Monday 30 July 2012

Lepak Santai dan Telok Cempedak

Masa vacation hari tu, kiteorang sempat pergi jalan ke TC, Pahang. And si pojan ada bawak kiteorang pergi kedai makan. Maklumlah Pahang tu Azziz!! yang pegang. (Azizz! cara sebut kena tegas. sebab dia kata tu nama gangster dia). Padahal tak takot langsong.

Nama Restoren tu Santai, kat area mana aku tak tahu pulak. Environment dia macam rumah banglo, tapi dia buat restoren. Orang ramai tak payah cakap lah.

Semua makanan dia tip top sedap.

Kalau nak tahu, si pojan akan jadi tukang makan yang paling last setiap kali makan, Mengamati sangat.  Omey ngat. bluerkkk

Gambar sangat tak terang sebab guna hp jeee. Bateri dua-dua kamera exhausted. mencik.


Ikan stim limau dengan udang butter yang awesome! serius,tidak main-main.
Aku taip sambil muka berkerut tahu, nak kata ni serius sedap.

Lepas makan, kita pergi lepak TC! best oh lepak TC, meriah kot tempatnya, tepi pantai.

Kitaorang tak lepak dekat tempat yang ramai-ramai. Mula-mula plan nak pergi hujung skali nak jalan-jalan je lepas tu patah balik. Tapi bila dah penat lepak kejap lepas tu Mail main2 buat unggun api kecik2.
Lama-lama makin besar pulak sebab dia pergi cari kayu dekat-dekat belakang mana ntah. Aku pontak tahu.

Best ah lepak cenggini. Main2 game, last-last dah letih dah dekat pukul 2pagi tak silap, penat mentido plak. dah aku ngan mira tunggun diorang bangun.

Tapi serius best ah, duduk tepi pantai bual-bual. Berbual lawak bodoh sakit perut aku ketawa. Part main game nyanyi, yang paling mengelat tuh ha, si Pojan.

Oh bahagia. Tapi mana sokka? dia dah berenang pergi umah ain masa ni.

Tuesday 24 July 2012

Ramadhan di usia 23 tahun

Hari ni dah masuk hari ke 4 puasa. Dah berumur jugak eh, tengok angka 23 tu. Kalau nak compare kan puasa kali ni dengan puasa tahun-tahun lepas. Banyak jugak bezanya.

Bezanya dulu-dulu kalau puasa aku bukan kemain kalau pergi bazar macam-macam tekak gatal nak makan. Tengok ini tengok itu, sedap jeeeee. Padahal kadang-kadang rasa dia bukan sedap sangat. Nafsu je kot.

Tapi setakat ni puasa tahun ni yang nampak ketara sangat, aku tak de nak makan benda macam-macam sangat. Pergi bazar pon sebab bapak aku yang sibuk nak beli-beli. Dia tanya aku nak makan apa-apa tak, aku cakap, hmm semua nampak tak sedap. Selamba aku cakap, kalau persatuan penjual-penjual kat bazar tu dengar, mau diorang sesah aku kat situ. Entahlah, maybe baru bape hari puasa tekak aku tak teringin nak makan apa-apa lagi. Tapi aku harap biarlah aku ada feeling tak teringin sangat nak makan macam-macam, makan je apa yang mak aku masak, lagi sedap, lagi bersih, lagi berkat. Macam nak bagi motivasi pulak rasa. Bukan, bukan, ini cuma cerita aku je.

Tapi yang ni nampak sedap lah pulak. Rawwrrr

Atau pun faktor umur? macam agak dah ahkak ahkak, so macam aku pikir, " ala, nanti buka minum air dua gelas pon dah kenyang. " ceittt, kenyang ke? lagi-lagi aku? haha. tu cara aku motivate diri aku je la biar mulut aku tak menyanyah nak beli-beli, last-last, tak habis. Malas aku, sungguh malas.

Terawih

Satu lagi pasal terawih, masa terawih aku tibe-tibe macam jadi mudesssss you. Sebab amik saf belakang sikit, orang-orang tua bagi dia depan-depan. Nanti biasalah ada budak-budak macam range umur sekolah rendah tak pun early sekolah menengah gitu, kadang sebelah aku, kadang belakang aku. In the geng mestilah diorang selalu sabaris kan. Baru sembahyang bape rakaat, nanti main lah, berbual lah, bergurau lah.

