Tuesday 17 May 2016

Tweet

Aku ad gak la tweeter walaupun pangkat ayam-ayam je. Buat ada-ada je, da byk no social apps. Ni kalau layan semua tak masak aku haha.


Followers pun 13 je. Da tahap boleh deactivate sebenarnya. 😬😬😬

Sunday 8 May 2016

Pengalaman bersalin Zahra

Salam; oleh kerana malam ni aku macam free je sebab baru pindah umah barang bersepah mak ai belum kemas, husband aku cakap tak payah kemas dulu rehat je esok die cuti baru kemas. Zahra pun dah tidur awal sebab siang tadi dia tidur tak lena. Husband aku balik esok pukul 7pagi sebab kena standby 24jam hari ni. Maka mak dah free teringat pulak detik nak lahirkan baby Zahra sebab tenung muka dia tengah tidur. 

Orang kata melahirkan tu perghh tak tau nak describe kesakitan dia macam mana.  Tuhan je yang tahu. Ye la setiap dari kita lain-lain ada yang mudah dan sebaliknya.

Due date nak bersalin Zahra 25/2/2016. Tapi tak bersalin bersalin. Siang tunggu malam; malam tunggu siang risau sebab dah overdue tak rasa sakit lagi. Kite ni tak sabar nak bersalin dah sebab tidur malam dah tak lena sakit sakit semua. Air kelapa berkoyan minum orang kata bagi cepat keluar. Laki aku pun tiap minggu masa tu kat Cheras, Jumaat petang ke balik mana tahu bersalin kan. Tak juga si Zahra nak keluar. Hihi

Akhirnya 3/3/2016 pukul 2pagi tengah tidur terjaga sebab sakit datang pastu pergi. Tengok la jam sakit 5minit sekali tapi sikit je sakitnya. Aku pun macam ngeri jugak anak pertama. Aku bagitahu mak aku, relax-relax pukul 3.30pagi pergi hospital. Siap suh abang aku hantar semboyan kat husband aku. Pulak tu hari tu last day die kat cheras kene melapor kat Muar. Masa tu dah sakit aku dah tak fikir sangat ni sakit aku lagi penting ni. Haha.

Masuk hospital die cek jalan dengan jantung baby pakai tali pinggang banyak-banyak kat perut tu aku xsuka sangat. Ye la dah la perut besar pastu kene telentang masa ngandung aku tak suka telentang sesak. Kalau tak telentang kene ngereng ahh macam-macam. Nak melayan sakit lagi. Oleh kerana tu pengalaman pertama baru contraction macam tu aku rasa dah sakit sangat la tu. Haha. Cek jalan belum bukak lagi even 1cm. 

Admitted. Sakit die siap tertidur pastu terjaga begitu la ulang ulang sampai nak beranak tu. Pukul 6 pagi baru keluar darah. Legaa aku dengan harapan hmm tengahari ni bersalin. Kihkihkih. Pukul 9 pagi bukaan 3cm. Die kata 4 cm dah boleh masuk labour room. Mind set kejap lagi kejap lagi. Sakit die mmg 5minit sekali tapi makin lama setiap sakit tu datang/masa mengeras tu. 

Sakit die menangis ni tapi sikit je sebab nak tahan sakit tu. Berzikir doa semua la. Aku sakit sensorang ni, tengahari mak aku sampai kak ngah pun sampai tapi aku tak berbual. Sakit sakit sakit. Katil sebelah ajak berbual pulak, Time sakit contraction tu ilang boleh la berbual time datang aku tak dengor die cakap apa dengan terlelap lelap lagi. Ye la dari 3pagi tu. Sarapan lunch semua dah tak selera. Pukul 2 ptg tu cek jalan baru 4cm. 
Sila ke labour room. Hahaha. Nurse suruh aku siap-siapkan barang baby. Kalau nak mandi-mandi. Aku dah tak larat betul masa tu. Sorang-sorang. Pukul 3ptg tak jugak ke labour room aku baring je nak jalan tu pun tak larat. Nurse yang carikan barang baby, naik kerusi roda, hantarkan pergi toilet semua. 

