Tuesday 12 February 2013

Girls date

Tahu tak lately ni aku dengan kawan-kawan rajin buat girls date. Then, bila keluar perempuan-perempuan je, rasa macam wow amazing segala perbualan macam wanita melayu terakhir la. Beza bila keluar dengan kawan-kawan lelaki kiteorang, suara kiteorang rasa macam nak memetir setiap masa. Girls date kiteorang aman. Kalau budak-budak laki (kawan) tengok, ish macam tak percaya sebab kiteorang sehati berdansa.


Sebenarnyakan best tau kalau keluar girls je sebab kita boleh sharing all topics, gossip girls, tahu je la pempuan. Yang budak-budak laki selalu kacau kiteorang time nak bercerita tak ada, so kite boleh cerita rilek-rilek je. hiks



masa ni pojan dengan azmi ada but we assume diorang takde la. kehkehkeh







Nak kenal tak  pakwe-pakwe yang selalu buat jantung nak tercabut? Ni dia.


Please jangan buat muka blur muka tak bersalah

Brogol and the geng
Do we care about fasion, dress up, pretty, as long as we r happy, that's more than enough.

Fact about me (2)

Sementara nak menunggu kain yang aku cuci tu memusing, aku saja la nak update blog ni. Just a quick update. Haa lama dah tak update pasal fakta tentang aku. Y'know fakta kedua pasal aku ialah aku ni susah nak ingat jalan kecuali tempat tu aku memang selalu pergi. Kalau tempat yang baru sekali dua pergi, nak ingat jalan betul-betul memang fail la.

Kalau jalan macam ni maybe aku boleh handle lagi

TAPI

Berkas:Jalan tol di Jakarta.jpg
Kalau macam ni aku dah tersilap jalan, mau aku turun kereta menangis.
Kalau ada pun pergi untuk pertama kali atau pergi sorang tu kira pencapaian terbesar aku la harus disediakan award, tapi tu pun sebelum aku pergi aku da cari tempat tu kat area-area mana and yang paling penting call kawan aku tanya-tanya. haha. Dan yang selalu jadi mangsa ialah Ati. Tapi jarang la aku gi sorang kalau first time nak gi tempat tu. Aku mesti ajak dia. Pastu aku jugak yang kena bebel je.

Bukan apa tau, aku takut salah jalan, and bila salah jalan kan jadi lambat. khen?

Selalu aku kalau dah sesat, aku akan kol dia, "weh aku skang tengah ngadap ini, aku nak g mana?". bangang seh, Pernah sekali yang paling aku takut aku salah masuk highway, aku pun tak tahu nak kemana masa tu, aku redah je, aku konon tak kol kawan aku. nak cari jalan sendiri. Tapi sambil bawak keta tu aku punya berdebar takut, tak tahu nak kata apa. hahahaha. Pentol sey aku.

Yang penting benda-benda ni memang selalu je la. kalau orang tunjuk aku satu jalan, aku akan guna jalan yang sama je. Perangai aku yang ni la yang aku kena improve. yes dna! u can do it.

Ezzaty tu umpama GPS aku, sebab yknow, Pojan yang konon masterpiece tu pun call incharge aku sebab sesat jalan =. hahhahaha.

One other day, aku kena beli GPS jugak.

Thursday 7 February 2013

Tuesday 5 February 2013

Tempat yang selalu saya rindukan

Rindu la sebab pergi sana tak payah pikir masalah, tak payah kerja, kerja perabih duit ada.

Iolls nak tunjuk gambar sikit (random) masa pergi Indonesia masa bulan November 2012.

Pemandangan dari depan rumah pukul 6 pagi. Kat Malaysia 7 pagi la. Depan rumah terbentang luas sawah padi.

Rumah ni adalah rumah bapak aku sebenarnya tapi boleh dikatakan rumah tinggal sebab sebelum ni tak ada orang duduk dah. Nasib baik ada sepupu aku yang duduk utk bela rumah ni.

Sawah padi depan rumah yang tak tumbuh elok. Ada yang tengah menguning memang cantik, tapi jauh sikit. Nak kena naik moto. Yang ni bukak pintu rumah terus nampak.

Arbi yang sangat manja dengan aku sebab dah 2 tahun tak jumpa. Mis u baby.


Budak-budak desa naik beskal je pergi sekolah.

Salah satu kerja aku ialah hantar jemput budak si Arbi ni pergi sekolah. Aku ada terus tak nak bawak basikal. Even he is  only 7, dia dah tahu nak iqamat time sembahyang jemaah. Hope makcik aku dapat didik arbi macam dia didik anak-anak dia.

Selain tu, aktiviti mencari natang-natang kat pantai. Tapi nan ado yang di bawa balik.

Atuk aku

Sepupu-sepupu aku

ini? aku tak kenal. jangan tanya. sengih-sengih



Sepupu-sepupu dah la kecik-kecik, ombak besar. Sakit tekak aku terjerit-jerit jangan pergi jauh-jauh. Tapi dalam versi bahasa jawa. Susah tak susah aku nak cakap.

Haa yang ini bukan sepupu, ini dua-dua anak sedara aku. Apa nama tenggiling ni? Aku pun tak tahu, ini sewa, agak mahal sebab setiap hari minggu kat pantai banyak aktiviti. So every weekend kita lepak sini.