Sunday 27 April 2014

Bahaya di mana-mana

Pada masa kini, bahaya ada dimana-mana. Bahaya didalam gelap yang nyata. Ada juga bahaya di bawah terang, ia datang secara halus tanpa kita nampak bayangnya.

Jadi jalan lah dengan berhati-hati. Sebab banyak jenis jalan, ada sudah di tar, ada berbatu-batu, ada berlopak-lopak, dan ada juga yang masih tanah merah.

Contohnya deret kedai ni, belum buka pun lagi kita nampak jalan nya lurus, tapi kalau dah buka mesti hati terdetik untuk singgah walaupun kadang bukan rasa nak beli pun, nak melihat saja .

Saturday 26 April 2014

Fake

Suatu dulu dengan masa yang aku sendiri dah lupa, aku ada kenal dengan seorang yang sangat bermuka-muka, mengutuk orang lain depan-depan, suka buat cerita buruk pasal seseorang, semata mata nak tunjuk dia tu hebat, dia tu mangsa keadaan, dia tu bagus, dia tu betul, dia tu bayangan ahli syurga.

Ingatlah kita semua tak sempurna. Aku, kau, dia, mereka, semua. Kau boleh jadi sesuka kau cuma jangan sakitkan hati orang lain dan jangan menjatuhkan air muka orang lain.

Kadang kita buat orang, orang teraniaya. Lagi-lagi tabur fitnah. Tuhan balas kat kita mungkin bukan dalam bab yang sama, tapi bab lain. Cuma kalau kita normal kita fikir la, kalau abnormal tu biarlah dia bersama labu-labunya. Memang kekal dalam gebang A dia je.

Kasihan. kasihan aku tengok. sampai sekarang. mungkin nanti, mungkin masa hadapan. Tapi aku nak bercakap lebih pun sapa aku ni? Cuma harap kita semua dalam baik-baik je.

Cuma jangan terlalu over confident sebab terlalu banyak perkara didunia ni tak dijamin.

Bab perangai ni janganlah fake sangat, ambil gambar guna camera360 yang fake tu tak apa.

Dulu la dah lama sangat.

Oleh itu aku tepek gambar pelesu mak nih;

Wednesday 23 April 2014

Bila ujian datang

Allah bagi ujian kadang kala bukan untuk kita selesaikan, sebab Allah dah tentukan. Tapi Allah nak kita doa, minta dengan dia. Apa yang kau nak, doa, minta je la apa saja.

Aku mungkin salah satu manusia yang sombong. Siapa engkau nak sombong. Allah akan bagi yang terbaik untuk kita. Tinggal lagi kau minta apa kau nak, InsyaAllah dapat. Allah tu Maha Pemberi. Kun Fayakun.

Ghase di hati ini

Ye sekarang aku memang tengah dalam sesuatu fikiran yang aku sendiri tak pasti. Kurang ajar, perasaan apakah ini? haha. Sebab tu sekarang aku suka lepak ngn si gemok ni, untuk menghuraikan rasa, inferens, pembolehubah-pembolehubah, dan hipotesis yang mungkin jadi jawapan pada situasi aku.

Dalam keadaan apa aku sekarang ni? Macamana aku nak cakap pun aku tak tahu mana aku describe apa yang aku rasa. Benda besar ni. Saluran mungkin betul, sepadan mungkin kurang tepat. Hati pun berat lagi. Berat yg mungkin sebenarnya tak.

Dari dulu tak amek berkat kau tak kisah, sekarang kau baru nak fikir walhal hati kau tak sedia apa-apa pun. Mereka nampak, zahir, ni haaa aku yang nak mengadap ni. Apa cita? Apa yang mereka nak tetapkan. Seriuosly. My ahli panels please come.

Sebenarnya perasaan tak tenteram ni jawapan die senang je- Solat hajat, solat istikharah. Semua minta dekat Allah.

