Sunday, 13 August 2017

(Backup) Zahra nak jadi kakak yeay ☺️

Tak sangka dah 3 bulan tak post something kat blog bersawang aku ni. Hehe. Last post pasal birthday aku. Sebenarnya birthday hari tu kami sambut kecil-kecilan je kat Secret Recipe makan kek. Hihi.

Hari ni nak cerita apa ya?? πŸ€”πŸ€”πŸ€”

Aceceecehhhh

Tak payah la kann tengok tajuk entri pun dah tahu. Last post doakan ada family ke empat. Tup tup lepas period bulan 5 jeng jeng hehe Im pregnant!!!

Zahra my bucuk bucuk mashamm nak jadi kakak dah. Alhamdulillah.

Memang rancang nak jarak kan 2 tahun ngam ngam. Due date pun beza sehari dengan birthday Zahra hopefully dpt birthday sama la hehe. Tapi tu tak penting, yang penting baby sihat sempurna.. itu la paling kita mak ayah harapkan kan. 

Bagi rezeki sihat, rezeki yang tak boleh jual beli, tak ternilai. Syukur. 



Mula mula period tracker dah remind lewat 10 hari, beli la upt test tu, keluar 1 line laju dalam bape saat.. dalam hati 'ohh tak pregnant' .. pastu letak je upt tu. Esok nya tengok balik, eh macam samar gile kene kat cahaya terang baru nampak. Memang kata tak de pun boleh. Yang gambar atas ni da kira terang buat balik lepas seminggu lagi. 

Kiranya kalau samar habis pun kira ada.. korang try lagi lepas seminggu kalau still tak period. Maybe masa tu hormon hcg tu belum banyak lagi kan. Lepas berapa minggu tu baru la pergi klinik scan untuk confirmkan. 



Ni haa dia kakak to be.. pandai dah akai cekak rambit sendiri. Sekarang pakai kasut wedges mak dia pun boleh. Jalan sana sini pakai selipar besar. 



Anak 2 to be. Hihi. My love ni. 

Dulu masa bercinta oh my god how my life kahwin dengan orang pendiam ni ye... aku ni suka cakap. Haha jangan jangka,  perancangan Allah itu la sebaik baiknya. Bila dah jodoh ko, he suit you dalam segala segi InsyAllah. 

Funny, caring, loving, omjay tak leh puji suami ambo lelebih. Hehe. 

Para suami ni jaga jaga la hp tu jangan simpan gambar wanita lain dalam hp, atau perempuan yang isteri tak kenal. Cerita dia cam ni. Semalam laki aku balik weekend sebab start minggu lepas operasi sebulan, aku nak ambil gambar kami pi makan-makan, pastu ehh ni gambar pempuan mana pulak muka tak jelas sebab tunduk, siap gambar edit-edit ni. Aishh esk pg aku tanya, abg gambar pmpn mana kat hp abg ni. 

Laki aku gelak haha, dia teringat la tu gambar tu. 'Apa la syg niiii, abang takde masa la nak mcm tu. Orang rindu dia rindu family.. tu abg save download kat mana ntah tu design meja dia kan pallete'.. sbb dekat serounding tu mmg gambar meja. Hehe baru lah muka ada senyum aku percaya la sebab dia memang suka kerja merepair menukang ni. 😜

Korang pun suami2 ni jangan memain eh. Gambar pempuan ala ala makcik tudung senget pun kami boleh jeles langit ke tujuh uols. Sayang suami memang omjayy kalau ada benda2 pelik ni. Rasa rasa sebelum sagat muka pempuan lain atas jalan rasa nak sagat muka laki dulu kan.. hahaha

Bukan kata gambar pmpn yang isteri tak kenal/kenal tapi takde kene mengena sedara/kwn rapat suami isteri tapi gambar isteri tak de dalam tu/gambar artis terkenal pun lelaki mahupun wanita;haha sebab macam rasa sesuatu plak kalau suka simpan gambar artis lelaki ni. Tetap para isteri ni cemburu habis.. dia dah takde orang lain da her life for you and anak anak you je πŸ˜πŸ™‹

Ya Allah bahagiakan rumah tangga kami. Dijauhkan dari hasutan syaitan. Amiin. 


