Sunday 3 December 2017

Malam yang hening

Malam yang hening sangat, sebenarnya sesejak pregnant ni kalau dah bangun nak ke toilet (pregnant memang kerap ke toilet wei ngantuk pun lebih sanggup ke toilet dulu, kalau time tak pregnant lebihkan tidur dari ke toilet sebab boleh tahan lagi hihi ), susah nak lelap balik.. nanti baru nak lelap anak terjaga minta susu pulakkk huwargghh dulu senang sua je sebab nyusu badan. Sekarang bancuh susu kene bangun ke dapur. 

Tapi fikir susah la leceh la Alhamdulillah masih diberi nikmat ada dan jaga zuriat sendiri..sebenanya rasa bahagia sangat. Kalau ada yang cakap kenapa laki tak tolong bangun malam buat susu. Kite ni surirumah kerja rumah pun dia tak pernah paksa buat. Masak pun jarang. Suami keje sorang, weekdays keje hakiki sampai pukul 5, weekend biasa Alhamdulillah setakat ni ada je rezeki kerja part time. Kadang weekdays lepas pukul 5 pun ada job kecik kecik dia pergi buat atau sambung kerja. Lagi penat tengok laki mak kerja part time sebenarnya. 

Aku yang kadang ikut laki buat part time pun rasa penat.. walaupun tak de la buat apa sangat setakat hulur wayar, tools, kalau dia naik bumbung orang terjerit-jerit bagi instruction kat aku. Hahaha. Kang orang ingat bergaduh. Balik tu biasa dia mandikan anak, balik kerja pun biasa bawak jalan. Tak kisah la dekat ke jauh seminggu mesti kene beberapa kali keluar rumah kalau tak aku rasa tepu jee.. Muar best macam semua benda dekat. 

Kadang mak aku cakap untung dapat suami macam laki aku tak berkira buat apa-apa.. lelagi bab nak makan apa kan. Kadang kite risau duit tak cukup ke apa. Dia kata tak pe tak pe. Beli je dari nak masak seng seng (bunyi kuali ngan sudip) . Kita tau la sebab kira tiap bulan plus part time. Komitmen bini je dah berapa kan πŸ˜‚. Touching tau kalau tengok muka suami. 

Terima kasih suami segalanya dan terima kasih sebab tak merokok selalu jaga anak layan anak tolong ini tolong tu hihi. 😘 Harap jodoh kami berpanjangan bahagia ke akhir hayat. Susah senang kita bersama. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, dan diberi kesihatan yang baik. Sentiasa romantik hihi.

Alhamdulillah rezeki sentiasa cukup. Yang penting sihat tu pun rezeki Allah. Suami sihat, kita sihat anak pun sihat. Kandungan pun takde masalah InsyAllah. Pun dah nikmat besar Allah bagi. 

Eh panjang lak bercerita kalau dah menaip. Entri kali ni agak privasi tapi ini perasaan yang selalu aku rasa. I want to thanks him, thanks Allah give me this such wonderful husband as my partner my bestfriend. Eh, sambil update sambil layan baby gerak dalam perut.. aktif betul rasa πŸ‘ΆπŸ».. rasa-rasa baby boy ke girl ye. Hihi. Kali ni kami tak scan. Tak tau akan datang kalau tetiba dokter bagitau jantina kan hehe. Semoga selamat semua hingga melahirkan. Baby sihat cukup sifat Alhamdulillah. Amiin. 

Tahun depan berempat kita InsyAllah. Mama tambah sibuk ke tak ye sebab dah ada helper jaga adik nanti hihi.. siapa lagi kalau bukan kakak Zahra. 

Saturday 25 November 2017

Saja update

Pregnant kali ni rasanya asyik nak berkepit dengan suami je.. tak boleh sehari tak tengok dia.. sanggup ikut pergi kerja janji dapat dekat dekat hihi.. ☺️☺️☺️

Tapi bukan kerja hakiki la.. kalau kerja hakiki mau kene cekik paham ke tak abang nak pergi kerja ni. Ni kerja partime.. dengan anak sekali angkut.