Thursday 17 April 2014

Happy birthday friend

Semoga panjang umur murah rezeki. Masuk umur 25 dah, May Allah bless u. Friendship, saling mendorong dan menasihati. Amiin.

n/p bola-bola api by achik spin and nana. erghhhhhhahhaa. ke siti sarah dgn jamal abdillah?

Friday 11 April 2014

Rentetan puisi, Lara; jangan pernah mampir. Pergi pergi!

Oleh kerana blog aku ni jam gmt nye aku ikut negara mana, selalu lah bila aku publish hari Jumaat, tapi auto jadi hari Khamis masa pun tak sama. Minta kawan-kawan settingkan, sementara aku pergi toilet.

Namun ku kusangka panas hingga ke petang, rupanya korang menggodam blog aku dengan create puisi apa-apa entah. Lemau! Bukan blog je, facebook pun selalu gitu, suka-suka korang post untuk aku. Nate tol.

*************

Biar aku sambung puisi;

oja
dah kahwin

ojan
belum kahwin

lalalalala

Lepas tu yang aku tak puas hati;

n/p siti zabedah  mana pulak?
suppose to be SITI BADRIAH lah

maghrib rant

hati
hati ini pilu

jiwa
kosong tidak di isi

lara
jangan pernah hadir

n/p-siti zabedah

Ariana Rose

Gambar yang aku postkan dalam instagram pasal mak aku discharge semalam petang, dah buat satu kawan rapat aku whatsap aku bertanyakan hal mak aku. Aku pun cerita.

Biasalah aku dengan dia kalau bercerita memang tak habis-habis. Mungkin sebab kawan rapat. Kalau nak cerita kenangan aku duduk 24/7 dulu memang tak habis. Tapi bukan itu aku nak cerita.
Tengah syok membebel, perbualan kita pun menjurus ke arah salah satu life planning; kahwin.

Ya ini Ariana Rose versi realiti. Aku memang happy sangat untuk dia bila dia kata dia dah bertunang. Memang sebelum ni aku banyak baca cerita berunsurkan ariana rose ni, tapi aku cuma tahu sekadar yang diceritakan disokong dengan hukum yang ditetapkan dan dijanjikan kalau kita ikut syariat, InsyAllah.

Aku pun tanya;

Macamana kau yakin? Kau tak pernah jumpa dia?

-Kau buat istikharah, tawakal. Kalau tenang InsyAllah.

Maksud kau tenang yang macamana?

-Lepas buat istikharah, ko tenang takde fikir yang pelik-pelik. tak semestinya lepas istikharah die akan datang dalam mimpi.

Dia pun link kan aku video Ustaz Azhar Idrus tentang petanda baik dan buruk selepas solat istikharah. Aku tak link kan youtube la sebab macam tak reti aku nak letak youtube kat sini guna phone.

Dia kata lepas ni, diorang memang kena belajar seni menerima.

Memang cantik kan perancangan Allah? Baik kita dengan Allah, maka yang baik-baik je lah yang kita akan dapat. Aku bukan nak bercakap macam aku bagus, aku jahil, tapi ini janji Allah. Semua hamba kena tahu.

aku;msg received; pilihan, hilang kabus nampaklah dia. InsyAllah. Please, don't push. jika ada, ada. apa nak kalut?yang penting sabar.

Monday 7 April 2014

Sunday 6 April 2014

Langsuir


Belek-belek gambar tetengah hari ni, tersungkur pula kat gambar langsir ni. atau langsuir? lebih kurang je bunyinya kan.

Raya nak dekat dah; tahun ni repeat pakai ini la sebab malas nak jahit.


Makcik, saya dah cakap amek saya jadi menantu tak nak. sedih tau kite kalau tak nak. Ok, label hasil tangan ni secara tak langsung adalah program mempromote diri sendiri jadi menantu pilihan ok? Rasa nak muntah tak? boleh kan??

Kata marketing. This is one of that isn't it? Bakat kite. suke kite ler.