Gambar gambar throwback je 😘


Sekarang banyak post kat ig la sebab ig pun dah macam diari dah sesuka hati i je nak cerita panjang mano. 😝 

Ok la bye.. post 4.11am sebab tadi ni bangun makan nasi macam lunch tanpa rasa bersalah. Lapar memanjang uols! Menyusu dan hamil bukan sesuatu yang mudah ok! 

Sunday, 7 May 2017

Happy 28 Birthdays

Happy birthday to me ☺️πŸŽ‚

Happy 28 years old. Pada masa ini saya dah ada keluarga kecil saya sendiri. Bahagia cinta ini. Suami yang sangat peyayang dan penyabar dengan bebelan mulut ini.. ada Zahra, yang easy baby. Suka berjalan macam mama abah dia. Geng la kita bertiga ya..

Yang keempat? InsyAllah doakan la. ☺️

Dan special thanks to mak dah ayah saya. Melahirkan membesarkan saya. Susah payah..tak pernah rasa lelah tak pernah rasa jemu. Sekarang dah ada cucu-cucu, kami yang anak ni macam anak angkat dah πŸ˜‚. Cucu diutamakan. 
πŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘Ά terima kasih mak and bapak. 

 
Kenangan baru habis pantang.. masih chubby. 

 
Bucuk bucuk mama...

Cinta mama dunia akhirat.. InsyAllah😘



Friday, 10 March 2017

Trip ke Cameron Highlands- Part 3

Haii lama betul tak update. Ok la aku nak habiskan trip ke Cameron Highland jugak..

Ok hari ni hari last kite kat Cameron, so cepat pergi mana yang belum pergi lagi. 😊

 
Bagusnya Zahra ni tiap hari dia akan bangun awal, sebab dia jenis tidur cepat. Balik lepas maghrib makan main-main jap lepas Isyak bese dia dah mintak tidur. So pagi pukul 7lebih biasa dia dah bangun dah. Senang nak mandikan dan bagi makan siap-siap dalam bilik.

 
Bangun tidur layan tengok Didi&Friends tak pun UpinIpin jap..

 
Dah mandi kenyang apa lagiiiii minta tidur lar..mama boleh siap dan pack barang. Sebenarnya aku memang tak ingat nak bawak seluar panjang Zahra. Bawak sehelai je..tu pun da pakai 2 hari haha kesian anak aku.. pastu g beli stokin panjang ni..ingat kan muat.. macam kurang panjang pulak. Bantai sarung je la sayang. Nak cari seluar panjang semua tak berkenan.

 
1) Lavendar Garden

Yee kite jalan-jalan Lavendar Garden. Yang bestnye pergi weekdays ni tak ramai orang sangat.. hehe.

 
Cantik kan. Purple je semuaaaa. 

 
Dah aku mestilah nak memperasankan diri dulu.. Kat Lavendar Garden ni tak la sejuk sangat macam kat Brinchang. Boleh la..

 
Abah dan anak kesayangan. 

 
Mama pulak...

 

 
Family photo dulu laa. Dua orang kesayangan saya.

 
Dengan anak-anak buah. Zahra tu nak memetik yeee?!

 

 
Ok itulah serba sikit dekat Lavendar Garden ni. ❤️. Dari sini kite nak pergi beli ole-ole.. sebab petang nak balik dah. Mana lagi kalau bukan Kea Farm!!

2) Kea Farm

Kea Farm dalam hp aku tak de ambil gambar. Jap aku godeh hp laki aku..hehe ada pun. Macam orang nak tengok gambar sangat kan. Hihi. Saja buat kenangan.

 
Masa ni belum ramai. Tapi pun ramai ramai dia, tak la ramai macam weekend kan. Tu yang best tu hihi. Kebanyakan kat sini diorang jual murah berbanding tempat lain. Benda yang laki aku nak cari sangat ialah....

 
Ni haa Jagung Mutiara. Jangan tertipu tau. Banyak jual yang macam ni. Rasa sedap jugak tapi tak selemak jagung mutiara ni. Kalau yang selonggok murah tu mungkin tak ori, itu yang  susu. Rupa lebih kurang.

