Monday 8 June 2020

Pengalaman bersalin Raisya

Lama tak update blog disebabkan kekangan waktu dan rutin seharian. Ecehhh. Ye la pkp kan hari2 mama masak kan.. 

Lama tak update tetau pregnant, lama tak update tetau dah bersalin haha. Ok lah malam ni macam free so mama nak menaip cerita pengalaman mama melahirkan anak ke 3, seorang puteri geng mama & kak zahra. Mama anak 3 ya sekarang. Harap mama masih ada masa nak berdandan la ye. πŸ€ͺ

Plan bersalin anak ke 3 ialah di mana Malaysia dilanda virus covid19. Bukan Malaysia je, malah satu dunia. So kita dalam fasa pkp Perintah Kawalan Pergerakan. Plan nya bersalin di Muar. Tapi bila dah pkpb Bersyarat, boleh rentas daerah. Doktor & nurse pun beri kebenaran untuk berpantang di kampung. Duduk Muar kampung Kulai, so memang boleh la merentas daerah. Due bersalin 18/5/2020 dalam 16/5/2020 dah balik kampung untuk persediaan bersalin. 18/5 still tak bersalin (40minggu) & kene pergi KK Bukit Liki check up dah doktor bg postdate sampai 24/5/2020 (1Syawal) jika tak bersalin lagi perlu admit serah diri kat HSA. Tunggu punya tunggu, siang ke malam, malam ke siang tak juga datang sakit nya πŸ˜†.. sampai la 1 Syawal, mama pun ambil kesempatan untuk berhari raya dulu pagi tu, walaupun tak beraya sebab ada berita mendukacitakan iaitu kehilangan putri pertama adik ipar mama pada 30 Ramadhan, Fahmy & pika. Ikutkan; mama & pika bersalin berbeza +-seminggu je. Pika operation malam tu juga & baby diberi nama Ayya Sofea selamat dikebumikan pagi syawal. Sayu sangat pagi raya tu. 😭😭😭

Ada hikmah semua ni, apa yang terjadi hanyalah asbab. Pasti Allah menggantikan dgn yg lebih akan datang. Moga Fahmy& Pika dikurniakan rezeki zuriat secepat mungkin sebagai pengganti & pengubat atas ujian ni. Amiin. 

Jadi pagi tu, menjadi pagi yg suram utk seluruh ahli keluarga kami. Pagi tu cuma makan2 macam biasa tu je. Bergambar pun sekadar family sendiri je sebab mama pun tak de mood sangat sebab nervous nak bersalin pun ya ☺️. Baju pun amek je mana yg muat. Yang muat cuma jubah je masa beli pergi umrah dulu. 


Selfie bersama anak-anak.


Sebelum balik rumah taman cantik & bersiap2 utk ke hospital.


Kak Zahra & Abg Rayyan bakal dapat adik.


Sampai rumah Taman Cantik, mama rehat-rehat sekejap dalam tengahari bersiap2 untuk ke hospital. Kene serah diri ke HSA. Siap2 pun sampai hospital petang juga dalam pukul 4petang. Kene bising juga dengan nurse. Lagi pun mama plan nak bersalin esok tarikh cantik 25/5/2020 hihi & tak nak bertindih dgn kelahiran & pengkebumian anak adik ipar mama. Tiap tahun sambut birthday anak & tak mau adik ipar teringat anak dia. Tapi apa2 pun Ayya Sofea dah jelas anak syurga. Moga kita redha dgn ketentuan Allah. 


Sorry muka tak pakai pape langsung, nampak la parut2. Kat rumah tadi ok, dalam kereta macam tak leh benti nangis teringat baby Ayya Sofea. Naluri mak2 kan. Begitulah πŸ₯Ί. Sebab pada masa yg sama mama pun nak berjuang pergi melahirkan nak dapat baby yg sama umur, memang sedih sgt rasa kehilangan. InsyAllah ada rezeki lebih baik nnt. 

AHAD 24/5/2020 4PM
SAMPAI HOSPITAL SULTANAH AMINAH & ADMITTED

Alhamdulillah lepas ke kaunter saringan cek2 & daftar, mama admitted & dapat wad kelas 1. Syukur sebab wad selesa, kaunter nurse dekat & toilet dlm bilik je walaupun satu bilik 4katil. Ada juga kawan tengok gelagat masing2 sakit nak bersalin. Kelakar pun ye bila ingat balik. Tapi masa sakit tu serius tak kelakar ok. Yg katil depan mama tu jalan dia kejap 4cm kejap 2 cm, sekali sakit2 6cm pastu esok nya 4cm.. kesian dia dah 3 hari cam tu. doc bg ubat tahan sakit tak nak, dia kata nanti tidur je. Sekali aku kene. Betul weh macam orang lalok.. hahaha syok je kejap2 tertidur.. 


