Saturday 27 August 2016

Birthday kawan kite

Sementara tengah tunggu laki aku balik settlekan hal wiring die lagi sikit sebab siang tadi kiteorang dah teman balik pun tadi lepas magrib. Ni anak nak tidur, akak nak update blog khennn.

Before tu nak say sorry kat makcik ni, daia sebab bagi hadiah lambat. Hihi. Aku pun tak tau la daia apa yang busy sangat. Nak kata masak sedap hari-hari tak jugak kan.

Birthday dia 5/8/-- rahsia sangat. Muda lagi okies. Tak tahu nak hadiahkan apa. Semua dia ada dah. Haha, Rumah, reta, laki, makan pun die keje tempat makan, umpama restoran die yang punya. Manager paling garang aku rasa. Aishh, kalau la aku boleh cite perangai sebenar minah ni kat staff-staff die, mau membe aku yang kene buli dengan staff sat g. 😁

Hari tu masa birthday aku dia bagi jam tangan.

Cantik kan. 7/5.

Birthday dia pulak aku nak bagi benda yang aku suka and minat, walaupun tak semahal dia hadiahkan aku. But its honesty from bottom of my heart. Amaigadd amaigaddd sweet kan aku?

Seriuosly aku minat satu patern tudung ni. Tp aku pun belum ada lg patern ni. Aku nak kawan aku ada dulu. Kann ko rasa special kan? Kan kan? Please kan? Hehe


Dia shawl+bawal. Tutorial die banyak tu. Aku tak pasti aku terpedaya dengan model skali ke? Tapi tudung ni bagi aku best sgt. Tunggu naa. Orang kata kalau nak bagi, bagi benda yang kita suka. And aku suka baby blue ni, pastu favorite kaler dia memang blue. Bab cerita tak tau la suka ke tak blue, haha. Ok off topic . 😈

Bab nak wish birthday ni mana la tahu nak sweet-sweet nau. Bantai je la. Haha tu bukan kaki aku, kaki peniaga online tu. 🤓

Ni haa makcik ni salah sorang yang selalu teman aku time laki mak jauh hari tu. Asal jumpa kedai makan, asal jumpa kedai makan, sebab senang nak mencocett kan.

Pastu identiti dia senang dikenal pasti time keje wat lek wat peace die boleh kul bapa pun sebab dia manager. Klu aku cakap nak datang, die drag la rest hour dia. Haha suka ko je kan.
Ko ghase?? Hantu makan le kite ni.

Lagi satu haa belakang mek ni tu pun regu makan dengan berjalan gak. Yang minah suhaila dengan amira tu geng travel je time aku bujang. Jumpa selalu gak, weekend sebab tempat keje jauh sikit. Mek 2org tu si ati yang blog bertahun tak update dengan daia ni memang keje radar dedekat. Sooo mmg kaki tak duduk umah kann. Haha


Haa ni la girlfriends kite. Bese la kalau dah ada family sendiri dah susah sikit nak selalu semua ada. Ni pun time masa aku nak kawen, bridesmaid. Ehh melencong pulaks, 😁
Masa kiteorg dua org tak kawen lagi, aku dah tunang, daia ni belum. Sekarang dedua dah jadi isteri orang, maklumlah busy sikit kalau nak lepak-lepak lelama. 

Aku nak masak, mandikan anak, tukar pampers, basuh pinggan, baju, hahhaha tak kerja, kelek anak ler dulu. Si makcik ni pun sibuk baru kawen, keje plak tu, nak tegeng ngn staff kat tempat keje, balik masuk shift rancangan mahligai cinta pulak dengan laki. Haha.

Ok la, btw Happy Birthday semoga panjang umur, murah rezeki, apa yang dinginkan dimakbulkan oleh Allah. InsyaAllah. Much love, your bfriend!

Wednesday 24 August 2016

Riadah di Dataran Tanjung Emas, Muar.

Hari ni rasa nak update blog pulaks, anak dah tidur, husband kemas umah. Akak berangan dengan belog lah. Hehe.

