Thursday 31 July 2014

Raya pertama

SELAMAT HARI RAYA dude!

First raya with my lovey dovey.

Happy semacam da kenapa? Aku rasa time ni abang ngah melompat nak inter frame ni sekali gus menjadikan gambar i happy moment.

Selamat hari raya abang, salah silap i harap u maafkan dengan penuh kecintaan pelisssss.
(Erhm kenapa nak sendu berabang-abang ni?)

"Abang, nak duit raya nak kumpul beli Coach."

Cantik tak baju raya kita. Pilihan dan belian dari tunang kite untuk tunang hari tu.

Ke kita kalau apa apa-apa je sesuaiii?
Sangaaat

Sunday 27 July 2014

30th of Ramadhan Almubarak 2014

Woo hoo hari ni hari last puasa dik non. And esok kita sambut ghaya dahhhhh.

Sementara aku pun tak ada nak buat apa benda kat rumah, pasang karpet bagai biasa part bapak aku. Actually tahun ni raya kiteorang sunyi sikit sebab family abang balik Sabah. Dapat orang jauh ni kene ada financial yang agak kukuh sebenarnya. Tapi tak pe rezeki kawin rezeki jodoh. Kan. Tapi yang bestnya kak ipar aku,da macam kakak sendiri. Ala tak pe. Aku cuti pun 2 hari je.

Rumah tak ada apa yang meriah bebenau pun. Tak de raya sakan nya. Kuih raya sebiji pun tak buat seh. Pakai apa yang ada.

Preparation aku? Aku lagi la tak de beli apa-apa benda pun melainkan baju raya aku berlambak tahun ni. Kasut tudung tak beli pun. 

Sebab aku pun baru kerja sebulan, and Alhamdulillah dapat first salary. Dapat bagi-bagi duit raya sikit-sikit kat mak bapak, mak pak mentua,kawan-kawan mak aku, anak sedara, bakal anak-anak sedara, bebudak. 

Aku tak beli apa pun peduli plak aku. Barang dah ada. Next month masih boleh. Adik, kite buat sistem nak shoping baju ke duit raya. Tapi dia smart minta shoping sebab klu duit raya dia akan minta jugak.Ingat aku tak tahu. Ni lagi bertuah kalau bagi duit raya je, 50 tak nak. Masa PMR lagi siot, aku janji nak bg 1 A aku reward RM100 untuk subjek teras, ini kemahiran hidup dapat A tuntut jugak. Nasib adik sorang klu 5 macam ni bengkok akak. 

Btw, Alhamdulillah apa yang Allah kurniakan, orang sekeliling yang treat aku dengan sangat baik. Rezeki Allah.

Budget duit raya tahun ini.
Apa yang buat i happy sangat sebab gaji pertama i.

Oleh kerana sekarang majikan adalah CIMB Bank Bhd, maka sampul duit raya harus melambangkan tempat kerja. Tahun lepas Bank Muamalat. Tapi yang tak puas hati warna coklat, tak meriah tauuuu.

Mak bapak aku punya duit raya dah bagi in advance dah. Tapi esok diorang dapat lagi Insyaallah. Aku saja cakap yang semalam tu duit raya. Habis aku nak ajak beli barang raya diorang tak nak. Mak bapak aku ni yang best sangat memahami aku. Dari dulu sampai sekarang. Dari berduit sampai bermuflis hahaha. Love love love.

Apa yang lain raya dulu dengan sekarang?

Tahun lepas-lepas single.
Tahun ni tunang orang.
Tahun depan InsyaAllah isteri orang. 

Haaa. Dan yang penting best nya, tahun ni dapat raya dengan family bakal mentua sebab family besar. Kalau rumah aku adik beradik sikit anak sedara kat sini pun baru sorang. Sebab baru sorang, sayang lebihhhhh la auntie ko ni. Pulak tahun ni anak sedara aku raya kat sana. Huwaaaa rindu sangat sebab tak ada budak kecik. Tapi nasib baik anak-anak sedara ijul ramai, 15,  instant tau i jadi makcik yang happy sebab anak sedara ramai. yeayyyy. Dapat 10 point tambahan markah kat tunang kite.

By the way, walaupun cuti 2 hari je, cukup la cuti jugak. Fokus kerja sebab lepas dapat lesen ni aku kene bersedia mental fizikal ni. Takut tak cukup masa untuk kesayangan. Tak pe kerja kaaaannn.

