Sunday, 31 July 2016

Redeem free sample

Tengah tak de kerja ni, macam-macam aku sign up memain nak dapat free sample. Aku cleanser, cream, diapers, susu, pantyliner la macam macam lagi. Haha.





Ada yang tak sempat screen shot. Kurang-kurang dapat rasa free eh. Hihi.

Before ni pernah gak join-join amek sample, anmum, lactacyd, dll. Tp nak sampai tu makan masa jugak. Ye la benda freee. Kan ๐Ÿ˜‰

Saturday, 30 July 2016

Abang, tq for everything ๐Ÿ’
I love u the way u are, ๐Ÿ’๐ŸŒบ๐ŸŒธ๐Ÿ’๐ŸŒป๐ŸŒน๐ŸŒท๐ŸŽ€๐ŸŽŠ๐Ÿ’ž๐Ÿ’“๐Ÿ’“

Tuesday, 26 July 2016

Jamuan raya

Hari tu kawan-kawan husband aku datang beraya umah. Jadi dia minta la aku masak apa-apa. Tau je la aku ni bab masak memang fail lah kan. Tak pernah masak selain kat umah ni lepas kiteorang duduk sama. Hihi.

So decide masak soto la hari tu. Sebab ada baby ni masak sambil jaga anak la. Padahal masak sikit je. 

Kedepan kebelakang, pulak anak fully breastfeed, memang suka ngempeng, masak sambil dukung. Walahhh, ye salute la kat surirumah. Bile dah duduk sendiri baru rasa, anak aku pulak sekarang dah pandai, kalau aku lama sikit takde panggil-panggil. Nak minta teman, nak pangku sambil tengok tv. Suami hargai la isteri anda. Abanggg..ingat tu. :)

Sampai ke petang last-last siap. Husband aku balik keje die tolong kemas umah. Settle. Jom ler layan gambar sikit.

Eh soto nye belum setup sebab diorang datang baru amek biar panas. Langsir jadi alas meja ko.

Hehe dah siap kemas lepas maghrib. Pas isyak gitu diorang datang.

Dah kemas sikit-sikit je. Umah kosong je dinding, baru kahwin mana nak banyak barang kan. Hehe.


Husband aku buat air so dia nak gambar ngan termos air tu kihkih.

Kawan-kawan husband aku je. Ye la bile masa pulak aku ada kawan kat kem ni. Haha. Ada la bini-bini diorg ni buat kawan. 

Amek ler tak tau apa rasa kan. 

Akak ni jiran depan umah aku. Semalam nya raya umah die, hari ni jemput die datang pulak.

Ni fiza wife kawan husband aku. Kiteorang kenal2 dah.

Dah la tu je haha. Malas aku nak cari gambar ye la kaki sefie gambar menimbunn. Hari tu nak cuci gambar, siap pc hang byk gile gambar. Salah handphone aku ke salah pc die lambat? G tukar baru maa. ๐Ÿป


Wednesday, 13 July 2016

Hari ni akak masak...

Quick update :)

Nampak no tak de keje tak de topik kann nak bagitahu menu memasak hihi. 
Zahra tidur berperang aku kat dapur. Hari ni masak telur puyuh campur kentang masak sambal, puyuh goreng, dan bening sawi. Air orang kawen beselah sirap.

Alhamdulillah kenyang. Setakat ni aku tak pernah try lg masak mcm gulai/berkuah contoh masak lemak ke, kari ke, tomyam, tak pun sup. Agak-agak jadi ke tak ye. Haha boleh kot. Kene belajar.


Puyuh goreng comel comel je saiz nye haaa.

Pastu lepas makan husband aku dengki anak aku; 


Haha baru download apps. Syian anak mama ni. Ni aku menghupdate dedua tidur tengahari. Aku nak melayan cita mami jarum sat. 

Bile nak update resume ler aku ni, nak cari kerja dah. Zahra nak 6bulan dah.yeayyy.

Daaaa

Boring boring


Hehehe saja nak update apa aku masak hari ni. Lauk tak lah sedap mana. Biasa je. Hari ni goreng daging burger, kentang masak kicap, dengan maggi goreng. Maggi goreng tu sedap gak buat lauk makan dengan nasi. 

Cekodok pagi tadi dengan kuah tomyam malam tadi. Bantai je nak abihkan punya pasal. Semenjak duduk sendiri aku ngan laki aku sayang nak buang makanan.  Dah kawen dah tahu beli sendiri kann. Dulu kat umah mak bukan menn tak suka tak makan, nak buang makanan pun tak sayang. Aku pasan gak perubahan aku, simtom mak-mak ni. Hehe.



Nak cerita masa raya ke tiga jugak sikit la hari tu, suami kene keje so kami balik muar la. Petang tu ingat nak pergi beraya kat batu pahat join mak ngah raya pastu otw ke batu pahat jammed dah sejam, kiteorang patah balik. Jauh lagi nak sampai. Huwaa jammed abis reraya ni kan.

Baju zahra yg ni di seponser oleh cik nadia. Cantik kan? Kawan-kawan, sedara-mara bagi baju comel-comel. Banyak pulak tu. Mana la nenek tak tengok zahra ni melawau ja. Mostly aku pakaikan zahra baju orang bagi. Aku cume beli baju time nak bersalin, adalah 7pasang gittew. Anak first kan. Tu pun kire da banyak. Pastu kedua beli time nak raya je. Aku bandingkan baju-baju orang bagi dengan aku beli sendiri, tak lawa rupanya aku beli. Haha. Tak de taste langsung mama ko ni zahra.

