Wednesday 27 June 2012

Kertas terakhir

LAST EXAM PAPER.
for my bachelor degree

all the best for my self.

after 3 years. Thanks Allah.

Monday 25 June 2012

Adik aku yang pentol

Aku rasa kadang best, kadang menyakitkan hati ada adik ni. Aku tak tahu pulak beza ada adik lelaki dengan adik perempuan, sebab aku cuma ada adik lelaki je.

Benda yang kadang buat aku kadang bangga dengan adik aku, bukanlah bangga apa cuma aku nak puji sikap dia je la. Dia selalu jadi penyelamat bila aku putus duit, maklum lah study kan. Dia ada jugak buat part time job bila weekend, keje katering. Bila duit katering dah keluar, dia bagi mak aku dengan dia simpan sendiri. Kalau aku balik rumah, mak bapak aku belum gaji lagi mak aku ambik je duit dia ni dulu lepas tu bagi aku. See?

Dem, kakak guna duit adik. Memang ah mak aku ganti balik, tapi mesti ko akan rasa, aduh kesiannya lah hai dia kerja.

As a adik, dia mesti cakap pung pang pung pang nak berkira dengan aku. Padahal bila dia keluarkan duit, dia bukan mintak ganti pon. Lepas tu dia ni tak makan sayur dan hantu telur. Kalau dia masak megi satu, aku tak tahu dia letak telur bapa biji. Kadang dia mintak tolong aku masakkan megi, tapi jangan harap dia boleh duduk terkangkang depan tv tunggu megi masak,dia tukang ambik barang.Bila ambik telur, "dina, telur letak 3biji eh?" Aku, "kepala hotak ko, megi satu telur 3." Tak memasal kena dengan aku.

 Semalam masa aku sibuk promote Dunia Eicak kat Persada. Adik aku hantar mesej.

Adik: Dina, macamana nak buat karangan kesesakan jalan raya. Pendahuluan.
Aku: Kepesatan pembangunan dalam bidang automobil negara bla bla bla bla. (panjang betul)
Adik: Keyh tq. <--eja budak zaman sekarang ngada2 nak panjang2. keyh instead of k/ok.

Dah la, aku dah balik utm. Malam. Dia message lagi dasar pemalas bukak buku contoh karangan.

Adik: Dina, kalau nak buat isi tentang sistem jalan raya harus diperbaiki macam mana?
Aku: Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) harus membaiki sistem lalu lintas dan menambah bilangan jalan bla bla bla bla. (membazir kredit aku buat karangan dengan sms)
Adik: tq.
Aku: Byr, lu ingat free? dengan Nasuha (his gf) boleh lah tq je. dengan aku ucapan tq dengan set Mc'd.
Adik: Nanti aku bagi kupon sekolah aku. <--lebih kupon hari kantin sekolah dia
Aku: Bontot lu, lu tanya nenek Ikmal kalau-kalau boleh tukar dengan nasi goreng kampung kedai dia. kalau boleh simpan untuk aku.
Adik: Otak ko. Nenek ikmal bukan sekolah KB.( paten adik nak makan pelempang memang macam ni)
Aku: Ko da buat penutup belum. ( aku pon bagi kesimpulan jugak)
Adik: Tuntas tu apa? menggembleng eja macam mana? maksudnya? (he prefer to type msg instead of bukak buku / kamus. Adik aku lelaki pemalas.)

Sakit hati aku.

His girlfriend. Birthday Nasuha ni sama dengan abang aku. Aku tanya.

Aku: Birthday awek ko bagi hadiah apa? Dah wish belum?
Adik: Ntah, dulu bf ko bagi ko apa hah? (pulak sibuk tanya hal aku) Aku nak wish esok. (padahal malam dah boleh wish)
Aku: Hmm kalau aku jadi nasuha aku da putuskan ko. lembab nak wish birthday.
Adik: (ketawa)

Aku nampak dia type message.

Aku: Ko wish apa?
Adik: (Dia baca balik) Happy birthday to you, semoga bla bla bla
Aku: Eeeee, tak best langsung.
Adik: habis tu?
Aku: Bagi lah kreatif sikit. Type aku cakap, 'Awak, walaupun saya ni hitam, tak hensem, gigi bak bangunan tidak bersusun, tapi saya bla bla bla.
Adik: tak nak lah. tu bagi tahu keburukan. (sambil ketawa. bongek punya adik, taknak dengar cakap kakak.) Bila ko nak hantar aku beli hadiah awek aku?