Actually nak keluar ngn ijul hari ni. Tapi aku nak beli apa? Mak tak nak membazir. Sebab mata mak pantang. Kalau terlanggar pantang tu yg susah tu. Hehe.

K

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

lotsoflove

Sunday 20 July 2014

Part 2: Engagement ijul&dna 27/6/2014

Assalamualaikum

Rasanya dah lama delay nak update pasal cerita hari berdarah manis. Manis sangat ke. Haha. Bosan golek-golek atas katil macam orang tak de tujuan hidup rasa loser juga terperap dalam bilik sebab kalau hidup dah biasa berjalan memang rasa macam ni.

Actually gambar-gambar masa tunang hari tu banyak dalam kamera tapi still tak dapat lagi kat gadis sedang bedarah manis dan berwajah manis (katanyaaaa). And the quality is better la. Tapi aku decide untuk update je la gambar dalam phone, ni pun ihsan dari kawan whatsapp dan bluetooth dari tab kakak.

So jomz uolls.

Friday 27/6/2014 adalah tarikh tunang weolls. And kiteorang decide buat majlis malam. So tak adalah rushing sangat sebab malam lepas isyak majlis tunangnya.

Lepas maghrib mak andam dan sedara sedari dah datang. Dan yang paling penting hantaran tak siap lagi, maka yang menjadi mangsa adalah kawan-kawan untuk tolong touch up kan hantaranz.

Dah siap makeup apa semua, apa lagi kawan-kawan berselfie itu haruuss sementara menunggu rombongan pihak lelaki sampai. 

Kalau nak cerita perasaan tu memang nervous la juga sebab nak tunang. Memang la orang cakap, eleh tunang je. Tapi aku bukan nervous apa, rasa segan tu ada. That's normal. Orang ramai la juga kan. Tu pun jemput jiran dengan sedara yang dekat je, kawan pun ni je 4 orang.

Sampai gambar guna henpon sendiri tak ada pun. Huk huk. Kawan-kawan aku dalam bilik sedap la posing sana posing sini. Aku tengah duk fikir, eh nak salam dulu ke baru hulur tangan, hulur tangan dulu ke baru salam. Duduk terus hulur tangan kang, gelojoh. Eh yang mana dulu. 

Pulak tu sebelum tu aku tak sempat google tatacara sarung cincin tunang untuk jadi menantu kesayangan.

Ini bakal mak mertua. Yang buat aku touching tu before sarung cincin mak baca doa dulu and sambil sarung mak selawat banyak kali.
I love u mak.

Alhamdulillah, bergelar tunangan orang.

Ok ni je gambar full hantaran dari aku untuk pihak lelaki. Bertabah je la tengok walaupun tak berapa clear. 

Last minute sembilan berbalas sembilan jadinya. Pihak lagi bawa lebih hantaran. Hantaran pihak lelaki tak ada dalam phone la. 

With maks and kaks.

Gambar dengan family ijul semua dalam kamera. Ni yang ada je.

With my family. Just adik not in the picture. 

With kak ngah. The kakak ipar to be yang kira paling rapat. :)

Kak ecah and her daughter. Banyak-banyak kakak ijul ni je yang tak pernah jumpa. Yang lain selalu juga. Thanks sanggup datang sebab dia duduk jauh juga kan. ;)

Haa. This is my friends. Kawan terdekat je sebab tunang tak nak heboh sangat. Tak la iols sedih sangat sebab ada kawan datang. Hihi

Hi, we are angaged!

Scroll cepat. Segan tak tahu nak cakap apa.

Alhamdulillah semua selamat. Doa yang terbaik.

Love is not just feeling, it's a commitment.

Saturday 19 July 2014

Merepeks

Sabtu pagi minggu ini dinikmati di Bangi dan akan melarat ke Rabu depan. Pulang dengan bangganya keputusan PCE fail. Haha. Habis i kene marah dengan bos. I need struggle for CEILI to avoid money wasted. Ok rasa agak tak adil bercerita pasal kerja dihari cuti.

Pagi-pagi ijul dah vc i.

One of the thing that i like a myman to be ialah awak reti buat kerja-kerja rumah. Tengok saya macam buat tak tahu kan, tapi saya ada evaluate form berkenaan ciri-ciri kesayangan.