Kali ni tak scan jantina. Apa- apa jantina lelaki ke perempuan ke..kami terima yang lebih penting baby sihat sempurna.. muah muah muah.. tak sabar tunggu adik baby.. 

Sekarang dah 26 minggu. 



Abah & kakak tak sabar tunggu adik ye.. zahra kalau suruh kiss baby.. abis dia benam muka sekali kat perut. 

Favorite zahra, gambar harimau. Tu air tin tenaga ala ala redbull, gambar harimau kat petronas sibuk suruh beli.. memang tak bukak la sebab nak gambar semata. 

Suka transportion, kereta lori apa apa tu semua. 

Suka sangat cat, bola, masak masak, dan paling penting kinder joy. 🀦🏻‍♀️

Alhamdulillah perkembangan Zahra. Kalau suruh baca buku banyak benda dia dah tahu.. kita cakap dia tunjuk gambar. Cuma belum banyak perkataan dia pandai cakap. Membebel bahasa dia rancak la.. haha

Alhamdulillah tak kerja dapat rasa setiap perkembangan anak depan mata. Siapa tak teringin kerja, tapi hati berat lagi pada anak. Now kene tunggu adik baby keluar yeay. 

Doakan saya selamat bersalin.. amiin. 

#secebisdiari 

Sunday 13 August 2017

(Backup) Zahra nak jadi kakak yeay ☺️

Tak sangka dah 3 bulan tak post something kat blog bersawang aku ni. Hehe. Last post pasal birthday aku. Sebenarnya birthday hari tu kami sambut kecil-kecilan je kat Secret Recipe makan kek. Hihi.

Hari ni nak cerita apa ya?? πŸ€”πŸ€”πŸ€”

Aceceecehhhh

Tak payah la kann tengok tajuk entri pun dah tahu. Last post doakan ada family ke empat. Tup tup lepas period bulan 5 jeng jeng hehe Im pregnant!!!

Zahra my bucuk bucuk mashamm nak jadi kakak dah. Alhamdulillah.

Memang rancang nak jarak kan 2 tahun ngam ngam. Due date pun beza sehari dengan birthday Zahra hopefully dpt birthday sama la hehe. Tapi tu tak penting, yang penting baby sihat sempurna.. itu la paling kita mak ayah harapkan kan. 

Bagi rezeki sihat, rezeki yang tak boleh jual beli, tak ternilai. Syukur. 



Mula mula period tracker dah remind lewat 10 hari, beli la upt test tu, keluar 1 line laju dalam bape saat.. dalam hati 'ohh tak pregnant' .. pastu letak je upt tu. Esok nya tengok balik, eh macam samar gile kene kat cahaya terang baru nampak. Memang kata tak de pun boleh. Yang gambar atas ni da kira terang buat balik lepas seminggu lagi. 

Kiranya kalau samar habis pun kira ada.. korang try lagi lepas seminggu kalau still tak period. Maybe masa tu hormon hcg tu belum banyak lagi kan. Lepas berapa minggu tu baru la pergi klinik scan untuk confirmkan. 



Ni haa dia kakak to be.. pandai dah akai cekak rambit sendiri. Sekarang pakai kasut wedges mak dia pun boleh. Jalan sana sini pakai selipar besar. 



Anak 2 to be. Hihi. My love ni. 

Dulu masa bercinta oh my god how my life kahwin dengan orang pendiam ni ye... aku ni suka cakap. Haha jangan jangka,  perancangan Allah itu la sebaik baiknya. Bila dah jodoh ko, he suit you dalam segala segi InsyAllah. 

Funny, caring, loving, omjay tak leh puji suami ambo lelebih. Hehe. 

Para suami ni jaga jaga la hp tu jangan simpan gambar wanita lain dalam hp, atau perempuan yang isteri tak kenal. Cerita dia cam ni. Semalam laki aku balik weekend sebab start minggu lepas operasi sebulan, aku nak ambil gambar kami pi makan-makan, pastu ehh ni gambar pempuan mana pulak muka tak jelas sebab tunduk, siap gambar edit-edit ni. Aishh esk pg aku tanya, abg gambar pmpn mana kat hp abg ni. 

