Tuesday, 8 May 2012

A day in Singapore

Aku tak tahu kenapa lately ni mood aku berjalan memang on je. Kenapa? kenapa? walhal duit pinjaman kau dah licin je dalam bank tu. Kenapa suka buang duit? Jawab dina! jawab! Kalau gini gaya aku lah, duit budget untuk travel memang cepat habis lah macam ni. Mak bapak aku memang tunggu peluang dan masa yang sesuai untuk pelempang aku je, tak pun tunggu masa nak ikat kaki aku je kat rumah. Tunggu ko dina, tunggu. 2minggu lepas aku baru pergi Tioman kot, minggu lepas aku ada kem, minggu ni ewah-ewah, lemak betul.

Actually gini *cuba jelaskan padahal kau memang suka perabis duit. Kebetulan aku memang ada pasport, teringin ke Singapore pulak dah lama. Just nak jalan-jalan je. Takda makna traveller sengkek macam aku nak shopping. Aku kan suka gila pakai barang murah. Bia aku boleh simpan duit banyak (banyak mana duit ko dina?). hahaha

Johorean harus ke Singapore eh sebab sebelah-sebelah, memang sangatlah dekat. Jadi memandangkan tak guna budget yang banyak, aku dengan course-mates menghabiskan sehari suntuk untuk jalan SG. Tak semua tempat pon pergi sebab kalau semua tempat pergi, tapak seliper mak yang tebal tu pon boleh tipis noksss.

Okeh, transport kiteorang kat sana semua guna MRT dengan bas. Kalau korang tak nak leceh-leceh tiap kali naik bas kena keluar duit secukupnya untuk tambang atau kena beli tiket setiap kali nak naik MRT, korang boleh beli ezreload ticket atau jenama lain ada kot. Tiap kali naik bas atau MRT korang just scan je, kira autopay lah. Cepat memang tak leceh, senang. Harga dia 12dollar, tapi non-refundable 5dollar. So kredit ada 7dollar. Kalau tak cukup boleh top up kat mesin dia.

Kiteorang bukan pergi USS eh. Just jalan-jalan je sebab pestime nak jalan Singapore. Dulu aku pernah pergi tapi pergi Cangi Airport je sebab nak pergi Indon masa tu.

Destinasi pertama: Vivo City

Memang cantik view dia, jangan cakap "eleh datang sini pon nak amek gambar ke?". Weiii, ramai tourists memang amek gambar kat sini, so aku pon mesti kena amek heh. Aku pon tourist jugak hape, *sambil jeling berlagak diva.

Sedap guna ezreload / ezlink card aku tak tahu nama dia mana satu, nasib baik cek baki, then top up lah guna machine ni. Singaporean da tak jakun da guna ni, aku kena jakun sebab kat JB tak ada lagi. Masa jalan KL pon aku ingat macam beli kat kaunter dia. Ni self sevice, tekan-tekan je.


Dalam vivo city ni, boleh naik MRT pergi ke Sentosa Resort World. Setiap interchange MRT, mesti ada mall. So tiap kali nak tukar MRT, boleh shopping dulu lepastu makin malam makin berduyun barang shopping kau.

Lagi satu nak share, kat SG orang jalan punyalah laju, tak macam kat Msia. Lenggang lenggok mak jemah semua. Apa diorang kejar ek? Aku pikir jugak, eh kat Msia kita ada 24 jam, kat Singapore maybe 22jam kot. Padahal orang Malaysia tak reti menghargai masa. So lepas ni aku kena jalan laju, baru produktif hek?

Destinasi kedua: Sentosa Resort World


Dari sini, dah dekat sangat dengan Universal Studio, cuma nak masuk tu aku lupa bawak duit lebih. haha. ngaku je tak ada duit. Maybe next time la sebab kalau jalan USS, memang habiskan sehari masa kat situ. Kali ni kan aku memang nak jalan-jalan saja dulu khenn.


Tempat ini harus wajib bergambar ye adik-adik

 Caramel popcorn yang sedap.


Sesiapa yang rajin bolehlah naik sampai mulut singa tu heh. Aku pemalas, memang tak naik.
Jalan-jalan luar je.

Nampak gambar dalam screen tu, 6 of us. Kat kedai coklat Hershey's, ada amek-amek gambar untuk dijual nanti diorang akan tampal gambar korang kat botol coklat. Dia kata boleh cuba kan, apa lagi. Berdezuuup memasing ngan hidung kembang nak bergambar.