Saturday 5 April 2014

Boneka IV

Nak jugak tetiba muncul kat sini.
Huh

#Fakta dna (4)

Malam tadi tidurlah aku di hospital.

dan yang penting aku tidur pakai seluar jeans! 

Dekat entri fakta (3) lepas aku baru bagitahu aku tak suka tidur pakai jeans sebab rimas dan rasa berat. Malam tadi bukan tidur pakai seluar jeans je pakej baju jeans sekali.

Tapi untuk mak aku, semua boleh. Luv u mak.auwwww. 


Tak selesa sebab pakai baju seluar jeans. Tapi tak adalah masalah besar, kamu pikir ini rumah kamu?

Fakta keempat pasal aku ialah

-----------------------------

Aku alergi pakai shampoo Pantene.
Boleh histeria kalau pakai.

-----------------------------

Ini lah shampoo yang aku tak boleh guna langsung
Tak kira lah shampoo Pantene yang mana pun. Aku cuci rambut even sekali je guna Pantene, i let u know, kepala aku automatik berkelumumur. Bukan kelumumur yang biasa tu, yang tebal berkeping. Geli aku, boleh histeria kali ke dua tau.

Dulu-dulu boleh pakai, siap jadi pengguna setia lagi. Sekarang tak boleh pakai langsung. Tak tahu kenapa. Sekarang yang biasa pakai Dove, Rejoice, tak pun Sunsilk. Tak jugak rasa macam artis.hehe.

Ha aku kalau nak cari calon suami kang, saringan pertama aku nak tanya dalam borang;

U ni pengguna shampoo tegar apa?

Kalau dia jawab

Pantene.

- Sorry u are rejected.

Boleh gitu. i alergi shampoo u. tapi bab makanan tak da pulak alergi-alergi bagai. Patutlah. 

Nurse tengah malam

Ini bukan cerita suster ngengsot.

Tugas nurse ni bagus, di kala orang lain sedang nyenyak tidur, dia berjaga tukar pampers untuk bukan sesiapa bagi dia, beri susu untuk bukan sesiapa bagi dia, membersihkan untuk ibu siapa entah. tak kenal pun.

Btw, good job. Nampak dari riak muka ikhlas bekerja. Kalau tak ikhlas pun dia dah tolong ibu siapa-siapa entah. dia sendiri pun tak kenal kan. Kerja yang mulia pada mata aku.

Dulu mak aku pun suruh aku jadi nurse. Tapi kolej swasta, jadi aku tolak. sebab faham-faham sajalah ongkosnya. Kalau aku ikut, agaknya dah jadi nurse ke sekarang?

Dulu masa isi borang upu, mak bapak aku suruh mohon jadi cikgu. Kalau aku ikut lepastu dapat, agaknya aku dah jadi cikgu?

Yang nyatanya, sekarang semua dah berlalu dan aku sekarang tengah baring sebelah mak aku. Itu yang nyatanya.

Friday 4 April 2014

Boneka III

Selamat ulang tahun.

Aku tak tahu langsung, belum nak tahu, dan tak nak tahu pun. Kebetulan terpaksa tahu hari ni.

Thursday 3 April 2014

Berdating dengan mantan

Since aku tak kerja dan tunggu masa untuk masuk wad. Before tu nak jugekkk cerita kan.
Aku sekarang rajin update sebab macam ok jugak la update guna handphone ghopenye.

Malas aku nak update sangat fb, wechat, instagram bagai. kadang-kadang update juga la.

Kat sini kan bleh fefeeling syok sendiri kan. haha. Mampu?

Kelmarin, berdating dengan mantan pacar (exboyfriend) yang dah bertahun tak keluar sama tak ada lah best sangat bila berakhir dengan tragedi yang macam eh eh ko tinggal aku?