Laki aku gelak haha, dia teringat la tu gambar tu. 'Apa la syg niiii, abang takde masa la nak mcm tu. Orang rindu dia rindu family.. tu abg save download kat mana ntah tu design meja dia kan pallete'.. sbb dekat serounding tu mmg gambar meja. Hehe baru lah muka ada senyum aku percaya la sebab dia memang suka kerja merepair menukang ni. 😜

Korang pun suami2 ni jangan memain eh. Gambar pempuan ala ala makcik tudung senget pun kami boleh jeles langit ke tujuh uols. Sayang suami memang omjayy kalau ada benda2 pelik ni. Rasa rasa sebelum sagat muka pempuan lain atas jalan rasa nak sagat muka laki dulu kan.. hahaha

Bukan kata gambar pmpn yang isteri tak kenal/kenal tapi takde kene mengena sedara/kwn rapat suami isteri tapi gambar isteri tak de dalam tu/gambar artis terkenal pun lelaki mahupun wanita;haha sebab macam rasa sesuatu plak kalau suka simpan gambar artis lelaki ni. Tetap para isteri ni cemburu habis.. dia dah takde orang lain da her life for you and anak anak you je πŸ˜πŸ™‹

Ya Allah bahagiakan rumah tangga kami. Dijauhkan dari hasutan syaitan. Amiin. 


Gambar gambar throwback je 😘


Sekarang banyak post kat ig la sebab ig pun dah macam diari dah sesuka hati i je nak cerita panjang mano. 😝 

Ok la bye.. post 4.11am sebab tadi ni bangun makan nasi macam lunch tanpa rasa bersalah. Lapar memanjang uols! Menyusu dan hamil bukan sesuatu yang mudah ok! 

Sunday 7 May 2017

Happy 28 Birthdays

Happy birthday to me ☺️πŸŽ‚

Happy 28 years old. Pada masa ini saya dah ada keluarga kecil saya sendiri. Bahagia cinta ini. Suami yang sangat peyayang dan penyabar dengan bebelan mulut ini.. ada Zahra, yang easy baby. Suka berjalan macam mama abah dia. Geng la kita bertiga ya..

Yang keempat? InsyAllah doakan la. ☺️

Dan special thanks to mak dah ayah saya. Melahirkan membesarkan saya. Susah payah..tak pernah rasa lelah tak pernah rasa jemu. Sekarang dah ada cucu-cucu, kami yang anak ni macam anak angkat dah πŸ˜‚. Cucu diutamakan. 
πŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘Ά terima kasih mak and bapak. 

 
Kenangan baru habis pantang.. masih chubby. 

 
Bucuk bucuk mama...

Cinta mama dunia akhirat.. InsyAllah😘



Friday 10 March 2017

Trip ke Cameron Highlands- Part 3

Haii lama betul tak update. Ok la aku nak habiskan trip ke Cameron Highland jugak..

Ok hari ni hari last kite kat Cameron, so cepat pergi mana yang belum pergi lagi. 😊

 
Bagusnya Zahra ni tiap hari dia akan bangun awal, sebab dia jenis tidur cepat. Balik lepas maghrib makan main-main jap lepas Isyak bese dia dah mintak tidur. So pagi pukul 7lebih biasa dia dah bangun dah. Senang nak mandikan dan bagi makan siap-siap dalam bilik.

 
Bangun tidur layan tengok Didi&Friends tak pun UpinIpin jap..

 
Dah mandi kenyang apa lagiiiii minta tidur lar..mama boleh siap dan pack barang. Sebenarnya aku memang tak ingat nak bawak seluar panjang Zahra. Bawak sehelai je..tu pun da pakai 2 hari haha kesian anak aku.. pastu g beli stokin panjang ni..ingat kan muat.. macam kurang panjang pulak. Bantai sarung je la sayang. Nak cari seluar panjang semua tak berkenan.

 
1) Lavendar Garden

Yee kite jalan-jalan Lavendar Garden. Yang bestnye pergi weekdays ni tak ramai orang sangat.. hehe.

 
Cantik kan. Purple je semuaaaa. 

 
Dah aku mestilah nak memperasankan diri dulu.. Kat Lavendar Garden ni tak la sejuk sangat macam kat Brinchang. Boleh la..

