Sunday 27 May 2018

3rd Anniversary

Sementara lepas subuh ni tak mengantuk, saja la nak throwback masa anniversary kiteorang hari tu. 15/4/2018 hari tu genap usia perkahwinan kami 3tahun. Alhamdulillah bersyukur semoga ini lah jodoh dunia akhirat ❤️. 

Dikurniakan 2 orang anak. Zahra dan Rayyan.

Idea nak buat candle light dinner kat rumah je memandangkan anniversary ni ialah hari ke 43 berpantang. Easoknya habis lah tempoh berpantang hihi. So baby pun baru sebulan lebih nak keluar malam sangat tak selesa nak tidur apa semua. Kakak dah tak payah risau, consider dah besar sebab dia kalau ngantuk boleh tidur sendiri. 



Sebagai langkah penjimatan, so decide set up kat rumah je la. Aku laki bini pun tak de lah wajib sambut pun. Ni suka-suka je. Budget pun murah. Beli potpouri je bukan fresh flower pun hehe. RM1.90 and lilin RM10. Lain semua pakai apa ada kat rumah je. Frame tu amek dalam gobok je.


Gambar kenangan masa honeymoon Krabi dulu.


Ini lah kekasih saya. Terima kasih di usia perkahwinan kita yang ke 3tahun kita diberi bermacam macam rezeki. Alhamdulillah. Walaupun ada masa kita diduga kekurangan duit, tapi Allah sentiasa mencukupkan kita. Ada je rezeki kerja. Kadang kala kita diduga perasaan tak puas hati satu sama lain, tapi Allah terus serta merta hadiahkan rasa saling memaafkan dan saling menyayang. 

Kadangkala kita berbeza pendapat, berbeza cara, tapi kita saling melengkapi. Hal-hal kecil jadikan hari-hari kita bahagia dengan berkasih sayang, bergurau senda, tak lupa juga membahan satu sama lain.


Masa ni order makan chicken chop. Masak pun tak tau. Beli je hehe. Ni bulan pose rajin la sikit aku masak. Sebab nak makam pepanas semua. 

Ok lah apa2 pun semoga kami bahagia. Dipanjangkan jodoh. Dikurnikan anak-anak soleh solehah. Amiin. Banyak lagi nak bebel tapi aku ngantuk pulak. Nak tidur. Hehe

Memang tak baik tidur pas subuh. Tapi mak-mak ni kalau anak anak dah bangun mak ngantuk camana pun tak sampai hati nak tidur kalau anak tak tidur sama. Diorang ni tidur tukar shift sorang bangun sorang tidur. Nanti sorang dah tidur yang ni bangun pulak.

Begitulah jadi ibu ni. Letih tapi dengan kudrat yang ada anak anak lebih penting letih jangan cakap la. Sebab anak fully breastfeed. Ok bai. :)

Friday 25 May 2018

Pengalaman bersalin Adam Rayyan

Waaaa sekali sekala je masuk blog ni kan 😆 kalau ada benda nak cerita blog baru la masuk sesegan nak buat satu entri hihi

Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan anak ke dua kami iaitu Muhammad Adam Rayyan 3/3/2018 2.05 pagi. Saja la nak story sebab masa bersalin Nur Zahra Dania aku story.. sebab pengalaman lahirkan anak ada cerita tersendiri so aku nak cerita detik melahirkan kali kedua 😘.

Apa yang bestnya kali ni punya bersalin dan berpantang ialahhhh suami aku ambik cuti sebulan untuk jaga waktu pantang selain menguruskan Zahra Dania yeay! Thanks love mmuahhh..

Seminggu sebelum bersalin suami aku dah ambik cuti awal so sempatlah kami berjimba seminggu tu.. ikutkan dah malas nak jalan tapi ingat pantang nanti duduk rumah hmm boleh lah haha. 


Rasanya hari yang ni yang paling banyak jalan. Dah pergi KSL pergi zoo pulak.






Bermalam kat Le Grandeur Senai tu semalam bawak Zahra mandi kolam.. dedekat je senang kang nak bersalin dekat dengan hospital. 

And husband melayan nak makan apa jeee 😋 makan la perkara yang best ditekak, tengok berat membulat aku dengan jayanya 65kg!






Tak pernah pernah ke Dangan Bay pergi lah sekali bawak zahra naik benda-benda yang dia boleh naik. Dia kata ni taman riang ria upin ipin.. sebab sama dengan episod tu.


Makan nasi Kak Wok


Pots and pans

Selang sehari balik dari berjalan ni semua.. Hari Jumaat 2/3/2018 sebelum husband ke Masjid sembahyang Jumaat sambil bawak duit dia kata nak doa. '3/3/2018 you bersalin.'
Sebab memang 3hb pun due nya. 

Petang tu pukul 5/6 ptg da start sakit. Tapi sebab beberapa minggu yang lepas, pernah datang false contraction. So buat tak tau lagi. Maybe sejam dua akan hilang sakit. Tapi tak berhenti sakit. Contraction datang pun konsisten dan makin sakit. Tapi masa ni rasa macam ehh nak bersalin ke aku ni.