Tibe-tibe. Blah!

Kalau tahu aku nak balik rumah masa mak aku call.

Adik: Belikan aku sushi ke Mcd.
Aku: Ahh, ganti balik eh nanti. (saja aku ugut dia)
Adik: Mak! mak nak ganti kan kat dina?

Lepas makan.

Aku: mana duit?
Adik: free.

Sengal punya adik

Selamat Ulang Tahun Bro

Jumaat 22 Jun 2012 adalah birthday abang aku. We celebrate it dengan kecil-kecilan ke, dengan family yang ada je. Lagipun family aku kecik je pon tapi ada something yang godang jua.

Tu dia birthday boy. kahkahkah. Sebelum dia balik rumah, aku dengan kak ipar aku cari kek dengan barang-barang makanan. Memula nak beli kek dengan Dominos, tapi dia mengidam nak makan nasi goreng daging merah. Lepas tu dari kedai nampak pasar malam di Bandar Putra. Jalan-jalan sedar tak sedar, mungkin dibawah pengaruh kemurahan kat pasar malam, tangan empat2 penuh dengan makanan. Dem!

Terus aku kata tak payah beli Dominos nanti confirm tak habis. Lagi-lagi mak aku bising membazir nanti.

Ramai kata abang aku tak macam umur dia. Muka dia macam 20 lebih. Oh pelissss dan mata terus ke atas walaupun aku rasa aku pun kena terima hakikat.


 Adik aku, rasa macam nak penampor. Boleh?

Mula-mula searching Verbena, lepas tu kalau kek ice cream kena tempah. Last Chocolate Indulgence SR jadi pilihan hati.
Husband and wife

See? Orang sikit, kek nak 2kilo, last2 makan sikit, nak cair cepat-cepat freeze kan balik. Agak-agak dah sejuk balik baru potong bagi jiran sebab banyak sangat. Hamek kau.

Diari steamboat ahha ahha



Diari Rabu Seorang Dina <--poyo siol

Sibuk hal thesis dari pagi edit thesis. Tengahari pukul 2 petang hantar kawan-kawan pergi Sri Putri sebab nak naik bas balik kampung, aku terus on the way balik rumah without even RM1 in a purse dengan minyak dah berkelip-kelip lama dari semalamnya. Wa pasrah if terberhenti tepi jalan dan baru cari alternatif seperti telefon abang wa atau rakan-rakan wa yang wa sayangi dan sayangi wa. 

Sampai rumah 2.30 gitu,balik tak rehat terus bawak mem aku jalan sekali pergi UTM lagi pergi print thesis, tunggu print lepas tu hantar pergi jilid lagi kat Taman U. Segala bayaran dibayar oleh isteri bos aku, aka mak aku ah. Balik jilid pergi makan ngan mak aku pukul 5lebih terus pergi belanja barang kenduri untuk esoknya. Mak aku sakit kaki, so memang lama belanja slow-slow. Kalau suruh bapak aku, kesian pulak balik-balik keje penat kena pergi belanja sorang-sorang. Balik tu rehat jap sambil ikot mak aku tengok bakal jiran.

Balik mandi-mandi maghrib apa semua, setelah mak dengan abang wa hulur duit maknanya dah tiba masa aku balik kampus balik. Duit je keje ko ekh. Ye la dari minggu lepas aku tak balik rumah, busy lol. Dari Kulai lepas maghrib pick up friends kat UTM pergi temujanji classmates malam tu at Mutiara Rini Steamboat Buffet.

.
Gambar tak ikot susunan sebab gambar campur-campur dan banyak download dari album kawan kat facebook. Muka aku tak payah nak terkejut sangat ah. Gambar asap yang aku suka. Budak dua orang selebet main chopstick. Entah apa-apa, jangan layan dia. Scroll laju ke bawah sekarang.