Kami tak dating berdua, tapi bertiga aku, dia, dan mak dia. Pergi ke shopping kompleks la lebih kurang, kami tak banyak berbual tapi once aku tengok kau & kau tengok aku mengingatkan cinta monyet yang pernah kita lalui. Bercinta serius macam bebudak yang naif la masa tu.

When i buy something, u pay for me. sweet ke? Mak dia pun layan baik aku. Memang tak kekok la sebab dah lama kenal. Kata menantu pilihan, cuma bukan isteri pilihan anak die je. kehkeh

Aku pergi kedai lain, aku tengok sana tengok sini lamaaaaa. Dari dalam kedai aku nampak mak dia lama tunggu aku.

Lepas tu dia tinggal aku, dia dengan mak dia balik. Huwaaa, panik lol. Lepastu aku call die amek aku balik aku bebel-bebel, ko tahu apa dia cakap?

Eee leceh la, tengoklah nanti kalau orang tak penat.

Padan la ngan muka aku kan. Sapa suruh shopping tak pikir orang lain. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba bunyi

gedegang!!gedegang!!

terkejut aku, mata terus terbukak, dengar bapak aku ketuk pintu guna bantal kot dari luar. Bising kat aku dah pukul 10pagi tak bangun-bangun.

Rupanyaaaaa hanyaaa mimpi. Kuang ajaaaaqqqqq.. Nasib baik mimpi. Bongokkkkk...hahaha

Orang kata kalau orang tu rindu kita, kita mimpi dia. Adakah kata-kata ini boleh diguna pakai?
Sebab kalau nak kata aku, memang tak la. Tak ingat langsung.

Aku cuma percaya mimpi hanya mainan tidur.

Anggap je la mimpi tadi tu,
Mungkin Allah jumpakan aku hanya dalam mimpi dari jumpa secara nyata. Mungkin lebih baik. Allah je yang tahu.

Ujian

Semalam sehari dari jam 2ptg - 3pg

Klinik swasta--klinik kesihatan--hospital kulai--hospital jb--warded.

Ini ujian Allah. Bila fikir-fikir. Kenapa aku tak sambung kontrak, ini mungkin salah satu hikmah nya.

Kalau tak;

Mungkin, nanti aku tak ada masa. Sekarang ada.
Hopefully all will be ok, mom. InsyaAllah.

#Fakta dna (3)

Hollow

Rasanya dah lama tak buat entri untuk label fakta dna.
Masuk ni baru la 3 benda yang aku share kan.

Aku rasa benda yang aku nak share ni cuma kawan-kawan yang pernah tidur/ lepak sekatil dengan aku je selain situasi ni berlaku dekat rumah. Of course la kawan-kawan zaman uni aku je yang tahu.hihi

That is; aku tak suka orang nak tidur pakai tracksuit kesek-kesek (macam plastik) atau seluar jeans.

Masa dekat utm dulu kawan aku ni memang suka pakai suar tracksuit bila malam atau balik meeting ke pakai jeans terus lepak-lepak atas katil. Kalau tracksuit bila lepak sekatil ngan aku macam bunyi kesek2 tu aku tak suka. Tengok macam rimas, berat (jeans), panas.

#takpanaske #kodahkenapa #akuyangpakaikauyangpanas #wakdoyok

Haaa motif kan tetiba teringat kat wak doyok. Tak kenal wak doyok? kesian deh loe. g google siapa dia.

Kalau kat rumah, of course la adik aku yang selalu balik dari berjalan/sekolah, die tidur. Besenya aku akan suruh diorang tukar seluar tu sampai die pun rimas aku cakap pastu die tukar. hehe.

Pakai la seluar lain selain TRACKSUIT KESEK-KESEK dan JEANS untuk tidur.

Aku tak tahu kenapa, mungkin sebab aku kalau balik dari memana penat maybe time tu pakai jeans/tracksuit, aku tertidur, mesti tak selesa. So aku expect bila aku nampak diorang pakai untuk tidur, aku pulak yang panas. (haaa ni baru betul wak doyok, dia pakai aku yang panas)

Panjang pula mak jemah ko ni bebel kan. ok setakat tu je la fakta tentang aku. Lain hari aku share lagi. Byeeeee.