Tapi aku anggap benda tu normal budak-budak kot. Sebab dulu masa duduk taib andak pun aku macam tu jugak masa aku kecik. Sembahyang baru bapa kali dah lepak berbual dengan kawan-kawan. Masa tu kawan rapat yuyuk dengan juli. Takpun terus main kat luar. Sungguh tak beretika kau!..Tengah sembahyang aku boleh teringat zaman kecik-kecik aku. Nampak na lah sembahyang tak khusyuk kauuuu, mana tak nya, budak-budak pot pet pot pet. Dah lah pak imam tak pakai, mic sebab jemaah kat surau je. Memang jelas lah dengar telinga aku ni.

Then lepas-lepas tu aku pikir, "ishhh, aku dah boleh pikir macam orang dewasa ah," Aku anggap macam budak-budak, memang gitu. Wowwwww! Boleh bayangkan tak aku panggil diorang budak-budak secara tak langsung aku anggap diri aku ni dah matang. Oh my!!!!

Aku rasa aku dah ada rasa tolerate dengan budak-budak, dan benda tak sabar yang aku tunggu aku nak dapat anak buah baru. InsyaAllah, sebab rumah aku ni tak de budak kecik. Arbi dah balik kampung. wuuwuuwuu rindunyaaa. Arbi ni anak bongsu kakak aku, and aku admit yang dia ni budak yang baik giler. Dengar cakap, tapi kalau part dia merajuk macam orang beso. Baru tujuh tahun, tapi dah darjah 2.

Tak lama lagi, anak abang aku pulak. Macam best ah jadi mak. Adakah benar aku kini dah tua? eh normal apa 23 pikir gini. khenn. Act like a lady, think like a woman. gituuuuuuuu

P/s selamat berpuasa

Sunday 15 July 2012

I have no idea

Sekarang ni aku tengah boring boring boring. Tak join kawan aku pergi Melaka sebab semalam birthday kak ipar aku. HAPPY BIRTHDAY KAK! Gambar susah nak upload sebab internet yang fcuk lembab.

Malam tadi tak memasal aku dapat message orang tanya aku sihat ke tak. Aku kena pastikan sama ada aku tak ada perasaan ke aku nak marah sebenarnya. Only 2 things in my mind.

Esok, aku ada interview kerja dan kemungkinan kawan aku tak dapat teman cari company tu. Oohh, hari ni aku kena pergi tengok company tu kat mana supaya aku tak menyusahkan dia kalau aku sesat esok. Hari ni pon pergi dengan dia la ni tapi objektif hari ni nak berjimba wayang. Tak padan dengan baru berjalan Melaka. Untunglaaaa.

Dan orang yang paling aku rindu adalah anak sedara aku yang sorang tu. Arbi. Lepas aku kerja maybe i can buy a flight ticket by my self to meet him.

My wish, cepat lah aku dapat kerja sebab aku nak berduit je sekarang. Ok stop membebel.

Wednesday 11 July 2012

Day #4 Thanks Evolt UTM

Masa aku dekat utm hari tu, aku ada menang satu groupon dari UTM sebab aku dapat bilangan terbanyak promote satu page fb kawan aku untuk dia punya Proton Competition bagi mencipta hybrid car if im not mistaken. Walaupun bilangan orang yang tu tak banyak, tapi aku dapat. Groupon bukanlah berbentuk tebusan wang ringgit  tetapi dapat menjamu selera di Yew's Cafe.

Why i'm looked so pale? owhh maybe my lipstick finished already but neverrrrmind, the important thing is eat eat eat. tak sedar badan sedang dalam rangka program. hahaha, ketepikan itu dulu. pleashhee, pleashee (ngada sangat lah nak pelat).