Nurse kt kaunter saringan buat peel betul lah.. ambik darah cucuk belah kanan sakit gila macam rasa nak pitam aku, dia salah cucuk.. tak kene urat langsung. Cucuk pulak belah kiri kene urat, kurang sakit tapi still sakit mcm tak on point kat urat. Sebab masa tarik darah tu, darah tak smooth keluar sikit2 je.. tolak tarik tolak tarik,, grrr Sakit.. sebab byk kali sblm ni amek darah kat kk elok je tak sakit dia amek darah. Laju jee. Hmm aku dah macam nak angin juga ms tu pasal cucuk tangan ni. 

Cek jalan 1cm, ctg good, & scan; dic cakap estimate 3 or 3.1kg. Kalau sampai esok jalan still 1cm, kene induce esok pagi. Mak2 nak bersalin time ni dah tak takut, rasa tak sabar nak bersalin n jumpa anak yang selama dikandung je. 


Katil aku no 27. Bersalin kali ni sempat amek gambar macam-macam sebab datang tak sakit, serah diri kan hehe. Sempat je la mama ko buat keje ye tak. Bersalin sebelum2 ni datang2 hospital dah sakit; tak selera dah tengok hp. Amik gambar pun lepas bersalin sebab hilang dah penderitaan menahan contraction.


Bawak bekal. Aku simple gila tak de bawak termos2, air kotak je terus.. tak payah bancuh2. Kat luar bilik ada coway senang kalau nak buat air. Tapi aku simple je, senang cite malas. Cucuk straw minum. Sah minum buang dalam tong sampah, tak payah basuh2 cawan. Settle. 


Pintu hijau tu toilet. Bersih & besar, ada water heater. Sinki die pun ala2 hotel tapi tak kan la aku nak amek gambar semua. Aku ni nak beranak bukan nak review hospitalπŸ˜„ nasib dtg2 doc tak induce terus klu tak mmg mengagau sakit dah masa ni. Tak sempat aku nak menggambor. Patutlah member2 aku kata aku boleh, nanti anak 3 boleh rajin bergambar lagi. Ni nak terberanak pun nyempat ko ye πŸ€­πŸ˜†

ISNIN 25/5/2020 @ 2 Syawal 1441 
INDUCE & MELAHIRKAN RAISYA


Lorong bilik2 & tempat mama exercise juga ulang alik jalan nak bg jalan buka cepat πŸ˜…

Gambar ni aku amek pukul 7pagi, masa ni aku jalan balik bilik lepas cek ctg dan induce.  Pukul 5.30 pagi nurse dah kejut untuk cek ctg. Bukaan baru 1.5cm memang doc terus masuk ubat & tak boleh bangun dari katil selama 1 jam. Kepala aku mind set lepas 1 jam contraction start. Doktor cakap dalam masa 6jam tak sakit, akan induce sekali lagi. 

Tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai 12 tengahari tak sakit2 pun! Sampai doktor yg cek kat katil tengok perut tak de tanda baby mengeras ke apa. Lepas tu doc cakap, “Awak jangan baring, awak try jalan-jalan bilik , depan sana, jalan je” aku ni masa tu bukan tak nak jalan, siper aku pakai tu sakit gile buat jalan. Siap suruh husband aku belikan siper baru. Fipper terus bagi haha. Yg sakit tu kedai eco punya. Tapi lagi 2 jam nak cek jaln dah. Klu tak kene induce lagi.

Dengan siper sakit tu aku paksa jalan2 start pukul 1tengahari sampai pukul 2 jalan tak benti. Benti pun sebab penat je duduk kejap pastu sambung lagi jalan. Masa ni terus rasa sengal2 pinggang, pastu rasa baby mengeras, n contraction terus kaw! Sakit tapi masih tahan sebab kali ke 3 kan dah tahu tahap sakit. Petanda baik ni! Dlm hati aku.

Pukul 2.30ptg doc panggil cek jalan, dah 4cm! Lega aku jalan dah buka. Doktor cakap dah boleh masuk labour room tapi aku cakap kat doktor nanti dulu la saya boleh tahan lagi sakit ni. Doctor cakap ok la. So balik bilik aku sambung la jalan2 lagi. Aku cite macam senang macam lek2 je tak sakit kan. Haha. Sakit wei tapi tahan la. 