 
Abah dan anak kesayangan. 

 
Mama pulak...

 

 
Family photo dulu laa. Dua orang kesayangan saya.

 
Dengan anak-anak buah. Zahra tu nak memetik yeee?!

 

 
Ok itulah serba sikit dekat Lavendar Garden ni. ❤️. Dari sini kite nak pergi beli ole-ole.. sebab petang nak balik dah. Mana lagi kalau bukan Kea Farm!!

2) Kea Farm

Kea Farm dalam hp aku tak de ambil gambar. Jap aku godeh hp laki aku..hehe ada pun. Macam orang nak tengok gambar sangat kan. Hihi. Saja buat kenangan.

 
Masa ni belum ramai. Tapi pun ramai ramai dia, tak la ramai macam weekend kan. Tu yang best tu hihi. Kebanyakan kat sini diorang jual murah berbanding tempat lain. Benda yang laki aku nak cari sangat ialah....

 
Ni haa Jagung Mutiara. Jangan tertipu tau. Banyak jual yang macam ni. Rasa sedap jugak tapi tak selemak jagung mutiara ni. Kalau yang selonggok murah tu mungkin tak ori, itu yang  susu. Rupa lebih kurang.

Jagung mutiara harga dia dalam lingkungan 2 batang RM10 atau murah 3 batang RM10. Masa gigit aduii lemak manis, susu terpercik-percik.. gemok-gemok isi dia. Sedap sangat.

 
Haa tak sabar nak balik, sambil jalan dah makan dulu. Tak senonoh sambil berjalan kan. Hihi ups.

Kat sini beli teh, strawberi, jambu, macam-macam la.

3) Abang Strawberry

Kalau ke Cameron Highlands tak sah kalau tak ke sini. Makan nasi lemak sambal strawberi. Ni pun anak-anak buah yang ajak. Kalau tak memang tak tahu pun hehe. 

 
Tunggu restoran buka, zahra layan kartun dulu. Masa ni dia macam nak start selsema sebab sejuk sangat. Pulak kat cameron masa tu petang je hujan. Fuhh sejuk.

 
Makan untuk 5 orang. Yang lagi dua orang putih makan cakes. Haha. Kite layan nasi. Yang bestnya sambal dia dari strawberi. Sedap. 

 
Lepas makan jalan-jalan tengok ladang strawberi dalam restoran je. Lepas tu ada jual produk keluaran Abang Strawberry, sambal,jem, kordial dan lain-lain.

 
Ni dia, aku ni apa je tak beli. Ada je nak try nye. Habis ke idok tu nanti. Suami pulak rajin layan apa isteri nak. Tu yang happy. 

 
Ok ni last destinasi di Cameron Highlands. Jom balik semua. Special thanks to my lovely husband. Melayan kami tanpa ada badmood-badmood ni.. ye la kadang aku cakap berputar-putar pun die sabar je..hehe. Upss jangan ingat dah habis berjalan..

Laki aku kata nak berjalan kan.. dah alang-alang..

4) Air Terjun

 
Kalau lalu Tapah nanti turun masa balik tu nampak air terjun. Ramai yang mandi..nampak macam tak de orang kan. Pandai la amek gambar. Celup kaki rasa sejuk gile, depa boleh berlengging mandi selamba.

Ni kita 3 orang je turun. Yang lain dah flat, macam ni la jalan dengan cik jul. Sampai habis bateri ye korang. Aku, laki aku ngan Zahra memang kaki jalan. Haha

5) Ikea Cheras

 
Tadaaa!! Siap masuk KL lagi nak ke Ikea. Laki aku nak cari baby chair untuk anak dara dia. Nasib la korang ye, layan cik jul. Dah malam sampai Ikea.

Sesi berdrama pun bermula..
 

 
Aaaghitchewww..

Ok barang pun dah beli. Aku beli pasu bungan dekat Kea Farm aku beli pokok bunga Daisy hidup. Jangan tanya sekarang apa khabar. Dah mati pokok tu. Haha.

