Monday 9 September 2013

Krabi Thailand Part 1

Assalamualaikum
Huh, lama gila siot tak update blog. Ada handphone pun kalau nak update blog aku tak suka. leceh. Kalau guna laptop senang sikit. Sebab aku ingat laptop ni dah gila, rupa-rupanya time and date salah. Pentol tak pentol lah kan aku ni.

Meh sini jemah, aku nak bergosip sikit. kehkeh. Hari tu iolls masa kerja tengah stress-stress tak ada figure tu, aku lari bercuti ke Krabi Thailand. The date is 23-26 August 2013. Tapi bertolak dari Senai Airport 22hb malam.

Lcct 
Flight dari KL ke Krabi awal pagi pukul 7lebih kot. Aku pun tak ingat la sebab yang in charge flight dengan hotel semua kawan aku yang kerja dia banyak masa terluang. Aku busy dating, maklumlah pakwe 3. ahak.

KL ke Krabi ambik masa dalam 1jam30minit. So sampai je kat Krabi Airport rasa macam takut pun ada sebab kiteorang pergi redah je. Tak de pakai-pakai tourist guide.

Sampai airport je da ada driver jemput hantar sampai hotel. Bayar 700baht for the transport. Check in apa semua apa lagi...
hoverrrr
Woohooo!!! Excited la apa lagi! We are rest dari tention kerja hoi. Bagi orang yang dah kerja macam aku, sangat-sangat la menghargai hari tak bekerja lagi-lagi pergi bercuti.


Kiteorang stay untuk 4 hari 3 malam. Satu bilik 2 orang. Rasanya bilik sorang dalam RM140 untuk 4 hari 3 malam. Murah kan kat thailand. TV, ada ruang bawah tv macam boleh buat tiger show pon boleh, peti ais, tandas semua ok dan tip top dengan harga. Lupa nak snap gambar.

Disebabkan travel naik flight tak letih pun, so kiteorang tak nak buang masa terus siap-siap nak meround kedai-kedai dan facilities yang ada sekitar Krabi.


Masa ni baru sampai just nak meround, kiteorang jalan kaki je sebab nak cari kedai makan halal skali.

Searching for package pergi pulau sambil berjalan-jalan.


Ao Nang Beach
First day and first time nak cuba shake dekat Krabi yang orang duk heboh sana sini, kalau gi krabi mesti kena cuba 2 benda, iaitu pancake dengan shake dia. Harga boleh tahan murah.

Nak membayar asyik confuse je sebab asyik samakan baht dengan ringgit.



Haa,,ini yang orang selalu cari ni kat Thailand, haha. Mampu nak massage dara? Tak pun anak dara je boleh massage kat sini atau tukang urut anak dara? 

Tapi yang pasti, hati-hati datang poliklinik ni sebab dr. sombong hokeh.

Lepas kenyang dan penat kaki melangkah balik hotel and we get swimming la hapo lagi. Penat dowh, berjalan kaki macam dari hulu sini ke hulu sana. Jao la siot.

So tenangkan fikiran dengan berenang padahal berenang macam tak gerak. Gigih mengayuh je. Lagi satu berenang sebaris tangga tu je sebab paling cetek. Paling cetek pun dah kat heler aku.

Nasib baik dapat kawan semua tak kaki melepek penat. Memang dah kena trained dari dulu memang kaki berjalan. So lepas swimming berejam naik bilik mandi-mandi semua, ready pergi Night Market tapi sebelum tu lepak kat gerai-gerai makan.

First time try green curry kat sini, so apa-apa je kiteorang order percubaan. Sekali cuba, PERGHHHH sedap gile. Terus order lagi satu.

Banana Choc Pancake
Coconut shake. Shake everyday in Krabi.
Dekat sini macam-macam ada. Banyak jual makanan siap. Kedai baju melambak. Kiteorang dari petang ke malam kat sini. Dari hotel perjalanan adalah 30 minit nak sampai night market and pastikan korang beli yang halal.










Krabi ni popular dengan shake. Siang malam hentam ais, kecuali breakfast minum air panas. Lain bedal ais.
Ni bukan patung, ni orang tau.
Malam best sebab ada orang men benda ketuk-ketuk tu, musik la aku pun tak tahu apa nama dia. Pastu ada orang menyanyi-nyanyi.

Habis siap shopping souvinier first day, esok dah tak payah pikir lagi. Dah siap-siap beli. Settle. Kat sini pun ada la 3 jam lebih. Sooo jom balik hotel.

Ni first day je. second day dengan third day lain entri. Hamboi, geli pulak aku nak budget blogger best nak berpart2 kan. Tak kesah la. ok bye.

No comments:

Post a Comment