Petang tadi lepas mandi kami pergi jalan-jalan cuci mata. Sesambil nak pergi bayar bil Digi mak yang dia dah barred kan. Dengan nak bank in beli hadiah birthday kawan mak. Sorry ye hadiah lambat.

Pastu kite jalan-jalan area Dataran Tanjung Emas, Muar. Area bandar Muar bersebelahan Dominos Pizza and Dazs Restaurant. Ramai jugak orang bawa anak-anak pergi playground. 

Bangla menjala ikan pun ado. Ko hengattt.

Ayang mama abah!

Actually masih under construction tengah buat renovation. Nanti dah siap kita pi lepak sini lagi.

Musim durian kan sekarang. Jumpa pulaks simbolik. Sebuah je jumpa. Buah lain tak nampok pulak. Ada pun buah-buahan yang jual hat pakai lori tu macam kat dataran JB tu. 

Menganga saja nak ketawa Zahra ni. Memang boleh geng mama abah ni suka jenjalan. Tengok la masa pregnantkan Zahra, kalau aku tak duduk office berjalan kedepan kebelakang, mesti dalam keta. Sabtu/Ahad 2 minggu sekali pergi Segamat jumpa abah die dalam rekrut lagi. Ini lah peneman suka duka mama masa abah jauh. Give me five sayang!

Tenang je tengok sungai kan. Lagi satu Zahra ni jenis air, dia suka air, kawan aku suka kira birthday tu, Zahra kalau memarah ke apa, bawak bercuti/jalan kat tempat ada air. Tapi sepanjang jaga dia Alhamdulillah, Allah kirimkan mama seorang Zahra yang disenangi InsyaAllah. 
Sobs sobs.

Ok sambung; hihi; kat sini ada la geng Bangladesh menjala ikan. Menjala tu tak kisahlah, pakai kain sarung kaler mak ko ijau. Ko ghaseee? Hmm kot ye pun seluar tak de pinjam la hat kawan kan. Haha. Kain kalau kering tak pa basah lencun dah, ikan tak dapat.


Jantung hatiku, suami dan anak. 

Dah nak maghrib tu kami pun pulang la. Beli jagung dengan air kat lori-lori yang jual tu kan.

On the way balik, beli lauk daging black paper tambah untuk makan malam. Alhamdulillah habis dah lauk kite masak hari ni. 

Pastu buat roti bakar pulak. Huwaa gumoks mak lelama. Eh tak tak tak. Mind set susu berkualiti. (Bagi sedap hati)

Ok lah; Esok masak apa pula yaa???

Wednesday 17 August 2016

Trip KL Day 2-KLCC-Ikea Cheras

Hye uols, entri ni nak story hari ke dua rombongan kak jarah ke KLCC, nak bawak g Aquaria ke tengok Panda ke, Zahra belum pandai teruja sangat. Nanti da pandai ini itu umur setahun baru boleh bawak-bawak bagi dia suka. InsyaAllah nanti abah bawa k.

Pagi hari ke dua tu, pukul 730 dah sesiap mandi. Cuma Zahra je tak mandikan dulu sebab pagi sangat takut sejuk, padahal water heater ada. Hihi. Pukul 8lebih gittew turun breakfast. Nasib baik ada breakfast dapat jimat sikit sebab kite nak beli barang kat Ikea katanya.

Turun breakfast muka naked je tak pakai bedak sebab ingatkan laki ajak breakfast je rupanya terus pergi KLCC. 

Sesimple je, Alhamdulillah kenyang. 

Kak jarah yang belum mandi.

Ni la hotel kite stay, DGarden Hotel, Cheras. Review 2/5. 


Taraaa dah sampai KLCC. Dekat je da 5km je dari hotel. First time Zahra keluar jalan tak mandi, pakai baju tidur. Kalau tak sekarang dia keluar habis caras mama. Haha.

Zahra first visit to KLCC.