Haa inilah gadis jurunilai jejaka kat atas. Ada gaya tak menjadi auditor? Adakah markah yang diberi mempunyai unsur conflict of interest? Tak ada ya, sebab saya nak jugak markah menantu kesayangan dan kerajinan (hader aku rajin?).

By the way, bukan tu yang aku nak sampaikan. I want to thanks him, because; he loves me (confirm?) when i have nothing. Thats it. One of the factors that i love him so much. Im not working yet at that time, but he know, he just feel secure with me. 
Bila saya tak ada apa-apa, dia ada. Im touched. Its not too important pun whether aku kerja ke tak. Bukan dia minta duit aku pun But I feel for myself that I should have a value or nilai untuk diri sendiri. Baru aku rasa macam puas. Self satisfaction.

Aku tak tahu kenapa, maybe memuda (sangat ke?) ni aku rasa memang time to growth myself personally. Being somebody dalam market makes me more confident. Tapi adat la kerja, dia punya stress lain macam. Banking line era sekarang bukan macam era 80-an dulu. Tapi jangan lama-lama kat sini, u will look older than your age. Haha.

Working under pressure kau ingat senang ke, but the best part is when u finished/ stress controlled, i get something. Tuh yang best.
Apa yang i bebel pun i dah tak paham sebenarnya apa i nak sampaikan. 
Yang i tahu i ♡ him; ijul.

Sebenarnya tak ada sebab untuk sayang pun. Nature, choose with brain. Dengan norma-norma manusia. get it?


Thursday 17 July 2014

Sunday 13 July 2014

Iftar di Le Grandeur with loves one

Amboi, balik iftar dengan kesayangan terus update blog. Kenapa kenapa kenapa kan.

Ok fione, updated; semalam tengah pegang phone tertidur. Right now im at Bangi, CIMB training centre like I told kat entri sebelum ni. Terus kesayangan book tempat iftar for two of us before saya pergi course. ♡♥♡

Romantika de amor ke tak?

Around 6.30ptg tu actually dah sampai tapi usha line clear tak clear dulu. Tapi jangan risau ada caranya. Punya lah kan, kita 'gerak senyap' yang boleh. :)

Lagi satu, dia orang lelaki pertama yang bawa saya makan dekat tempat special. Kite orang kampung tak pernah iftar kat hotel. Tsk tsk. Haha

Tak adalah! Biasa iftar-iftar kat hotel banyak yang related dengan kerja tak pun kawan-kawan. Tapi ni sesi hati ke hati, that is why he is sooo special to me. Kalau tak special takkan jadi tunang? 

Ingat posing aku ayu, nafsu makan aku akan tempias ayu jugak? Ohh tidak sama sekali.

Aku kalau makan order biasa memang tak habis maybe sebab portion satu makanan dah banyak. Klu buffet aku memang makan banyak, sebab aku suka makan macam-macam tapi sikit. Kalau sikit tak kan gempal? Haha

Eh posing dengan tunaaaang. 

Review sikit about Le Grandeur: Nasi briyani die terbaik dengan lauk pauk dia. Kambing golek pun best! Yang lain pun sedap cuma dessert yang aku amek plain rasa tak habis. Choc moist sedap yang ni licin.  Eh almost sedap la. 

Kalau buffet akan ku manfaatkan habis-habisan ulang alik meja.

Sayang, love u. 

Nak jugak cincin tunang kita interframe kan. Ramai cakap cincin i cantik, eh sapa yang pilih kalau bukan tunang kiteeee yang manja angat tu. Awak, awak manja ke skuad?

Jumpa nanti lepas balik course ye! Bagi rindu sikit kat kite.

Saturday 12 July 2014

Part 1: A bit preparation for tunang - ijul&dna

Assalamualaikum

Haa sekarang baru terhegeh nak update pasal tunang? Tunang dah 2 minggu tau; Jumaat 27 June 2014, hehe. Sebabnya lepas tunang terus masuk kerja, and then memang tak sempat. Hari ni hari Sabtu pastu cuti dan yang tak syoknya esok dah naik Bangi ada course 10 hari! CIMB CIMB. Kenapa buat course ditengah-tengah bulan Romadhon ni. Balik sini 2 hari terus raya. Sempat ke tak shopping raya ni. Tsk tsk.