Lepas magrib dengan sakit datang dan pergi tu, mandi semua siap, makan siap. Siap suap anak sulung makan lagi. Macam ni la mak ye. Kita sendiri nak bersalin masih fikir anak ni tak makan lagi. Dah siap makan tu semua lepas Isyak dalam 9malam  jom lah ke Hospital Kulai. Zahra pulak still nak berpangku kat mama dalam keta. Sabar je la.. tapi mama senyum je layankan je dia sebab esok birthday Zahra Dania 2 tahun. Jangan emosi dengan anak. Sebab sedih nak tinggal
dia. 😭

Sampai hospital itu ini dalam 9.30 kat wad bersalin, nurse tanya tanda apa. So bgtahu la contraction 5 minit sekali. Start sakit dari petang tadi. Minta aku masuk labour room nak cek jalan. 

Cek je dah 4 cm!

So memang dah kene stay labour room la. Cek CTG tak kuat kot contraction..nurse kata baby (now rayyan ni la 😚) tak aktif maybe tidur kot. Mana tak nye dari siang bergerak dia pun penat gaknye. Masuk air fuh fuhhh fuhh sakit faham sakit? 

Mata aku asyik tengok jam je sambil doa semoga seusai pukul 12 malam je aku dah boleh teran. Sebab sakit memang sakit tapi nak tarikh 3/3/2018 jugak 😬. Tengok jam lagi 5minit pukul 12 pun tak boleh bersalin lagi pulak tu nurse baru nak pecahkan air ketuban. Dalam hati seronok la tapi mengharap lagi 1/2 jam aku bersalin.

Sebab aku tanya nurse,

"Puan, lepas pecahkan ketuban agak-agak bile boleh bersalin?"

"Tak boleh nak janji, mungkin 1/2 jam mungkin satu jam tengok keadaan"

So dalam mindset aku ok plg lewat lagi sejam. Sejam sejam!

Husband pun boleh masuk. Teman, urut pinggang sebab aku minta die urut sebab sakit contraction makin kuat. Macam nak putus pinggang. Jangan usap rambut jangan belai-belai. Tolong urut belakang pinggang ni je. Contraction makin kuat, minum air selusuh, doa, merentap tangan laki aku jangan cite la. Sakit teramat. Part rasa nak terberak sesangat aku dah lega, tapi bukan lega tak sakit. Sakit yang amat.

Sebab dah ada pengalaman, tu tandanya jap lagi aku boleh teran. Hihihi. Nampak aku gelak macam tak sakit kan? Sakit sesangat sampai aku fikir macam mana sakit berpisah jasad dan roh. Lebih dari ini! Termarah suami (seriuosly tak sengaja) emosi bercampur.

Tengok jam dekat pukul 2pagi. Nurse masuk cek. Ok

This time!

Dia pun dah arahkan aku teran. So teran la. Baby sangkut kat bahu. Risau sesangat sebab masa sangkut tu aku tak rasa sakit. Tp Nurse minta aku teran.. dia pulak minta tolong teran la dik tolong la tolong la. Aku teran la sekuat hati nak buasir pun buasir la.. haha Alhamdulillah selamat. Buasir tak keluar pun hahaha. Ngeri.

Timbang apa semua 3.6kg, kus semangat anak mama abah ni! Sebelum tu nurse tanya last scan berat baby berapa, aku cakap la 2.8kg. 

Alhamdulillah tepat jam 2.05pagi 3/3/2018 lahirlah anak lelaki kami Muhammad Adam Rayyan.


Baru siap semua proses. Dapat minum air milo suam. Segelas ni sekali sedut je wei haus punya pasal. 


Rayyan umur sejam.


Paginya.. Rayyan umur 1hari.


Tengahari birthday girl melawat mama and baby. Happy birthday sayang mama kakak Zahra Dania. Birthday girl dapat hadiah adik la. Sama tarikh kan. 

Sebelun bersalin mama risau nak tinggal Zahra. Tak pernah mama tinggal dia. Mama selalu doa mama bersalin malam. Alhamdulillah Allah makbulkan. So kakak sebenarnya tak terasa mama tak de pergi bersalin kan adik kejap. Hihi :)


Love sangat semua ni.


Alhamdulillah petang dah boleh check out. Abah kata 3/3/2020 masuk sini bersalin lagi.. haha banyak lahhh.. tapi kalau rezeki kami terima. Dulu Zahra 3/3/2016 bersalin kat sini juga.







Beberapa hari selepas dilahirkan.

Now oleh kerana dah berbulan baru update entri bersalin. Rayyan pun dah menjadi abang ketak tau hanya dengan mendapat susu ibu sepenuhnya secara ekslusif InsyAllah sehingga 6 bulan. Dan akan diteruskan sehingga 2 tahun. Amiin


Gambar latest semalam. Berbuka puasa di luar. Dah booking apa semua, bawak kakak pergi playground. 

Rayyan 2 bulan 6kg.


Next week check up 3 bulan. Gambar kami sekeluarga. Alhamdulillah dikurniakan anak lelaki dan perempuan. Tak de apa yang mama abah harapkan selain kalian jadi anak soleh dan solehah, berjaya dunia dan akhirat. Amiin. 

Siap juga entri pengalaman deliver anak kedua ku. Setelah berbulan stuck. Hari ni rajinkan diri menaip. Sebab lepas bertukar kerajann PH kan surirumah ada caruman kwsp dr gov dan potongan gaji suami. Hihi.

Ye saya belum bekerja semenjak ada anak anak. Nanti tiba masa sesuai ada rezeki kerja, saya sambung. Kalau tak rezeki jaga anak-anak dan keluarga sendiri. Pun besar pahala dan ada hikmah semua ni. Aminn Yrb.