Sunday, 27 December 2015

Golden Lake Garden Hotel

Salam. Malam ni tak memasal story pasal hotel aku duduk ni kan. Ye la daripada aku tak tau nak buat apa yang tak sabar tunggu hari esok jumpa husband aku. Aku review la sikit pasal hotel ni.

Memula nak cari hotel kat area Segamat ni takut-takut jugak sebab banyak yg hotel budget haya jugak. So before ni aku cuma pergi yg trivago advise. Tak la mahal sgt dalam RM100 above. Yela aku ni pepaham je la jenis penakut pastu tiap kali laki aku dpt outing aku kene check in sensorang plus aku tengah pregnant.

Tapi kali ni laki aku suh try hotel ni tu pun sebab die kluar pergi sambutan maulidurrasul nampak hotel ni. Before ni aku google 'hotel budget Segamat' tak.banyak pun yg keluar. Klu dia tak bgtau aku pun mmg tak la kan sebab aku memang booking siap2. Sorang weh. Dari ngandung 4 bulan sampai nak masuk 8 bulan. Aku survive sensorang selalu ulang alik Segamat. Jauh tu dekat 3jam. Nak masuk 8 bulan pepaham la badan sakit dah sana sini lagi2 sakit blkg. Nak pusing badan kalau tengah baring ghasa nak menangis.

Tak pe sikit lagi nak habis dah kan bang. Sabar sabar. Ehh aku ni nak cite hotel ni ha. Dah merepek benda lain pulak. Hotel ni rate murah RM70 je tapi semua ok. Cuma tv tak led/lcd la.





Ni aku pun terselit haa. Sinki emas lagi. Kalau kokak sinki ni jual kaya akak.

Gambar tv dengan meja solek lupa nak amek gambar. Tapi ok sangat la kan. Bese aku amek satu malam. Kali ni g awal amek dua malam nak berehat punya pasal sebab laki aku tak bagi balik samr day pergi balik. Penat woo. Tapi malam esok aku tak tidur la sebab lusa dah kerja. 

Dah la nak tidur esok nak jumpa suami rinduuu. ♡♡♡


Thursday, 24 December 2015

7months pregnancy

Alhamdulillah sekarang fasa trimester ketiga. 7 bulan dah usia kandungan aku. Dan semestinya Abah dia belum tamat latihan lagi. Waiting also for my both baby. Hihi. Anak dgn Abah.

Hari ni Kat rumah aku Mak bapak aku but kenduri doa selamat. Family mertua dtg and at the same time suami aku call ms kite orang tgh kumpul kat bilik aku. Sebenarnya rasa sedih bila suami mampu call dr jauh. Kesian dia. Kite kat sini kumpul ramai-ramai suami sorang jauh dari keluarga. Alhamdulillah dapat suami jenis family man.

Harap aku dengan anak sentiasa faham dia buat semua ni pun untuk kami. Korban duit masa tenaga untuk kami. Love him so much.

Semoga suami tak tinggal kami lagi lepasni. He he. Alhamdulillah atas rezeki Allah ni. Zuriat dan sebagainya. Lepas kahwin hidup rasa lebih tenang dan tak putus rezeki. Amiin.

Lagi dua bulan tunggu our baby! Bulan depan suami dah ada disisi. Ya Allah bahagianya. Amiin.

Tuesday, 17 November 2015

Otw mak dan bapak to be

Semalam husband call beritahu kiteorang kahwin dah sharp 7 bulan semalam 15/11/2015. And die pun counting my pregnancy week dah sharp 6 months hari ni. Happy la ghasa bila husband ingat tarikh-tarikh tu walaupun dia sangat busy. 

So hari ni aku beli kek secret recipe favorite dia chocolate indulgence konon celebrate la sorang. Sedih la weh suami tak de kat sisi. Everyday sorang, sangat la tak best. Aku pun tahu dia pun tahan kan je yang kita terpaksa berjauhan untuk sementara waktu. Sangatlah bahagia kan suami ada.

Sayang cepat la awak besar dalam perut mama ni, nanti kita pun cepat sama-sama dengan abah everydayyyyyy.