Terus tunang book tempat berbuka kat hotel dia, Le Grandeur. Planning nak buka dekat M Suite, tapi lepas balik course la. InsyaAllah, kalau sempat tak busy sebab nak raya. Rasa la aku puasa diperantauan katanyaa.

Wokay wokay, jom cerita pasal tunang. Planning nak bertunang diajukan oleh ijul +-sebulan lepas kiteorang rapat tak rapat la juga. haha. Ngam 2 bulan kiteorang tunang. Cepat sangat masa berlalu. Tak perlu la nak bercinta lelama, during bertunang pun kita bercinta kan.

Nak kata preparation, even masa tu aku belum kerja tapi mak cakap tak nak leceh-leceh rumah sepah nak gubah hantaran, atau atau atau mak tahu aku ni tak kreative pun, selain menggubah bukan sahaja bunga malah menggubah keadaan menjadi lebih buruk, mak suruh order semua dekat bridal je. Jadi preparation kat rumah cuma goodies bag dan lebih pada makanan je. Atas persetujuan bersama kita tunang secara ringkas, cuma ada family-family je dan beberapa kawan perempuan tulen. Tulen sangat ke?

Kawan-kawan lain kebanyakan tak tahu kiteorang bercinta dan bertunang pun. Dan tak ada satu pun gambar yang kita upload dekat social network. Since saya cuma ada blog, teringin juga kan macam orang lain. Tak pe, InsyaAllah majlis nanti akan ku jemput sekaliannya.

Gambar ni semua dari handphone apa yang ada je. Yang dari kamera mak belum dapat lagi la nak.

Aku ni memang tak kreative, jadi ikat reben dekat penutup telab dah kira pencapaian paling kreatif aku la tu. Goodies pun semua jajan dengan air kotak je. Tak ada pun bunga ke tuala kecil ke. Biasa je semua nya.

Dah siap packing!

This is my hantarans for Ijul created by bridal. Tema turquoise and pink. Tapi ni belum siap, bridal belum siapkan sirih junjung bunga hidup kan, kang cecepat layu pulok, kek, dengan buah belum letak.

Plan memang 7 berbalas 9. Tup tup 9 berbalas 9. haha. Tak apa lah sana bawa lebih. 
Kawin nanti harap-harap 23 berbalas 58. Hoverrr.

Okay, actually aku dah tempah baju untuk tunang sebab tak nak membazir nanti boleh buat baju raya je. Lepas tu ijul dan orang sekeliling cakap warnanya tak sesuai, maka pakai juga baju bridal. Thank you sayang sebab jadi consultant kita. Loves.

Ini lah dia tunang kita. 
Dalam tempoh nak bertunang tu sambil beli barang-barang sambil buat preparation, ye la maklumlah bercinta  baru sebulan je inilah masanya sambil berdating ye. 

Baru Lokalah lah ni?

Oleh kerana ijul dah reject baju gold yang aku jahit untuk tunang tu, aku beli baju melayu gold untuk raya. Sedondon tak, sehati sejiwa tak? Sebab prada lace aku pun untuk raya. 

Baju untuk nikah sengaja tak bagi sebab aku kan cerewet sikit takut nanti masa nak kawin ada trend lain ke, kan. Baju nikah masa nak jahit baru cari. Kalau ada rezeki nak lari Bandung lagiiii. Ooo ni la motif kotor ko ye. Berjalan menabur wang. ihiks

Buah-buahan untuk hantaran, bakul dari bridal lupa bawak skali. Malam mak andam datang mekap baru bawak sekali tapi tak apa, sempat je, tinggal letak je pun.  

Waaahhhh. Nampaknya ada pengantin terdampar sudah. Anak buah aku ni, dialah organizer pertunangan auntie dia. Letih kemahen 3 hari 3 malam tak tidur.

Our pelamin mini!

Ok dah tu je. Okay. Pray for us. InsyaAllah.



Thursday 3 July 2014

Cheese cake

Thank u syg u bring it just for me, even though u r not really favor cheese like me. Nampak tau kecintaan ♡

Loves u 

Walaupun suka arah kan kita itu ini. Awak jangan nak bossy sangat eh. Ingat ni amaran keras.

Ceh belakang berani kite, depan tersegan-segan terkulat-kulat. Ihiks!

Gurau ja tu.