Friday, 11 May 2012

Suka sesat di KL

Ini adalah entri terbasi yang ada dalam draft, tapi aku nak update jugak walaupun dah berbulan lepas sewaktu kejadian. Aku tak kira aku nak hapdate jugak. Perghhh batak gila, asyiiiikkkk sangat leh tu mood nak update blog. Tapi bila sampai tahap pemalas, memanglah aku tak sentuh langsung. 

Kalau internet kat mana-mana laju macam cable bilik aku, 1jam 2kali pon aku boleh update. haha. Upload gambar bukan main laju. Bagus betul UTM tercinteeee ni ek. 

Daaahhh, aku nak update pasal jalan-jalan KL. Dah banyak kali pergi da, tapi kali ni aktivitinya pack sebab kiteorang ada sorang budak kecik yang bersemangat kalau bab-bab makan dengan jalan. Padan muka ko pojan, dah lah pagi sebelum bertolak pukul 4lebih dah kejut orang. Kejut kalau beretika tak pe, ni call orang, aku baru cakap "hello, pojan",dia terus "bangun!!! baris sedia!! angkat tangan". Kalau dia ada dekat ngan aku memang aku da ketuk dah dia. Rosak pendengaran aku tahu.

First day, breakfast di Tangkak sebab ada kawan kat sana, and bila sampai KL tunggu warden kiteorang ambil untuk ke tempat penginapan.


Sampai rumah warden,bukanlah warden. Rumah kakak kawan aku. Kiteorang tumpanglah rumah dia. Yang lelaki tidur rumah kawan kakak kawan aku yang lelaki. paham tak paham tak? Tak tidur serumah pon heh sebab rumah anak dara u olls. Sampai sana, kiteorang kena masak before tukar baju dan terus memulakan langkah. Budak lelaki tak nolong masak langsung,  tapi kalau bab makan laju je.

 Masak sardin lupa nak letak garam. Fail nak kahwin.

Ni la orang yang bersemangat jalan, baru sampai tak nak rehat, terus nak berjalan tapi bila dalam keta dia lah orang pertama yang  fill in the blank. Pojan, bangun! baris sediaa!! Ni kalau aku balas dendam kejut dia cenggitu mau terkejut.

Tengok! Nak travel takmo guna LRT, nak guna kereta. Lepastu tak tahu jalan di KL, memang main terjah je. Try and error memang banyak kali. GPS pon takdo hoi, yang ada cuma buku travelouqe, tulis direction ke destinasi. Euuu, semua da pakai GPS, we olls catit guna buku. So traditional method khenn. Ada aku kesah? hahaha. Padahal nak cover malu.


Aquaria KLCC


 What the fish terpilih gambar blur pulak. Viaq pi lah.

Belangkas
Dinner at foodcourt KLCC

Budak Jb datang KL memang perlu bergambar kat sini walhal orang KL da tak heran dengan KLCC ni.

Looks like aku berjubah pulak
Dari KLCC, jalan kaki ke Bukit Bintang lepas tu ke Pavilion.

Istana Negara
Next day, budak kuning ni pukul 7 pagi dah menggelenyah suruh ambik berjalan. Erghhhh. Padahal malam tu kiteorang sesat nak balik rumah semula. Masa tu buku log dah tak membantu, guna signboard dengan GPS hati je. Nasib baik jumpa rumah balik, sampai pukul 3 pagi jugak ah.

Sepanjang jalan KL, selalu dilema nak pilih jalan bila dah tak ikot direction di buku. Sebab tak ada sorang pon tahu betul jalan KL, biasa pergi kiteorang jalan guna LRT je.

Jalan Masjid India
Shopping tudung lah apa lagi kan. Aku beli sikit je, yang macam nak beli dengan kedai-kedainya adalah makcik pink ni. Tak terkecuali makcik berjanggut tuh, dia pon tak nak kalah beli tudung. Taste tinggi.