Jom balik nampaknya malam ni kena bermalam di rumah Muar sebab dah lewat malam. Laki aku nak kene rehat. Sorang tu drive.. hihi. 

6) Melaka

 
Haa gigih kan boleh singgah Melaka lagi. Diorang memanv dah lepak la kan.. ni jalan kat jonker street. Jumpa family kak ipar aku. Kebetulan diorang memang jalan Melaka.

Zahra pun dah siap tukar baju tidur berminyak telon, berbedak.. dah selesa apa lagii tidur la.. Die memang dah tahap lena tu tak sedar dah. Salute la kat laki aku, drive sorang, kalau turun kereta memang dia la dukung anak. Aku ada jugak la sekejap-sekejap. Hehe.

 
Ni ole-ole sikit hihi. Jagung, petai semua kat dapur.  Tengok pokok daisy aku cantik. RM10 je.. laki aku kaktus RM2.50 je.. sekarang pokok aku dah mati pokok dia hidup je ..haha kaktus. 

Alhamdulillah selamat sampai Muar. Esok pagi dah gerak balik Kulai hantar anak-anak buah semua. Dah nak naik cuti sekolah. Happy cik korang ikut.. ramai. Yang cik suka rajin tolong jaga zahra. Hihi. 

Ok tu je percutian kami di Cameron Highlands. Cameron memang best, ye la first time pergi dan kira dah semua tempat best kami singgah. Tak la semua, pengsan haha.

Nanti abah ada rezeki lagi kita jalan ok..😍🌹 ok byeee.

Monday 13 February 2017

Trip ke Cameron Highlands- Part 2

2hb Feb 17 Day 2

Ok tentera dah siap belum pagi ni?

 
Ini budak sudah siap. Lepas tu leka wallet, habis kena kumbah. Jangan lah kumbah dik. Ni kan percutian budget haha. πŸ™Š hari pertama ada tema black and white. πŸ’—

 
Ok mama pun dah siap. Mama boleh berangan sekejap sebab masa ni abah bawak Zahra galih kan kereta. Hihi ok bilik anak-anak buah kat sebelah pun dah siap. So jommm.

Check it out mana tempat kite pergi dulu.. Ofkos tempat pertama aku nak pergi breakfast. Sebenarnya konfius antara Bharat Tea dan Boh Centre. Mesti ramai yang sibuk nak pergi tempat Lisa Surihani dengan Aaron Aziz berlakon kan.  Ke aku sorang je confius? 

1) Bharat Tea, Cameron Valley, Tanah Rata

Kite tak pernah pergi kan. So confident la pagi tu dalam pukul 9 pagi dah keluar dan waze terus Bharat Tea, Tanah Rata. Around 9km dari our hotel. Our hotel at Brinchang actually. Gigih la ni pergi. Aku pun ingat-ingat lupa je gambar sebab malam tadi dah penat malas nak review. So dah sampai, laki aku ajak turun untuk sesi pengecaman tempat. Dia ikut je plan aku sebab nak melayan isteri kan. Keteringinan di hati nak sampai tempat macam ni.

Husband: betul ke ni?

Sambil pergi kat cafe tu, aku tengok cafe atas ladang teh je terusss..

Aku: haa betul-betul. Ni la tempat nya.

Walaupun dalam hati apsal ada lain sikit. Hihi.

So kami pun bersarapan kat Bharat Tea. Sarapan ala-ala orang putih padahal pepagi nak makan nasi lomak ke nasi kerabu ke kan.

 
Beli satu teko, dan ini. It cost you around RM50. Mak tak ingat sangat, mak order je. Hihi.

 
Breakfast here. Alhamdulillah walaupun nampak ciput tapi kenyang. Zahra tuu awat terlebih riang? Sebab dia dah makan nestum. Sebab waktu makan dia biasa 8-830. So kek gini dia tak makan sangat. Biasa kek ada susu kan. Takut allergic jugak.

 
Cantik juga kan dari Bharat Tea ni. Cuma panas sikit sebab ni kat Tanah Rata. Alhamdulillah cuti weekdays orang tak ramai sangat. Senang nak ke mana-mana.

 
Zahra with kak shira. Gembira betul. Tengok budak-budak pun happy je kan. Duk selfie ja bermacam gaya. 

