Wednesday 20 May 2015

Tg Balau Honeymoon

Helloooo dina whatsoever, "hek eleh, tak de budget lettew nak honeymoon jejauh"

Okey, whatever, aah bak la belanja meh. Lepas kawin habis berbelanja mesti terus kene kerja. Padahal nak cover kau tak de cutiiiiii khen

Last week, aku dengan suami, eceehhh sekarang da suami. Sambung. Pergi berpicnic sikit sebab since lepas majlis Sabtu Ahad kiteorang pack dengan majlis kahwin kawan dengan sedara memandangkan buku kedatangan kahwin aku diorang ada. So giliran aku dengan husband kene isi buku kedatangan untuk diorang pulak. 

Lepas majlis Sabtu,18/4/2015; Isnin tu aku dah naik kerja. So nak citer honeymoon memang tak ada plan lagi. So cuma last week dah free, so kiteorang plan pergi buat aktiviti Sabtu Ahad je. Lagi satu month anniversary ceh. We had romantic bbq at Tanjung Balau, Johor for 2 days 1 night.


Hotel kita stay kat Pelangi Balau Resort if i'm not mistaken. 


Abang, sumpah abang tak bergambar dengan duta Qu Puteh apatah lagi pontianak. Ini isterimu. Korang jangan ingat ni aku mekap bagai menatang tepung yang penuh. Flash ni over sampai tak bagi peluang aku ni putih azali.

Dari hidupkan bara sampai bakar ayam, sampai cicah kat sambal bagi umphhh; dia yang banyak buat sebab aku kalau jaga api kerja nak menyala je. Semembara cintaku padamu. Jangan nak jiwang sangat, rentung ayam sat gi.

Oo kalau saya yang siram air kat ayam sebab nak padam kan api tak boleh, tapi kalau abang boleh. Ini tak adil. Kalau saya yang siram air, abang cakap habis rempah die bersih ayam. Salah saya ke abang? 

Nampak kegigihan. Time amek gambar kemain die sopan mengipas, time tak perasan biar ku bongkar semuanya. Kipas sambil berdiri ko. Sopan sangat. 

Kan. Ayam penuh rempah sedap sebab perap lama. Tp serai macam nak buat kenduri kemain banyak. Sampai rumah kak ija, kak ipar aku tu cakap " korang nak buat kenduri sekali ke? Beli rempah banyak" hahahah tu semua kerja aku. Mana la tau. Janji beli.

Haa kerana abang ni tak leh tengok aku bersila panggung sambil komplen itu ini. Dia pulak nak suruh aku jaga ayam..aku jaga madah api nak menyala je naaaakk. Ko rasa? Api pun pandai pilih, pempuan ayu tak boleh buat kerja lasak-lasak. Kipas ayam kategori lasak kan?

Ada tu, die nak balik bilik jap amek air masak ngan powerbank, dia suruh aku jaga ayam. Sebelum tu dia da angkat ayam yang dah masak. Masa dia pergi, serius api nak menyambar je last last aku angkat ayam semua ke tepi. Selesei masalah. Sedap je aku makan buat tak tau. Before abang dtg aku baru letak balik kat api. Hahahaha. Pura-pura letih kipas control api kan. Fake sangaatt. Ni kalau die tahu, dia sembunyikan handbag aku kang.

Haaaa..satu lagi gaya membakar sopan santun yang tak boleh dibawa berbincang.

Haaaa kalau part rentung aku punya kerja la tu. Tapi rasa dia best. Welldone cook. Tapi depan abang pura-pura macam "eh betul, saya tengok ayam berkelip mata pun tak abang." Eh bukan yang tak berkelipnya tengok abang ke.

Siap buat unggun api, pelita, tinggal pasang langsir je kalau nak dapat effect hari raya. 

Wokey done. For Tg Balau Bbq. Wah..kau nak siapkan satu entri ni pun bape hari aku kene istiqamah. Apa lagi nak update pasal majlis kahwin. Tu kene amek masa. Hehe.

So after Tg Balau Short Honeymoon ni, the next day lepas check out sambung dating lagi. Next entri la k. bye.


No comments:

Post a Comment