Sedih kan time pregnant time ni la kita sama-sama tresure husband and wife tentang our first baby. Tapi kalau dah tertulis ini lebih baik, buat apa ragu dengan rancangan Allah? Allah bagi rezeki anak cepat Alhamdulillah. Masa tahu pregnant je husband terus hug and kiss me. Bersyukur sangat-sangat.



Dua orang ni kalau berjumpa memang tak boleh berenggang. Anak dengan bapak.


Abang, kita dapat anak-anak baru sepupu anak kita nanti ni. Tinggal tunggu our baby punya turn. hehe. Anak adik husband dengan anak kakak dia.
Danish, bila bapak nak balik ni ek. Mak pun rindu haa.


Ni anak sedara. Paling anak kesayangan husband la, panggil kiteorang memang mak ngan bapak. Sekarang Danish dah jadi abang.

Love you sayang. Semoga jodoh kita berpanjangan hingga ke syurga. Semoga juga kasih sayang abang hanya untuk family. 

Thursday, 29 October 2015

Monday, 26 October 2015

Dini hari

Rasanya dah lama sangat tak post apa-apa entri untuk blog aku ni. Macam rasa separuh jiwaku pergi bila jauh dengan suami. Btw, aku bukanlah seorang yang minat gelarkan suami sbg en suami la en husband la mahupun encik encik lainnya. Sebab bagi aku ala tak payah la nak trending sangat. Dah dah bukan itu topik aku nak bebelkan.

Sebenarnya banyak sangat cerita aku nak kongsi kan pasal life aku.. tapi aku tak tahu nak cite yang mana satu. Asyik mengadu jauh dari suami je kan. Ye la bosan kot suami takde. Tak de la orang nak melayan aku itu ini g situ g sini beli tu beli ni. Semua aku kene buat sendiri. Ajak kawan la part nak fefeeling single baru la rancak sikit kalau nak bercerita kan. Bukan rancak bercerita je kalau kaum hawa ni sambil rancak bercerita rancak jugak tangan mencapai barang-barang untuk dibeli. Padahal kalau suami ada jarang kot nak shopping sangat sebab fah ada laki kat sebelah best dah. Kalau tanya ni lawa tak? Lawa. Boleh. Macam last2 aku kene decide sendiri.  Part ni suami berperanan untuk mencegah kite dari membeli.

Tapiiiii kalau pergi dengan regu, fulamakk pulak tu dapat moral support. Waah..zap zap zap. Licin. Haha

Awal bulan dah, Abang, sayang ambik duit abang.

Nak akhir bulan pun, Abang, sayang ambik duit abang.

Aku suami jauh. Nak duit kene layan diri. Ambik sendiri. Mmuah en zorhelmy. 

Tapi aku beli pun sebab mengandung ni kene cari stok baju muat kat perut. Semenjak pregnant ni rasa nak melawa menjadi-jadi walaupun tak la nak lawa sangat aku ni. Manih tu ado la sikit.

Jadi tiap kali suami telefon mengadu la, Abang cepat la balik. Cepat la balik.

Dah kahwin ni lain. Ko akan rasa ko akan have fun bile dengan suami. Sebab suami ni macam bestfriend. Ko nak gosip pun boleh walaupun ko tau je la orang lelaki klu kita ajak gosip respon dia macam dengar tak dengar je kan.

Tapi kalau kejap lagi cakar cakar rimau dengar aje. Haha. Tak de lah. Maka dari itu aku harap waktu cepat berlalu, cepat nak ada baby dan nak disisi suami gittew.
Hari tu kan, suami dapat cuti balik umah woi. G la dating dekat area Kulai. Eleh Kulai je paling jauh. Woi Ni Kulai la, u name it. Mostly semua ada. Haha. Ye la nak masa suntuk tapi yang penting dengan cinta nya tu.

Tulis entri ni baby aktif pulak memalam ni bergerak. Hye baby.. bile kite jumpa abah lagi ye? Sabar..kan.

Ni first time abah nak tengok baby ye. Seronok sangat. 

 
Aku dengan husband aku bkn la kaki wayang tapi sebab cari cd tak keluar lagi. Nak tengok jugak maka moh le kite date wayang. Best la cerita polis evo ni lagi best sebab beli tiket satu free satu.


