Tuesday 12 April 2016

#Fakta dna (5) sejarah handphone Hp

Kenapa entri ni aku baru post dari draft tapi still ikut tarikh lama? Guaneee

Tuh je nak gtau nye. Tak ikut tarikh kita post kat blog.


Sekarang dah kahwin ada masa-masa tertentu je boleh update blog. Sebenarnya ni entri lama tapi baru nak publish. Jadi harap maklum je la the content. Malas nak ubah tinggal sambung bebel je.

Entri ni macam biasa entri pasal fakta aku je. So jom cekidout.

Dulu kan zaman aku kekecik dulu, handphone godang kan? Besaq bak hang. Yang ada straw tu. Zaman aku dulu kalau nampak orang pakai handphone tu macam, "wahhh, mesti dia orang kaya gila." sebab zaman dulu pakai telefon rumah je.

Bila umur aku menginjak dari tahun ke tahun sampai la umur aku dikatakan umur-umur agas, budak baru nak up, 14 tahun. Aku ingat lagi masa tu aku balik sekolah tengok mak bapak aku beli handphone. Tuh la first time dalam sejarah, family aku beli telefon. Rasa jakun habis, happy gila aku walaupun kena pakai handphone kongsi-kongsi.

Nokia 3310

Handphone pertama. Waktu ni kan best gila dapat cakap dan taip message  guna handphone. Lepastu paling best gode-gode rasa macam fuyoooooo banyak gila function, tukar ringtone, paling best buat ringtone sendiri. Siap taip code, semangat nyah.

Asal balik sekolah main handphone je. Lepastu mula la ada budak-budak agas sepertiku mula nak berkenalan la apa la. Tapi tak lama sebab kena marah dengan mak bapak aku. kahkah.

Rasanya pakai Nokia 3310 setahun ke dua tahun je gitulah.



Ni apa number model tak tahu.

Masa ni guna handphone ni pulak sebab Nokia 3310 jual kat pakcik aku. Tsk tsk. Function sama cuma beza ringtone je. Kalau Nokia 3310 bunyi nyaring apa nama ek monopoli ke apa, mono-mono la bunyi.

Kalau pakai handphone ni, ringtone die lembut je. Lepas tu dah pandai bawa handphone pergi sekolah. Siap kalau ada hari ni bawak handphone tu siap berjanji ngan kawan-kawan ok nak salin code ringtone tu. 

Zaman aku kalau berani bawak handphone kira satu pencapaian hebat lah konon. Ala dulu zaman nak up. Agas katanya. Lagi kalau handphone ada kamera, paling jakun lah time tu. Aku handphone biasa je. Sedih we olls.

Tapi bermodalkan handphone family je pun diriku dah mampu bercinta dah.Haha. Eskiusme, ingat uolls je pandai bercinta? Eee bercinta zaman sekolahhh. Nak termuntah pulak aku gatainya.

Rasanya pakai handphone ni sampai tingkatan 5 jugak.

Nokia 3650

Lepas rasa bosan je guna handphone tu ditambah pulak kawan-kawan dah ramai pakai handphone kamera, cemburu bertandang, birthday aku mak aku pun nak hadiahkan aku handphone telur ni.

Bulan May yang ditunggu-tunggu telah tiba. Masa nak beli tak sabar gila sebab bagi aku handphone ni style gile kalau pakai woi. Dulu laaaaa.

S
Paling nostalgia salah satunya ialah mp3 lagu jepun miraie. Kalau dengar lagu tu automatik ingat handphone ni. Ahhh yang penting best gila handphone ni. Banyaaakkk function sangat walaupun zaman tu masih tak terbuka nak online guna handphone pun. Guna laptop pun tak de 
Aku guna handphone ni sampai la tingkatan 6.
Lepas tu tak lama tingkatan 6 aku pakai satu lagi model Nokia tapi tak tahu apa benda model tu sebab gambar pun takde. Itu tak secanggih hp telur tu, hp tu basic je cuma screen je color. Hp tu warna hitam. Tak de mp3 tak de kamera. Aku pakai hp tu sampai aku masuk universiti. Kawan-kawan pun pakai hp biasa jugak. Kelakar tau zaman dulu tak la addicted nak selfie. Pakai 1 semester ke 2 semester je, lepas duit ptptn masuk. Aku minta mak aku sponsor sikit tambah sebab aku nak beli hp baru yang ada kamera dengan mp3.

