang dalam kereta pun adalah lagu-lagu indonesia antaranya Pacar 5, Bang Toyib, dan semestinya dah jadi lagu tema Bandung kiteorang ialah lagu rancak Bara Bere by Siti Badriah. Nampak tak bebetul menggamit perasaan Bandung ni.

Kaka-kaka, bara bere itu asalnya dari Bahasa Sunda bermaksud saling memberi. Nah dari itu lagu ini, kalau sayang kita harus saling memberi tidak hanya menerima.

Wokey-wokey sudah sampai entrance ke Kawah Putih dan sepakej dengannya.


Masa kiteorang ke sini kami bayar semua fee untuk masuk ke taman wisata yang kita nak, Kawah putih, Situ Patenggang, naik perahu ke Batu Cinta, travel car parking dan lagi mana aku pun lupa. Nanti akan ada dapat free strawberry hutan juice, boleh minum dulu atau kemudian. So mumpung cuacanya baik, kita cecepat naik Kawah Putih dulu sebab hari tu macam dah nak hujan. Nanti tak menikmati pemandangannya.

Kawah Putih in the House!
Seperti Tangkuban Perahu (mengikut pembacaan), Kawah Putih juga salah satu tempat tumpuan pelancong. And of course, banyak penjual sana sini dan nak ikut kita. Kalau kita tak berminat, katakan saja kita sudah punya ato kita sudah ada, ato nggak terima kasih dengan senyum. Wah siap bagi ayat lagi, melampau!



Sebenarnya ramai sangat orang datang sini, tapi kita amek gambar tak la nampak orang-orang nanti tutup view kan. Haaa busuk hati apa kah ini? Tak lah. Kalau boleh tak nak semua interframe, nanti tak best gambar mak noks.



Lepas tak lama tu, hujan mula turun tak lebat dan tak lama pun. Berduyun sewa payung, Rp10000 aja waktu tidak terbatas. Mula-mula turun hidung tahan juga dengan bau sulfur, tapi lama-lama menyesakkan penafasan juga. Kalau ada semput tu ready-ready lah mask ye.





Kawasan dekat sini boleh tahan sejuk dan berkabus.


waktu hujan

sweet ke


Lepas hujan, kawasan jadi berkabus tebal. lagi lah tak nampak. Tapi Alhamdulillah tadi kita sempat sampai sebelum hujan.




Dah puas jalan semua, baru lah kita turun untuk minum jus strawberry hutan. Free dan yang penting sangat lah sedap.

Kedai dalam hutan
Dah siap minum kenyang makan otak-otak. Kita ke destinasi seterusnya.

Destinasi ke empat: Situ Patenggang

Situ Patenggang itu mitosnya dari percintaan seorang putra dan putri tapi orang tuanya tidak merestui. Oleh karna sangking cintanya kuat, mereka tetap bersama dan setiap kali ingin bertemu mereka akan bertemu di Batu Cinta itu.

Haaa. motif tau ingat apa Hendra cakap. Bukanlah sebijik macam ni tapi lebih kurang lah tentang sejarah kewujudannya ya ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian.

Kaka-kaka nanti jangan lupa tulis nama cintanya di Batu Cinta itu. Tulis nama Hendra juga boleh.

Auwwwwwww. 

Melekek ketawa, tapi kami tahu Hendra cuma bercanda. Korang jangan ingat Hendra gatai pula. Tidak sama sekali.


Yalah-yalah demi cintaku, akan ku bayar fee nya untuk ke sana Batu Cinta. haha. Fee nya cuman Rp 50000 untuk mancanegara (bukan warganegara tempatan).


Haaa,, ni dah ready ni nak tulis nama cinta memasing la ni? kena naik boat eh nak ke Batu Cinto. 
C.I.N.T.O. cinto! (style Liyana Jasmay sket). Oh ya, nak share satu jenis makanan yang kitaorang beli iaitu Siomay, dalam dia ada macam-macam rebusan tahu, ikan, telur, lagi apa ntah, then makan dengan kuah kacang panas-panas. Sedap sangat, aku beli dekat gerai usung tu satu set Rp 10000 saja.