Aktiviti hari tu adalah main ice skating kat Sunway Pyramid. First time main nih, harga tiket kalau tak silap RM35. Masa mula-mula masuk memanglah terasa diri ini sungguh kerdil dan rasa macam orang kampung gila sebab tak reti main ni. Asyik jatuh je lepastu kena pegang dinding je. Tapi lama-lama ok. Dah boleh bawak lari-lari. Sape-sape yang pergi KL wajib cuba main ice skating.

Our shoes cool rite?
 Aku selalu jatuh kat tempat lecak tau, so,,seluar aku baju aku memang lah basah. Tu belum kes muka aku terantuk kat dinding, sakit gila wehh. Memalukan, kelakar semestinya! haha.

Masa ni dah budget terer dah boleh lari-lari dah atas ice. Tak heran lah dna, orang lain siap boleh menari pusing-pusing tak der pon batak nak citer kat blog. heeeeeeee


Dah puas main ice skating, dengan seluar basah tu....
Meat ball IKEA
pergi ke Ikea. Dah la aku tak bawak baju spare masa ni. Terpakselah dengan sejuk-sejuk berjalan.

Sebok nak menyelodok!



Happy nya kamu semua eh?


Semua pandai berlakon
Balik dari IKEA, mandi-mandi siap pukul 12 lebih malam keuar makan western food di Williams.

Satu plate besar ni RM50/RM55. Semua benda sedaaap. Memang licin makan ni.

Hari ketiga habiskan masa tenaga dan wang ringgit di Sunway Lagoon! Harga tiket lupa, tapi dekat-dekat RM70 ke bape ek. Tak ingat. Yeah ohsem lah. Gambar permainan tak banyak sebab bila nak main semua, tak ada masa nak pegang kamera. So kamera kena simpan dalam locker.

Motip tema baju nak Malaysia.
Lepas mandi boleh snap pic sikit.


Makan buffet kat Sunway Pyramid. Nama restoran tak hengat. Kenyang sangaat weh, balik boleh membuta kekenyangan. Tapi sayangnya tak berapa sedap.

Balik makan terus pergi berjalan ke IKEA lagi sebab nak beli barang-barang kat IKEA yang comel. Aku beli konon nak guna untuk rumah, lepastu barangnya mak aku letak atas gobok je tak berusik pon sampai sekarang. Sedih je aku beli mak aku tak nak guna. Wakakaka

Muka aku berlagak pakai spek Pojan
Last day, tiada apa lagi. Lepas hantar Azmi kat Puduraya sebab dia nak balik UMP sebab nak buat psm cepat. Gabra betol.

Balik tu kiteorang jalan Melaka, padan muka Azmi tak ikot, sapa suruh balik Pahang. Balik lah bersama-sama ke Jb yang indah ni.


Total perjalanan pergi balik KL, tapi mula record kat Tangkak, Johor. Kalau nak jalan KL, memang kena sediakan duit lebih sebab, bila ko asyik salah jalan, duit minyak bertambah, lepas tu asyik jumpa tol. Masa ni aku habis RM400 jugak padahal aku tak beli apa sangat. Rancanglah perjalanan anda dari sekarang.


1 comment:

  1. Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang IRDI TOUR BANDUNG selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya Amiin…. Irdi Tour Bandung hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Irdi, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Irdi Tour Bandung menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk info info lengkap tentang Irdi mengenai promosi percutian di Bandung bisa lihat blog Irdi :
    http://keretamurahpelancongan.blogspot.com/
    JOM JOM ke Bandung bersama Irdi, dijamin Muraaaah dan puas ^_^
    Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi… ;-)
    Dijamin Irdi bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat baik..

    Contact Person :
    Mobile Phone : +6281322167717
    WhatsApp : +6281214741600
    +6281220477335
    Email : irditour.bandung@yahoo.com
    Facebook : - Irdi Tour Bandung & Irdi Wati

    Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada waktu yang luang bisa kita berjumpa lagi mohon maaf kalau ada kata kata Irdi yang tidak berkenan.
    Irdi Tour Bandung tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke Bandung..
    Wassalam..wr.wb..

    ReplyDelete