Wednesday 16 October 2013

Krabi Thailand Part 3

Assalamualaikum. Hye olls.

Hari ni aku cuti lepak kat umah je, so aku rasa boring tak ada pergi mana, 

So lets cerite hari last dekat Krabi.

Pagi-pagi ahad dah siap mandi, memandangkan masih bulan Syawal, so kita decide untuk pakai baju kurung. So kita pergi la cari area-area kat Ao Nang yang kita boleh amek gambar.

Gaya aku kalah artis, yang lagi dua orang tu lagilah khennnnn. Ni je hado signboard. Tapi betullah kalau pikir-pikir balik, kalau kat negara sendiri kemain lah poyo kalau amek gambar kat signboard, tapi kat tempat orang kemain tak malu. Ntah-ntah orang thailand tengok kiteorang macam eee jakun. Sama macam kite jugak ye dak??

Seberang jalan pantai Noparathara, tapi disebabkan semua ayu jelita berbaju ala-ala perempuan melayu terakhir lagi pun dua hari sebelum tu lepak pantai je. So kiteorg tak lepak lama kat sini.


So, we had our breakfast dekat gerai-gerai. Tapi kebanyakan tomyam die tak kena ngan tekak kita la. Tomyam die tak sama ngn malaysia. Walaupun tomyam berasal dari thailand, sekali rasa kat thailand punya, mak datuk, cair hebek. Apa-apa je la, telan aje.

Sebelah meja kiteorang pun family melayu, siap tanya kiteorang, "Student ke?". "eh tak lah, saja datang cuti."  Muka ada bakat study kat Thailand ke? Waaahhh gittew.

Sesi perasan ni memang biasa lah bagi pempuan. Gedik manjang. haha

Ni dah kenapa? Bunga ngan pisang dah sama saiz gamaknye. Baik letak pisang kat kepala, senang nak buat pancake, tinggal petik kat kepala. Ko mampu??

Pagi tu memang berjalan je la, sewa motor senang ke hulur ke hilir. Berjalan la kemana-mana ko nak. Lagi pun sewa motor murah.


Dah nak tengahari rimas pakai baju kurung, balik hotel tukar baju tshirt Krabi memasing then kita merayap pergi Krabi Town. Jauh kot bawak moto gi Krabi town. Dalam setengah jam bawak moto. Tapi yang aku pelik macamana member-member aku boleh tahu jalan. Padahal first time nak pergi sendiri, main ikut signboard. Yang lagi best, pergi ikut jalan lain, balik lalu jalan lain.

Kalau aku dah melalak dah takut salah jalan. Minyak kat thailand mahal hokeh sebab diorang tak ada subsidi, isi minyak macam air die mengalir, laju. 

Soo, aku ni yang susah nak ingat jalan, hanya mampu selfie je la. hikhik

Krabi Romantic Road
Pantang nampak kebenda macam ni tepi jalan sanggup benti amek gambar dulu.Rempit tak rempit, buat macam tempat sendiri.

Best tau tepi jalan ni, die macam tempat rehat tepi jalan hutan, tapi dia hias la cantik-cantik siap ada tempat duduk. Tapi takut gak sebab kat tepi jalan kat area-area pokok-pokok. Ni kalau malam tetibe lalu nampak awek ke apa ke kat perhentian ni dah boleh jadi 7 perhentian.

We love Krabi
 Again. jumpa lagi tempat rehat. Kalah rombongan Cik Kiah, semua tempat ko nak benti kan?

 Dah sampai Krabi town berjalan ke sana ke mari. Apa yang di cari lagi aku pun tak tahu la budak-budak ni.

Nampak tak harga 99thai baht, kalau kat Malaysia macam RM9.90. Kalau kat thai automatik ko akan nampak mahal siot, sampai kat sana kiteorang asyik keliru, hutang 20 ke 50baht pun kadang kira-kira jugak. Nate beruk betul. Padahal kat sini baru la bape ringgit tak berkira la siot. Nampaknya kiteorang lemah kira-kira.

Lagi satu jangan risau kalau duit habis, kat sana ada bank and money changer. Asalkan dalam akaun bank ko ada duit and dah aktifkan untuk kegunaan luar negara.

DAN yang paling penting, at least korang kena ada credit card for emergency case. Kenapa aku cakap gini? sebab kat negara orang kita tak berapa tahu sangat budaya dia. Macam kiteorang hari tu last day ada misunderstood matter about dealing, then we have to pay sebab salah kiteorang masa tu tapi duit baht dah licin joy, so kita bayar ke guna kad kredit.

Haaa, yang penting aku ada beli benda ni. Aku letak nama aku ngan ehem-ehem kite le.

Berjalan nak sampai maghrib jugak dekat Krabi Town, sebab tak nak balik malam nanti menyesat pulak nak balik.Sapo nak jawab dah lah semua wanita, walaupun semua kononnye wanita besi kan?

Dengan tak serik lagi, balik hotel drop barang. Diorang tunggu kat bawah hotel, sape yang kena angkat naik hotel? aku jugak, sebab aku nak membese skali, punyala aku tahan dari Krabi Town. aku dah cakap kat ati dari town sampai meremang lah siot aku tahan. Kat town tu mana la aku tahu toilet kat mana. tapi rasa memang tak ada pun.

On the way balik tu, kat atas moto aku tengok minyak tinggal sikit, aku cakap kat ezzaty, suh dia benti isi minyak. Dia cakap tak payah, isi kat hotel je. Nate beruk, penat je aku cari idea nak g toilet dol. Die cakap taktik aku tak berjaya. Kong ajo punya kawan.

Malam tu apa lagi berjalan lagi shopping sebab nak habiskan duit thai. Esoknya..

Krabi airport
Kita balik. Yeayyyyy. Uolls boleh sewa teksi and driver akan hantar korang ke airport. Masa tempah teksi tu korang kena bagitahu flight pukul berapa kat depa, so diorang boleh agak-agak. And diorang sharp hokeh janganlah korang lambat bangun.


Just arrived in KL.

Ok nak balik JB dah. Jom!

No picturakhirnya gambar ini, maka cerita holiday ke Krabi Thailand dah habis.

Review sikit pasal Krabi:
Krabi ni pada aku best sebab aku pun tak pernah pergi. Kalau orang baru first time pergi memang best sebab benda baru bagi dia. Lagi satu pulau-pulau die best. Korang boleh pilih nak guna tourist guide/package atau survive sendiri. Macam kiteorang survive sendiri, aktiviti pandai-pandai arrange dan tak terikat dengan masa.

Nak kata ni budget holiday pun tak de lah sangat, mewah pun lagi la tak. so so je. 

Ok, kalau terjumpa tiket flight pergi Krabi murah-murah tu, pergi je sebab hotel dan apa-apa barang kat sana tak la mahal.

Ok bye.



No comments:

Post a Comment