Yeay mengidam siakap stim limau gamaknya.


Ok sayang cuti dah habis. Pi sambung menuntut ye. Empat hari cuti sehari je ada gambar punya la tak layan handphone. Haha.

Till we meet again insyaallah. 

I love you so much. 

Saturday, 19 September 2015

Hari ni ulang tahun mak mertua, macam biasa function kat umah mak ni kalau emergency event pun biasa semua adik beradik turun. So kiteorang pun harini celebrate birthday mak.

Aku datang umah mak, sampai je semua kereta dah berderet parking depan umah. Nampak kereta abah yang husband selalu bawak. Sobs sobs. Masuk rumah, adik beradik husband memang dah ramai la kan. Tetiba macam sedih gile suami tak de sekarang. Biasa dia la yg menyakat segala anak buah yang ada.

Faham tak perasaan aku. Huish sedih kot.
And malam ni decided utk tidur rumah mak. Rindu husband sangat tetiba. Sebab rumah husband. Lagi laaa.

Harap suami memahami perasaan isteri dia yang tengah mengandung ni.  Perasaan orang pregnant ni rasa macam lebih sensitif tau. Suami jauh. Maka bersabar la. Apa Allah rancang tu akan lebih baik. Insyaallah.

Sunday, 6 September 2015

Check up tiga bulan

Tak sabar nak tunggu husband balik,
Macam macam nak cerita. Ini itu. Masa ada before tidur mesti pillow talk. Cakap-cakap-cakap. Last-last aku la hanyut dulu. Haha.

Macam-macam nak story.

Sabar

Btw aku tengah check up bulanan and agak sedih jugak la husband tak dapat teman sampai nak due kot. Huwaa. Mostly datang dengan husband kot.

Tak pe. Sabar.

Orang sabar cepat kaya. Hehe. Insyaallah.  Doa je yg baik-baik.


Monday, 31 August 2015

Perasaan berjauhan dengan cinta halal ku


Huwaa, nak tulis entri pun rasa sedih. Sebab tu rasa malas buat masa ni update blog yang ada kene mengena dengan suami ni tapi tak boleh, since dah tahan-tahan tak nak buat entri tapi hari ni rasa nak tulis sesuatu tentang suami.

Berkahwin baru 4 bulan, dia dah kene panggil kene kursus for 6 months. 6 bulan woi bukan 6 hari. Pengantin baru lagi kan. kan kan. Eh korang jangan fikir bukan-bukan pulak. Apa ko ingat kahwin ni kerjanya jimak je. Perasaan dah kahwin kan, ko akan rasa macam overall. Keseluruhan beb. How we are responsible each other as a husband and wife. take care each other.

Dan bila setiap kali aku rindu suami aku ngadu pada Allah, supaya sampaikan salam rindu aku pada husband. Dan setakat ni Alhamdulillah apa yang aku minta, Allah makbulkan. Dan aku tak boleh bayangkan macamana rasa pasangan suami isteri yang tinggal jauh bertahun-tahun. Dari start kahwin seminggu dua, dah PJJ balik. Oh My God. Kalau ada handphone orang kata, kau ngadulah apa je, kau whatsapp la apa je, nak video call apa semua. But I'm not.

I'm just waiting for his call. Alhamdulillah, he keep calling when he is free. Mungkin ni apa yang kami kena korbankan sikit for our future. Dan syukurnya, bila aku disahkan pregnant dua bulan sebelum husband course. Rezeki Tuhan memang tak putus, tapi dalam keadaan macam ni, rindu suami mestilah rindu, sedihnya Allah je yang tahu. Tapi tak boleh selalu nak melayan perasaan takut effect baby kang nanti dia kuat nangis jugak, Hehe, InsyaAllah tak lah, ye baby. Ada juga teman pergi memana, nak makan apa baby teman kan.

