Monday 18 April 2016

1st Anniversary and Birthday

15 April 1st Anniversary
16 April Husband's Birthday



Alhamdulillah cukup setahun bergelar suami isteri. Kehadiran baby Zahra merupakan hadiah ulang tahun kami yang paling bernilai. 

Dapat suami yang bertanggungjawab dan yang paling penting keluarga mentua yang baik, suami pun jenis jarang sangat nak marah. Memang susah la nak tengok dia marah. Dah istewi dia pun pandai jaga hati jiwa dan raga gittew. Haha. Disebabkan dia ni susah la nak nampak marah, kalau die tegur je pun aku da kecut da gak sebenarnya. Jangan la laki aku baca nanti dia tahu rahsia aku. Haha

Aku pun jarang sangat nak marah taaapii ha ada tapi dia semenjak ngandung and dah bersalin aku ada angin sikit. Biasalah banyak urat dah putus. Sentap sikit marah nangis. Husband la jadi mangsa nasib baik memahami.

Kehadiran suami dan anak membahagiakan hidup wanita ini, terima kasih Ya Allah. Semoga berterusan hingga akhir hayat.

So kelmarin kami pun celebrate sikit ulang tahun perkahwinan dan ulang tahun suami. Kombo je la jimat kan hehe.

Kami makan di favourite cafe, Pots and Pans. 

Murah dan paling best sedap. Jangan tanya siapa yang perkenalkan tempat makan kalau bukan ezzaty si kaki makan. Haha. Nak link susah update through phone, tengok je la kat tepi ni blog dia yang dah nak setahun tak berupdate tuu.

Ni anak bapak dgn mak pun ada si Adam ni. Dia anak sedara tapi manja abih ngan laki, memang panggil laki aku bapak. So bawak sekali sebab rindu sekarang bapak seminggu sekali je balik kan Dam.

Pergh makanan superb rasa dia. 
Semua sedaaap.

Tengah makan baru separuh Cik Ara kita dah bangun. Biarkan je dia main sensorang sampai dia nak susu.

Masa datang kedai ni doa la dapat duduk kat sini sebab ada sofa senang nak baringkan Zahra. Nak masukkan stroller tak sesuai sangat. Ada satu sofa je and background pun ada tag nama restoren.

Datang-datang je tak de orang lagi, rezeki la sebab lepas laki sembahyang Jumaat terus bertolak.

Zahra da rimas mak ajak gambar. Si budak Adam ni dah 2tahun lebih. Senang, bahave. Sayang anak-anak mak ni.

Maaaa! Tak nak ambik gambar ma!
Haha.

Esoknya birthday husband, sorry sayang mama takde hadiah tahun ni nak bagi. Peruntukan kami laki bini bulan ni banyak ke hal lain lebih penting. :)

So 16April ingat nak keluar pergi Aeon Kulai ni nak pergi makan Secret Recipe satu slice, pastu dah balik beli perkakas rumah kat Cowboy da penat tidur. Nak bawak baby keluar dah tak elok, so abah beli sebiji terus bawak balik rumah je dapat makan dengan family, dapat anta sikit umah mentua sekali. 

Zahra tak sabar nak potong kek nampak nya. Biasa die lepas maghrib dah tidur, ni lepas isyak pun tak nak tidur lagi tunggu kek rupanya. Hihi. Rezeki dapar gambar dengan anak sekali. Kebetulan bertema pulak, merah putih hitam, tapi aku dengan berseluar tidur ahha lantak la.

Baaaa! Lupa mama nak pakaikan reben, dah ler tengah votak anak mama abah ni.

Ni la present mama abah tahun ni yeay.

Love u both!



Thanks sayang jaga mama and Zahra.

Semoga keluarga kita sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah. Amiin.

Ok bye. Now 2:43 am, tadi Zahra tidur pukul 9:30 dengan aku sekali tidur ngantuk benau sebab husband da balik Muar, jaga sorang lepak sikit. So dia bangun nak susu aku yang tak dapat tidur pulak.

Ok la bye. :p








Thursday 14 April 2016

Simpton nak jadi mak yang melaram

Rajin pulak update blog sekarang sementara data ada ni kan. Nak cerita mungkin perkara baru yang aku baru minat iaitu eye shadow. Hehe before ni mekap tapi tak pakai eye shadow.

Semenjak mengandungkan Zahra, aku macam semangat gile nak melawa padahal muka aku kene alahan mengandung tu berjerawat banyak jenis panas gatal pulak tu. Siap paksa laki bawak pergi klinik pakar kulit. Nanti ada masa aku tunjuk muka aku masa ngandung kat hp lama.

