Tuesday 26 July 2011

yes, header dan template baru tau

nampak tak nampak tak?

belog kitew yang ugly duckling da bertukar cumil2, biru2, macam berada di awang-awangan je kan?
ini adalah hasil tangan cik kumbang yang cumil tuuu.



suka header tu yang ala-ala rambut gua kena tiup angin.kan kan kan?
da kata da macam ada kat awangan.
lepas tu aku suka lagi CK letak crown lagiii.
Terasadirikubegituberharga.

Aku ni pemalas nak design2, so kalau korang pon sama macam aku,
boleh tempah header and template murah kat CK,
mintak jek nak theme apa.
impian akan jadi kenyataan. eheeee

btw,thanks CK

Monday 25 July 2011

homemade cupcake!


Hello hello hello,

ehem, *ini cerita minggu lepas tapi masih beria nak post jugak*
Sebenarnya tiap kali aku pergi kedai kek ke,mulut aku terliur tengok depa jual cupcake,
tengok corak yang cantik2, dengan whipping cream nye,,perghhh! 
NAK! kalau ada duit!
serius aku tak pernah beli ataupun makan cupcake yang ada jual kat kedai kek.
*boooooo ramai-ramai sebab tak pernah makan cupcake.
dasar kampungan aku nih.
Actually cupcake tuh mahal, lepastu kat rumah ramai orang plus aku ni menganggur tak bekerja.
Jadi kalau nak beli wat masa ni mmg tak ah.

SO, the solution is:
Aku kena buat sendiri cupcake tuuu, ini percubaan aku yang pertama iaitu macam biasa try and error.
HAR HAR HAR


Dah siap bancuh2 tepung, aku bakar la dalam oven.
Masa bakar cupcake tu, bakar sampai oven pon hangus ye.
HAHA, sebenarnya dah buruk oven aku sebab aku malas bukak oven baru, 
nanti aku tak kemas, mak aku jugak yang bising.
Jadi guna jela oldschool pon oldschool la, janji masak cupcake aku.

Baru sekali bakar, belum letak apa-apa lagi anak buah aku dah bedal dahhhh.
Hoi, ko ingat aku dah siap buat ke!
* ntah2 die asyik makan jek sebab sedap kot
kembang jap.

Aku letak whipping cream ni kenapa tak menggunung hah!
Da macam apa ntah.
Proses membakar dengan menghias dilakukan dekat ruang tamu sebab boleh tengok tv skali.
Apo la anak dara buat cake sampai kat luar.
* mak aku cakap,"napa tak buat dekat depan jalan tu skali?"
kang orang mintak sebab sedap sangat kang. Sendiri pulak tak sempat makan.
Perasan meyh!



Actually dah dua kali aku buat cupcake minggu lepas, sekali makan untuk family.
Lagi sekali untuk all colleagues.
Baik tak baik tak?
Nasib baik lepas diorang makan, diorang tak buat muka pelik.
Kalau semacam jek, aku bole masuk jamban, lepas tuh flush sendiri.



Akhirnya, rasa nak makan cupcake tercapai jugak, walaupun mungkin tak sesedap yang dibeli kot.
Boleh la rasa nya tapi memang sedap tau.
Nggak tipu dong! Beneran kok!
* Nampak2 slang dah nak kluar, mentang2 ko nak pergi indon bulan depan! Practice2.

Tapi lepas ni kalau aku beli cupcake kat kedai lepas tuh rasa dia tak sedap,
mungkin lepas tu aku boleh kembang2 bangga2 sendiri sebab cupcake aku lagi sedap.
HAHHAHAHAHA

P/s Puas kalau kita buat sesuatu dan berhasil.

Saturday 9 July 2011

upss, salah bawa notebook.

hyeeee
Actually aku kena kerja half day,
tapi disebabkan aku tersalah bwk notebook, aku tak boleh buat keje aku, yang da nak kena hantar 
hari isnin, report research aku untuk company.
tsk tsk tsk. (nangis sebab kena buat report tu kat rumah.

Aku bawak netbook adik aku, konon2 nak ringan masukkan dalam handbag,
sebab lepas ni nak berjimba pesta pergi garage sale kat joho.

Disebabkan bongok tak reti bawak laptop sendiri boring tak ada kerja nak buat,
aku pon mengendeng kat colleagues cari kerja untuk hilangkan boring aku.

Sebenarnya company ada banyak pc tapi pekerja baru ramai masuk,,da untuk 2 tahun minggu terakhir aku kena bawak lappy sendiri. sadisnya. kehkeh 
Pastuh try2 webcam netbook ni, quality poor sikit.
Tapi ok ler netbook free sekolah bagi.

Gambar ni ada tarikh la pulak. tak tau nak buang macam mana.
tak explore lagi


 sopan jek pakai tudung pergi kerja, 
kalau weekdays lagi aku tak miss pakai baju kurung.
Sebab aku takda office wear langsung aku suka baju kurung.
*macam tipu jek.
Yela aku suka baju cotton.

hari ni i pakai tsht sebab boleh pakai seluar ketat jeans.


Kerja aku ialah masukkan surat cinta untuk i-card membership,
jadilah dari tercongok jekkkk.

hihi.ok boboi.