Saturday 30 March 2019

4th anniversary to go (3)

Husband aku memang bukan surprise punya type.. dia suka bincang and biasa dia bagitahu dulu. Walaupun dia bukan surpriser (pensurprise) faham tak ayat aku haha.. ade ke perkataan surpriser tu hahaha, tapi dia jenis benda kita tak plan pun boleh jadi onz.. tu yang best tuuuu. Hehee dah tak boleh puji laki lelebih.. biarlah aku je yang tau. Hehe.

Tapi aku suka husband aku jenis suka tanya and bincang dulu sebab kadang ade je plan dia yang aku tak setuju. Walaupun halikat nya husband aku suh aku setuju jugak 😂 hahaha disini la debat bermula. Hihi. Macam tu la hidup suami isteri uols... 

Dia memang plan nak bawak aku and anak-anak jalan kl, dekat and boleh lah bawak anak-anak ke aquaria, makan-makan, dan boleh naik lrt. Anak aku kan suka.. dah jadi perents ni nak pergi tempat fikir dulu apa aktiviti untuk anak dulu kan.. kalau tak silap bulan berapa hari tu pun dah ke kl 3 hari jalan-jalan. Mama bab jalan mestilah onz kita memang kaki jalan dari dulu lagi. Sesejak kawen ada anak ni terus tak join kawan-kawan aku travel. Its ok, inilah hidup.. ada fasa fasa nya.. tapi i boleh travel dengan my husband, dia la my bff.

To be short, plan nak ke kl 2 hari ke tup tup kita boleh sampai Kelantan, Terengganu, dan Pulau Perhentian!! Cuti lulus yeay.. makanya kain baju yang kita bawak tak cukup tu kita kene pergi mendobi repeat pakai.. ahhh repeat tak pe.. kite bukan artis pun.. yang penting vacation harus diteruskan.

So to be one of 4th anniversary present is vacation..  letak gambar sikit.. itinery percutian nanti aku buat story lain hehe. 

1) Kuala Lumpur


Sementara tunggu abah amek barang di kereta sebelum masuk Aquaria. 


Eksaited nya...


Selepas membakar lemak didalam Aquaria dengan senaman mendukung.. dumbell ku cinta hatiku.

2) Kelantan


Acececehhh


Lagi sorang anak dah duduk dalam kereta layan kartun tak mau join bergambar.

3) Terengganu


Pantai, Bukit Kluang

4) Pulau Perhentian


My family. Sayang semua sepenuh hati.


With my baby ikut mama morning walk tepi pantai. 

So itu lah vacation tahun ini. Bahagia dan seronok rasa bila suami ko cuba bagi yang terbaik untuk isteri & anak-anak. Janji happy. Tq so much selalu buat mama & anak-anak happy. Moga murah rezeki abah kan dik. 😍

4th anniversary to go (2)

Tahun ni aku rasa special sebab husband hadiahkan handphone baru! Suka sangat sebab kamera best. Sebab aku suka sangat ambik gambar and story kikiki.. tapi handphone 6plus aku ni pun aku sayang.. dia yang belikan jugak.. tq sayang.


Hehe ni la hp nya.. simpan sini satu gambar buat kenangan.. 

Hadiah hp ni bukan surprise macam lelaki2 lain buat.. husband aku bukan surprise punya type.. hehe so macam nak buat video aku terkejut dengan hadiah2 surprise tu tak de mungkin. Dia bagitau dia beli hp baru. Best la husband i nih. amboihh dah dapat xs max, time tu la “suami i best” bak kata laki aku kalau menyindir.. time merajuk? Kikiki. Dah orang tengah merajuk, tak kan tetiba cakap “u suami yang best memahami i” tengah hot kan kekekeke maafkan ku.. 

Siapa je la yang tak tahu aku suka sangat buat story, aku tak tau kenapa aku suka benda ni dari sekolah. Maybe nak share, orang kata menunjuk, dah nama aku buat story memang la aku tengah tunjuk tapi bukan maksud aku tengah rasa riak like haa aku tengah ni ko takde.. bukan ye.. harap2 korang jangan lah salah faham. Kalau sakit hati dengan perkongsian orang tu maybe kita sendiri yang ada masalah. 

Dari atas tadi aku nak cerita dapat hadiah handphone kan..tetengah dah nak terpesong.. hehe. So tq so much.. memang happy sangat dapat handphone baru. Nak tunggu mama beli sendiri tak la kot. So now 6plus pun still guna klu husband tengah belek hp baru kan.. sharing 😍.. 

Tapi tu la xs max ni nak unlock kene scan muka owner. Kan senang klu boleh scan 2 muka sekali kan? Aku ngan husband aku. Sebab handphone2 yang ada ni kite dua org punya thumb print, senang. 