Bila duduk jauh, ko akan rasa krik krik juga la bila dapat husband jenis teman and hantar ko pergi memana. Jauh je ko tak de geng nak melayan. Tapi Alhamdulillah kawan-kawan and family dekat, teringin nak makan ni makan tu ada juga melayan, teringin shopping pun ada yang melayan. Mau shopping boleh jadi kategori teringin, tu nafsu belahak tu. Jangan layan sangat. hehe.

Kenangan masa honeymoon.

Tapi seriously, bila dah kahwin, the best place u have to stay is with your husband. Dan semoga semua wanita termasuk aku dikurniakan suami yang smart duniawi dan ukhrawi. Amiin.


Monday, 22 June 2015

Reception Dyna & Helmy 18/04/2015

Assalamualaikum semua.

Nak juga la aku ucapkan selamat berpuasa yeeeee. Semoga ramadhan ni kita mendapat berkat serta dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah. Amiin.

Oleh kerana hari ni first day puasa, cuti umum, makaaaaa ada masa nak update blog yeyeahhh !! yeyeyeahhhhhh!!! bandi amuk sikit.  yeyeahh!

Untuk meneruskan diari perkahwinan aku dan husband sebagai mengabadikan salah satu kenangan terindah, aku blogkan majlis kahwin. Sekarang mana ada zaman tulis dalam buku lagi kan. Semua dihujung jawi jemawi kiter je, dimana kita masukkan cerita kita yang sweet mahupun yang siut semua dalam alam maya. Semua orang macam tu. Tapi kalau boleh cerita yang tak menyakitkan hati orang sudah.

Dah, entri ni dah la serious panjang, bebel benda lain pulak ko kan.

Entri ni panjang, bukan kene sediakan kopi je, nasi kerabu pun boleh kalau-kalau dah sampai waktu berbuka puasa karang. Kalau penat pandai-pandailah cari penanda buku untuk korang tanda, boleh sambung baca dikala korang boring atau saat menunggu buka puasa tapi malas nak tolong mak ko masak kan. Ko ingat aku tak tahu taktik ni.

Okeh jom. Pagi-pagi subuh, pengantin perlu bersiap sedia untuk majlis walimatulurus ye. Sebab apa, walaupun kiteorang ni pengantin of the day tapi tetap aku yang kene amek kuih muih untuk majlis. Tuh la kalau dah biasa aku incharge benda ni, hari aku sendiri kawen pun aku kene buat.



Tapi nasib baik kek kahwin aku minta tolong kak sedara amekkan. Masa hari majlis, pagi start pukul 11 tu majlis makan dah start kan. Ramai kawan aku datang awal. Aku pun faham sebab Sabtu memang banyak jemputan korang kene attend. Aku pun tak siap mekap lagi, bukan tak siap mekap, start mekap pun belum.

D: Korang ni kenapa datang awal sangat pastu nak balik awal. Tunggu la sanding tengok aku cantik skit.
K: Ala sorry la banyak lagi majlis nak pergi, tengok ko tak mekap pun dah sejuk hati.

Haaaaa mampuuu. ok tipu k. haha.

Ok kasut kahwin sehari sebelum nikah baru mencari weh, sebab ingat nak pinjam kawan je kan nak jimat kan, tapi tinggi sangat jadi tak konfiden aku. So beli la juga, murah ja sebab saleee. Suka sangat. Thanks Shapin sebab suggest yang ni dari aku terpilih yang RM250, yang ni RM80+ je. Tengok bewape banyak hakak untung. Alhamdulillah,  jadi kasut raya sekali! Untung husband tak yah belikan kasut raya dah.

Outfit Of The Day!
Baju aku memang pilih yang simple dan material dia kurang panas. Aku tak suka yang kain tebal panas tu, yang ni pada aku walaupun simple tapi tetap cantik. Material dari Beading Prada Lace dengan Chiffon. Sangat selesa.

Hello abang, marilah, marilah cepat sampai.
Masa ni aku baru je siap mekap, so kene call husband dulu kalau die dah free mak andam nak settle part dia pulak. Lepas siap, macam biasa la kene posing sikit-sikit kan. Walaupun aku ni kayu serta tak fotogenik, aku men bantai je laaaa. haha. Kejap-kejap kawan masuk bilik, nasib baik korang masuk bilik tau jumpa dulu. Terima kasih yang datang. Love.