Harga dia kalau tak silap la 28dollar. Mahal lah ! Membazir, lagi pon cuma sorang je yang akan dapat. Gambar macam ni je yang dapat. haha, gile jahat. Jadi laaa kannnn?

Dah penat lettew, lagi satu mana boleh makan kat dalam mahupun kat station MRT, kawan aku si Ili ni memang slumber je makan. Dia aka tourist guide kiteorang hari tu. Sebab dia Spore da khatam da, lagipun kalau dengan orang yang dah biasa kita tak bazir-bazir masa, salah jalan lah apa lah kan.

Nampak tapak seliper aku dah tipis? Padahal dari JB tadi sebenarnya lagi tebal. Malam tu kiteorang balik seliper aku dah jadi macam seliper jepun RM2.

Ni memang budget travel, sebelum masuk Spore kiteorang siap-siap makan kat johor. Lunch beli sandwich kat 7eleven shopping mana ntah ek, lupa. Siap ada microwave untuk masak mee, apa bagai lah.

Destinasi ketiga: Esplanade


Hi tea 






Memang sedap, kat Jb kedai Haagen Dazs tak ada. Kalau nak makan jugak kat kat supermarket ada jual icecream dia. Serius sedap, yang macarrons dia tu ice cream. Aku tak tahu lah, tengok sikit, tapi makan betul rasa kenyang. Jumlah kat sini, 45dollar baru bapa sorang kan tapi kalau convert RM boleh tahan jugak eh. Lepas makan ni, malam balik Jb baru makan nasi ayam penyet pinang jugak yang ko cari eh?

Tak pergi Marina Bay. Tapi nampak sangat lah dekat dengan Esplanade.

 Macam durian kan mall kat Esplanade ni?



Destinasi ke empat: Merlion Park
 Boleh jalan kaki je nak ke sini. Jangan malas-malas.

Destinasi ke lima: Bugis Street

 Barang kat sini murah-murah jugak, tapi aku tak tahu nak beli apa. Tak beli apa langsung. Apa daaa

Destinasi ke enam: Orchad

Orchad jual barang-barang branded. Macam JPO lah, tapi ni lagi gila besar lah gila besar lah gila memang besar. hoho. Kat sini lagilah harapan aku nak beli. Beli ice cream Mcd boleh la.

Singapore Store Centre
Letih memang letih lah sebab berjalan tak ada rehat pon. Tak ada maknanya nak pakai wedges ke apa ke. Baik ko pakai kasut flat, sport shoes, atau pun siper jepun macam aku. apa? Aku tak fesyen? Ada mak kesah?

Dah balik-balik. Kat Jb aku terus kol mak aku, cakap dah masuk Jb balik. Mak aku tanya, "Beli jajan apa kat Spore?" ermm "hampas pun teda tuh mak". Memang tak tahu nak beli apa.

Siol punya anak, tak beli apa-apa. Masuk Jb bawak dollar balik. ngeng betul

6 comments:

  1. bersih gler singapore...!bestnyer..tringin nk g gak..nnt ak wt pasport ak pergi gak..malu.."johorean harus ke singapore ea"huhuhu..baikkk...

    ReplyDelete
  2. haha. tp ko kene rajin jalan laju2, dah boleh praktis dr skrg

    ReplyDelete
  3. baik...nie yg lemah nie..bdn berat2 susah nk jln laju2...hihuhiho..

    ReplyDelete
  4. awesome korang nye aktiviti..look enjoy!!

    ReplyDelete
  5. haha, thanks kaki berjalan mmg mcm ni. :)

    ReplyDelete
  6. Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang IRDI TOUR BANDUNG selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya Amiin…. Irdi Tour Bandung hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Irdi, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Irdi Tour Bandung menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk info info lengkap tentang Irdi mengenai promosi percutian di Bandung bisa lihat blog Irdi :
    http://keretamurahpelancongan.blogspot.com/
    JOM JOM ke Bandung bersama Irdi, dijamin Muraaaah dan puas ^_^
    Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi… ;-)
    Dijamin Irdi bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat baik..

    Contact Person :
    Mobile Phone : +6281322167717
    WhatsApp : +6281214741600
    +6281220477335
    Email : irditour.bandung@yahoo.com
    Facebook : - Irdi Tour Bandung & Irdi Wati

    Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada waktu yang luang bisa kita berjumpa lagi mohon maaf kalau ada kata kata Irdi yang tidak berkenan.
    Irdi Tour Bandung tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke Bandung..
    Wassalam..wr.wb..

    ReplyDelete