Mama tak de surprise tak de hadiah nak bagi abang, tapi mama sentiasa ada untuk jaga anak2 kita dan jaga abang.. Ingatkan ni je hadiah tahun ni.. hmm ada lagiii nanti kita buat entry lain k. 


Itu je la nak story nye.. ok byeee


Thursday 28 March 2019

4th anniversary to go (1)

InsyAllah tahun ni genap 4tahun perkahwinan kita. Alhamdulillah banyak kenangan kite create sama-sama untuk corakkan keluarga kita, untuk lihat anak-anak sentiasa tersenyum gembira. 

You are my best. Love you sayang. 

Tadi nak karang panjang-panjang tapi Rayyan ni duk panjat2 badan duduk atas perut.. sakit.. hilang idea. Haha


Tuesday 5 March 2019

Birthday Anak-anak Mama Abah

Kelmarin 3 March merupakan ulang tahun anak2 mama abah. Genaplah usia kakak 3 tahun dan adik 1 tahun. Mama bersyukur tarikh lahir mereka sama so jimatlah eh. Hehe.

Memandangkan birthday diorg hari bekerja, so memang ada kat kem la. Tak de nak celebrate sangat pun. Cuma pergi makan je ajak kawan2 kat kem. Dari tak ke mana2 so ajak lah member2 pergi makan. Tak plan pun betul2 tu yg bgtahu ptg2 sbb xnak la susahkan diorg nnt bawak hadiah la apa la. Cuma g makan je. 

Cari kek pun mendadak, pergi secret recipe kek habis! Tanya  branch yg kat muar pun sama.. ahad cepat habis yg tinggal slice je tu pun tggl brpa jenis.. pergi la cari kat fb kedai kek area muar. Memula dia tunjuk yg dekat tu kedai cina.. masuk cam seram jugak mata melilau dari luar kedai cari logo halal. Takde. Maybe sedap tp berat hati nak beli. Kecik 1/2 kilo je harga tambah duit sikit dapat kek secret 1 buku. Harga tu tak kisah sangat sebab memandangkan tadi pun nak beli kat secret recipe. Tapi sebab cari halal tadi tu. Haha. 

Cari lagi jumpa yg org suggest2 kedai kek viral.. sebab murah n cantik. Aku pun tak pernah beli so apa salah nya cuba tengok mana tau sedap betul.. datang masuk tengok2 Zahra dah suka sebab deco dia cantik. So decide beli la. RM25 sahaja utk 1/2 kg.


Sekali diorang datang bawak hadiah la satey la. Satey pulak sedap nya cuma xleh makan kat situ so sad.. segan lak sebab bukan buat bebetul.. cuma macam krik2 lak klu aku anak beranak je hihi. 


Rayyan nak terkam kek dah.. 


Alhamdulillah kek bersama yang pertama.. Kek pony tu kakak yg pilih dia suka. adik belum tau pape.. ok la tu pony hehehe..


Love them sooo much.






Susah nak amek gambar sama sebab adik tak mau bagi kerjsama la.. haha


Birthday girl


Birthday boy


Mama & abah.


Sebenarnya mama dah upload jugak kat ig&fb utk kenangan diorg.. masa akam datang pun akan guna kan media socmed kan. So mama dah update.. nak pi cuci gambar tak done nak pilih gambar.hihi..


Bersama sicantik sicantik.. yang muka aku bulat sangat tu kenapa.. ye la dah aku duduk paling depan kamera.. patut aku duduk belakang kawan aku ni baru effect kecik sikit muka tu hahaha 


Pilih mcd sebab ada playground sekali.. tapi tu la jadi nya aku ngn laki aku cam bersilat.. klu zahra tu dah dengar cakap ok lagi. Rayyan sekarang dah pandai, kalau masuk mcd dia tau ada tempat main.. nak turun sendiri pastu merangkak menghala playground ni.. adehhh.. anak oh anak..


Sampai rumah tak sabar nak bukak hadia zahra ni.. dari dalam kereta nak bukak. Diorg pulak kiteorg tak pernah belikan mainan cam piano bateri2 ni.. punya suka.. siap gaduh lagi dia ingat hadiah tu dia punya sorang hihi.. tq aunty yaya & uncle kimi..


Pastu mak aku hadiahkan diorg basikal.. kongsi. Makin seronok lah ye nenek belikan. Tq nenek. 


Niat nya nak ootd sorang.. tapi dah berdukung heret la sekali. Hehe.. pastu semua tengok tempat lain-lain kan.. 





Selamat ulang tahun anak-anak mama abah. Semoga kamu berdua jadi insan yang berguna.. soleh solehah. Sayang menyayangi satu sama lain. Semoga kamu berdua sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah. 

Amiin..

Dah tu je la sikit gambar. Ada banyak lagi tapo cukup lah tu untuk kenang kenangan di blog ku ini. Hehe. Byeeeee