 
Hai..macam kite je ada kat ladang teh ni. Abah la ni yang ambilkan gambar. Cantik kan walaupun muka anak aku terpaksa je. Hihi.

Ni around pukul 1030 pagi. Dah naik matahari tapi belun rasa panas lagi. Ada rasa sejuk-sejuk lagi.

 
Zahra dah start mengantuk, dah gosok-gosok mata. Tapi dia tak merengek. Memang time tidur die dah sampai.

 
Wooo..seronok la ambil gambar tak sesak.. padahal kiri kanan ramai je orang.

 
Ada la senyum sikit kena agah walaupun dah start nak tidur.

Nampak cafe dia belakang kiteorang tu, tak sama macam kat shooting tu kan? Yee bukan ini tempatnya. Nanti aku bawak gi tempat tu. Tapi best la pagi dah sampai sini dah breakfast siap. Ok dah nak panas jom naik semput gak nak naik balik fuh..

Dari Bharat Tea kite terus pergi ke Big Red Strawberry Farm.

2) Big Red Strawberry Farm

Dari Bharat Tea, Tanah Rata kite naik ke Brinchang ke Ladang Strawberry. Kat sini banyak ladang strawberry. Aku pun tak tahu nak pergi mana satu. So pick je yang dapat banyak suggestion.

Sempat lah Zahra menyusu dalam keta dan tidur sementara sampai. Dalam 8 km dari Bharat Tea. Sampai Big Red pun dah dekat tengahari.

 
Wuuu ini budak tengah dibuai mimpi. Janji jangan alih-alih time dia tidur. Dia ok. Dah dari dalam keta dengan mak sampai keluar pun mak ler gigih dukung tak nak bagi dia terjaga. Sebab Zahra punya style kalau dah terjaga susahbdia nak tidur balik.

 
Tengok la budak-budak sekolah kini pandai mekap. Zaman aku pakai compact powder je pun dah rasa gah gtu. Haha.
Comei-comei, makcik pun dah nampak sebaya kan? Hihi

 
Ni gambar sepanjang jalan je..walaupun nisbah muka dengan jalam dah sama beso. Tak masuk ladang pun untuk pick strawberry. Tak sempat la pick strawberry sendiri. Hihi.

 
Gittew, mai perasan sikit. Mak pun nak posing sorang. Aku kalau pergi memana suka gile pakai tudung ni dengan hat satu lagi sebab tak payah iron. Ada la kawan tanya; dah tak de duit ke asyik pakai tudung ni. Hahaha kuasam sangat. Yang tanya ni bestfriend jadi aku macam tak de perasaan langsung pun dia tanya. Aku cakap je tak de bak sini duit ko. Tu la kalau bfriend yang bahan soalan hazab pun peduli apa kan. Apa ni merepek. 

 
Masuk ladang salad pun dah rasa eksaited. Klik klik family photo. Tq sayang-sayang semua rajin amekkan gambar cik jul dengan cik dina.

 

 
Muka bangun tidur. Malas je kan nak layan. Kat satu-satu tempat pun kiteorang stay berejam gak nak habiskan pusing. 
Sehari tak banyak tempat pun janji puas berjalan.

 
My small family 

Orang biasa caption gitu kan. Aku pun nak la. Hopefully bertambah besar. Ada rezeki InsyAllah. 

 
Bagi anak-anak dara posing. Kat hp cik dina semua gambar gini kan. Kat hp memasing vouge-vouge posing posing. Ni semua ringan tulang tolong cik, jaga zahra. Kalau cik dengan cik jul. Fengsan gak letih haha.

 
Dah bagi couple dorang ni plak romantik. My love my everything, my finance minister, haha. 

Kalau pergi jalan ni gambar je la jadi kenangan. So sama je gambar nya sana sini. Cuma kat blog aku suka cerita sekali. Tak hambar kan? 😝

 
Dekat Big Red ni ada cafe. Macam-macam menu strawberry ada. Tapi kami sampai pun dah tengahari, jap g nak makan nasi lunch. Kami pun beli la makanan ringan. Tapi milkshake strawberry dia terbaik laa..sedap gile. Ice cream dan strawberry cream. RM30 plus. 