TadaaAAA, kami gabung dua meja. Ini meja kiteorang, masterchef meja aku ialah aku. Bia aku lantik diri aku sebab kalau nak tunggu diorang lantik, memang harapan lah. Sebab diorang tahu hasil meja ialah seperti visual di atas. Dengan ini mereka terpaksa akur bahawa meja terbaik jatuh ke tangan meja sebelah. Booooooo aku

Nampak yang ini aku bergambar kan? meja kemas kan? OPKOS bukan meja aku, ni meja sebelah. Mastercep meja sebelah tuh ha, si Effendi sebelah aku. Dia rajin gila masak, tak cukup dengan 1 meja, dengan meja-meja aku sekali dia tolong masak. Yang aku geram apa yang kiteorang masak semua keje nak meletop jek. Kantoi mak tak selalu pergi dapur gee, meletop menjerit meletop menjerit.

Haa, ni ahli meja aku. Sayap kiri sayap kanan. ada jugak sayap yang menebeng kat kerusi je, bila dah masak tinggal ambik makan. Nasib baik tak mintak tolong suapkan, kalau tak lagi sweet kan ila? lalalalala

Posing je keje. Aku buang jadi ahli kang.

Tak payah buat kelakar la dina nak buat misai pakai sayo.
Tak klaka tak klaka, paham!
Like i told you before, orang lain ambik gambar mastercep meja sebelah sibuk memasak. Ingat dia masak sedap ah tu, padahal semua dah letak rempah. Good job Fendi, nasib baik ko selalu masak kat meja aku jugak, sayang you lebiiiihhhh.

 Amboi, Orang semua makan duduk, ko budget sangat nak bangun bagai pehal. Ehhh! ni style wa bro.

Haa, this is another table. Did u see any diffrents with my table? Close eyes and ans: No rite? Boooo kat diri sendiri kerana cuba denied.

Part of us with Cik Dean Sham-Director Siri Animasi Dunia Eicak
Wah, aku siap promote lagi lecturer aku. The best lecturer in town. Ingat IT ROO je The best chicken chop in town? Ni aku baru balik promote Dunia Eicak yang bersiaran pada setiap Jumaat 730 malam. Saja aku nak promote walaaaauuuuupon nan ado yang baca blog aku.

Lek luuu, sap kok luuuu.
Someone ask us to smoke, hisap rokok! Tapi dengan yakin serta dengan rasa tanggungjawab kami memangkah dengan mengatakan "Tidak kepada rokok." Rokok pon pulang dengan perasaan sedih, tapi aku nak jaga hati rokok jugak ah, kesian kot dia sedih tak da orang nak layan dia. Aku cakap, "aduhh, ko kena paham situasi diri kau, membahayakan." Sekarang rokok dah pergi bunuh diri. Ahh aku malas nak rangka citer bodoh terus dan terus, mari ke gambar bawah. Setiap gambar ada cerita - ala-ala iklan Canon Yuna

Bencis ah, aku baru nak tunjuk rajin, aku masak. Tapiii mastercep saingan aku masak tanpa henti selama 3 jam berturut-turut. Fendi lu ni masak-masak, sampai lebih-lebih tak de orang nak makan tahu! Aku tak tahu diorang tak makan sebab tak sedap ko masak ke dah kekenyangan tahap gajah duduk. Gajah duduk bukan kain ke. Dah tak de orang nak makan pon ko masakkan lagi eh. Tapi meja aku nampak, Sergio sedang membantu aku didapur, kini aku  lantik dia sebagai assistant cep.

Nama resepi- Jagungku Hitam Sitampuk Manis
Assistant cep menjalankan tanggungjawab dengan penuh ketekunan tapi head cep posing dulu sampai lupa bahwa aku cuma masak jagung sebeleh je sampai hangus. Mana ahli!!! Ingin saya tegaskan disini, Tuntasnya, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dengan tidak menuding antara satu sama lain. Kang aku bagi ayat karangan. Dah la adik aku main message dengan aku, nak ayat karangan lah apa lah.


Non stop cooking

See, ramai kan?Semua wa jamin 88% masa ni student UTM.Sampai kawasan ni semua kosong, kami yang gagah still masak. Kenyang, tidur dulu, dah sedor masak lagi. Aktiviti ini berterusan sehingga 3 hari. Ini tak klakar dina nak sampai 3 hari. Suara ramai: yeeeee tak klakar. Dina: siol korang.

Septa, me and ili

Ni yang aku malas ni. Pantang aku lepa!!!! aku tinggal meja sekejap ambik bahan-bahan masakan ada je yang kacau dapur aku. Ingat perbuatan ko tidak dirakam kah Sep?? Ko kalau tak reti masak jangan kacau dapur aku. Ni lah masalah meja aku, kuah Tom Yam dengan air Coke dah tak reti beza.