The Decoration  by Hajaliah Creation ;
Official Photographer by Kirikanan Studio.
The Decoration  by Hajaliah Creation ; 
Official Photographer by Kirikanan Studio.


One of the best thing is, bunga tangan fresh flower! Demanding sangat kan. baru la rasa segar. Tak de lah kes bunga nak tercabut kan. and looks exclusivity your bridal care dengan client. Entri ni banyak gambar aku combined sebab eeee geram semua gambar best. Ni aku random amek je sebab untuk tentatif majlis aku nak bebelkan. Kalau boleh semua aku nak upload. Maklumlah, orang perasan yang punya keyakinan yang tinggi biasa gila kuasa sikit. haha.

Photographer: Ok pandang sini, klik, pandang sini, klik, pandang sana, ckik! ckik! (bunyi kamera la).

Sedang aku berperasaan lawa sangat la konon tuuuuu.

Jom tengok apa diorang buat kat luar. 

LADIES, Sorry asyik muka si Nadia ni sebab aku main ambik upload je.
Yeah tu diaaaa, ni la baru kawan-kawan sejati chori chori chupke chupke mmuah shakakalakalakalabebeh. Set up meja makan damai. Haa nasib baik adik aku ni tolong sekali. Love u korang. Cantik sangat.


For the Guest Book also!
Salah satu kelebihan kalau buat live update ni korang boleh terus print gambar. Beli frame dekat DIY hehe. This station made by bestfriends! Semua friends pun bestfriends what, sebab aku tak de kawan jahat, semua kawan baik. Pembawakan agaknya, haha LOL.




Tudung masa nikah aku beli Radiusite warna putih pearl, pastu untuk sanding aku beli cream. Korang boleh bayang kan die punya beza kaler tu? Macam sama je. Tapi aku nak matching punya pasal, aku beli dua-dua walaupun warna sangat la tak jauh beza, haha. Sebab sale.

Sebenarnya bridal pun dah siapkan ko shawl sekali tau, tapi sebab aku takut muka aku ni kan jenis bulat pipi tembam, nanti tak kene tu yang beli lain. Lepas tu hari tu kat insta Hajaliah Creation buat promotion, sapa amek pakej dia dapat free shawl jenama apa ek, aku lupa. Tapi best tau, popular shawl tu. Pakat yang belum kahwin gi tempah pakej RIMBUN PUTEH sana. Yang dah kahwin pun boleh spread the promotion to others, anak korang, anak sedara korang, kawan lain. Sure puas hati.


Hentam sajalah labu.
Tetiba tengah posing-posing, pang pang kopang kopang kopang gibing gibing gibing.

Haaaa, pihak pengantin lelaki dah nak sampai. Terus mak andam ajak pergi pelamin sanding. Aku tunggu la kat pelamin sebangaimana mempelai lain jua.

Bang, please la sambung lagi gambar. Ckik! ckik! ckik!
Lagi satu nak suggest, photographer atleast dua orang sebab satu boleh amek gambar ko kat pelamin masa ko tunggu pengantin lelaki sampai, satu lagi ko boleh teruskan keperasanan ko untuk posing tanpa henti, Kannnnn. Best kan? Kalau ada live update kene 3 photographer.

Okeh-okeh yang pengantin pempuan jangan nak bebel banyak sangat, depan khemah sana, kepak kepak gebung gebung gebung dari tadi ni. Jom tengok muka pengantin lelaki dan family semua. 

Hensem ke idok, berdebar debar pulak rasa, rasa cam nak bangun dari pelamin tengok dekat-dekat. haha. Kalau iols tak yah risau dah, gojes of the day sepanjang tahun. haha. 

Pengantin ni bukan pagi tadi yang sibuk amek kuih talam ke kat umah makcik zaidah?

Tu diaaa, dah husband mesti ler hensem kebeno. Biar aku je cakap, korang tak yah cakap die hensem sekali, seminggu dia mengganggu tidur aku nanti sebab kembang 24/7. Lain kalau aku, dah lali dengan semua tu. haha. Sebenarnya masa ni aku pun duk berdebar-debar weh, ye la, sekali seumur hidup sanding ni. haha. sana ok ke sini ok ke, bunga tu senget, betulkan. Woi kipas industri tu jangan tutup, aku berlecak pulak kang. Kan, die punya cerewet.