Ingat kan pepagi tak ada orang amek-amek gambar kat KLCC, dah ramai ok. Haa diorang amek gambar duk tertonggeng2 nak dapat gambar full KLCC, kite pakai panorama je haaa. 

Lepas kiteorang pusing-pusing situ kejap, dah dekat pukul 10 tu kita balik sebab park dekat bahu jalan, ada gak kang kene towing kan. Haha. Balik siap-siap jom ke Ikea lagi nak sambung aktiviti semalam. Macam ni la ada anak kecik, nak beli barang sampai dua kali datang.

Kerana semalam kite dah mark barang apa nak beli, so hari ni kita tinggal pick up kat rak je. Tu pun mata melilau sana sini lagi kauuu. Geramm tapi poket tak bape nak tebal, so lain kali blh datang lagi k. Hehe. Sorang dukung anak sorang tolak troli. 

Wiwiiwwi besarrr kan. Walaupun senang jugak nak cari barang nya, tapi sebab besar letih gak menapak. Tok sah la pakai heels. Sneakers je lg selesa.

Ni da siap nal pergi kerja kawen sekali.

Masa ni Zahra da ngantuk, tinggal nak beratur kat cashier je. 

Tu diaaa.

Berkeruttt dah. Ok la soo abah pi bayar kita pi nyusu dulu kat bilik baby k. Dah siap roger, tapiiii tak de line kat cashier floor. Ngam-ngam laki aku siap bayar die tunggu jap, aku pun keluar.

Haa ni je pun belinya. Sikit je. Yang betul-betul murah je beli. Nak beli aiskrim ikea pun tak jadi beratur panjangg. Pastu yang kat mesin tu pun pakai syiling kot. Tak dan la dengan dukung anak tidur lagi. Hihi.

Ok check out Ikea. Kite pergi kenduri kawen mek Aien Moyu pulaks.

Baby suka garu belakang kepala dan leher

Baby ni walaupun dah kerat kuku dia bagi pendek tapi tetap tajam kan. Pulak tu dalam fasa 4 bulan ke atas ni suka garu belakang leher sampai memerah melecet. Kesian baby dah terus kene gatal-gatal kat belakang leher. 

Baby zahra sedap la duk garu kalau kita tak nampak, kalau nampak kita la tolong die usap nak kurangkan rasa nak garu die tu. 

Semalam check up Zahra 5bulan, kene inject tapi tak nangis pulak semalam. Bagus betul. Cuma berdecit sikit. Nurse cakap ni peha tebal kot. Haha.

Lepastu tunjuk kat nurse baby suka garu sampai melecet. And the nurse bagi calamine lotion.

Bagus la, balik sapu kan terus tak garu2 dah. Hari nampak dah surut sbb dah tak gatal. Chiken pox pun pakai ni kan besenye.

Ni semalam, kesian pulak dah merah gitu. Nak nak time berpeluh kan. Macam menggerutu.

Hari ni dah tak merah-merah sangat. Baik terus. Tapi still sapu je.



Pergi je klinik kesihatan mintak ubat. Tak payah beli sebab klinik kesihatan dekat je dengan umah kita. Hihi.

Monday 15 August 2016

Permata hati mama abah

Zahra Dania esok check up 5months. Esok ada injection k sayang.

Hari ni mama tetiba sakit perut sangat-sangat. Tak tahu kenapa, mama teringat macam nak bersalin je masa nak bersalinkan Zahra. Nasib baik nenek ikut pergi Muar boleh teman Zahra mama tengah layan sakit perut ni.

Abah pergi wiring kat Melaka cari kocek sikit. Balik malam tak tahu pukul berapa, syian abah. Tq abah. Mama and Zahra love you.

Ni mama boleh pulak nak hapdet blog bagai kan. Sebab mama makan panadol sebab mama kesian kat Zahra, walaupun Zahra diam main sendiri je. Semoga menjadi anak solehah ye sayang. Penyejuk hati mama abah, bukan Zahra je InsyaAllah semua anak-anak mama abah jugak. Amiin.
 