Saya selaku masterchef bagi Meja Gagak Hitam (bila masa meja kita ada tajuk?), saya tidak mahu sejarah mungkin berulang nyanyian New Boyz.

Gambar paling FCUK !
Patot wa rajin. MOM TO BE rupanya. KAHKAHKAHKAH. Siol, actually this is accidently or pandangan image je perut wa. Tak senonoh lah gila perangai aku. Setelah dia mengumpat orang-orang diatas,mari lah kita mengutuk gambar penulis, aku je boleh kutuk aku lebih-lebih, korang kutuk sikit-sikit je.

P/S For the last picture, I'M NOT PREGNANT AT ALL. APATAH LAGI BUNCIT, PERUT AKU SLIM  * bercakap sambil berlalu pergi. hahaha, just joke. :)

Sunday 24 June 2012

Simples way to make people follow the rule

Simple

Is it still blurred?
 but effective.

are you idiots? of course, im not.
So?

Thursday 21 June 2012

Wa bangga

Even thesis aku lambat print out, sebab aku memang jenis kalau selagi tak terdesak jangan harap aku nak buat. Eee aku benci ah perangai aku yang ni. Aku rasa entri aku yang lepas pon aku asyik cakap macam ni. Aku tak tahu part perangai mana yang aku suka kat aku. haha. Ni bukan last minute, ni last second, sebab sebenarnya aku dah deal dengan kedai photostats dalam UTM untuk print out dengan jilid sekali. Kena tempah lagi, budget nak siap cepat. Orang kedai nak cepat aku hantar untuk print out 3 hari lepas untuk dia hantar jilid, aku lepas 3 hari dari tarikh dia tetapkan, baru aku hantar print.See, lembab tak lembab, pemalas tak pemalas lah kan, tapi cute.

Tapi semalam aku dah berjaya buat tesis aku complete, tahniah untuk aku!!! *clap clap clap. Mesti ko, erghhh tah apa, dah ah lembab. Aku pergi settle kan semua dengan mak aku, bising jugak mak aku. Cakap aku tido je kat bilik, ngan berjalan. OPKOS MUM!

Semalam aku balik rumah ambik duit, sebab kalau suruh abang aku bank in, mau malam tak pon esok sebelum dia bukak kedai baru bank in. Lambat. 

Aku buat tesis untuk mak aku, siap dedicate lagi. kah kah kah. 
Jeng jeng jeng, my thesis already produced! panas-panas lagi kau. Wa bangga mak wa pegang tesis wa. walaupoooon tak siap lagi. Penat mak bapak aku support aku sepanjang aku kat utm. Apa aku nak semua diaorang try bagi. Adik aku siap sakit hati ngan aku lagi semua aku dapat baru. Mengutuk depan tu adik aku, kurang asam. Aku pon baru perasan,aku asyik dapat benda baru je, moto keta hanphone kamera laptop apa semua lah. Yang adik-adik biasa amek bekas ahkak abang je khaaannn?

Moto yang sekarang dia pakai tu moto bapak aku yang dulu masa aku nak mula belajar moto, mak bapak aku tukar moto baru. Sebab dulu masa bapak aku ajar bawak motor, bapak aku masa tu pakai moto argi (tak tahu eja), tapi sebabkan bapak aku ajar aku bebal tak lepas-lepas jugak bawak sebab cluch mati. So mak bapak aku beli moto baru. Sekarang adik aku pakai moto tu dari aku darjah 4 opkos sekarang dah buruk, sekarang dia mintak moto baru mak aku tak nak beli tapi bagusnya adik aku dia mintak-mintak tapi dia tak kesah pon, lelaki.

Aku cakap tak payah beli moto, nanti aku ajar bawak keta terus. Aku cakap kat adik aku "Haa fahmi, keta pon sebenarnya ko dah ada, keta kancil merah aku tu. Warisan untuk kau." Adik aku "Ala, aku asyik dapat yang bekas-bekas je." Dalam hati aku, sapa suruh ko jadi adik. haha. Keta kancil merah aku mak aku belikan second hand dulu masa aku form 6, nak pergi sekolah bawak keta. *Budget ada lesen. geli lah.