Rombongan pihak lelaki start berarak. Siap ada JMF lagi eh jaga, siyes pulak tu, takut hakak nak tengok.


Man, ko ingat, kalau ada tol, buat macam aku cakap, taktik jual janggut dulu. Diorang lepaskan ke tak ok!
Rombongan pihak lelaki sebenarnya adik beradik husband, jiran tetangga, dengan Kelab Kereta Harimau Selatan KKHS. Adik beradik je dah ramai, Alhamdulillah semua datang. Meriah. Tu kalau buat event last minit kat umah, dapat sambutan jee.


Man: Hish, tak kan aku nak jual janggut, ni mahkota kelelakian aku. Aku bantai je la duit ko ni.
Husband: Ok ok, tapi ko janji bagi sikit je, sebab pengantin pempuan dengar citer kuat shopping.
Ewaahhh, sempat dibawah panas mentari mengumpat aku. Kalau tahu diorang tengah ngumpat aku suruh budak kompang ulang tiga kali round. Tapi nasib baik ada mak mertua ku, bagi je diorang terus masuk. Apa diorang bincang tapi aku agak diorang gosip ni sebab penah menang Gosip Duo Berkumpulan suatu ketika dulu. Hihi. Matila kalau suami aku baca.


Nah, minum nak. Kesian berpanas ye.
Macam biasa la bila diorang dah sampai bagi pengantin lelaki minum dulu. Man aku tau ko pun haus, sabar-sabar, tapi laki aku lagi panas sebab pakai baju lagi tebal dari kau.

Ko ingat minum tadi free? Sekarang bayar.
Haa kemain gangster kendarat umah gua, umpan dulu bagi minum baru minta payment. hahaha. Good job makcik.


Sayang senyum sayang.
Ewaaah ko Lan, Cik Jul suruh ko rakam majlis kemahen ko merakam awek cantik jee. Patut la webcam cikjul ko penuh gambar awek-awek lawa je. Ini Lan anak buah husband yang dipercayai untuk merakam majlis, tapi yeah tertangkap ko. ayooooo. Menjawab ngan Cik Jul.


Salam dulu bang.
Pengapit lelaki ni sopan. Alhamdulillah. Masih bujang ni.


Eh, bak ah lagi sikit.
Betul gangster kendarat umah aku ni. Belum habis eh makcik. hahha. Abang aku sport cek dulu haaa.


Kumpulan Kompang Felda Taib Andak by Tok Perak
Nasib baik ada group kompang ni, husband cari. Kalau kat taman umah aku tak de. Cari juga ingat sekali dengan kompang group. Tapi tak de la. So masa aku kawen tak de orang silat. Huwaa.


Antara tetamu yang hadir.
Ni aku amek gambar random je. Nanti kawan-kawan dan sedara yang datang entri lain naa.

Wah ko Ijan, kemahen aweks three.

Boy, maseh datang. Kawan CIMB yang sengal. Haha.
Yana, Haziq, and Abg Wan. Thanks sudi datang.

Bridesmaid Of The Day
Masa pengantin lelaki nak sampai, mula bridesmaid amek tempat memasingz kan nak guard aku. Nak lepas bayar dulu. Suka tau tengok diorang ni.


Ok adi manis, lihatlah helaian janggut abang ni. Bagi kami laluan please.
Wah, photographer pun amek gambar sharp muka ko Man. Hehe. Baju pink, soft je masa majlis, auwwww. Masa aku nikah kemahen ko garang, baju itam pulak bawak hantaran aku senget-senget. Tatut hakak. Hari ni auuuwwww.

Haaa, cepat abang Maaaan. Tol dah sedia ni.
Gaya korang, mesti makcik kendarat aku ajo ni. Gangster semua. hahahha. Good job girls. Nape ayu sangat ni korang. Mesti kerja photographer jugak ni, Paat dengan Faris. Thanks Kirikanan ye.


