Semenjak umur meningkat ni aktiviti-aktiviti pon sekarang dah berunsurkan aktiviti yang dulu kita rasa,, ooo itu orang tua yang kena buat, itu orang tua yang kena attend. Sekarang ko buat, maknanya ko dah tua okis.
Salah satunya adalah jemputan kahwin, macam tak percaya sekarang selalu dapat undangan jemputan kahwin, lagi-lagi kawan yang kahwin. Omai God, bila turn aku pulak. Ngeri siot aku.
Dulu masa zaman muda remaja jelita (sangaaattt), jemputan kenduri kahwin mesti rasa, "alahhh, kan mak kita yang kena jemput. Bialah dia pergi." Sekarang? tu maknanya sedarlah wahai dina, kau kau kau (sendiri pon tak sampai hati nak cakap) kau kau dah makin dewasa dan tua (buat buat tutup telinga).
Last Saturday, aku pergi kenduri kahwin mak angkat kawan aku. Aku rasa best ah wedding tu, simple tapi cute, sebab dia buat macam style-style sekarang. Really inspired me. Kahakhakah dina berangan lah gileee
Guest book |
Lepas masuk dewan, setiap guest kena amek gambar dulu dekat satu background. Guna kamera lomo, so gamabr terus jadi kauuu, then nanti dia terus tampal dalam guest book and write wedding wishes for prince and princess of the day.
Walaupun nama pengantin ezwan, tapi dia bukan xbf aku. Bunyi je sama. mata ke atas |
Apsal baju kau sama dengan warna dinding hah? |
Simple tapi lawa kan?
Candy Corner |
Selain tu, gambar-gambar pengantin banyak dekat meja-meja, dinding. Sweet je kan rasa. Auwww
Last sekali lepas salam keruk mak pengantin dapat goody bag, banyak pulak barang yang dia bagi. Sekarang dah pandai belajar salam keruk bagai. Serius rasa macam dah jadi ahkak-ahkak uolls. Iolls rasa iolls macam budak-budak tau.
Hamek kau, dalam kereta jugak aku kompel bag dia.
Tapi lepas aku datang wedding ni, aku tiba-tiba berangan kalau aku kahwin nak ada ini nak ada itu, erghhh macam-macam. Aku dah lah jenis yang cerewet, rasanya wedding planner pon gelis ngan aku. Ahhh!! sebelum aku meleweh berangan nak kahwin lah apa lah, pergi study! sekarang minggu final exam, thesis tak siap lagi!
(baik)
No comments:
Post a Comment