Sekarang abang aku belikan aku Viva, keta kancil warisan untuk adik aku. HAHA.Baju tshirt-tshirt rumah adik aku, banyak baju abang aku. Memang kesian. Handphone dia lagi ah, buruk. Aku cakap kat adik aku, "Aku nak beli handphone baru, ko pakai handphone aku yang ni eh?" eee die tak nak. demand. Hari tu mak aku nak belikan handphone baru, lepas tu result exam dia, nauzubillah  teruk gila, aku tak pernah teruk macam dia. Mak aku terus cancel. hahaha padan muka ko dik. Tapi aku suka ngan adik aku, kalau just barang biasa-biasa dia tak kesah pon benda tu buruk ke tak ke, janji main balun pakai je.

Mak bapak aku sayang je anak-anak dia, tapi adik aku baru tingkatan 2 mana boleh bagi macam-macam sangat. Lepas ni pon aku dah kerja. Biar aku ngan abang aku je tanggung adik aku seko tu. Tapi memang ah, jadi adik memang selalunya akan jadi pewaris tegar.



Baru tingkatan 2, dah ada awek. *pitam sekejap. Hari tu aku kat utm, busy tak balik rumah dia nak pergi dating, abang aku citer kat aku ah ni.
Adik: Abang li, boleh hantar adik pergi IOI tak?
Abang: Nak buat apa?
Adik: Nak dating.
Abang aku gelak je tapi dia hantar jugak. Hantar jemput tu nak gi dating. Siol punya adik.

Kadang aku sakat dia.
Aku: Fahmi, ko couple lagi ngn nasuha eh?
Adik: aah.
Aku: Bila ko nak putus?
Adik: Takkan putus.

Gelis i dengar. hahaha. Soalan kakak tak supportive langsung. Biasa kan cinta budak-budak ni cepat je putus sebab tu aku saja je tanya.

Eee meleweh, aku nak citer thesis aku yang best tu *muntah. Tiba-tiba masuk cerita adik aku buat apa.
Kesimpulannya, aku punya tesis aku nak hantar hari ni. yeayyyyy!!!!

Tuesday 19 June 2012

Aku tak beretika


Memang!
do your work by yourself dina

sorry zura,
paksa rela tolong buat
:')

Sunday 17 June 2012

Senarai jam murah aku

Aku gila menyampah dengan aku sebab esok aku dah kena print out final thesis aku untuk hantar pergi jilid tapi aku?? apa aku buat ni, dah ah pentingkan benda ntah apa-apa. Update blog masa masa macam ni, tak cool langsung. Lepastu kalau update entry benda-benda best tak pe jugak, kalau tak best tapi ramai followers  boleh consider lagi, tapi followers pon tak baca, lagi nak silent reader. Reader pon takde apatah lagi readers.

Soalan: Ok anak-anak, ini apa namanya? motip tanya sendiri nak jawab sendiri.
Anak-anak: Ini namanya dah lah pemalas lepastu kau perasaaaaAAAAANNN gila lah dina ada orang nak baca blog kau.
dina: yela, aku tahu aku ni sape. aku sedeh. 
Anak-anak: ada aku kesah?
dina: baca ah blog aku. best jugak ah. *motip gila nak berforum
soalan dengan anak-anak: loya

Ahhh! aku tak peduli tapi sekarang aku nak citer stuff yang aku ada. Jam-jam aku semua murah-murah noks. Setakat yang sekarang murah-murah lah yang ada. Dulu pernah jugak lah ada jam berjenama, tapi aku letak mana ntah ek jam tu. tak ingat kat rumah. Ni jam yang ada kat UTM je la.

Aku tak kisah pakai barang murah pon sebenarnya janji boleh pakai, aku suka, dengan aku rasa berbaloi. Jam mahal ke murah ke, numbernya pon sama jugak, jam pon sampai nombor 12 jugak. Bukan ada lebih masa pon. Tapi nak beli barang murah tengok jugak benda apa yang ko beli, kalau gadget kena review banyak-banyak. Mestilah beli yang bagus kan. Aku bukan semua benda aku nak beli paling murah, based on barang apa kau nak beli dengan kualiti. Tapi kalau setakat jam, dah beli, rosak buang.