1st scanner
Hahahha, yang aku tak boleh tahan, siap scan duit hahahha. Nak bagi lepas ke tak.

Alah, abang Man ni, baju dengan sampul dah sama warna, takut tak amek sampul, awek-awek terambik abang Man kang.

Ok ok, dah bayar bagi dia lalu.
Masa ni lagi aku berdebar sebab diorang dah buka kan, wawawawa, haha. Gelis sangatkan. 

Assalamualaikum abang.
Mithali sangatkan aku ni. hehe. Masa ni kat depan khemah kemahen ramai, family dengan kawan-kawan. Segan pun adooooo. Sampai tak sempat nak merenjis tapi barang-barang nak renjis lupa. Ko rasa? Hmm. Tapi tak pelah dah lepas. Adat je kan.


5 minit kemudian, lama pulak ko menyalam kan. Lebih ni. Mmmuah. haha.

Dyna & Helmy Reception

Dyna & Helmy Reception

Dyna & Helmy Reception.
Eh piwitttt bersanding! Kompang dipaluuu pengantin malu, ahha ahha.
Actually, diorang tanya tema aku apa. Aku cakap untuk pelamin dengan baju pengantin tak de tema. Sebab aku macam bayangkan tema tu kerna warna warni aidilfitri. Kawan-kawan aku tanya, aku cakap bantai color je. Ye la hari ni aku nak create tema cream. haha. Tak payah dah lambat.

Suamiku.
Cukup-cukup lah tu bergambar, sebenarnya pengantin sampai sanding jap pastu bergambar dengan family lelaki dulu, adik beradik 10, kalau satu family ada 5 gaya, setiap gaya 5 kali snap, dah berapa lamakan belum campur yang tak fokus dengan goyang inul, pastu kawan-kawan lagi, gaya 15, yang pakai photographer lain, yang pakai hp sendiri pastu yang pempuan harus cium pipi kiri kanan 3 kali. Haaa tu dia.Tapi terima kasih sangat tunggu nak buat kenangan. Nanti aku upload para jemaah yang hadir, yang ada dalam album aku, walaupun muka aku tengah senget ke time tu, aku upload jugak. Baik tak aku?


Dyna & Helmy Reception
Bacaan doa sebelum makan. Serius gila muka aku, dah kenapa kan. Macam muka lapar je kan. Padahal sebelum mekap dah makan sesiap ngan MUA.

Dyna & Helmy Reception

Amiin
Aku suka tau gambar-gambar ni sebab photographer pandai amek amek moment. Tak delah jemah nak kene posing je kan. Susah. Ni yang dari arah tepi, lagi sorang dari depan.


Dah abang minum dulu. Haus haus. Aku dah siap sesi laga pipi, dia laga dada tak siap-siap.

Dyna & Helmy Reception

Dyna & Helmy Reception
Eleh husband jeles lettew. And honestly masa makan damai, dah buat meja panjang je sebab nak bagi meja bulat banyak. tapi still crowded. Untuk makan damai meja aku buat sikit je, sebab kalau buat U bagai nanti tak muat banyak. Meja bulat je 4 meja. Semua family lelaki makan damai, family aku semua busy, mak bapak aku lagi la, datang tengok anak die time amek gambar je kejap. Tuan rumah kan.

Harap-harap untuk makan masa tu muat walaupun bersempit sikit. Haha, macam pengantin lain, time makan damai banyak lauk pun ko tak rasa nak makan sangat sebab tak selesa sangat dengan crown lagi-lagi aku pakai pangkat darjah kebesaran pulak kat bahu kan.

Hehe suka baju ni sweet sebab aku reben kat bahu. Kalau nak baju pengantin lawa-lawa tempah Hajaliah Creation sebab baju dia semua sesuai untuk yang pakai tudung.

Dyna & Helmy Reception
Ni kamera depan pulak. Aku ni tak pandai sangat nak gaya. So hentam sajalah. Nak outcome cantik katanya. Kugagahi jua, kalau tak nanti cari photographer balik sebab nak komplen padahal salah sendiri kayu kan. haha. Dah siap-siap makan, DJ pun panggil potong kek.