Berbalik pada semangat dan rajin nak melawa dan bergaya, padahal tak kemana pun banding orang lain. Ni semangat je. Aku rajin pergi buat facial, nak keluar mesti biasa nya mekap. Start dari mengandung aku cuba-cuba pakai eye shadow. Hehe walaupun kelaut tapi peduli laa. Membe2 ofis cakap aku berseri ms pregnant, bukan ke aku berseri tiap masa. Kihkih

Tengah tunggu hari pulak gasak beli serum panjangkan bulu mata kekal, beli eye shadow. Eyeshadow beli online sampai rumah 2/3 esoknya bersalin terse. Tak sempat nak melaram.

Dalam pantang lagi kemarin dapat pergi umah mentua first time aku merasmikan eyeshadow baru aku yeay. Tengok la rupa gape mata aku.

Cubaan pertama. Bantaiii.

Nak pergi kelas mekap waktu-waktu sekarang ni memang tak la. Tengok-tengok tutorial tapi yang buat sendu tak sama langsung.

Semenjak jadi ibu ni rasa nak melawa je. Melawa tau bukan menyoping, tu mak da tobat sikit. Da pandai tahan nafsu membeli sekarang. Macam tak percaya kan. Tapi tu la kenyataan nya. Hehe.

Aku ni sebenarnya tengah tunggu suami aku sampai rumah dari Muar. Esok our family day InsyaAllah.

Ok bye.

Husband & wife one year completed!

Kalau tahun lepas tarikh 14 April rumah aku tengah bersepah dan sangat sibuk sebab mak bapak aku nak menikahkan anak pempuan dia ni esoknya.

Tapi hari ni 14/4/2016, cukup setahun kami diijabkabulkan. Alhamdulillah. Bahagia aku. Biasa suami akan video call dengan aku and zahra. Dah ada anak memang merindu je kejenya. InsyaAllah sikit lagi kita akan duduk satu bumbung dan cuba berdikari.

Sempena nak anniversary ni suami main gitar dan nyanyi lagu untuk mama.



Thank you syg. Semoga ikatan rumahtangga kita kekal hingga ke syurga. Terima kasih terima diri ni seadanya. 



Hari ni abang balik esok kita raikan sikit ye anniversary kita. Tahun ni tak de budget banyak ada hal lebih penting nak kene settle sebab nak masuk rumah baru.

Banyak pekakas nak beli. Semoga dipermudahkan. Amiin.

Tuesday 12 April 2016

#Fakta dna (5) sejarah handphone Hp

Kenapa entri ni aku baru post dari draft tapi still ikut tarikh lama? Guaneee

Tuh je nak gtau nye. Tak ikut tarikh kita post kat blog.


Sekarang dah kahwin ada masa-masa tertentu je boleh update blog. Sebenarnya ni entri lama tapi baru nak publish. Jadi harap maklum je la the content. Malas nak ubah tinggal sambung bebel je.

Entri ni macam biasa entri pasal fakta aku je. So jom cekidout.

Dulu kan zaman aku kekecik dulu, handphone godang kan? Besaq bak hang. Yang ada straw tu. Zaman aku dulu kalau nampak orang pakai handphone tu macam, "wahhh, mesti dia orang kaya gila." sebab zaman dulu pakai telefon rumah je.

Bila umur aku menginjak dari tahun ke tahun sampai la umur aku dikatakan umur-umur agas, budak baru nak up, 14 tahun. Aku ingat lagi masa tu aku balik sekolah tengok mak bapak aku beli handphone. Tuh la first time dalam sejarah, family aku beli telefon. Rasa jakun habis, happy gila aku walaupun kena pakai handphone kongsi-kongsi.

Nokia 3310

Handphone pertama. Waktu ni kan best gila dapat cakap dan taip message  guna handphone. Lepastu paling best gode-gode rasa macam fuyoooooo banyak gila function, tukar ringtone, paling best buat ringtone sendiri. Siap taip code, semangat nyah.

Asal balik sekolah main handphone je. Lepastu mula la ada budak-budak agas sepertiku mula nak berkenalan la apa la. Tapi tak lama sebab kena marah dengan mak bapak aku. kahkah.

Rasanya pakai Nokia 3310 setahun ke dua tahun je gitulah.



Ni apa number model tak tahu.

