Monday 18 April 2016

1st Anniversary and Birthday

15 April 1st Anniversary
16 April Husband's Birthday



Alhamdulillah cukup setahun bergelar suami isteri. Kehadiran baby Zahra merupakan hadiah ulang tahun kami yang paling bernilai. 

Dapat suami yang bertanggungjawab dan yang paling penting keluarga mentua yang baik, suami pun jenis jarang sangat nak marah. Memang susah la nak tengok dia marah. Dah istewi dia pun pandai jaga hati jiwa dan raga gittew. Haha. Disebabkan dia ni susah la nak nampak marah, kalau die tegur je pun aku da kecut da gak sebenarnya. Jangan la laki aku baca nanti dia tahu rahsia aku. Haha

Aku pun jarang sangat nak marah taaapii ha ada tapi dia semenjak ngandung and dah bersalin aku ada angin sikit. Biasalah banyak urat dah putus. Sentap sikit marah nangis. Husband la jadi mangsa nasib baik memahami.

Kehadiran suami dan anak membahagiakan hidup wanita ini, terima kasih Ya Allah. Semoga berterusan hingga akhir hayat.

So kelmarin kami pun celebrate sikit ulang tahun perkahwinan dan ulang tahun suami. Kombo je la jimat kan hehe.

Kami makan di favourite cafe, Pots and Pans. 

Murah dan paling best sedap. Jangan tanya siapa yang perkenalkan tempat makan kalau bukan ezzaty si kaki makan. Haha. Nak link susah update through phone, tengok je la kat tepi ni blog dia yang dah nak setahun tak berupdate tuu.

Ni anak bapak dgn mak pun ada si Adam ni. Dia anak sedara tapi manja abih ngan laki, memang panggil laki aku bapak. So bawak sekali sebab rindu sekarang bapak seminggu sekali je balik kan Dam.

Pergh makanan superb rasa dia. 
Semua sedaaap.

Tengah makan baru separuh Cik Ara kita dah bangun. Biarkan je dia main sensorang sampai dia nak susu.

Masa datang kedai ni doa la dapat duduk kat sini sebab ada sofa senang nak baringkan Zahra. Nak masukkan stroller tak sesuai sangat. Ada satu sofa je and background pun ada tag nama restoren.

Datang-datang je tak de orang lagi, rezeki la sebab lepas laki sembahyang Jumaat terus bertolak.

Zahra da rimas mak ajak gambar. Si budak Adam ni dah 2tahun lebih. Senang, bahave. Sayang anak-anak mak ni.

Maaaa! Tak nak ambik gambar ma!
Haha.

Esoknya birthday husband, sorry sayang mama takde hadiah tahun ni nak bagi. Peruntukan kami laki bini bulan ni banyak ke hal lain lebih penting. :)

So 16April ingat nak keluar pergi Aeon Kulai ni nak pergi makan Secret Recipe satu slice, pastu dah balik beli perkakas rumah kat Cowboy da penat tidur. Nak bawak baby keluar dah tak elok, so abah beli sebiji terus bawak balik rumah je dapat makan dengan family, dapat anta sikit umah mentua sekali. 

Zahra tak sabar nak potong kek nampak nya. Biasa die lepas maghrib dah tidur, ni lepas isyak pun tak nak tidur lagi tunggu kek rupanya. Hihi. Rezeki dapar gambar dengan anak sekali. Kebetulan bertema pulak, merah putih hitam, tapi aku dengan berseluar tidur ahha lantak la.

Baaaa! Lupa mama nak pakaikan reben, dah ler tengah votak anak mama abah ni.

Ni la present mama abah tahun ni yeay.

Love u both!



Thanks sayang jaga mama and Zahra.

Semoga keluarga kita sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah. Amiin.

Ok bye. Now 2:43 am, tadi Zahra tidur pukul 9:30 dengan aku sekali tidur ngantuk benau sebab husband da balik Muar, jaga sorang lepak sikit. So dia bangun nak susu aku yang tak dapat tidur pulak.

Ok la bye. :p








No comments:

Post a Comment