Time anak pertama dulu dari belum buka jalan sampai bersalin sakit contraction  17jam. Tak kelakar beb. Aku rasa nyawa dihujung tanduk je, macam rasa nak mati. Serius sakit bersalin macam nak putus nyawa putus pinggang. 

Ok sambung balik cerita Raisya, dah balik bilik pukul 4.30 petang doc panggil lagi untuk cek ctg & jalan. Cek jalan pun tak kelakar kalau dah byk kali. Sakit nak oi. Cek ctg contraction aku dah kuat. Memang dah rasa sangat sakit, sekali contraction datang dalam 20saat sekali dtg. Bukaan masih 4cm,, 😭, tapi doktor dah suruh masuk labour room. Pecahkan air ketuban. Nurse tolak pakai wheel chair amek barang baby kat bilik. Terus whatsapp husband aku nak masuk labour room. Minta doa apa semua. Sebab hp nak kene tinggal kat kaunter. 


Ulang alik bilik rawatan kat wad. Asal cek ctg je aku meati nak lelap sekali. Nurse suh goyang2 kaki tak nak bg baby tidur. Nurse masuk cakap, bukan baby je tidur mak nye pun dah lelap2 πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. 

Otw ke labour room depan kaunter air ketuban melimpah limpah. Dalam labour room, setting2 tempat2.. nasib baik labour room tak sejuk macam kat bilik. Bilik sejuk gile kot. Tenang je.. musim pkp ni suami tak boleh teman & lawat, masuk labour room pakai mask wei 😷! Sesak rasa. Sesak2 pun ko dah tak terasa sakit lagi bontot ko nak beranak. 

Dah masukkan air, contraction makin kuat lah yer. Nurse tanya; awak sakit yang macam mana sekarang? “Sakit macam nak teran” ok lah saya bagi ubat tahan sakit ya. Ubat nya buat ngantuk tak puan? Sikit lah; dia kata. Orang tengah sakit, dapat ubat tahan sakit mestilah nak sis πŸ˜„ hahaha. Dalam hati lega dapat cucuk ubat tahan sakit. 

Lepas tu lega la sakit kurang tapi masalah nya macam terus lalok wei.. tertidur2 aku. Aku rasa sakit nak bersalin tu cuma mimpi je wei. Nampak cam best tak cerita aku? Menarik tak? Hihihi tak tau aku genggam tiup masuk air tu sampai menggigil. Katil jenis tak besi tau kiri kanan, kosong. Pastu katil jenis patah2 saiz nya macam kecik sikit dr tilam single tu. ni kalau gelenyar sangat time contraction, klu tergolek ke bawah sesia je . 

Bayangkan lah sakit dia tu boleh buat kita tertidur-tidur, kepenatan & sakit teramat. Pastu terjaga time sakit datang rasa nak terberak meneran tu kan. Berjuang nak melahirkan anak. 

Kali ni punya bersalin, aku lebih relax & tenang berbanding sebelum2 ni. Alhamdulillah dipermudahkan. Aku tak bising menjerit. Time sedar tu memang berzikir, klu sah terlalu sakit zikir pun dah terbalik2 kadang. Tp kali ni memang aku banyak senyap je. Yg sebelum ni tak tahan emosi.

Bila dah 10cm, iaitu masa yang dinanti nantikan telah tiba. Nurse kejut, sebab masa ni aku tertidur bukan tidur nyenyak, tidur tahan sakit. Dik awak telentang kejap nak cek. Terus haa ok teran eh bila contraction datang. Time sakit sangat tu, tarik nafas panjang2 teran sekuat hati, Alhamdulillah sekali teran terkeluar baby Raisya, terus nurse tunjuk & tanya; baby apa?aku jawab  Girl, 7.21petang 2.9kg. 

Terus nurse letak atas dada skin to skin time! Terus tengok muka Raisya very cute. Time Rayyan tak dapat skin to skin sebab ada masalah bahu samgkut tu, nurse masa tu gegas bawak dia nak bagi dia keluar suara. 