NY
Korang tengok lah jenama-jenama jam murah ni. Peliksdotblogspotdotcom. Itu bolg Maria Elena.
Jam ni aku beli kat Airport Senai, jam kraft tangan buat dari kayu. Mak aku yang belikan. Harga RM10. Jangka hayat dah dekat setahun setengah. Baik sampai sekarang.

Monol
Ini aku beli konon budget nampak sporty, jam ni aku beli dekat Indo masa pergi sana. RP20000 kot. Area-area gitu, convert sini cuma RM6 gitu. Jangka hayat dah dekat setahun. Kondisi baik lagi cuma yang ni jarang sikit aku pakai.


Featurely
Hah, yang ini jam best, aku paling suka. Jam nya okeh lagi cuma tali rosak. Maklumlah jam ni harga RM10. Tali jam dia sebelum ni nak putus nak putus aku jahit sendiri selagi boleh, sampai dah rosak betul. Aku malas nak tukar tali. Jadi buat masa ni aku tarik punat tepi tu bagi dia tak jalan. Biar tak habis bateri. Nanti aku dah tukar tali baru pakai. Ni pon dah dekat setahun lebih.
Sunway Lagoon
Jam ni dapat sebab kalau pergi Sunway Lagoon kan ada deposit RM10 kita boleh ambik balik kan? Tapi boleh jugak tukar dengan barang-barang. So aku ambik jam. Tak rosak lagi, umur dia dekat aku baru dekat 7 bulan.

KIMIO
Jam ni kawan aku bagi, dia kemas-kemas locker dia hari tu. Mesti dia tengok, jam aku semua murah tu yang dia bagi. Tapi bagus jugak, aku belum ada jam besi ni. Lepas tu sweet je nak ber love love pulak. Tapi aku tak kisah pon, janji free aku mesti suka. Ni kalau dia baca, mampus dia ketuk aku.

NSITE
Nsite ke campsite ke tak kisahlah. Ni bukan aku punya bukan kawan aku bagi tapi aku pakai je macam jam aku. haha. Sebab dia tak suka pakai jam. Dia beli pon sebab palapes nak masuk hutan kena pakai jam. So dia kata dia beli kat MYDIN RM10 dah dekat satu sem dah. Dia suruh aku pakai je, aku tibai je la. sebab sebelum ni jam kuning aku dah habis bateri. Jam tu aku selalu pakai, beli kat Indo RM7, jenama konon GUESS. Jam tu tak ada gambar, sekarang jam tu kat rumah. Aku malas nak selongkar laptop cari gambar jam tu.

Buat masa sekarang ni asyik pakai jam hitam ni. Best pulak jam hitam heh.

 Haa, ini apa? ni bukan jam. Ni tasbih digital aku saja masuk gambar sebab rupa dia macam jam.

So sebenarnya aku memang tak kisah lah pakai jam ni. Semua paling mahal RM10, kalau nak tukar jam je, berbaloi skit kalau dah tak suka. HAHA.Tak da lah, lagi pun student lagi malas nak beli mahal-mahal. Aku teringin jugak nak beli yang mahal sebab kualiti dia bagus. Selalu jugak aku usha-usha jam kalau pergi Jusco tapi nanti lah dah kerja aku beli.

Walaupun jam-jam aku nama dia peliks dan tak well-known langsung tapi aku sayang sangat.

Pakai jam murah , makan nasi. Pakai jam mahal pun, makan nasi jugak, berak berketul busuk jugak. Walaupun kita pakai jam berbeza, tapi ada je yang sama kan?

anak-anak: woi pentol!! buat psm kau sekarang lah gile! discussion tak siap lagi, edit lagi, bila nak print?
dina: ishh, yela yela. serabut lah kepala aku. erghhh (jeling)

My girlfriends

Saja nak update berjimba semalam,haha. Semalam dapat keluar ramai-ramai macam zaman sekolah, sebab kiteorang dari sekolah rendah sampai sekolah menengah buat apa je aktiviti sama-sama, masa sekolah rendah disebabkan asyik satu kelas, dari masuk nasyid (oo nasyid jugak dina nih), belajar buat kuih ( biasa dapur rumah salah sorang akan jadi mangsa), masuk koir apa nasyid Taib Andak ( ummmiii ummmii ya ruhiii...), netball second generation untuk Taib Andak, kongsi turn sape PMS dulu, lepas tu komplot semua nak jadi pengawas dan paling penting kiteorang peminat Weslife dengan Backstreetboys. *tutup muka. Masa sekolah rendah kiteorang innocent jugak rupanya eh. haha

Dulu sebelum kiteorang pandai bawak motor, pergi mana-mana jalan kaki je sebab dalam kampung kan. Lepas tu naik darjah 4 aku dah pandai bawak motor, kawan-kawan aku pon sama, mulah aktiviti round kampung, gile wajib tayang muka sekampung.