Tuesday 1 April 2014

Cuti selasa petang ini

Balik rumah mak kat Kulai, pepetang hari begini tiba-tiba aku teringat akan serbuk dadih yang aku beli tahun lepas.

Tahun lepas weh tak ingat bulan berapa maybe Novemb. Punyalah masa beli pun mak dah sound;

Tuh beli, bila ntah nak buat tu.
-Nak terus buat la.

Dina kot, mana pernah tak malas. haha.
Tapi hari ni macam rajin tu ada sikit. Resepi ni susah gile nak buat. Hati-hati. Haderrr.

Qaril's Wedding

Assalamualaikum.
Before ni ada 2 kawan baik dari childhood yang dah kawin. Tapi tak update pun kat blog. Malas ke tak sempat ke, sampai dah lupa. Maybe tak de mood kot. Tuh kene susun dulu girls geng ikut turn kawin lah.hehe

Yang ni update sebab ada masa sikit. Eceh macam le ko tu busy sgt kan.
Before i lupa and i berkesempatan, i catatkan dekat sini sebagai satu hari yangg pernah i lalui. Iaitu attend wedding ko Qaril!

Sabtu 22/3/2014, kawan i Qaril Asra kawin. Dah buat majlis kat belah perempuan bulan 2, bulan ni turn die pulak. Selamat dah jadi suami orang. Die ni kawan baik habis, Geng i kat skola dari skola menengah. Kiteorang mmg tak dpt dipisahkan, I, Qaril, and Shahril. Hover kan.

Even Qaril tak satu kelas ngn i dari tingkatan satu, tapi kiteorang rapat sebab kelas kiteorang sebelah-sebelah je pun. Yang satu kelas ngn i dari form 1 is Shahril without fail. Haha.

Qaril die bijak satu kelas dari kiteorang. huhu. Tapi nak tahu satu rahsia die ni malas, sama ngn aku. (jangan marah qaril dgn kutukan i.haha)
Ok meh nak tunjuk mempelai(s).

Pang kopang kopang gibing gibing gibing!

Ok, Qaril yang pakai baju pink. Baju biru abang die. ni kire dua2 sambut menantu la. Qaril dan Hanisah. Abang die nampak matured tapi Qaril why are u so like budak-budak padahal umur beza setahun je ngn abang ko.


Ha ni semua kawan sekolah. Kelas sebelah-sebelah je. Geng-geng RK1 RK2. Degil tu tak, nakal je lebih. Rajin menyakat hader budak-budak ni. Dah besar panjang memasing. Semua belum kawin uolls. Tunggu turn la ni sensorang. Memasing nak jadi abe2 macho bela janggut. Alhamdulillah!


Haaa ni baru geng habis. Ada yang salah anggap dengan kedekatan aku ngn Shahril. U know kita cuma cuma kawan je. Haaa baju nampak sedondon tapi aku tak de nak sweet-sweet janji nak pakai baju warna sama. Hanyalah kebetulan semata.

Sebenarnya kan, kiteorang memang kawan baik dan dari dulu die la salah satu geng gonjeng aku. Dia banyak ajar macam-macam sebab aku kan bab study cam pentol-pentol sikit tapi Shahril sangat alergi matematik moden dan matematik tambahan.haha yeahhh i know it. Yang penting kalau bab mengarut die la geng geng untuk merepek.



Haa ni pulak with girlfriends. Adlin, attiah, and asilah. Marilah menunggu turn kita pula ye. Insyaallah diberikan pasangan hidup yang gagah, hensem, dan beriman. Hihi

For Qaril, Selamat Pengantin Baru Qaril dan Hanisah. Semoga berbahagia hingga jannah. Salute kau sebab kawin muda! Hopefully our frienship till the end. We love you!