Sunday, 17 June 2012

My girlfriends

Saja nak update berjimba semalam,haha. Semalam dapat keluar ramai-ramai macam zaman sekolah, sebab kiteorang dari sekolah rendah sampai sekolah menengah buat apa je aktiviti sama-sama, masa sekolah rendah disebabkan asyik satu kelas, dari masuk nasyid (oo nasyid jugak dina nih), belajar buat kuih ( biasa dapur rumah salah sorang akan jadi mangsa), masuk koir apa nasyid Taib Andak ( ummmiii ummmii ya ruhiii...), netball second generation untuk Taib Andak, kongsi turn sape PMS dulu, lepas tu komplot semua nak jadi pengawas dan paling penting kiteorang peminat Weslife dengan Backstreetboys. *tutup muka. Masa sekolah rendah kiteorang innocent jugak rupanya eh. haha

Dulu sebelum kiteorang pandai bawak motor, pergi mana-mana jalan kaki je sebab dalam kampung kan. Lepas tu naik darjah 4 aku dah pandai bawak motor, kawan-kawan aku pon sama, mulah aktiviti round kampung, gile wajib tayang muka sekampung.

Bila form 1 mula naik sekolah menengah, setiap tahun mesti shopping barang sekolah sama-sama, 8 of 8. Lepastu kasut sekolah se geng nak Converse, Jack Purcell saje. Beg paling cikai Outdoor. Lepastuh baju mesti Canggih dan wajib alter kecik-kecik. Gelis pulak aku dengar (toleh belakang muntah). Kalau setakat kasut beg biasa tak main ah masa tu (tak sedar duit mak bapak jugak yang kena godang). As a budak baru nak remaja, mula ah dah pandai keluar-keluar makan pizza lah apa lah yang mak bapak aku tak biasakan. Tapi aku ingat lagi, biasa aku lah yang ada masalah duit, haha gile menyusahkan aku ni. Nanti kumpul lah duit sama-sama.


Lepas tu, sekolah menengah petang, setiap hari Jumaat biasa bas hantar awal, tapi kiteorang semua turun Kulai, apa yang dicari pon tak tahu. Biasa kalau nak Jumaat, "weh, Jumaat turun Kulai tak?". tak pon melepak kat KFC atau Marrybrown sampai nak masuk sekolah lepas sembahyang Jumaat.

Weekend je turun JB, ingat lagi mesti naik bas. Dulu kalau turun bandar, budget bagus ah tu. *mata ke atas. dengan dress up masa zaman aku, seluar skinny lepastuh apa-apa ntah lagi aku tak ingat.

Naik sekolah menengah jugak, satu geng pakai scarft tudung tutup dahi dengan kain sesingkat mungkin (bila ingat sekarang euwwww). Gila macam tak bermoral, haha. Tapi dalam kawan-kawan aku ni, aku ah yang selalu cabut sekolah ikot kawan aku yang lain, jahat bapak ko dina.


Ahh, ni kalau aku cerita sampai bila pon tak habis, sebab nak cerita 16 tahun punya cerita. Masa nak PMR, SPM selalu buat study group lepas sekolah kat rumah sapa-sapa lah of us kan. Tapi mesti banyak berbual. Lagi dulu, aku dengan ezzaty pernah jadi penggunting rambut kawan-kawan aku sebab ezzaty ada kedai gunting rambut. Kawan-kawan yang kiteorang tolong potongkan rambut dia jadi macam singa betina sebab konon nak tipiskan rambut padahal makin kembang ada ah, dah ah kembang, terangkat. Hamek kau. Siap tersalah ambik gunting, terpotong salah, memang jahanam rambut.

Kawan-kawan dah kerja, marilah godang dengan nak ini nak itu.
Permintaan pasti ditunaikan.
Dulu masa primary school, saiz macam lebih kurang, tapi apakah ini giant? Tapi memang ah ingat balik dari dulu sekolah, kelas sama, banyak benda yang kiteorang buat sama, so we are share same memory until now.

Thanks zma drove Alza for us
Lepas SPM, biasalah masing-masing dapt tawaran lain-lain, and lepas 4 5 tahun masing-masing dah habis studies, kerja pulak. Kiteorang still macam dulu, cuma kerja kadang tak sama cuti. Selalu je keluar dengan mangkuk-mangkuk ni, tapi biasa yang ni tengah study tak ada cuti, yang ni pulak cuti. Biasa sebab aku ngan ezzaty study Johor, memang ah kiteorang je asyik keluar dengan yang diorang cuti. Biasalah student lagi, ada saja masa berjalan.

Tak payah buat muka ayu sangat ah, nyampah!
Sekarang dah ramai yang dah kerja, yang study lagi pon dah nak habis dah study. Dapat hantar kawan-kawan interview kerja pon syok ah, aku siap ponteng kelas lagi nak hantar si Zma ni interview masa nak jadi nurse dulu.

Dengan kawan jangan berlakon!
Ini baru character sebenar.
Semalam cuma dapt keluar ber 6 je. :')
Masa hantar kawan aku si Suhaila ni interview kerja, dah lah kena keluar lepas subuh. Awal gile kot. Dia pergi interview, aku dengan ezzaty sampai tertidur dalam keta, aku siap mengigau dalam keta. Syok tak syok ah tidur, kawan aku sampai terperanjat. Aku ingat lagi aku mengigau aku senyum-senyum macam ketawa gitu ah.

Lepastu my girlfriends ada aktiviti tidur rumah kawan bila mak bapak tak ada kat rumah, yehuuuu! Biasa rumah suhaila nih la yang kiteorang tido, lepastu barbeque depan umahhh.

And 2012, we are 23 years old. We are truly bestfriend (geli pulak aku nak memuji jiwang ni, biasa kutuk je depan-depan). Aku tak nak puji sebab nanti diorang kata aku poyo. hahaha. Biarlah pujian dengan kesyukuran aku tak berbentuk kata-kata kat sini.

Masa form 5 atau form 4 kot. 8 of 8
Masa ni minggu ambik gambar kelas kot. Then suruh apek tu ambik gambar kiteorang. Dah ah style lipat tudung sama, masa ni kain singkat dah tak musim sangat, kain labuh2 sikit. pitam

No comments:

Post a Comment