Bila form 1 mula naik sekolah menengah, setiap tahun mesti shopping barang sekolah sama-sama, 8 of 8. Lepastu kasut sekolah se geng nak Converse, Jack Purcell saje. Beg paling cikai Outdoor. Lepastuh baju mesti Canggih dan wajib alter kecik-kecik. Gelis pulak aku dengar (toleh belakang muntah). Kalau setakat kasut beg biasa tak main ah masa tu (tak sedar duit mak bapak jugak yang kena godang). As a budak baru nak remaja, mula ah dah pandai keluar-keluar makan pizza lah apa lah yang mak bapak aku tak biasakan. Tapi aku ingat lagi, biasa aku lah yang ada masalah duit, haha gile menyusahkan aku ni. Nanti kumpul lah duit sama-sama.


Lepas tu, sekolah menengah petang, setiap hari Jumaat biasa bas hantar awal, tapi kiteorang semua turun Kulai, apa yang dicari pon tak tahu. Biasa kalau nak Jumaat, "weh, Jumaat turun Kulai tak?". tak pon melepak kat KFC atau Marrybrown sampai nak masuk sekolah lepas sembahyang Jumaat.

Weekend je turun JB, ingat lagi mesti naik bas. Dulu kalau turun bandar, budget bagus ah tu. *mata ke atas. dengan dress up masa zaman aku, seluar skinny lepastuh apa-apa ntah lagi aku tak ingat.

Naik sekolah menengah jugak, satu geng pakai scarft tudung tutup dahi dengan kain sesingkat mungkin (bila ingat sekarang euwwww). Gila macam tak bermoral, haha. Tapi dalam kawan-kawan aku ni, aku ah yang selalu cabut sekolah ikot kawan aku yang lain, jahat bapak ko dina.


Ahh, ni kalau aku cerita sampai bila pon tak habis, sebab nak cerita 16 tahun punya cerita. Masa nak PMR, SPM selalu buat study group lepas sekolah kat rumah sapa-sapa lah of us kan. Tapi mesti banyak berbual. Lagi dulu, aku dengan ezzaty pernah jadi penggunting rambut kawan-kawan aku sebab ezzaty ada kedai gunting rambut. Kawan-kawan yang kiteorang tolong potongkan rambut dia jadi macam singa betina sebab konon nak tipiskan rambut padahal makin kembang ada ah, dah ah kembang, terangkat. Hamek kau. Siap tersalah ambik gunting, terpotong salah, memang jahanam rambut.

Kawan-kawan dah kerja, marilah godang dengan nak ini nak itu.
Permintaan pasti ditunaikan.
Dulu masa primary school, saiz macam lebih kurang, tapi apakah ini giant? Tapi memang ah ingat balik dari dulu sekolah, kelas sama, banyak benda yang kiteorang buat sama, so we are share same memory until now.

Thanks zma drove Alza for us
Lepas SPM, biasalah masing-masing dapt tawaran lain-lain, and lepas 4 5 tahun masing-masing dah habis studies, kerja pulak. Kiteorang still macam dulu, cuma kerja kadang tak sama cuti. Selalu je keluar dengan mangkuk-mangkuk ni, tapi biasa yang ni tengah study tak ada cuti, yang ni pulak cuti. Biasa sebab aku ngan ezzaty study Johor, memang ah kiteorang je asyik keluar dengan yang diorang cuti. Biasalah student lagi, ada saja masa berjalan.

Tak payah buat muka ayu sangat ah, nyampah!
Sekarang dah ramai yang dah kerja, yang study lagi pon dah nak habis dah study. Dapat hantar kawan-kawan interview kerja pon syok ah, aku siap ponteng kelas lagi nak hantar si Zma ni interview masa nak jadi nurse dulu.

