Sunday 29 September 2013

Krabi Thailand Part 2

Ok, hari ni nak cerita pasal second day dekat Krabi. Maklum la nak cerita satu entri nanti panjang bebenar.Aku kalau boleh semua gambar nak upload. Hehe sebab macam semua cantik-cantik. walaupun bukanlah reti amek gambar pun. Semua pakai bantai je. Tengok sini klik! tengok sana klik!.

So, watch out apa aktiviti hari kedua di Kekekekerabi! (nada gwiyomi)

Menunggu transport. Jangan salah lagi ye.
Ist day, kiteorang dah jalan-jalan dekat pantai Ao Nang, so kita cari package untuk aktiviti. So kami di suggestkan pergi ke Phi Phi Island. Seorang 900 thai baht. Kiteorang survey rata-rata 1200 thai baht. Baca kat internet, ada yang dapat lebih murah, tapi seller tu kata tengok cuaca dan musim jugak lah.. So kiteorg pun iyolah,, tak kuasalah nak berpanjang lebor sangat sebab lebih kurang je.

So dalam pukul 8pagi kiteorang dijemput.

Menaiki apa? naik kenderaan begini. aku pun tak tahu ni panggil apa. Yang penting open air.

Registration untuk ke Phi Phi Island

Kami naik speed boat nak ke Phi phi island dari Noparathara Beach. Muka aku macam mintak pelempang je tau! Die hengat die cantik?????

So lets go. Ini yang rombongan cik kiah kita ni. 

Speed boats is waiting to bring us!

Dari Noparathara Beach ni nak sampai kan ke Phi Phi Island makan masa agak lama. So sapa-sapa yang mabuk laut cepat tu siap-siap la amek ubat hokeh. Phi phi island ad banyak tempat yang die akan bawak. 1st place ni aku lupa nama dia apa. Tapi bila turun je dari boat rasa macam WoooWWWW!!! Its awesome bro! Macam dalam lukisan je tempat dia. Teruja dalam erti kata lain memang jakun. heee

Cantik

Cantik kaaaann???

Oh My God

Yeahhhh!!
First time tau aku nampak gamat hidup. Tersesat kat tepi laut. Nak pegang geli.


This is a second place, Viking Cave. Yang tempat dia bukan macam pantai tadi, ni kat tengah laut tapi dikelilingi batu. Memang cantik weh tempat dia.

Muka-muka kaki jalan. Lepas ni tak tahu lah nak melayan korang kemana pulak.


Dari segi kejernihan air dia, tak payah cite, aku pergi Tioman ngan Perhentian pun tak macam ni. Tapi Tioman pun best wehh!


Bad Rock.

Monkey Bay.

Nama tempat sama macam kat Tioman.



The center of Phi Phi Island
Dekat sini la, dia akan turunkan kita maybe nak shopping ke, makan ke, tukar baju ke. So boleh la merayap.



Ni bukan reti nak tukar baju kering, makin mandi adooo

In front of Cabana Hotel

Poskod umah kite kek Kulai. 81000




Wow, ada gambar bogel. Haaa terus mata ko mencari eh




Ok, kalau dah sampai center of Phi Phi Island korang tak puas lagi berjalan, kat sini still ada kedai yang tawarkan pakej untuk berjalan, boleh la amek pakej untuk pergi tempat-tempat yang dia sediakan.



Tak tahula ni gigi apa, macam gigi jos.


Ok, last pic dekat Phi Phi Island, so jom balik ke hotel kat Ao Nang.

Pemandangan depan balkoni hotel di petang hari. So bawah tu melambak kedai makan, korang tinggal pilih je. Nak masuk bar, halal, tak halal. Tapi kena pandai pilih ye. Mc donald ada, tapi tak berani masuk.


Lepas balik dari Phi Phi Island, kiteorang yang tak reti penat ni terus mandi-mandi siap sebab nak tengok sun set kat Ao Nang Beach pulak. Tapi kali ni kita sewa motor, nak jalan kaki macam semalam nye memang tabah kan??

Masa kiteorang tengah tulis Krabi tu, ada budak kecik kat sebelah tu pun sama buat. Anak Mat Salleh kalau tak silap.

Selamba hokeh ko tak pakai helmet.

Sun set kat Ao Nang Beach

.
Makin gelap. Hari kian malam dan kita...

macam biasa sebelum berjalan kat kedai-kedai souvinier kat Ao Nang, kita pekena pancake. Selagi ada kat Thailand ni makan la apa yang diorang sebok war-warkan kan. 

Dah lepas duduk tepi pantai makan, borak-borak, gelak, kita pun balik untuk aktiviti hari ketiga pulak.

Hoyeh,,jom la melancong ke Krabi. *promote tetibe

Ok Bye



2 comments:

  1. hye . nak tye . ape nama hotel yg awk duduk tu ? sbb sy planning nak pegi sana . utk phi phi ilsand package tu ada info tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye..sy tlg jwbkan sbb kwn sy ni bz memanjang..kitowang dduk kt haleeva sunshine..tp hotel ni agk jauh dr pantai..suggest pilih dekat pantai..situ byk kedai2..

      Delete