Dengan itu saya berkesempatan mengajak rakan saya tidak lain tak bukan rakan setia berjimba iaitu

Sebelum makan
Nama dia tak perlu disebutkan lah, sebab kalau bagitahu pun orang still tak kenal sebab dia bukan artis pon. Sebab apa aku ajak dia ni? Sebab dia buat muka seposen cenggini, tapi siap-siap ah dia lipstik dia akan ku tarah.

Dalam set vaucer tu, air pulak dia tak bagi sekali. Nasib baik air je kena beli, yang lain freeeeeeeee.

Sirloin apa ntah nama dia, indak tahu bah!
Yang aku tahu ada Sirloin.

Lamb Cutlet apa ntah pon lupa nama.
Totally sedap. Sedap + bertambah sedap sebab free. Kah kah kah

Lepas dapat makanan
Terus buat muka ganas, rasa nak penampor pon ada. Ok lah aku tahu lepas ni susah nak jumpa kau, lepas ni kau akan tahu apa erti duit sebab u r an engineer after this. Pang allo, allo, allo. 


Tuesday 10 July 2012

Day #3 Last lunch with them

After 3 years we are together in campus, sharing a same moment. 

Last lunch together
Ila tak sempat join sebab balik awal benor.
Lepas 3 tahun, baru aku tahu erti makan terlebih tu macam mana. Macam ni lah, makan fast food sana sini, makan itu ini. Dek kerana tak makan dekat rumah, badan aku yang slim dah jadi agak berotot lebih, LOL.
Arghhhhhhh. Apa-apa pun aku mesti rindu korang.

Walaupun aku selalu menyusahkan korang lagi-lagi bab nak buat assignment dengan waktu exam. Haha, padan muka aku result pon tak 4.2 je macam korang. Apa-apa pun thanksss sangat.

Kalau korang nak tahu (ditujukan khas untuk orang seperti visual di atas), hari ni hari ke-4 aku menderita diet hahaha tapi aku nak repot hari ketiga punya menu. Aku kan kene bersemangat bagitahu apa aku makan even poyo nak mampus.Ye ah aku rasa aku tak patut buat gini. Tapi ni belog aku, plis ah bagi aku bagitahu, pleaseee pleaseee pleaseee!!!!

Hah? tak payah? okeh tak jadi ahhh.

Tak de la, sebenarnya aku makan macam biasa jeeee. Terkawal lagi.

Sunday 8 July 2012

Day #2

Sarapan : Epal merah + ijo

Mangkuk ni kecik je heh

Tengahari: Setengah mangkuk kat atas ni.nasi goreng

Petang: Disebabkan hari ni aku hangout, dapat minum cendol masa otw  rumah makcik aku. Lepastu kat rumah dia makan bakso dengan durian 2 ulas.

Malam: Nasi stgh mangkuk kat atas lauk telur masak sambal.

Hamek kau!
esok? lagi lah. ada appoinment makan lagi. arghhh tidakkkk!

Saturday 7 July 2012

The starter

Sebelum nak buat entri ni, aku dah fikir doploh kali sama ada nak buat ke tak nak. Bukan nak poyo, tapi aku cuma nak rekod menjadi ke tak aku punya program peringanan badan aku, haha. Boleh jadi aku terlebih makan jugak walauuupon.. aku tahu hari isnin ni aku melantak sebab aku dapat vaucer makan free. Hari ni first day program peringanan aku, bukan peranginan eh.

So kalau aku ada masa aku update apa yang aku makan dalam program aku ni eh. Syiallah malu poyo siot aku. Ahhhhh aku tak peduli. Bukan ada orang nak baca pun.

Main dish

Sarapan:
Bangun lambat tak sempat sarapan.

Tengahari:
Main dish: bayam + kentang masak air (kurang minyak)
Nasi sikit je <--aku makan sayur dulu dah kenyang, tiba-tiba akak ipar aku buat sambal belacan udang kering, kecuh aduhhh sedapnya. Dugaan.

Petang:
Epal merah sebiji <--5 petang
Main dish hari ni + sunkist sebiji <--7.30 mlm

Stop. Air masak mestilah kena minum banyak.

Jangan ketawa okeh kalau tak berkesan. Kau ketawa aku santau seko-seko.