So, next hp adalah

Taraaaaaa! Sony Ericsson Express Music
Masa beli ni handphone ni baru keluar. Tengah hot la ni masa ni, aku suka sebab flip macam style je kan. Aku pun macam kembang hidung je tiap kali aku menggayakan hp bila ada mesej masuk ke orang call ke. Ko rasa? Selebet kan. haha. Bukan macam budak skrg, adik aku pun baru tingkatan 4 iphone dah. Nate punya adik. Jeles kan.
 Hp ni music die best pastu boleh bukak lagu kat button depan tu ada function. Best. Rasa stylo la masa ni student pakai hp kamera. Pastu dapat pulak favorite color putih. Dapat cover die yang limited edition tu ada design. 
Aku pakai sony ericsson ni sampai aku habis belajar. Masa ni hp da berpenyakit la. Screen die kuar dot hitam besar-besar. Pakai jugak sebab mana ada duit nak beli. Kerja pun tak. Tiap kali tanya baki kredit, yang jumlah baki memang ngam-ngam kat dot tu. So aku mmg tak tahu berapa jumlah baki kredit aku. Kong ajo kan. Tu tak pe lagi, dah selalu mati pulak. 
S
Ok fine, siap ko tak lama lagi. Akan ku lempar kau.
Masa tu nak konvo yeay! Oleh kerana keputusan aku tak la sampai buat mak aku macam malas nak tengok aku konvo. Pulak last sem dapat lagi anugerah dekan. Nampak tak aku tengah budget pandai jugak. Haha.
Handphone Sony Ericsson dah jahanam pun masa tu, memang tak leh hidup, mak aku hadiahkan aku handphone baru, baru beli, dan baru keluar masa ni. Samsung SIII. Hotstuff la kononnya masa ni, beli nak jugak warna putih, masa tu kira mahal lagi tapi tak sampai RM1800 kot masa tu. Model terbaru. Handphone terpower yang aku ada sampai sekarang. Dah nak 4 tahun aku pakai handphone ni. Sayang mak aku sebab kalau aku sendiri nak beli handphone mahal la. Malas aku, sayang duit. haha.
Sekaranag dah sampai S6 dah. Malas aku nak tukar handphone. Boleh pakai lagi. Agak-agak dah lembab tu aku g format balik. Teringin jugak nak pakai Iphone tapi nanti la. Tak de budget lagi. Tunggu sales incentive RM5k, baru aku tukar handphone. haha.
Hasil carian imej untuk samsung galaxy s3
Samsung Galaxy SIII
S

Janji semua function boleh guna, online, semua apps pun ada. Setakat ni tahan lasak betul handphone aku, jatuh banyak kali, wat lek wat pis je. Tapi kualiti gambar dah tak best sangat la sebab dah ada handphone baru yang boleh beat dia kan.

Iphone6?
Sebenarnya lagi suka 5S punya model. Tapi mana ada lagi kan. Jadi mari mnyayangi Samsung Galaxy SIII saya.
hehe. ok dah la. Kol 3 pagi dah. Esok kerja. 

Haaa hari ini 12/4/16 baru betul-betul belek entri lama aku belum publish rupanya. Entri dah siap sampai SIII.

Andd my new and latest baby goes to
(tepuk tepuk tepuk)

Iphone 6s

Sebab sebab tukar ialah SIII aku dah jammed habis. Anta kedai, kedai pun tak nak buat. Kuang asam sangat tau la hp aku buruk. Perghhhh nak terduduk jugak nak beli natang ni.

Nasib baik laki pun derma kilat bini dia kan. Haaha. Ni stok 5tahun kot. 

Aku beli 31/12/15 da sampai sekarang hp aku tak de lagu tak tak download mana. Mp3 celah mana pun aku tak tau. Lagi lepas bersalin tak menyempat nak eksplore. Haha harap je pakai iphone.

Aku doa kali ni alah membeli menang memakai. Pada aku rakyat marhaen ni mahal la. Malas aku nak layan hp2 sangat ni. Tak terkejar nak melayan latest version.

Janji boleh merakam detik bahagia bersama tersayang.

*Cik Ara tengah tidur kalau tak mama tak de can la nak pegang phone. Hehe

Ok sekiannnn untuk #fakta dina.

No comments:

Post a Comment