Masa ni guna handphone ni pulak sebab Nokia 3310 jual kat pakcik aku. Tsk tsk. Function sama cuma beza ringtone je. Kalau Nokia 3310 bunyi nyaring apa nama ek monopoli ke apa, mono-mono la bunyi.

Kalau pakai handphone ni, ringtone die lembut je. Lepas tu dah pandai bawa handphone pergi sekolah. Siap kalau ada hari ni bawak handphone tu siap berjanji ngan kawan-kawan ok nak salin code ringtone tu. 

Zaman aku kalau berani bawak handphone kira satu pencapaian hebat lah konon. Ala dulu zaman nak up. Agas katanya. Lagi kalau handphone ada kamera, paling jakun lah time tu. Aku handphone biasa je. Sedih we olls.

Tapi bermodalkan handphone family je pun diriku dah mampu bercinta dah.Haha. Eskiusme, ingat uolls je pandai bercinta? Eee bercinta zaman sekolahhh. Nak termuntah pulak aku gatainya.

Rasanya pakai handphone ni sampai tingkatan 5 jugak.

Nokia 3650

Lepas rasa bosan je guna handphone tu ditambah pulak kawan-kawan dah ramai pakai handphone kamera, cemburu bertandang, birthday aku mak aku pun nak hadiahkan aku handphone telur ni.

Bulan May yang ditunggu-tunggu telah tiba. Masa nak beli tak sabar gila sebab bagi aku handphone ni style gile kalau pakai woi. Dulu laaaaa.

S
Paling nostalgia salah satunya ialah mp3 lagu jepun miraie. Kalau dengar lagu tu automatik ingat handphone ni. Ahhh yang penting best gila handphone ni. Banyaaakkk function sangat walaupun zaman tu masih tak terbuka nak online guna handphone pun. Guna laptop pun tak de 
Aku guna handphone ni sampai la tingkatan 6.
Lepas tu tak lama tingkatan 6 aku pakai satu lagi model Nokia tapi tak tahu apa benda model tu sebab gambar pun takde. Itu tak secanggih hp telur tu, hp tu basic je cuma screen je color. Hp tu warna hitam. Tak de mp3 tak de kamera. Aku pakai hp tu sampai aku masuk universiti. Kawan-kawan pun pakai hp biasa jugak. Kelakar tau zaman dulu tak la addicted nak selfie. Pakai 1 semester ke 2 semester je, lepas duit ptptn masuk. Aku minta mak aku sponsor sikit tambah sebab aku nak beli hp baru yang ada kamera dengan mp3.

So, next hp adalah

Taraaaaaa! Sony Ericsson Express Music
Masa beli ni handphone ni baru keluar. Tengah hot la ni masa ni, aku suka sebab flip macam style je kan. Aku pun macam kembang hidung je tiap kali aku menggayakan hp bila ada mesej masuk ke orang call ke. Ko rasa? Selebet kan. haha. Bukan macam budak skrg, adik aku pun baru tingkatan 4 iphone dah. Nate punya adik. Jeles kan.
 Hp ni music die best pastu boleh bukak lagu kat button depan tu ada function. Best. Rasa stylo la masa ni student pakai hp kamera. Pastu dapat pulak favorite color putih. Dapat cover die yang limited edition tu ada design. 
Aku pakai sony ericsson ni sampai aku habis belajar. Masa ni hp da berpenyakit la. Screen die kuar dot hitam besar-besar. Pakai jugak sebab mana ada duit nak beli. Kerja pun tak. Tiap kali tanya baki kredit, yang jumlah baki memang ngam-ngam kat dot tu. So aku mmg tak tahu berapa jumlah baki kredit aku. Kong ajo kan. Tu tak pe lagi, dah selalu mati pulak. 
S
Ok fine, siap ko tak lama lagi. Akan ku lempar kau.
Masa tu nak konvo yeay! Oleh kerana keputusan aku tak la sampai buat mak aku macam malas nak tengok aku konvo. Pulak last sem dapat lagi anugerah dekan. Nampak tak aku tengah budget pandai jugak. Haha.
Handphone Sony Ericsson dah jahanam pun masa tu, memang tak leh hidup, mak aku hadiahkan aku handphone baru, baru beli, dan baru keluar masa ni. Samsung SIII. Hotstuff la kononnya masa ni, beli nak jugak warna putih, masa tu kira mahal lagi tapi tak sampai RM1800 kot masa tu. Model terbaru. Handphone terpower yang aku ada sampai sekarang. Dah nak 4 tahun aku pakai handphone ni. Sayang mak aku sebab kalau aku sendiri nak beli handphone mahal la. Malas aku, sayang duit. haha.
Sekaranag dah sampai S6 dah. Malas aku nak tukar handphone. Boleh pakai lagi. Agak-agak dah lembab tu aku g format balik. Teringin jugak nak pakai Iphone tapi nanti la. Tak de budget lagi. Tunggu sales incentive RM5k, baru aku tukar handphone. haha.
Hasil carian imej untuk samsung galaxy s3
Samsung Galaxy SIII
S

