Thursday 14 April 2016

Simpton nak jadi mak yang melaram

Rajin pulak update blog sekarang sementara data ada ni kan. Nak cerita mungkin perkara baru yang aku baru minat iaitu eye shadow. Hehe before ni mekap tapi tak pakai eye shadow.

Semenjak mengandungkan Zahra, aku macam semangat gile nak melawa padahal muka aku kene alahan mengandung tu berjerawat banyak jenis panas gatal pulak tu. Siap paksa laki bawak pergi klinik pakar kulit. Nanti ada masa aku tunjuk muka aku masa ngandung kat hp lama.

Berbalik pada semangat dan rajin nak melawa dan bergaya, padahal tak kemana pun banding orang lain. Ni semangat je. Aku rajin pergi buat facial, nak keluar mesti biasa nya mekap. Start dari mengandung aku cuba-cuba pakai eye shadow. Hehe walaupun kelaut tapi peduli laa. Membe2 ofis cakap aku berseri ms pregnant, bukan ke aku berseri tiap masa. Kihkih

Tengah tunggu hari pulak gasak beli serum panjangkan bulu mata kekal, beli eye shadow. Eyeshadow beli online sampai rumah 2/3 esoknya bersalin terse. Tak sempat nak melaram.

Dalam pantang lagi kemarin dapat pergi umah mentua first time aku merasmikan eyeshadow baru aku yeay. Tengok la rupa gape mata aku.

Cubaan pertama. Bantaiii.

Nak pergi kelas mekap waktu-waktu sekarang ni memang tak la. Tengok-tengok tutorial tapi yang buat sendu tak sama langsung.

Semenjak jadi ibu ni rasa nak melawa je. Melawa tau bukan menyoping, tu mak da tobat sikit. Da pandai tahan nafsu membeli sekarang. Macam tak percaya kan. Tapi tu la kenyataan nya. Hehe.

Aku ni sebenarnya tengah tunggu suami aku sampai rumah dari Muar. Esok our family day InsyaAllah.

Ok bye.

No comments:

Post a Comment