Wednesday 9 November 2011

Syukur

Assalamualaikum

Bersyukur ke hadrat Ilahi sebab masih bagi aku hidup sedangkan aku selalu lalai pada Dia.
Bersyukur sebab dia bagi petunjuk supaya aku sedar bahawa Allah sangat sayang akan hambaNya.
Bersyukur kerana Allah menghantar aku kawan2 yang baik mendampingi aku walaupun aku tak ikut suruhanNya.
Bersyukur sebab Allah menggerakkan hati aku untuk menjadi insan yang lebih baik.

ahh, kalau nak dihitung nikmat yang Allah dah bagi pada aku memang tak terjangkau oleh akal fikiran, memang tak terbayar dek ibadah kita seumur hidup.
Itu kalau kau tak pernah tinggalkan suruhan Dia, kalau kau ni memang jenis buat tak buat, ape citer?

Ya Allah, terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan sedangkan aku sentiasa lalai.
Astaghfirullah !
Ya Allah, jadikan lah aku hambaMu yang taat dan bertaqwa kepadaMu.

Ingatlah, semasa Allah menciptakan dunia, kasih sayangNya melebihi kemurkaanNya.