Friday 13 March 2015

Menuju menjadi seorang isteri

Rasa macam mimpi pun ada, tiba-tiba nak jadi isteri orang dah. Macam baru hari tu tunang. Dah sedia ke aku? Aku nak cakap belum sedia pun, aku nak sediakan apa sebelum kahwin? Dah tiba masa jodoh sampai; thank you Allah sentiasa dengar dan makbulkan doa-doa aku. Syukur tsk tsk.

Dulu masa join usrah kat UTM, kakak-kakak usrah cerita pasal hidup and especially nya pasal jodoh. Pada aku diorang jenis nak kahwin cepat, bukan maksudnya diorang ni gatal nak kahwin ke apa. Tahu je la diorang tak nak bercinta sebelum menikah. Perasaan nak kahwin dan berpasangan lumrah kot. Kakak-kakak tu cakap;

Allah adalah seperti sangkaan hamba-hamba-Nya. Maka kita ni kena sentiasa berbaik sangka apa yang akan berlaku akan datang dan Allah tetapkan. Allah Maha Mendengar, doa la minta je apa-apa.

Dalam bab jodoh, kalau tak ada calon lagi, niat lah yang baik-baik dan doa nak kahwin sekian-sekian bila. Insya Allah, Dia akan makbulkan. Samalah macam aku, niat satu persatu dan Allah bantu.

Masa buat umrah dulu salah satu doa ialah jodoh, Memang banyak kali, setiap kali doa ini salah satu yang aku tak lupa. Aku doa tak kira dekat mana-mana lebih-lebih lagi dekat tempat mustajab doa. Masa pegang Kaabah, depan Multazam, rukun Yamani, dekat Madinah, banyak sangat tempat. Dan yang paling orang nantikan untuk berdoa jodoh dan pasangan adalah, bukit kasih sayang iaitu Jabal Rahmah tempat Nabi Adam dan Siti Hawa dipertemukan. Ya Allah, rindu aku dengan rumah-Mu Ya Allah. Bumi barakah.

Ok jom masuk bab cinta aku pulak ni. hehe. Mula-mula masa tunang dulu plan setahun, tapi kalau boleh ye cepat. Memang banyak kene fikir itu ini masalah sebab nak conform tarikh. Mana yang tahu aku dah tunang, tanya bila, kau bila? ni bila? tu bila? fed up jugak kadang nak jawab. haha. Aku cakap je la bulan depan, depan yang mana tak pasti la. Tup tup izin Allah, dah bincang, bulan 4 depan ni aku bakal diijabkabulkan dengan insan tercinta didalam hati jantung pengarang kasih tiada penghujung. Gittew. Sebulan lebih je preparation! how rushing tau. Dengan baru masuk kerja pulak tu. Tak pe, boleh boleh.

Bila kahwin aku dah start fikir;

Sekarang bolehla gaduh sikit aku melawan sikit, membebel banyak, nak jalan suka-suka hati. Dah kahwin, dengan satu lafaz keramat nanti dari seorang lelaki yang mula-mula asing bagi aku entah dari mana dan tak terfikir aku, terus melenyapkan hak mak bapak aku terhadap aku selama berpuluh tahun jaga aku, didik aku, makan pakai aku. Maka aku akan berpindah syurgaku ke seorang lelaki yang menjadikan aku isterinya dan suri hidupnya. Bermula aku kena taat perintah suami. 

Wahai suami, jagalah aku dengan agama.