Dengan kawan jangan berlakon!
Ini baru character sebenar.
Semalam cuma dapt keluar ber 6 je. :')
Masa hantar kawan aku si Suhaila ni interview kerja, dah lah kena keluar lepas subuh. Awal gile kot. Dia pergi interview, aku dengan ezzaty sampai tertidur dalam keta, aku siap mengigau dalam keta. Syok tak syok ah tidur, kawan aku sampai terperanjat. Aku ingat lagi aku mengigau aku senyum-senyum macam ketawa gitu ah.

Lepastu my girlfriends ada aktiviti tidur rumah kawan bila mak bapak tak ada kat rumah, yehuuuu! Biasa rumah suhaila nih la yang kiteorang tido, lepastu barbeque depan umahhh.

And 2012, we are 23 years old. We are truly bestfriend (geli pulak aku nak memuji jiwang ni, biasa kutuk je depan-depan). Aku tak nak puji sebab nanti diorang kata aku poyo. hahaha. Biarlah pujian dengan kesyukuran aku tak berbentuk kata-kata kat sini.

Masa form 5 atau form 4 kot. 8 of 8
Masa ni minggu ambik gambar kelas kot. Then suruh apek tu ambik gambar kiteorang. Dah ah style lipat tudung sama, masa ni kain singkat dah tak musim sangat, kain labuh2 sikit. pitam

Friday 15 June 2012

Best wedding

Semenjak umur meningkat ni aktiviti-aktiviti pon sekarang dah berunsurkan aktiviti yang dulu kita rasa,, ooo itu orang tua yang kena buat, itu orang tua yang kena attend. Sekarang ko buat, maknanya ko dah tua okis.
Salah satunya adalah jemputan kahwin, macam tak percaya sekarang selalu dapat undangan jemputan kahwin, lagi-lagi kawan yang kahwin. Omai God, bila turn aku pulak. Ngeri siot aku.

Dulu masa zaman muda remaja jelita (sangaaattt), jemputan kenduri kahwin mesti rasa, "alahhh, kan mak kita yang kena jemput. Bialah dia pergi." Sekarang? tu maknanya sedarlah wahai dina, kau kau kau (sendiri pon tak sampai hati nak cakap) kau kau dah makin dewasa dan tua (buat buat tutup telinga).

Last Saturday, aku pergi kenduri kahwin mak angkat kawan aku. Aku rasa best ah wedding tu, simple tapi cute, sebab dia buat macam style-style sekarang. Really inspired me. Kahakhakah dina berangan lah gileee

Guest book
Lepas masuk dewan, setiap guest kena amek gambar dulu dekat satu background. Guna kamera lomo, so gamabr terus jadi kauuu, then nanti dia terus tampal dalam guest book and write wedding wishes for prince and princess of the day.


Walaupun nama pengantin ezwan, tapi dia bukan xbf aku.
Bunyi je sama. mata ke atas
Nasi minyak dia serius sedap. Blueberry polka dot cup cake dia sedaaaap. Rasa nak makan banyak-banyak tapi nanti terjejas pulak imej artis yang i selalu bawak kan? So pretend cukup je la heh!



Apsal baju kau sama dengan warna dinding hah?


 Simple tapi lawa kan?


Candy Corner
Yang paling best sekarang kan ada candy buffet, amek je nak makan yang mana. Nanti aku kahwin candy buffet harus ada eh. Tapi bila eh turn aku. Brangan lebeyyyy budak ni. Nyampas mak


 Selain tu, gambar-gambar pengantin banyak dekat meja-meja, dinding. Sweet je kan rasa. Auwww


Last sekali lepas salam keruk mak pengantin dapat goody bag, banyak pulak barang yang dia bagi. Sekarang dah pandai belajar salam keruk bagai. Serius rasa macam dah jadi ahkak-ahkak uolls. Iolls rasa iolls macam budak-budak tau.


Hamek kau, dalam kereta jugak aku kompel bag dia.

Tapi lepas aku datang wedding ni, aku tiba-tiba berangan kalau aku kahwin nak ada ini nak ada itu, erghhh macam-macam. Aku dah lah jenis yang cerewet, rasanya wedding planner pon gelis ngan aku. Ahhh!! sebelum aku meleweh berangan nak kahwin lah apa lah, pergi study! sekarang minggu final exam, thesis tak siap lagi!

(baik)