Untuk pengetahuan, tasik nak ke Batu Cinta tu boleh tahan besar. Korang boleh sewa bot dan boleh kerah kudrat untuk mengayuh sendiri. Tapi tapi tapi nak diingatkan jika cuaca kurang baik seperti hujan melanda, gimana? Nah dari itu, lihat cuacanya dulu, bagus nggak? Kalau tidak kebasahan kuyup kamu nanti.

Cantikkan
Actually masa kiteorang pun tak hujan memula, lepas separuh jalan kat bot hujan lebat, memang sejuk joy. Nasib baik naik bot kalau disana panggil perahu. Nasib baik berbumbung, dan bila sampai ke Batu Cinta tu, yang tukang bawa bot tu suruh turun la sebab alang-alang dah sampai atau nak tunggu hujan reda. Tapi kiteorang decide patah balik tak nak naik la. Gambar tak amek, padahal dah sampai. 

Yang tukang bawak bot muka macam irwansyah gittew. haha. (sempat!) 

Bila dah sampai dekat Hendra balik, dia tanya kenapa tak tunggu hujan. Sayang la sebab dah sampai. ala tak pelah, dah lepas pon Hen.

Destinasi ke lima: Ladang Teh

Jalan menuju ke Ladang Teh.

Aduh, rugi kaka-kaka tidak naik ke Batu Cinta tadi, dalam gua itu ada gambar putranya. 

Kita pun macam,  iye ke? ala rugi la sebab ko tak naik kan.

Menurut cerita sekarang sudah tiada, dengarnya putranya sudah ada di Bandung jadi driver.

Ohhh,, Putra Hendra maksudnya? Perasan punya budak. haha.lol.

Ladang Teh
Ladang Teh dekat sini sangatlah besar, macam Cameron Highland katanya. Tak pelah pergi Bandung dapat pakej ni sekali eh. Ongkosnya juga lebih murah.

Ok selit sikit, yang bestnya bercuti jauh ni kita akan dapat environment baru dan kita pun belajar budaya orang lain. Maksud aku bukan lah mesti ke luar negara, dalam negara pun, yang penting adat dengan budaya tu lain.


Bila telah nikah, ingat KB 2 anak cukup

Maksudnya apa Hendra?
KB itu keluarga berencana. Oleh kerana kekangan ekonomi, bila sudah nikah punya anak 2 orang sahaja nanti biar anak-anaknya dapat dibiayai sekolahnya.

Indonesia dalam rangka mengawal pertumbuhan penduduk supaya selaras dengan ekonomi mereka. Kalau dulu dekat Singapore, diorang mengawal pertumbuhan penduduk bukan sebab kekangan ekonomi tapi keluasan kawasannya. Bagus-bagus, rasa berilmiah sikit tak baca blog aku. Ahhh tak ada orang baca pun, best kan perasan sensorang. kahkahkah.



Selfie tak habis-habis
Destinasi ke enam: Saung Andir Restaurant

Aku masukkan juga dalam list la sebab tempat dia best sebab ada menu Ayam Brengsek! Lapau ok da pepetang. Singgah sini sebab on the way balik dari berjalan tu kan, kenapa sibuk ngan ayam brengsek? Padahal jangan kata ayam, orang-orang brengsek juga ramai. Haa kasar nggak? Aduh dina, jangan ini budaya tidak sopan, bicara yang halus yah. ya lah ya lah. Haaa takdelah, sebabnya Hendra malam tu dah cerita pasal menu ni.

Saung Andir Restaurant


Kita tak order banyak sebab tahu je lah perut pempuan mana lah makan banyak. Order ayam sekor, gurami sebungkal, dengan ulam-ulam. Burppp, kenyang. Seriously, try la makan ayam brengsek, memang sedap. Recommended.

Ok nampak tak air kaler merah putih tu? apa nama die aku dah lupa. So kitaorang nak tau la ni air apa, nama kemain pelik kan lagipun die suggest kan.

Pak ini air apa?

Itu ada jus yang semasa membuatkan membayangkan wanita cantik bla bla bla campuran sirsak dan strawberry. 

Kita: Wah kalau gitu sekarang nggak usah membayangkan, didepannya aja sudah ada wanita cantik.

Motif.

Mampu? air pun ada sejarah ok. 


