Thursday, 5 July 2012

Pulau Perhentian

Sehari lepas degree aku selesai, aku dengan kawan-kawan aku dah rancang untuk bercuti dan berjimba! Aku bertolak 28 Jun malam. Aku habis exam 27, lepas exam berenjoi dengan kawan-kawan UTM, our last. tsk tsk tsk. Pilih tarikh 28 pun sebab tunggu aku habis exam sorang-sorang.

28 Jun tu kelam kabut sampai petang barang tak kemas lagi padahal kau kena berambus dari uni ni. Kalut lah kemas, sampai aku tak sempat nak keluar duit untuk pergi travel malam tu jugak. Yang bank aku nak keluarkan duit, tak guna kad ATM sebab mak aku tak suka aku guna ATM. Alamat nya, aku pergi tak bawak duit lah gila. Selamba nak mampus nak pinjam duit kawan-kawan. Malu hokeh nak berjalan tak bawak duit, hari ni aku baru sempat keluar duit tadi balik hantar mak aku pergi hospital. Semalam-semalam tak sempat sebab aku dengan kawan aku bersemangat cari kerja. Ahh, jangan cerita pasal kerja dulu, sekarang nak story pasal vacation aku ke Pulau Perhentian, Ganu deh.

Kiteorang berkumpul kat Tangkak, sebab si Mail tak sempat nak ambik kiteorang dekat Kulai. Masuk kereta, bacaan doa diketuai oleh abang zarip (erk).

Khusyuknya abe-abe kito berdoa.
Yang join 8 orang, dari Johor 7 orang. Kena amek satu lagi budak bertuah dekat UMP, tinggal kang nangis. Dah la ponteng kursus sebab nak join kitew-kitew aje. Thanks to Mail for his Exora.

Korang pernah tak nampak menatang yang kawan aku main ni? Benda tu memang function dia buat geli-geli kat kepala. Sangatlah geli main benda alah ni kat kepala. Meremang satu badan kau.

Eksaited

Mail driver tegar sepanjang travel. Ni keadaan masa awal-awal. Meh tengok dah lama sikit.

Haaaa. Masa mula-mula aku perasan dia pakai aku terus tanya, sebab aku sebenarnya tak nampak sangat, gelap.

Dina:   Eh mail, ko pakai tudung. Mana ko dapat?
(serius aku tak nampak, yang aku perasan dia pakai tudung)
Pojan: Dia guna boxer ah.
Mail:   Aa. Kau nak ke?
Dina:   Eee. Tak hinging. Selekeh.

Sejuk pakai boxer. Hei kawan kawan aku niiiii macam-macam.

UMP kampus baru, Pekan.
Ezzaty kenapa tak reti duduk diam??
Sampai UMP dalam pukul 2lebih pagi. Nasib pak guard kasi masuk. Lepas ambik Azmi, bontot semakin berpetak sebab kereta jadi sempit. Yang aku tak puas ati yang kecik-kecik duduk belakang sekali tempat yang paling sempit. Aku pojan ezzaty. Aku kecik? tangan didada lah noks

Menunggu boat. Sebab dekat Jeti Kuala Besut ni nak pergi pulau nya tak guna feri macam Tioman. Best jugak, cuma aku takut barang basah je naik boat. Kat Tioman naik boat masa nak pergi snorkeling je.

Letih kot nak sampai Terengganu. Dekat pukul 9 pagi sampai jeti. Jumlah perjalanan hampir 11 jam if im not mistaken la. Dah campur berenti-berenti toilet, semayang, tapi tak tidur hokeh. Bukan aku la, aku sepanjang masa membuta.
Jeti Kuala Besut



Mael, Syed, Pojan, Ezzaty


Pojan! Tak payah nak jadi abang sasa sangat lah. haha. Sebenarnya aku yang suruh sebab nak bagi badan aku nampak kecik dari biasa.

Belum sampai memang tunjuk tumbs up kan bro?

Dah sampai jeti Pulau Perhentian Kecil. Walaupun letih tapi muka eksaited betul. Kiteorang ambik pakej RM250 per person.


Ni chalet kiteorang, satu malam RM40.

Boleh lah tahan, paling murah khen.

                                       
Tak payah nak gangster sangat la muka korang. Tak takut ah.


Makanan macam biasa lah mahal dia.

Lepas makan pergi snorkeling. Masa ni snorkel kat pantai je, sebab snorkeling trip nya esok. So petang pergi main-main je. Coral kat tepi-tepi pantai tak berapa nak lawa la. Kalu pergi yang ikut trip mesti ohsem.
Hari tu kami sempat jalan-jalan pergi Long Beach sebab chalet kiteorang kat bahagia Coral Bay.

Petang tu jugak kiteorang balik hokeh. Aku malas nak cerita dulu kenapa tapi yang penting servis dia aku rasa macam apa ah. Tahi betul. Macam racist ah. Maybe bercampur dengan emosi letih lagi, terus berlagak macam orang kaya. Lupakan pakej, dan belah dari Pulau Perhentian.

Muka aku senyum, walhal sedih gak ah. 



Maybe next time, kena pergi sini jugak tapi kena ambik pakej mahal baru nak layang elok sikit kan. Sebab tengok review memang coral Perhentian ni awesome tapi kami tak sempat sebab kesentapan melanda. ohhh.

Masa kat Tioman, orang nya semua ramah-ramah kot. Tu datang tak pakej pon. Ni datang pakej sepatutnya dia kena sedia terima guest. Chalet masa Tioman, dia siap tunggu depan lagi sebelum kiteorang sampai sebab nak tunjuk bilik.

"Ok lah Perhentian, next time we will come back eh sebab nak tengok coral kau."

Bersama pak janggut pak janggut. Sesiapa bf dia belum ada janggut, dah boleh suruh bela dari sekarang. Sunnah.
Masa ni harus pakai cermin mata sebab air percik je kat muka. Dah la masin, kena mata opkos pedih. Baju tak payah cerita, aku baru tukar baju kena recik air pulok.

Aku suka juga kamu

All of us

Masing-masing mengelap speks dan mula fikir apa plan kita sebab benda ni unexpected thing kan.Ikot majoriti, nak balik. Kalau aku mesti ah tak kisah yang mana-mana. haha. Sebab tu kawan-kawan aku kata aku tak kreatif. Kuang ajo.


Beli souvenirs kat jeti Kuala Besut. Aku cuma beli fridge magnet je sebab kewangan terbatas. Thanks lah kawan-kawan sebab dulukan duit. Esok aku bank in duit hangpa na sebab aku bukan sengaja, petang tu bank dah tutup doh.

Next destination, aku cerita next entri sebab aku jakun. boleh?

2 comments:

  1. kenapa balik ptg tu jugak? i pon nak pergi ikut pakej next weekend. takut pulak bila bace entry ni u balik ptg tu jugak.

    ReplyDelete

  2. Pulau Perhentian adalah antara pulau yang tercantik di Malaysia. Kalu ada yang berminat nak berkunjung ke sana hubungi la kami di PerhentianRaisya.Com

    ReplyDelete