Dyna & Helmy Reception
Sebenarnya ada kaki untuk kek ni nak bagi nampak tinggi, sebab aku beli kek kecik je. Tapi diorang lupa la tu. Nasib baik gambar tak membongkok sangat. Hahaha, mampu aku untuk kek pun pikir. Dah kek nye ciput je nampak.

Kek kawen tempah lagi berapa hari je nak majlis, kalau ikutkan tak boleh, tapi sebab kenal dengan manager Secret Recipe tu, dia ambik  jugak untuk last minit order. Haha.

Amboi, saya suap abang kemahen sopan, turn abang, nak selet kat hidung plak. Patu buat muka jahat last pic kan. Ewah lu abang,
Masa memula, baik je nak suap pastu nak membuli. haha. Okeh, dah agak-agak siap makan dengan potong kek, turn amek gambar lagi. Mula makan pun lambat sebab lama sangat amek gambar, time makan pun sama la, kawan nak amek gambar. Alhamdulillah terima kasih sangat semua sudi datang and sudi gambau. Ramai kawan-kawan and family semua. Sedara pun tak berhenti datang sampai malam.


This is my family!
Alhamdulillah semua pakat tak tukar baju, hehe, sebab yang lelaki ada baju kemeja kalau-kalau diorang panas kan. Sayang sangat.


Dyna & Helmy Reception

Dyna & Helmy Reception

In law family!
Ramai kan. haha. Ni pun ada yang tak masuk. Lan tak de, pergi rakam awek-awek la ni.

Dyna & Helmy Reception

Bestfriends ever!

Dyna & Helmy Reception
Suka lettew kawin. Emm rarwww.
Selesei je  sesi gambar family, masa untuk posing suami isteri pulak. Jomlah kite nengok yer. Jadi apa ahaha.

Dyna & Helmy Reception

Dyna & Helmy Reception
Decoration  by Hajaliah Creation ;
Official Photographer by Kirikanan Studio

Dyna & Helmy Reception
Decoration  by Hajaliah Creation ;
Official Photographer by Kirikanan Studio

Dyna & Helmy Reception
Honestly aku puas hati dengan pakej yang aku amek. Tak de la tak puas hati pasal ni pasal tu, so bridezilla atau yang plan nak kahwin, hati-hati pilih ni semua la. Tapi ikut pengalaman aku, aku mesti suggest yang macam aku amek. Bukan cakap aku punya paling baik, tapi ni salah satu suggestion yang patut ada dalam list kahwin korang dan aku list tetamu korang yang nak kawin haha. Tak malu sungguh minta dijemput.

Dyna & Helmy Reception

Dyna & Helmy Reception

Dyna & Helmy Reception
Decoration by Hajaliah Creation ;
Official Photographer by Kirikanan Studio

Dyna & Helmy Reception
Hamek, sampai tergelak-gelak aku kene posing. Paat sebelah kiri Faris kanan, aku pun tak tau nak pandang mana. Hahaa.

Dah la tak tahu nak bebel apa lagi. Ok lah majlis berjalan dengan lancar, cuaca Alhamdulillah cantik tak hujan. Padahal hari semalamnya masa nak pasang pelamin, hujan lebat gila, sampai bergoyang khemah khemah aku. Peh, seram jugakan, kita nak majlis tapi cuaca tak berapa sesuai. Memang korang kene banyak doa la, cuaca elok, ramai yang datang, dan majlis lancar. Dulu masa join usrah satu kakak usrah tu bagitahu, Allah Maha Memahami dan Pemalu, Dia malu kalau tak makbulkan doa. So minta la apa je. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

Terima kasih sangat semua yang datang, kawan-kawan ramai jugak yang tak amek gambar. Lagi-lagi yang datang awal masuk bilik. Mana yang ada gambar tu, whatsapp2 la kitew tak pun pm le kite. Hehe, nak buat kenangan.

Ya Allah panjang berjela, 3 hari baru habis baca. Nak create entri pun dah nak seminggu gamaknya sebab kerja. Bila ada masa baru sambung-sambung. Hihi.

Mana yang belum baca related entri ni, sebok jugak nak promote link;


Bye and thanks.