Alhamdulillah juga kali ni koyak tak byk. Time Rayyan kus semangat. Haha. Dah siap jahit apa semua, pukul 8.30 kot nurse hantar balik wad dengan baby. Selamat melahirkan. Masa tu masuk bilik cam happy sebab ada kawan-kawan tunggu. Actually diorg tak cakap diorg tunggu, aku je perasan.. hehe tp mutual instinct la macam kawan sebelah katil aku g bersalin dari pukul 1pagi, aku tunggu2 dia balik.. pukul 630 pagi dia balik bilik. Alhamdulillah dalam hati dia dah selamat bersalin. 


Gambar pertama Raisya fresh from oven. Masih sembab & kembang. Lepas dapat hp terus amek gambar, bagi gambar kat husband. Time ni memang hp je sebab nak bgtahu apa2 kat suami. Azan & iqamat pun guna voice kat whatsapp, tapi esok nya dapat jumpa baby, terus azan & iqamat. 


Wek wekk nak amek gambar saya ke tu πŸ˜›. 


Anak ke 3 ku. I love you so much Nur Dhia Raisya. 

SELASA 26/5/2020


Ingat dah sakit tak sempat selfie. Sempat yee. Mau tak sempat pepagi dah mandi siap bersyampu2. Air panas & air kuat pulak tu, padahal sakit gile kot tapi kita nak selesa kan. 


Morning!! Mama & Raisya. Lepas bersalin kesan ubat tahan sakit tu memang pantang termenung, memang terlelap je. Nurse banyak kali kejut sebab tengah nyusukan duduk aku tertidur sambil pangku baby. Mabuk ke lalok.. haha. Hari ni aku dah dapat discharge. 


So dah siap2 packing barang. Dah siap2 berkain batik lagi. Tapi ada cerita sedih nya sebab Raisya terpaksa kene tahan wad. Tapi entri Raisya kat wad nanti aku cerita lain la kalau rajin hihi. Sebab ni pum dah panjang sangat ni. Dah 3 cawan kopi rasa nya. So mama kene balik dulu. 


My frontliners dah datang jemput. 


Selfie sekali. So mama kene balik dulu, Raisya dah kene bawak masuk wad baby. Sedih tapi ada orang lain lebih sedih dari mama. Raisya kene tahan sebab doc nak pantau 5 hari. 

30/5/2020 DAPAT CALL DARI HOSPITAL RAISYA BOLEH DISCHARGES. 


Nampak tak happy nya mama nak jemput Raisya balik rumah. Walaupun semalam2 nya mama datang melawat Raisya & susukan dia, masa ni mama mekap sikit sebab eksaited dan happy sangat! 🀲😊


Terus ootd pantang depan wad dengan baby. Perempuan memang kuat, demi anak, terus lupa yg kita sendiri tengah sakit. Itulah wanita kan. 


Berbaju raya lagi abah. 


Mama pulak kat sini. 


Ok jom balik. Seronok nya Dhia dapat balik. 


Gallery 
My precious Nur Dhia Raisya


Meyah-meyah muka dia ni. Segan ke shayang.
























































Mama tinggal pergi mandi, rupanya ni projek dua beradik ni. Buat benteng bila mama cakap, “kakak & abg jaga Raisya”.


Sabar ye dik. Nasib mama letak atas rocker ni. Klu letak bawah takut mama.. awak memang ada kakak & abang, tapi diorg pun kecik lagi. Hihi. 





Gambar latest hari ni; 17/6/2020. Dah balik rumah sendiri berpantang hari ke 24. Mama pandai2 la jaga sendiri. Janji anak2 mandi & kenyang. Yang lain buat mana larat je. Tapi pun kelam kabut. Belum dapat biasakan uruskan 3 anak. Ini hari ke 2 kita kat rumah Muar.

Moga dipermudahkan untuk aku & suami jaga & didik mereka. Tiada lain mama abah harapkan supaya kamu semua jadi anak yang soleh & solehah. 

Amiin. 



Sayang kamu semua anak2 ku. Nanti kalau ada adik lagi mama tambah lagi ok. Mama suka simpan sikit gambar kat blog supaya senang kalau tukar hp ke apa tak sempat save, blh ambil kat sini. Untuk simpanan & bacaan sendiri pada 
masa akan datang.





Zahra & Rayyan birthday sama. Raisya & Mama bulan sama. So jimat duit abah beli kek ye nanti. Hihi. 

Alhamdulillah semua anak2 lahir tak de jaundice. Ada pun masa Rayyan je tu pun kene 2/3 hari, lepas tu doc cakap dah ok. Zahra & Raisya tiada. Syukur dipermudahkan juga. 

Sayang anak2 ku. 

Tq baca πŸ₯°

















No comments:

Post a Comment