Monday 31 August 2015

Perasaan berjauhan dengan cinta halal ku


Huwaa, nak tulis entri pun rasa sedih. Sebab tu rasa malas buat masa ni update blog yang ada kene mengena dengan suami ni tapi tak boleh, since dah tahan-tahan tak nak buat entri tapi hari ni rasa nak tulis sesuatu tentang suami.

Berkahwin baru 4 bulan, dia dah kene panggil kene kursus for 6 months. 6 bulan woi bukan 6 hari. Pengantin baru lagi kan. kan kan. Eh korang jangan fikir bukan-bukan pulak. Apa ko ingat kahwin ni kerjanya jimak je. Perasaan dah kahwin kan, ko akan rasa macam overall. Keseluruhan beb. How we are responsible each other as a husband and wife. take care each other.

Dan bila setiap kali aku rindu suami aku ngadu pada Allah, supaya sampaikan salam rindu aku pada husband. Dan setakat ni Alhamdulillah apa yang aku minta, Allah makbulkan. Dan aku tak boleh bayangkan macamana rasa pasangan suami isteri yang tinggal jauh bertahun-tahun. Dari start kahwin seminggu dua, dah PJJ balik. Oh My God. Kalau ada handphone orang kata, kau ngadulah apa je, kau whatsapp la apa je, nak video call apa semua. But I'm not.

I'm just waiting for his call. Alhamdulillah, he keep calling when he is free. Mungkin ni apa yang kami kena korbankan sikit for our future. Dan syukurnya, bila aku disahkan pregnant dua bulan sebelum husband course. Rezeki Tuhan memang tak putus, tapi dalam keadaan macam ni, rindu suami mestilah rindu, sedihnya Allah je yang tahu. Tapi tak boleh selalu nak melayan perasaan takut effect baby kang nanti dia kuat nangis jugak, Hehe, InsyaAllah tak lah, ye baby. Ada juga teman pergi memana, nak makan apa baby teman kan.

Bila duduk jauh, ko akan rasa krik krik juga la bila dapat husband jenis teman and hantar ko pergi memana. Jauh je ko tak de geng nak melayan. Tapi Alhamdulillah kawan-kawan and family dekat, teringin nak makan ni makan tu ada juga melayan, teringin shopping pun ada yang melayan. Mau shopping boleh jadi kategori teringin, tu nafsu belahak tu. Jangan layan sangat. hehe.

Kenangan masa honeymoon.

Tapi seriously, bila dah kahwin, the best place u have to stay is with your husband. Dan semoga semua wanita termasuk aku dikurniakan suami yang smart duniawi dan ukhrawi. Amiin.