Saja bagi budget kiteorang. So korang nak pergi boleh budget nak bawa berapa. Tak payah banyak-banyak 😊.

 
Kat sini Zahra cuma jilat-jilat strawberry dengan air masak je. Sebab kebanyakan based susu. Jadi dalam beg/kereta mesti ada roti atau biskut beras sementara makan nasi.

 
Hepp tapi dia pun nak try jugak strawberrybmilk shake sama macam kakak.

 
Dah la semua tak boleh.. makan purse mama je la. Speks ni nampak boyish la. Nanti minta abah belikan yang nampak gugurl sikit. Tapi balik Kulai nak sampai ke Jb payah sikit abah work kan sayang. 

Ok dah lepas minum semua. Nak tunggu makanan turun, kami jalan-jalan ke parking and decide makan tengahari area Brinchang sebab sempat perut mengosongkan diri mereka sendiri. 

3) Kedai makan Majlis Daerah Cameron

Kami makan dekat area kedai majlis. Tempat tu berbumbung. Tak de pulak gambar ye. Memasing nak makan je ingatnya. Haha. Sedap la makan nasi campur ada; goreng-goreng pun ada. Budget makan semua siap air dalam RM40. Ok la kan? Standard lagi. Zahra siap order sup ayam. Tapi dia tak mau makan. Oleh itu, mama bungkus air suam bancuh nestum kot. 

Aku ni kalau anak tak nak makan. Seboleh-boleh nak suruh makan jugak. Makan sikit pun tak pe bagi sejuk-sejuk perut dia. 

Lepas Zohor dah siap semua. Dalam 2.30 ptg kami sambung perjalanan ke Boh Plantation, Sungai Palas. Haa tempat ni la yang Lisa dengan Aaron berlakon tu. Aku pun masa tu dapat komen and whatsapp dari kawan suruh datang BOH Centre.

Pastu mula la laki aku membahan aku kata Bharat Tea tempat lepak mama, dia punya kat Boh. Anak-anak buah aku dah gelak je..tapi tetap menyebelahi cik dina diorang ni.

So kami waze je. Dalam perjalanan kiteorang singgah Strawberry Point. 

4) Strawberry Point, S Corner

Strawberry Point tempat jual strawberry dan teh yang murah.
Kami pun ada beli juga. Tapi memandangkan ada lagi 1 hari di Cameron, kami cadang nak ke Kea Farm. Banyak kan dalam kepala hotak aku ni nak pergi. Alhamdulillah suami aku ni jenis melayan isteri. Turun naik Tanah Rata- Brinchang tak ikut tentatif pun dia rilek lagi. Love lah.

 
Strawberry point jual teh lebih murah dari tempat lain. Ni gambar hari last sebab semalamnya datang lupa amek gambar. Haa gigih tak nak gambar punya pasal. Hehe.

Balik dari sini, kami teruskan jalan ke Boh Plantation Centre. Dah petang masa tu dekat pukul 4 petang. BOH tutup pukul 5 petang macam tu.

Aku pergi jugak la kan semangat niii.

5) Boh Tea Centre, Sungai Palas, Brinchang

 
Perjalanan nak masuk sini pergh selekoh dari jalan besar nak sampai ke kaki bukit Boh Centre ni macam muat satu kereta ni. Jadi kena naik hati-hati tau. Tempat ni nampak jauh sikit dan lebih tinggi. Lagi tinggi lagi la sejuk.. best. Tengok turun kereta je Zahra dengan abah dia dah sesiap pakai sweater. 

Kalau tengah peak hour die tak benarkan kita bawa kereta naik sampai cafe. Kena park bawah lepas tu jalan kaki guna tangga. Cantik la tangga dia, tak sempat amek gambar sebab hari macam gelap nak hujan. Jauh plak tu. Memang tak bawak payung sesiap. Lepas tu gerimis, Zahra dia kenyang dia tidur. 

Aku bagi kat husband aku suh bawak lari Zahra, nasib baik dah pakai topi sweater semua. Tak la terasa kene hujan. Semput hakak, gigil kaki berlari sebab dah gerimis. Haha. 