Thursday 5 July 2012

Program diet aku hari ni tercemar

Sekarang aku ada masalah besar kerna baju aku semua dah sendat. Tak payah guna figure watcher bagai sebab baju-baju aku yang biasa pun dah macam figure watcher dah.

Tengah nak update blog pasal berat badan, tibe-tibe kat berita ada pasal orang ada 4 kaki 4 tangan. Terus rasa bersyukur. Bukan tak bersyukur dengan aku yang sekarang ni, tapi kan lebih baik kalau jaga kesihatan. Ok aku nak reveal berat aku biar aku termotivasi sikit nak bagi ringan badan ni, biar bila pakai baju lengan aku tak adalah nampak besar. Sebab aku waktu kurus dulu memang jenis kaki dengan peha memang besar sikit, so bila aku naik badan, lengan dengan peha bertambah pulak serbuk penaik dia.

Aku hari ni konon nak mula diet dah, pagi-pagi aku minum air masak segelas tinggi dengan pisang sebiji.
Balik dari hospital nampak adik aku makan kopok lekor pulak. Ishh, rasalah sikit. Bukan sikit dah dekat 4 keping aku makan. Tengahari makan nasi sikit sangat tapi lauk pulak pucuk ubi masak lemak. erghhh.

Petang, konon nak sihat. Sebiji epal merah. Gambar tak terang, pakai phone, kamera rosak! benci.


Bukan epal saja, tapi bertemankan buah rambutan yang dah dikupas. Ni memang cara aku makan rambutan. Senang, terus nganga mulut sambil online. Okeh, makan buah takpelah sihat, lepas tu...

Mak aku makan kue tiaw, nak suap-suap aku bagai. Banyak jugak. Nampak pulak bapak aku makan bubur pulut hitam. Sekarang ni aku tengah panaskan bubur pulut hitam nak makan sejuk-sejuk pulak.

Memang cam haram lah aku nak mula diet ni. Sekarang berat aku 50kg oke, berat. waktu sekolah baru bape kot. Oke-oke esok aku mula jaga makan, dan aku update kat sini apa aku makan. Tak tahu lah jadi ke tak.

Hari ni diet aku tercemar, aku mula esok, padahal dari hari tu aku cakap esok esok. Tak menjadi jugak! Good luckh!!(edisi filem Taken).

Pulau Perhentian

Sehari lepas degree aku selesai, aku dengan kawan-kawan aku dah rancang untuk bercuti dan berjimba! Aku bertolak 28 Jun malam. Aku habis exam 27, lepas exam berenjoi dengan kawan-kawan UTM, our last. tsk tsk tsk. Pilih tarikh 28 pun sebab tunggu aku habis exam sorang-sorang.

28 Jun tu kelam kabut sampai petang barang tak kemas lagi padahal kau kena berambus dari uni ni. 

Kiteorang berkumpul kat Tangkak, sebab si Mail tak sempat nak ambik kiteorang dekat Kulai. Masuk kereta, bacaan doa diketuai oleh abang zarip (erk).

Khusyuknya abe-abe kito berdoa.
Yang join 8 orang, dari Johor 7 orang. Kena amek satu lagi budak bertuah dekat UMP, tinggal kang nangis. Dah la ponteng kursus sebab nak join kitew-kitew aje. Thanks to Mail for his Exora.

Korang pernah tak nampak menatang yang kawan aku main ni? Benda tu memang function dia buat geli-geli kat kepala. Sangatlah geli main benda alah ni kat kepala. Meremang satu badan kau.

Eksaited

Mail driver tegar sepanjang travel. Ni keadaan masa awal-awal. Meh tengok dah lama sikit.

Haaaa. Masa mula-mula aku perasan dia pakai aku terus tanya, sebab aku sebenarnya tak nampak sangat, gelap.

Dina:   Eh mail, ko pakai tudung. Mana ko dapat?
(serius aku tak nampak, yang aku perasan dia pakai tudung)
Pojan: Dia guna boxer ah.
Mail:   Aa. Kau nak ke?
Dina:   Eee. Tak hinging. Selekeh.

Sejuk pakai boxer. Hei kawan kawan aku niiiii macam-macam.