Janji semua function boleh guna, online, semua apps pun ada. Setakat ni tahan lasak betul handphone aku, jatuh banyak kali, wat lek wat pis je. Tapi kualiti gambar dah tak best sangat la sebab dah ada handphone baru yang boleh beat dia kan.

Iphone6?
Sebenarnya lagi suka 5S punya model. Tapi mana ada lagi kan. Jadi mari mnyayangi Samsung Galaxy SIII saya.
hehe. ok dah la. Kol 3 pagi dah. Esok kerja. 

Haaa hari ini 12/4/16 baru betul-betul belek entri lama aku belum publish rupanya. Entri dah siap sampai SIII.

Andd my new and latest baby goes to
(tepuk tepuk tepuk)

Iphone 6s

Sebab sebab tukar ialah SIII aku dah jammed habis. Anta kedai, kedai pun tak nak buat. Kuang asam sangat tau la hp aku buruk. Perghhhh nak terduduk jugak nak beli natang ni.

Nasib baik laki pun derma kilat bini dia kan. Haaha. Ni stok 5tahun kot. 

Aku beli 31/12/15 da sampai sekarang hp aku tak de lagu tak tak download mana. Mp3 celah mana pun aku tak tau. Lagi lepas bersalin tak menyempat nak eksplore. Haha harap je pakai iphone.

Aku doa kali ni alah membeli menang memakai. Pada aku rakyat marhaen ni mahal la. Malas aku nak layan hp2 sangat ni. Tak terkejar nak melayan latest version.

Janji boleh merakam detik bahagia bersama tersayang.

*Cik Ara tengah tidur kalau tak mama tak de can la nak pegang phone. Hehe

Ok sekiannnn untuk #fakta dina.

Monday 11 April 2016

Lintas langsung dr Batalion 6

Hehe tajuk tak menahan.
Suami baru whatsapp bagitahu, rumah dah dapat kunci, next step settlekan hal utility pulak. Alhamdulillah.


Zahra, owang muooor ler kite ikut abah.

Friday 8 April 2016

Syukur

15 April akan datang ni merupukan ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Jangkaan aku, kami suami isteri tak de nak celebrate besar-besaran sebab banyak benda lebih penting kebetulan datang serentak.

Cukuplah hadiah yang paling bermakna tahun ni yang Allah dah kurniakan pada kami. Baby Zahra, puteri kami telah dilahirkan dengan sihat, sempurna dan disenangi InsyaAllah. Amanah Allah. Kelahiran Zahra adalah hadiah ulang tahun perkahwinan yang tak ternilai bagi kami. Menjadi seorang ibu rasa lebih bahagia, suami lebih pentingkan keluarga, lebih bertanggungjawab. Bukan cakap sebelum ni tak. Dah ada anak ni lagi nampak. Terima kasih suami penat lelah jaga sampai habis pantang walaupun terpaksa duduk jauh sementara ni.

Alhamdulillah tahun ni, suami dapat kerja baru, Zahra, dan beli rumah dah selesai. Walaupun tak sebesar orang lain tapi aku bangga suami aku beli hasil dia. 

Bulan perkahwinan pulak kami sambut kecik-kecik je maybe pergi makan je la. Sebab bulan ni banyak nak pakai, roadtax insurans kene renew, dah start bayar rumah, rumah kat Muar pun dah dapat tinggal tunggu surat cuma kena masuk utility, nak beli pekakas rumah mesin basuh, peti ais, tv, tilam dan benda-benda penting. Pinggan mangkuk dapur microwave bagai pun banyak dapat hadiah masa kahwin. Tinggal dapur aku berasap ke idok lepas ni.

Aku minta Allah supaya rezeki suami aku dicukupkan. 


Semoga keluarga kecil kami lebih bahagia dan berkat. Amiin.

Perkenalkan puteri sulung kami, Zahra.

InsyaAllah tahun depan nak perkenalkan adik Zahra pulak. Hehe.

Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama sayang. Tiada hadiah lebih bermakna dari kehadiran cahaya mata ni.
Anugerah Allah yang terindah.