Sakit dia sampai macam kenapa aku kene lalui semua ni. Kenapa kena bersalin. Hahaha tengah sakit macam-macam fikir. Sebab Tuhan je tau kesakitan tu. Pulak tu yang aku geram g memana je yang buat aku stresa apa tau kat dinding semua ada gambar bukaan 1cm sampai 10cm. Aku tgk aku baru 4cm nak tunggu 10cm lama tu besar gabak pulak tu. 

Kat labour room.

Sakit teramat ni start 4cm, haus lagi. Sensorang ok. Nurse memang la jap-jap tengok tapi nak tunggu buka siap tu. Blrghhh. Terketar-ketar tuang air pakai jug tu. Berzikir pelan kuat pelan kuat dah. Tengok jam, bilalah aku boleh teran ni. Aku tak ingat dah berapa cm tu die dah start masuk air, sakiitt makin kuat berganda-ganda ya Allah. Besi katil tu aku pegang macam nak bengkok rasa. Lagi die pasang benda tali pinggang baca jantung tu, jap die suruh ngiring jap telentang. Aku tengah sakit gila gila ni aku tak layan lantak la bacaan tu nak berapa meter pun cantik ke tak ke, aku percaya baby kuat kat dalam. Aku ngiring je sebab selesa macam tu. Lagi satu bukaan akan cepat. Pukul 6ptg air ketuban pecah. Lepas air ketuban tu lagi sakit nak beraaakkkk. Nurse cakap kalau sakit teran je. Tak sakit jangan teran belum lagi. Sakit die macam nak berak tapi ko tengah nak cirit tapi ko tepaksa tahan, tapi tinja ko nak keluar jugak. Banyak no tapi tak tau nak describe macam mana. Sakit giler giler.

Pukul 8 malam macam tu, dah 10 cm. Nurse and the team, suruh telentang. Masa tu aku rasa yeessss penantian aku berakhir inilah masanya, last stage. Teran. Teran sekali tak kuat kepala masuk balik, teran kedua keluar 8.12malam. Alhamdulillah ikut je guide nurse. Hilang terus rasa bila pertama kali aku dengan Zahra bertatap mata. Baby tak nangis diam je. Tenang setenang tenang nye. Itulah cinta pandang pertama kami. Aku dan Zahra.

Pastu stage seterusnya yang buat rasa nak terberanak lagi, uri, jahit, keluar kan darah beku, cek jahitan, keluarkan lagi darah beku. Pengorbanan ibu sampai macam ni sekali. 😭. 

Pengalaman setiap orang mungkin berlainan. Allah itu Maha Adil. Alhamdulillah proses bersalin aku dipermudahkan. Suami, jaga lah isteri time pantang tu betul-betul. Apa lah sangat nak bandingkan dengan para isteri yang melahirkan. Alhamdulillah suami aku macam tu InsyaAllah maintain sampai anak ke lapan. Hehe. Walaupun tak sempat teman aku kat labour room anak pertama. Next InsyaAllah. 




Happy Birthday and Happy Mother's Day to me.

Dan tak lupa lahirnya aku juga dari perut seorang wanita yang digelar ibu, yang tak pernah mengecewakan aku. Sayang mak.

Zahra anakku, kelak satu hari nanti dengan izin Allah, kamu juga seorang ibu, maka jangan kau lupa jasa ibu bapamu ini nak. Jadi anak solehah, harapan kami. Amiin. 



First night at Muar

Our first night at Muar. Sampai malam tadi dekat pukul 1pagi.

Alhamdulillah dah pindah sini dapat duduk sesama dengan suami.

Zahra sedap tidur je. Nasib baik tak rengek. Sayang adik. 

Barang pun tak berkemas lagi. Hari ni suami kerja, esok baru start mengemas ler. Dah bawak periuk belanga bagai tak berasap dapur tak berasap tak tau la.

Aku rasa aku rajin kot. Nantikan resepi dari saya hahaha.