Contohnya ni. Pakai kat umah je sekarang. Kihkihkih.


Hihihi

Ok lah nak sambung lipat kain. Surirumah berjaya kerja memang tak siap-siap haha.

Byeee. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜



Monday, 11 July 2016

Syawal ke-2 2016

Syawal ke dua hari tu kiteorang balik kampung husband aku kat Benut. Sedara mara mak pak mentua aku ramai kat sana. So kiteorang konvoi beberapa kereta sebab adik beradik ramai tak ingat pulak bape reta kan. :)

Aku ngn husband gerak lambat dalam tengahari bese lah ada anak ni, kata nak gerak jam sekian jadi sekian, pastu kan jammed abih dah ayoyo. Kebetulan bukak waze die pun tunjuk jalan shortcut yg tak jammed. Dapat la jimat masa.

Pagi-pagi masa iron baju kene bising dengan laki aku sebab seluar dia terbakar huwaaaa. Aku la punya kejenyerr. Hihi.

Family kak ngah, mak abah mentua, family kak sya, family kak long. Fahmi bawak mak abah. Ni rumah first kiteorang tak sampai lg. Rasanya family kak eti pun x sampai lg. Ada anak-anak kecik bese ribut pagi dulu. Haha.

Tengok belengas nya zahra ni. Actually buat jubah. Dukung-dukung sampai ke atas jadinya haha. Sebenarnya kat belakang kiteorang ada niii...

Anak sorang lagi anak nak gak menyelit..simpan dalam kain baru tau danish ni. 


Beraya reramai rajin ler diorang amek gambar. 

Zahra da tukar baju dah. Pakai gaun tetap terangkat gak. 


Huwooo cik bunga kite ni. Nenek pesan kalau dah besar nak bergaya kene keje sendiri ye nak. Sebab nenek pening tengok mama asyik tukar color headband. Hihi. Mama geram la nek aksesori budak-budak ni especially girl. ;)

Banyak rumah kiteorang raya tapi tak semua rumah amek gambar. Aku memang tak tau dah phone kat mana. Aku ngn laki aku sibuk ngan zahra je.

Malam tu terus balik Muar. Sebab raya ke 3 ijul kene kerja. Sampai umah dekat pukul 12 kalau tak silap. Ijul minta makan, pusing kedai banyak belum bukak. 

Balik umah layan lauk operasi sedap gak rendang ngn sambal ikan bilis tinggal panaskan je. Masak nasi dengan goreng telur. Settle.

Taraaa.

Dah tidur esok raya raya kirija. 

Friday, 8 July 2016

Berhabuk nak

Rasa lama gile tak mengupdate blog mak ni. Da masuk tahun baru Syawal yang mulia ni nak buang sikit habuk-habuk dan sawang-sawang ni. Kehkehkeh

Dah raya ke 3 ni, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin!

Aku dengan laki aku Alhamdulillah tak gaduh-gaduh tiap tahun nak raya mana dulu. Dekat kebeno umah. Alhamdulillah tahun kedua raya sebagai suami isteri dan raya pertama ada anak; baby Zahra.

Tuh la aku ajak bercinta start tingkatan dua dulu tapi sesegan, couple 2/3 bulan putus. Haha. Yang aku nyampah sampai skang menyakat aku lagu Bola-bola api yang aku pernah bagi kat surat cinta dulu. Klu tak lepas spm da kawen dulu. 

Nak post gambar raya-raya-raya 2016.

Pepagi abang danish dah datang umah zahra letak mainan kat dada zahra suh bangun. Maaf kan kain belah cik ara tu sampai peha nakk.

Bergambar dengan anak-anak dulu panas. Memasing tak nak tengok kamera mak je gigih nak cun punya pasal panas silau pun ku redah jua.

Korang berbual la dua orang, mama bah je nak selfie.

Sesi bermaaf-maafan dengan mak dgn bapak. Tahun ni abang aku turn Sabah. Kakak aku tak sampai lg. Adik beradik tak ramai sunyi sikit la. Tapi kami dah biasa.

Pagi raya kene start dari umah aku sebab tahun lepas pagi raya umah husband. Hihi.

Peaceeee

Dekat tengahari baru berkunjung ke rumah mentua. 
My small family photo. Love u both.

Ko tengok la laki aku punya keje. Ni baru sikit, total 16 orang tahun ni yang telah lulus menerima duit raya. Sorang je tak available, dah keje haha. 

Anak-anak buah melayan jugak nak duit punya pasal. Kalau mama cik jul ko da kene piat da telinga tu. Satu sampul satu selfie. Haha.

Ni pun tak cukup korum lagi. Ni yang ada  tengahari je.

Wah pak long n pak ngah siap berjubah macam orang arab. Danish tu nakal-nakal simpan dalam kain pak long pak ngah je bapak. Haha

Abah kain zahra ni dah la terbelah ni nak tutup sikit. Hihi

Dah la gambar klu upload semua muntah aku nak pilih banyk sangat. Nak transfer pun pc sampai jammed sbb banyak sangat. Almost 10k pictures. Matilanakkk
 
Esok raya ke 4, sambung raya yeay!