 
Sampai atas dengan selamat, ehh makan lagi. Kerja nya macam makan je kan. Sejuk-sejuk ok la makan je. Makan kongsi-kongsi tak larat la perut. Hoho. 

Zahra kat sini enak betul dibuai mimpi. Berejam sebab gerimis lepas tu hujan makin lebat. Kereta kat bawah. Tunggu la sampai hujan reda. Tapi dia punya sejuk oiii.

 

 
Anak tidur, jom peluk jap. Haha. Amek la gambar kat tepi ladang teh ni. 

 
Masa ni gerimis sikit-sikit lagi. Belum hujan. Jadi sementara orang tak mau makan dekat tepi-tepi ni sebab kene tempias hujan. Jom la bergambar. Padahal ramai ni haa depan-depan kiteorang gerimis pun gigih amek gambar sama la macam dua orang ni.

 
Zahra with kakak Tisya.

 
Family photo jap πŸ˜‰

 
Ni dah siap makan nak turun hujan dah start lebat. Bagi orang lain pulak duduk makan. Kite jalan-jalan la kat galeri Boh. 

 
Memasing hp ha. Update la tu..anak aku tidur dah sampai London. Mak bapak dia sangkut kat Cameron lagi hehujan ni. 

 
Uitt tu diaaa dah bangun... kat mana pulak saya ni. Cameron lagi ke? 

 
Agah-agah nyengihh terus.

 
Layan tepuk-tepuk tangan.. suka la dia. Ramai kakak layan. 

 
Zahra with kakak Shira. Masa ni sementara tunggu husband aku amek kereta kat bawah sebab still hujan lagi. Mesti lah dia bagi naik kan. Ada yang couple gerimis-gerimis turun bawah guna tangga, pakai wedges tinggi. Laahai nak tegur suh laki dia amek kereta pun dah separuh jalan. 

Balik tu dalam pada gerimis tu, laki aku nampak macam port baik je nak ambik gambar siap berenti lagi. Haha.

 
Gittew. Haa. Cantik tak aku amek?

Yang penting hati-hati dekat jalan, selekoh tajam takut bertembung dengan kereta lain sebab jalan sempit. Selalu lah guna hon nak bagi depa alert ada kereta di hadapan mereka. 

Kat indon dulu tak payah, semua macam setiap masa hon manjang. Haha.

Next pit stop is,

6) Cameron Square Mall, Brinchang

Kami singgah sini sebab budak-budak nak pergi watson. Aku pun nak carikan Zahra seluar panjang untuk tidur dengan stokin panjang sebab aku tak bawak jeans dia. Hihi.

Tertinggal umah Muar.

 

 
Kat memana nak lekat je diorang ni.

 
Kat luar Square Mall ni ada macam funfair. Anak aku tak sesuai lagi. So cuci mata je. Barang mahal sikit kat sini.

 
Perasan jap.

 
Dah dah masuk kereta semua. Kalau tak semua tak tahu nak balik. Sambung esok. Saya penat nii.

 
Dalam maghrib macam tu kiteorang dah sampai hotel. Ni dah mandi, makan mesti jap terus nak tidur. Kalau korang bayar hotel mahal sebab pool view ke aircond, rasanya korang membazir je sebab sejuk. Aku laki bini tak pasang kipas, sebab Brinchang dah puncak sejuk oi.

Bese dia mandi last. Lepas dia siap keluar bilik air, aku bukakkan kipas hadapkan ke dia. Hahaha kesejukan.

 
Malam tu ada Pasar Malam Brinchang depan hotel. Boleh jalan kaki je, tapi semua tak pergi. Sejuk, plus dah penat. Haha jalan ngan cik jul jangan memain. Memang dia akan gunakan waktu dengan secukupnya. Lepas Zahra tidur, kak shira jaga Zahra, mama abah pergi bungkus makanan kat kedai majlis siang tadi.

Lepas tu makan strawberry coklat. Sedap.

 
Ok dah habis aktiviti hari ke dua di Cameron, jom esok pulak nak pergi mana?

Byeee. Tq for reading. Lots of love. πŸ’—