 Alhamdulillah, kami dikurniakan Zahra Dania. Anak yang senang dijaga dan tak banyak ragam. Semoga kamu terus membesar dan sihat menjadi insan berguna. We love you sooo much!


Thursday 11 August 2016

Trip KL Day 1-Ikea Cheras

Last week, 5/8/2016, kami dapat la berjalan ke KL. Nak jugaklah jadi trip trevelog sebab sebenarnya tujuan ke KL sebab nak attend kerja kawen kawan aku. Kalau tak pun zahra belum pergi ikea lagi. Kenduri kahwin nye esoknya 6/8 tapi mak orang ni yang nak ke Ikea sangat nak makan meatball katanya. Nasib la laki den suka melayan, so kita pergi satu hari awal 😁.

Jumaat pagi tu dah sesiap la kami anak beranak dan husband mengosongkan kereta yang dah macam nak pindah umah barang penuh bawak barang anak. Ni baru satu anak, kalau dua ge pat? Pitam. 

Before pergi tu kita pergi servis vavavoom dulu. Cek minyak itam tak ok, nasib baik cek dulu kan. 

Dah nak tengahari jugak tunggu servis, and had lunch kat Melaka dulu. Perut kriuk kriuk. Lunch dulu Wong Solo. Tak de gambar sebab bagi Zahra tengok Upin Ipin. 

Dah sesiap kite terus gerak ke KL macam biasa aktiviti laki aku berbulu di kebanyakan masa sebab anak tidur dengan aku-aku sekali layan tidur. Nak pulak tengah-tengah hari kenyang pulak. Berbual-bual dengan laki aku tetibe aku mute je. Hehe. Sorry sayang. Mmuah 😘🙏🙏🙏.

Kita terus gerak ke Ikea Cheras sebab dekat. Branch baru lagipun kan. Yang dekat Damansara, pernah jugak pergi dulu. 

Nak pakai baby carrier tapi abah die rela dukung. Tahu je la kan kat ikea berapa jam! Mata rambang sana sini. Stroller memang tak bawak sebab stroller je da satu bonet bmw aku tu. 

Haaa cantik kannn aku suka putih. 

Kadang aku salute dengan kesabaran lelaki/suami-suami yang seangkatan macam suami aku, penat drive, dukung anak sepanjang masa, layan kan amek gambar sana sini. Hehe. Contoh la kat Ikea ni. Aku dukung jugak anak, ingat aku kejam sangat? Dukung la time nak bergambar tu. Hihi. Nak tunggu Ikea Jb akhir tahun depan baru bukak.

Hehe comelkan? Lady bos omel ke kusi yang omel ni? 

Lagi satu favorite color mak. Masa petang ni sempat list apa nak beli je, tak sempat pick up barang nya sebab masa makan zahra start mengaruk nak tidur.

Kite pergi toilet, ini koje anak dengan bapak ropenye. 

Pastu kite pergi makaann yeay. Thanks abah lanje, hari hari pun abah lanje hehe.

Nampak macam woow akan ku macam semua iniii. Sos pun tak sempat amek youu.

Zahra punya la macam kecur je tengok orang makan. Aku kesian cubit kan mash potato tu suap haha. Terjilat-jilat nak.

Pasti die pun start nak merengek minta tidur, makan lelaju la mana yang sempat. Pastu sayang bungkus bawak balik pakai tisu je sebab tak nak bratur panjang beli bekas pulak. 

Plan malam tu stay Kajang terus sebab dekat dengan umah pengantin tapi tadi tak sempat nak amek barang yang kita nak beli. So esok kene repeat pergi Ikea. Gigih kan? Dah tak review nak hotel mana yang ok area Cheras ni. So tengok macam ok, check in je terus. Hotel budget je jangan ingat aku nak hotel berbintang-bintang. Hotel budget pun kalau kita review dulu selesa tauuu.

Zahra masuk keta lena terus. Nak lap pun dah kesian takut terjaga. So bedakkan tukar kan baju pampers apa semua. Zzzzz je. Hehe. 

Continue the next day pulak k nanti.