UMP kampus baru, Pekan.
Ezzaty kenapa tak reti duduk diam??
Sampai UMP dalam pukul 2lebih pagi. Nasib pak guard kasi masuk. Lepas ambik Azmi, bontot semakin berpetak sebab kereta jadi sempit. Yang aku tak puas ati yang kecik-kecik duduk belakang sekali tempat yang paling sempit. Aku pojan ezzaty. Aku kecik? tangan didada lah noks

Menunggu boat. Sebab dekat Jeti Kuala Besut ni nak pergi pulau nya tak guna feri macam Tioman. Best jugak, cuma aku takut barang basah je naik boat. Kat Tioman naik boat masa nak pergi snorkeling je.

Letih kot nak sampai Terengganu. Dekat pukul 9 pagi sampai jeti. Jumlah perjalanan hampir 11 jam if im not mistaken la. Dah campur berenti-berenti toilet, semayang, tapi tak tidur hokeh. Bukan aku la, aku sepanjang masa membuta.
Jeti Kuala Besut



Mael, Syed, Pojan, Ezzaty


Pojan! Tak payah nak jadi abang sasa sangat lah. haha. Sebenarnya aku yang suruh sebab nak bagi badan aku nampak kecik dari biasa.

Belum sampai memang tunjuk tumbs up kan bro?

Dah sampai jeti Pulau Perhentian Kecil. Walaupun letih tapi muka eksaited betul. Kiteorang ambik pakej RM250 per person.


Ni chalet kiteorang, satu malam RM40.

Boleh lah tahan, paling murah khen.

                                       
Tak payah nak gangster sangat la muka korang. Tak takut ah.


Makanan macam biasa lah mahal dia.

Lepas makan pergi snorkeling. Masa ni snorkel kat pantai je, sebab snorkeling trip nya esok. So petang pergi main-main je. Coral kat tepi-tepi pantai tak berapa nak lawa la. Kalu pergi yang ikut trip mesti ohsem.
Hari tu kami sempat jalan-jalan pergi Long Beach sebab chalet kiteorang kat bahagia Coral Bay.

Petang tu jugak kiteorang balik hokeh. Aku malas nak cerita dulu kenapa tapi yang penting servis dia aku rasa macam apa ah. Tahi betul. Macam racist ah. Maybe bercampur dengan emosi letih lagi, terus berlagak macam orang kaya. Lupakan pakej, dan belah dari Pulau Perhentian.

Muka aku senyum, walhal sedih gak ah. 



Maybe next time, kena pergi sini jugak tapi kena ambik pakej mahal baru nak layang elok sikit kan. Sebab tengok review memang coral Perhentian ni awesome tapi kami tak sempat sebab kesentapan melanda. ohhh.

Masa kat Tioman, orang nya semua ramah-ramah kot. Tu datang tak pakej pon. Ni datang pakej sepatutnya dia kena sedia terima guest. Chalet masa Tioman, dia siap tunggu depan lagi sebelum kiteorang sampai sebab nak tunjuk bilik.

"Ok lah Perhentian, next time we will come back eh sebab nak tengok coral kau."

Bersama pak janggut pak janggut. Sesiapa bf dia belum ada janggut, dah boleh suruh bela dari sekarang. Sunnah.
Masa ni harus pakai cermin mata sebab air percik je kat muka. Dah la masin, kena mata opkos pedih. Baju tak payah cerita, aku baru tukar baju kena recik air pulok.

Aku suka juga kamu

All of us

Masing-masing mengelap speks dan mula fikir apa plan kita sebab benda ni unexpected thing kan.Ikot majoriti, nak balik. Kalau aku mesti ah tak kisah yang mana-mana. haha. Sebab tu kawan-kawan aku kata aku tak kreatif. Kuang ajo.


Beli souvenirs kat jeti Kuala Besut. Aku cuma beli fridge magnet je sebab kewangan terbatas. Thanks lah kawan-kawan sebab dulukan duit. Esok aku bank in duit hangpa na sebab aku bukan sengaja, petang tu bank dah tutup doh.

Next destination, aku cerita next entri sebab aku jakun. boleh?