Jagung mutiara harga dia dalam lingkungan 2 batang RM10 atau murah 3 batang RM10. Masa gigit aduii lemak manis, susu terpercik-percik.. gemok-gemok isi dia. Sedap sangat.

 
Haa tak sabar nak balik, sambil jalan dah makan dulu. Tak senonoh sambil berjalan kan. Hihi ups.

Kat sini beli teh, strawberi, jambu, macam-macam la.

3) Abang Strawberry

Kalau ke Cameron Highlands tak sah kalau tak ke sini. Makan nasi lemak sambal strawberi. Ni pun anak-anak buah yang ajak. Kalau tak memang tak tahu pun hehe. 

 
Tunggu restoran buka, zahra layan kartun dulu. Masa ni dia macam nak start selsema sebab sejuk sangat. Pulak kat cameron masa tu petang je hujan. Fuhh sejuk.

 
Makan untuk 5 orang. Yang lagi dua orang putih makan cakes. Haha. Kite layan nasi. Yang bestnya sambal dia dari strawberi. Sedap. 

 
Lepas makan jalan-jalan tengok ladang strawberi dalam restoran je. Lepas tu ada jual produk keluaran Abang Strawberry, sambal,jem, kordial dan lain-lain.

 
Ni dia, aku ni apa je tak beli. Ada je nak try nye. Habis ke idok tu nanti. Suami pulak rajin layan apa isteri nak. Tu yang happy. 

 
Ok ni last destinasi di Cameron Highlands. Jom balik semua. Special thanks to my lovely husband. Melayan kami tanpa ada badmood-badmood ni.. ye la kadang aku cakap berputar-putar pun die sabar je..hehe. Upss jangan ingat dah habis berjalan..

Laki aku kata nak berjalan kan.. dah alang-alang..

4) Air Terjun

 
Kalau lalu Tapah nanti turun masa balik tu nampak air terjun. Ramai yang mandi..nampak macam tak de orang kan. Pandai la amek gambar. Celup kaki rasa sejuk gile, depa boleh berlengging mandi selamba.

Ni kita 3 orang je turun. Yang lain dah flat, macam ni la jalan dengan cik jul. Sampai habis bateri ye korang. Aku, laki aku ngan Zahra memang kaki jalan. Haha

5) Ikea Cheras

 
Tadaaa!! Siap masuk KL lagi nak ke Ikea. Laki aku nak cari baby chair untuk anak dara dia. Nasib la korang ye, layan cik jul. Dah malam sampai Ikea.

Sesi berdrama pun bermula..
 

 
Aaaghitchewww..

Ok barang pun dah beli. Aku beli pasu bungan dekat Kea Farm aku beli pokok bunga Daisy hidup. Jangan tanya sekarang apa khabar. Dah mati pokok tu. Haha.

Jom balik nampaknya malam ni kena bermalam di rumah Muar sebab dah lewat malam. Laki aku nak kene rehat. Sorang tu drive.. hihi. 

6) Melaka

 
Haa gigih kan boleh singgah Melaka lagi. Diorang memanv dah lepak la kan.. ni jalan kat jonker street. Jumpa family kak ipar aku. Kebetulan diorang memang jalan Melaka.

Zahra pun dah siap tukar baju tidur berminyak telon, berbedak.. dah selesa apa lagii tidur la.. Die memang dah tahap lena tu tak sedar dah. Salute la kat laki aku, drive sorang, kalau turun kereta memang dia la dukung anak. Aku ada jugak la sekejap-sekejap. Hehe.

 
Ni ole-ole sikit hihi. Jagung, petai semua kat dapur.  Tengok pokok daisy aku cantik. RM10 je.. laki aku kaktus RM2.50 je.. sekarang pokok aku dah mati pokok dia hidup je ..haha kaktus. 

Alhamdulillah selamat sampai Muar. Esok pagi dah gerak balik Kulai hantar anak-anak buah semua. Dah nak naik cuti sekolah. Happy cik korang ikut.. ramai. Yang cik suka rajin tolong jaga zahra. Hihi. 

Ok tu je percutian kami di Cameron Highlands. Cameron memang best, ye la first time pergi dan kira dah semua tempat best kami singgah. Tak la semua, pengsan haha.

Nanti abah ada rezeki lagi kita jalan ok..😍🌹 ok byeee.