Sunday, 17 June 2012

Senarai jam murah aku

Aku gila menyampah dengan aku sebab esok aku dah kena print out final thesis aku untuk hantar pergi jilid tapi aku?? apa aku buat ni, dah ah pentingkan benda ntah apa-apa. Update blog masa masa macam ni, tak cool langsung. Lepastu kalau update entry benda-benda best tak pe jugak, kalau tak best tapi ramai followers  boleh consider lagi, tapi followers pon tak baca, lagi nak silent reader. Reader pon takde apatah lagi readers.

Soalan: Ok anak-anak, ini apa namanya? motip tanya sendiri nak jawab sendiri.
Anak-anak: Ini namanya dah lah pemalas lepastu kau perasaaaaAAAAANNN gila lah dina ada orang nak baca blog kau.
dina: yela, aku tahu aku ni sape. aku sedeh. 
Anak-anak: ada aku kesah?
dina: baca ah blog aku. best jugak ah. *motip gila nak berforum
soalan dengan anak-anak: loya

Ahhh! aku tak peduli tapi sekarang aku nak citer stuff yang aku ada. Jam-jam aku semua murah-murah noks. Setakat yang sekarang murah-murah lah yang ada. Dulu pernah jugak lah ada jam berjenama, tapi aku letak mana ntah ek jam tu. tak ingat kat rumah. Ni jam yang ada kat UTM je la.

Aku tak kisah pakai barang murah pon sebenarnya janji boleh pakai, aku suka, dengan aku rasa berbaloi. Jam mahal ke murah ke, numbernya pon sama jugak, jam pon sampai nombor 12 jugak. Bukan ada lebih masa pon. Tapi nak beli barang murah tengok jugak benda apa yang ko beli, kalau gadget kena review banyak-banyak. Mestilah beli yang bagus kan. Aku bukan semua benda aku nak beli paling murah, based on barang apa kau nak beli dengan kualiti. Tapi kalau setakat jam, dah beli, rosak buang.

NY
Korang tengok lah jenama-jenama jam murah ni. Peliksdotblogspotdotcom. Itu bolg Maria Elena.
Jam ni aku beli kat Airport Senai, jam kraft tangan buat dari kayu. Mak aku yang belikan. Harga RM10. Jangka hayat dah dekat setahun setengah. Baik sampai sekarang.

Monol
Ini aku beli konon budget nampak sporty, jam ni aku beli dekat Indo masa pergi sana. RP20000 kot. Area-area gitu, convert sini cuma RM6 gitu. Jangka hayat dah dekat setahun. Kondisi baik lagi cuma yang ni jarang sikit aku pakai.


Featurely
Hah, yang ini jam best, aku paling suka. Jam nya okeh lagi cuma tali rosak. Maklumlah jam ni harga RM10. Tali jam dia sebelum ni nak putus nak putus aku jahit sendiri selagi boleh, sampai dah rosak betul. Aku malas nak tukar tali. Jadi buat masa ni aku tarik punat tepi tu bagi dia tak jalan. Biar tak habis bateri. Nanti aku dah tukar tali baru pakai. Ni pon dah dekat setahun lebih.
Sunway Lagoon
Jam ni dapat sebab kalau pergi Sunway Lagoon kan ada deposit RM10 kita boleh ambik balik kan? Tapi boleh jugak tukar dengan barang-barang. So aku ambik jam. Tak rosak lagi, umur dia dekat aku baru dekat 7 bulan.

KIMIO
Jam ni kawan aku bagi, dia kemas-kemas locker dia hari tu. Mesti dia tengok, jam aku semua murah tu yang dia bagi. Tapi bagus jugak, aku belum ada jam besi ni. Lepas tu sweet je nak ber love love pulak. Tapi aku tak kisah pon, janji free aku mesti suka. Ni kalau dia baca, mampus dia ketuk aku.

NSITE
Nsite ke campsite ke tak kisahlah. Ni bukan aku punya bukan kawan aku bagi tapi aku pakai je macam jam aku. haha. Sebab dia tak suka pakai jam. Dia beli pon sebab palapes nak masuk hutan kena pakai jam. So dia kata dia beli kat MYDIN RM10 dah dekat satu sem dah. Dia suruh aku pakai je, aku tibai je la. sebab sebelum ni jam kuning aku dah habis bateri. Jam tu aku selalu pakai, beli kat Indo RM7, jenama konon GUESS. Jam tu tak ada gambar, sekarang jam tu kat rumah. Aku malas nak selongkar laptop cari gambar jam tu.

Buat masa sekarang ni asyik pakai jam hitam ni. Best pulak jam hitam heh.

 Haa, ini apa? ni bukan jam. Ni tasbih digital aku saja masuk gambar sebab rupa dia macam jam.

So sebenarnya aku memang tak kisah lah pakai jam ni. Semua paling mahal RM10, kalau nak tukar jam je, berbaloi skit kalau dah tak suka. HAHA.Tak da lah, lagi pun student lagi malas nak beli mahal-mahal. Aku teringin jugak nak beli yang mahal sebab kualiti dia bagus. Selalu jugak aku usha-usha jam kalau pergi Jusco tapi nanti lah dah kerja aku beli.

Walaupun jam-jam aku nama dia peliks dan tak well-known langsung tapi aku sayang sangat.

Pakai jam murah , makan nasi. Pakai jam mahal pun, makan nasi jugak, berak berketul busuk jugak. Walaupun kita pakai jam berbeza, tapi ada je yang sama kan?

anak-anak: woi pentol!! buat psm kau sekarang lah gile! discussion tak siap lagi, edit lagi, bila nak print?
dina: ishh, yela yela. serabut lah kepala aku. erghhh (jeling)

3 comments:

  1. sbb org pakai jam mahal kerana dia mampu! kikikiki

    ReplyDelete
  2. ahhh, aku tak mampu nak beli lagi, tggu ah aku da kerja

    ReplyDelete
  3. nak satuuuu.........ak miskin ar.....

    ReplyDelete