Dah kenyang dan sementara menunggu unggun apinya padam. Haha, hanya kitaorang dan Hendra je paham.
So lets;

Destinasi ke tujuh: Rumah Kain Kopo

Ok kalau pergi Bandung, selain pasar baru ada satu tempat yang wajib korang pergi sebelum pasar baru biar korang tak menangis air mata darah, biar korang tak meruntun jiwa kalau tahu harga dekat rumah kain jauh lebih murah dari pasar baru. Shh rahsia tau.


Sebenarnya ini tidak seperti korang lihat, actually masa kiteorang sampai sangatlah ramai orang dan kain masih tersusun, tapi dah orang ni tarik orang tu tarik, maka tsunami kain berlaku. Runtuh! Jadi ler bersepah. Walaupun korang rasa Pasar Baru lagi banyak pilihan sebab banyakkkkkk gila kedai dalam tu tapi mampu korang nak visit semua kedai kat pasar baru?

Kalau kain sulam kerawang, aku suggest kat sini tapi kalau nak hok glamor-glamor lace bagai pergi Pasar Baru. Aku borong juga kat sini tapi memandangkan esoknya nak g Pasar Baru, maka berpadalah sopingnya. Kalau tahu borong abis kat sini! Next time, akan ku plan habis-habisan. Nampak gaya macam nak balas dendam je kan?

Destinasi ke tujuh: Cibaduyut ( Pusat Kulit)

Pusat jual barangan kulit original tapi aku pun tak beli apa pun. Tak minat, tak silap Mira beli Micheal Kors handbag, boleh tahan murah.

Hari pun dah malam, before balik hotel minta Hendra carikan Nasi Ayam Penyet nak tapau makan kat hotel lepak-lepak sambil makan. Malas nak makan situ sebab memang ramai orang.


Pisang Keju
Lagi satu jangan lupa dengan pisang keju, cuma jangan macam kiteorang beli sekali banyak lepas tu tak habis. Pisang dengan keju, muak kot kalau banyak-banyak. Kena rasa tau.




Macam-macam khazanah dalam tu, siap minta sambal lebih. Ko ingat sambal indon sama macam kat msia ni? Sangkaan kiteorang meleset, PEDAAASSSS habis ok. tapi memang sedap nasi lembik panas-panas, ada kriuk-kriuk, sambal terung. Tahu tak pedas dia tahap kalau hembus kuat sikit boleh keluar api la!


Haa, kalau dari tadi aku asyik cerita strawberry hutan, sebenarnya balik dari Situ Patenggang kiteorang dapat strawberry dan blackberry cinta. Haaaa. Miang tak? tetiba nak ada nama cinta pulak. Tak de lah,
supir belikan strawberry, blackberry, dan gorengan. Gorengan yang sedap sebab firstime aku makan jejemput makan cili sekali.

Terima kasih banyak Hendra melayani tetamu dengan baik sekali.

Itu lah aktiviti hari kedua kita. Masa on the way ke Situ Patenggang, kalau boleh singgah ke Poring Hot Spring diorang sebab air terjun panas hokey,kita tak pergi sebab memasing memang tak nak pergi dan tak bawak persalinan.

Lepas kekenyang time melepak, tetiba ingat lagu siang tadi terus google Bara Bere download MP3;

LIRIK LAGU: Siti Badriah - Bara Bere (New Version)
Minyak wangi habis 
Bedak sudah habis 
Lipstikpun sudah habis

Aku harap kamu mengerti diriku
Apa yang aku mau

Sabun sudah abis
Odol sudah abis 
Pulsa juga abis

Yang kutunggu-tunggu panah asmaramu
Belum kau kirim juga
Jangan pelit-pelit sayang
Kalau kamu memang sayang

Bara Bere... Bara bara Bere
Kalau Cinta Kudu Bara Bere
Bata Bete..Bata Bata Bete

Punya Pacar Nggak Bara Bere

Bara Bere... Bara bara Bere
Kalau Sayang Kudu Bara Bere
Rasa Rese Rasa Rasa Rese

Punya Doi Bara Bara Bere

Jangan lupa baca ni, First day di Bandung. dan ni jugak, Last part Bandung







No comments:

Post a Comment